Friday, April 16, 2010

Gua syokkk la beb

Pergghhhh...pagi-pagi aku dah dapat msg. Si dia sms aku nak jumpa kat KLCC pagi nanti. Katanya nak suh aku tunjukkan tempat yang aku selalu lepak kat pasar seni. Tempat org-org seni yang selalu luahkan idea seni dier tuh. Ada org main busking, ada org baca puisi, ader org melukis dan tidak kurang juga mat-mat gedebe yg rosak akhlak mencari sumber rezeki dgn "paw" duit org. Diorang nak "paw" aku. Harus bagi diorang makan kasut adidas aku yang 4 tahun tak basuh beserta combo stoking cap bata aku nih.

Aku girang giler beb, pasal dier nak jumpa aku. Aku punya la happy sampai hampir-hampir aku nak melakukan gymnastik kat dalam bilik aku nih. Segera aku sms Meor, Ucop, Fazz dan beberapa mamat busking yang selalu aku lepak jumpe diorang kat situ. Aku tanyer diorang busking tak hari nie. Diorang reply balik bagitau, dah mmg kerja diorang hari-hari busking. Apa kejadahnya soalan kau nih. Aku cuma reply hehehe, saje nak jumpa pasal lama tak tgk busking. Takkan nak bagitau aku dtg bawak ladies kot. Mau bersujud syukur diorang kat CM tuh nanti. Kahkahkahkah.

Aku pantas mandi. Siap gosok gigi 3 lap lagi. Mandi siap bersyampu. Kasi rambut bau wangi. Perghhh...Mcm nak bernikah je pagi tu lagak gaya aku. Pemilihan baju mmg stylo abis. Aku pakai baju t-shirt LA galaxy yang original tempah kat member aku masa dia duk study kat US dulu. Ader cop nama beckham lagi kat belakang. Jeans yang baru kuar dari beg. Bukan beli yang baru yerrr. Minyak wangi jenama mahal hasil rembat dari biilik umai. Perghh...Mmg style aku pagi tuh. Tengok kat cermin imej masih lagi rockers, cuma tak selebet seperti biasa. Ader stylelah...!. Kasut Adidas beserta stocking siap sedia di pakai. Pantas turun ke bawah menghidupkan enjin moto kriss tua aku nie. Agak ternganga mulut umai biler aku bagitau nak pinjam minyak wangi mahal dier + siap pakai hensem2 lagik.

Deruman enjin moto buatan nasional menyusur di highway MRR2. Dah itu jer tempat yang aku tau nak gi KLCC dari rumah aku nih. Nasib mmg baik. Jalan tak jem langsung. Aku raser org-org KL semua pakat ramai2 amik cuti balik kampung la nih kot. Sampai KLCC aku park moto terus bergegas ke Taman depan KLCC tuh. Lihat jam di nset masih awal lagi aku sampai. Sampai di Taman. Aku menyalakan sebatang rokok. Rockers kena la hisap rokok klu nak tunggu awek. Cuma depan awek je yg tak leh isap rokok takut member resdung. Hehehe

Dari jauh kelihatan gadis pujaan hatiku sedang memusingkan kepalanya kiri dan kanan sambil tgn memegang nset. Mencari aku agaknya. Nset aku berbunyi. Call...beb. Dia call...!!. Aku gementar nak dgr suara dier buat kali pertama. Ucapan salam, tuh je wat tekak aku dah kering. Girang punya pasal. Si gadis tanya aku dah sampai ke belum? aku jawab tunggu kat dalam KLCC. Nanti aku masuk jumpa dia.

Tuuuuu diaaaaa...Kalau la tak di fikirkan moral diri dan akhlak depan orang ramai. Mau ajer aku jerit. Aku menang lucky draw beb. Aku jumpa awek. Giloooor botol la...Kahkahkah. Sesi bersoal jawab serba serbi tanya itu ini sudah tamat. Masa untuk bergerak untuk membawa si gadis melihat keindahan seni di CM. Lagak gaya dah mcm pemandu pelancong. Cumanya tak bawak naik bas tapi bawak naik public transport. Huiiii...Terbaikkk lah hidup aku hari nie.

Kini kami berdua dah sampai CM. Mmg terbaik dowh. Aku bawak segala tempat kat situ. Tapi aku pelik. Apasal aku tetiba jadi familiar jer ngan kat semua tempat nih. Buat pengetahuan korang inilah kali pertama aku bawak ladies gi sini. Kalau aku pergi pun aku just duk kat tembok tuh sampai ke zuhur tgk org busking, melukis, baca puisi. Itu ajer la. semua kat satu tempat jer. Itu yang duk kat tembok jer tuh.

kemudian aku ngan dier gi minum kat kedai Acai. Budak nih kalau wat lai chi kang mmg terbaekk. Silap2 bleh dapat diabetes klu minum lai chi kang dier. Tapi isi dier mmg banyak giler.Kena bagitau kurang manis. barulah enak sket rasernyer.

Aku memulakan butir bicara. Tanya itu ini. Selit joke sana joke sini. Mmg terbaekk la. Feedback pun menarik. Tinggal nak antar proposal jer lagik nih. Kemudian dia keluarkan satu sampul surat dari beg tangan wanita dier. Erghhhh...Berdebar plak jantung aku. Nih apekebenda plak nih. Die serahkan kat aku. Aku buka tanpa banyak tanya. Ini mcm kad kahwin. Ini bukan mcm lagik dah...ini mmg kad kahwin, getus hati kecil aku. Aku rasa nak menangis berguling-guling kat bawah lantai kedai tuh. rasa mcm dunia berpusing. Tapi biler aku baca jer nama yang tertulis kat situ, aku raser mcm nak meloncat-loncat gembira. Raser nak cium je Meor yang tengah duk busking dpan awek mat saleh kat seberang sana. Harus beramai-ramai busker sujud sykur kat situh, kalau aku citer kat diorang. hahahaha.

Nama aku beb yg tertulis kat situh. Siap tulis walimatulurus lagi. Jemputan ke majlis perkahwinan. Tapi.....bile plak aku gi meminag dier nih. Aku pun tak bagitau paper lagik kat dier. Ohhh...family aku dah tau rupernya. Mereka yang dtg merisik untuk aku. Konon-konon nak wat supprise la. Tapi mcm mana family aku bleh tau aku nak kawan ngan dier. Arghhhh...banyak soal plak aku nih. Nie dah kira bonus la nih. Alahamdulillah....ucapan syukur terkeluar dari mulut aku.

Dia bersama-sama aku mengucapkan syukur. Aku syak dia bleh terima kot mat rockers nih bleh bimbing dier. Buat yang terbaik beb. Nie rezeki. Ko ingat senang nak dapat ladies yg bleh jaga diri nih, taat pada agama pada family, bertanggung jawab. Hoh..payah beb..mmg payah. Diar juga mohon supaya aku ikut dia pulang ke rumah dia kerana family aku semua sudah berkampung kat sana. Perghhh...mmg terbaik la.

Rupanya dia dtg tadi dengan abang dia. Lerrr...naper tak bagitau dtg ngan abg. Kesian plak org tua tuh duk melepak menunggu si adik kuar dating kat CM. Aku pun masuk keta. Bersalaman ngan bakal abg ipar. Mcm bleh layan je. Dia pun kira orait jer bersoal jawab.

Kami sampai ke destinasi yang di tuju. Meriah betul kat sana. Ibarat mcm tgh nak menunggu pentabalan bakal Sultan Arab Parsi. Perghh...gua tak sabar beb. Perghhh..malam nih akad nikah. Malam nie jugak aku tido berdua. Kahkahkah...Gelak besar aku kat dalam hati. Dalam rumah, aku di jamukan dengan makanan tengah hari. Pas makan aku duduk bersandar kat sofa. Dengar org2 tua berborak sesama mereka. Dalam hati aku dah berbunga-bunga mcm kat Edan Garden tuh. Penuh ngan bunga. Bunga tahi ayam, bunga apakejadah yg busuk-busuk semua aku dah campak keluar. Tinggal bunga yang wangi-wangi jer aku tinggalkan.

Tiba-tiba nset aku berbunyi. Keluar lagu amy search sebagai ringtone. Lagu Di Pintu Sepi..."ku berdiri di pintu sepi, di tengah-tengah gelombang kota, dengan keadaan ku yang begini rupa....". Umai call. Apahal plak la dier call aku time-time happy mcm nih. Aku angkal call terus bertanya. Marah juga nada aku time tuh pasal ganggu mood happy aku jer. Kenapa umai? tanyer aku. Umai bertanya kembali, Ko kat mana?. Aku jawab la aku kat T*****oh. Ko apa hal plak call aku nih? bertanya aku lagi. Nie..Apahal moto ko kat KLCC nih, nak mintak kena lelong ke? Umai menjawab. Cilakak.....mcm mana aku leh lupa moto aku. Hawauuuu betul la. Pekik aku sambil berdiri. Aku mula mengelabah. Si gadis terkejut. Kenapa nih awak?. Aku wat control macho di hadapan bakal wife. Errr....takde pape, aku cuba untuk menyembunyikan gelisah aku. Dalam hati mula tak keruan. Aku cuba duduk kembali di sofa. Bertenang sambil memikirkan masalah yg menganggu mood happy mappy aku nih.

Nset jenama sony ericsson aku nih kebali berbunyi. Makin kuat dia berbunyi. Aku malas nak angkat call. Aku takde mood. Argghhh...bising betul la. Kemudia dia berhenti berbunyi. Selang 9 minit kemudian dia kembali berbunyi. Arghhh...bising betul la. Aku bukak mata, aku ambik phone. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Seraya sambil duduk bersandar kat dinding di atas katil, aku tersenyum. Aku senyum puas-puas pagi tuh. Aku ketawa kecil keseorangan. Memikirkan kembali mimpi best aku tadi. Tapi terasa kesal di hati. Cilakak nyer moto. Kalau aku taw tadi aku naik teksi terus gi komuter. Mesti tak jadi mcam nih punya. Cilakak betul la. Kalau tak kerana moto tuh, aku dah menikah dah tadi. Getus hati kecil ku.

Aku segera bingkas bangun dari katil,menuju ke toilet. Mengambil wuduk, menunaikan perintah Tuhan yang maha agung untuk sekalian alam, mengucap syukur kerana aku masih bernyawa untuk memohon ampun dan menunaikan perintahnya. Aku berdoa memohon agar mimpi itu menjadi kenyataan. Menjadi realiti. "Ya..ALLAH..hanya padamu aku memohon dan meminta pertolongan, Satukkanlah hati-hati kami semoga kami dapat bersama seperti mana engkau berikan cinta dan kasih pada Adam dan Hawa". Itulah serba  sedikit butir bicara doa aku pada ALLAH Yang Maha Esa.

Usai solat subuh aku duduk di meja tulisku. Aku onn laptop terus menukilkan butiran mimpi ini di dalam blog. Semoga suatu hari nanti si gadis akan membaca isi hati dan perasaan aku. Aku tersenyum sendirian. Aku gembira kerana hampir berkahwin dengan walaupun sekadar bermimpi. Tapi aku pasrah sbb tak merasa nak akad nikah dalam mimpi. Nie semua moto punya pasal. Cesssss........

No comments: