Monday, April 19, 2010

larian mengoda mengada

Tahun: 2004
Lokasi : Taman Bukit Rambai

Sok..sek..sok..sek....

Macam tuh la lebih kurang mini mesyuarat yang berlaku setiap petang di hadapan rumah jiran aku. Ahli mesyuarat seperti biasa 4 sekawan sejak mula aku pindah melaka sampai la aku dah besar panjang nih. Merekalah cik yah, cik lela, cik nab, cik hendon dan kadang kala mak aku lantik diri beliau sendiri jadi pemerhati mesyuarat. Tak pulak aku tahu agenda setiap petang mesyuarat mereka. Kalau hujan pasti semua ahli mesyuarat tak senang duduk. Mungkin mereka bermesyuarat menggunakan YM barangkali. 

Aku hanya meninjau di depan pintu rumah. Kot-kot ecah anak cik yah yang ada tahi lalat kat tepi bibir tuh balik kerja boleh juga cuci anak mata yang dah mula nak kabur nih. Apa salahnya sementara masih bujang nie. Suasana mesyuarat plak kadang kala gelak kadang kala serius. Mengalahkan mesyuarat wanita UMNO cawangan bukit kechil lagaknya. 

Petang tuh secara rasminyer aku takde kaki nak ajak kuar lepak-lepak pekena teh ke apa kat kedai Pa'an. Semua belum balik kerja lagik. Boring sungguh. Nak kuar isap rokok depan umah kang ahli-ahli mesyuarat memandang sinis perilaku aku yang kurang sket akhlaknya. Mana ler tau kot-kot agenda diorang nak cari calon menantu masing-masing tergendala di sebabkan tabiat yang agak sukar di kikis nih. Itu pun kalau-kalau nama aku naik top 10 hot list jejaka pilihan ramai. 

Kepala aku buntu jugak nih. Nak layan citer cina kat TV2 nih pun tak mendatangkan faedah. Nak tgk astro, AF tak sudah-sudah. padahal juara dah tau saper. Takkan la nak ulang tayang 487 kali konsert mengarut tuh. memang tak berkembang langsung otak rakyat malaysia kalau macam nih. Tak jemu kot diorang nih tgk banyak kali. Aku makin buntu. Makin sesak kepala aku. Terjah dalam pikiran aku, naik moto pusing-pusing taman tgk budak main futsal pun canggih jugak nih. 

Aku capai kunci motor terus pulas throttle minyak, terus chow. sambil membuat aksi menggoda kat depan bakal-bakal mak mertua. Sampai futsal, budak-budak green jer yang ader. Bosan sungguh. Happy jer tgk budak-budak halus main jongkat jongket, buaian, gelongsor. Terasa pulak nak main menatang tuh. Kalau aku ikutkan hasrat hati mau bergegar agenda mesyuarat teruna 6. Anak kak hawa main gelongsor kat balai raya, adu penyampai radio bergerak dan aku pasti itu adalah che kam yang suka report kat pihak majlis pasal gerai-gerai illegal penduduk taman aku yg jalankan perniagaan menjual goreng pisang dan juga air tebu. 

Perasaan makin buntu tak hengat punya. Nak berborak pun takde kaki. Budak-budak halus tuh kalau kalau aku nak tarbiah pun takde topic yang sesuai. Nak tarbiah tentang dosanya melihat video 3gp buatan nasional pun tak kena jugak. Diorang pun tak kenal 3gp tuh aper kebenda. kalau diorang tanyer benda tuh mcm ceklat den dang nanti, haru jugak kepala nak menjawabnyer. Bebudak green tuh pun aku raser takde apa benda yang diorang paham ngan masalah dunia. Tahu gi kedai sorok-sorok beli rokok batang. Pastu kongsi ramai-ramai. Hoh..tak standard langsung. Aku dulu isap rokok beli sekotak, isap sorang-sorang dalam rumah. Itu pun time mak ayah aku dah pergi kerja dan aku amik cuti dari gi sekolah secara suka rela. 

Tengah-tengah melayan perasaan mcm tuh, anak mata aku menangkap sepasang kapel tengah berjalan. ayu jugak awek budak tuh. Kasi tengok muka balak sket, alamak aiii.... Anak haji mostafa yang lampu moto honda cup dier ikat pakai kabel. Kemain mesra lagik jalan berdua. Bdk pompuan tuh takde plak aku kenal duduk mana. Muka pun tak pernah nampak. Hmmm...yang hingus-hingus semua dah besar-besar jadi anak dara. Comel-comel plak tuh. Sesekali bergurau senda sambil main cubit-cubitan. Sesekali si gadis menampar-nampar mesra badan si lelaki. Padahal umur baru setahun dua baru kenal apa itu akhil baligh dan juga mandi wajib. Ada hati nak beromentis kat pesisir jalan taman nih. Kena sapu dek Bas fatt Hup baru ko tau. 

Kemudian aku tengok mereka sudah beralih arah ke atas padang. Langkah si gadis yang bertubuh mongel yang memakai baju kurung berwarna daun pisang, melangkah kemas longkang yang menjadi penghalang. Putih sungguh betis gadis nih, Bisik hati kecil ku. Bukan nak tengok sangat pun betis budak pompuan tuh. Tapi dah dier tunjuk aku tengok. Tak tunjuk wat apa aku gatal-gatal nak tengok. Nak kena tusuk ngan pisau. Aksi seperti di sisir jalan tadi beralih kat padang. kemudian aku lihat aksi yang aku sendiri takleh handle nak gelak sakan. Sarkas betul rupanya budak berdua nih.

Si gadis menanggalkan selipar, kononnya mcm tengah berjalan kat pantai. Padahal kat atas padang bola jer kot. Nasib baik musim main bola kat taman dah gelap masa depannya setelah kelab bolasepak yang aku tubuhkan sendiri kehilangan ketua dan orang-orang tulang belakang kerana menuntut ilmu. Kalau tak harus kena rembat mereka berdua nih. 

Sesudah si gadis menaggalkan selipar, dia menyingsing kain nya pula dah jadi macam skirt pendek. Nak bagi aku tengok betis dia buat kali ke dua. Hilang akal la nih. Selipar di jinjing di tangan. Si jantan tuh pun dah mula pandang kiri kanan. Sesekali nampak seperti menyuarakan sesuatu. Entah apa butir bicara mereka aku tak tahu. Ketika inilah aksi yang aku leh ketawa mcm orang giler. Ader ke patut dengan gaya dan fesyen yang gadis tuh wat sebentar tadi. Berlari speeding ke tengah padang. Dah macam esah dalam citer 3 dara pingitan biler kena hambat ngan Noi atau kawan lelaki mereka. Budus giler. Kemain laju lagik awek tuh berlari dengan keadaan mcm tuh. Jantan tuh aku tgk dah macam Azmi Ibrahim memecut.

Kenapa awek tuh berlari macam katun begitu?. Sebab yang jantan bodoh tuh gi gatal tangan baling batu kat anjing liar duk merehatkan badan kat tepi tiang gol tuh sapa suruh. Kan ke tak pasal-pasal putih tapak kaki kau berlari merathon tak cukup tanah kena hambat ngan anjing.

Betul-betul terhibur aku ptg tuh. Tak sia-sia aku kelaur rumah. Otak pun berkembang sebab ader pasangan sarkis duk main kejar-kejar ngan anjing. Entah apa jadi aku pun tak tau. Silap-silap Kena mandi lumpur diorang maghrib tuh. Lain kali jangan miang sangat dekat-dekat maghrib nak beromatika kat padang. Tangan tuh plak takyah la gatal-gatal nak main baling-baling. 

Terhibur sungguh aku ptg tuh. Terima kasih la kapel sarkis pasal hiburkan aku. Hahahahahahaha 

No comments: