Friday, May 13, 2016

[update] 2014 - 2015 - 2016 punya kisah

2014
Pada tahun ini, aku masih lagi berada di Negeri Sarawak daerah Bintulu. Tapi bukan project yang aku cerita dulu dulu tu. Tapi ini project lain, dia punya tempat pun banyak syok. Dia puna environment pun tak perlu main lumpur, main pasir beria sangat. Tempat bersih boleh santai santai tengok termenung kenang nasib tengok laut.

Tahun ini jugak tahun best aku. Punya lama punya pelbagai cara aku mencari makwe, tapi semuanya tidak berhasil. Haram nak sangkut pun payah. Tapi bila dah tersangkut, terus ajak kahwin. Takde cerita banyak. Buat scan power 14, 15 kali konfiden terus kasi final punya question.

Tahun ini gua tamatkan zaman bujang gua. Gua berkahwin dengan gadis pilihan gua yang berjanji sehidup semati bersusah payah dengan gua. Memang padu makwe nie. Jenis makwe kotemporari yang gua angan angankan selama ini.

Cerita banyak sangat pun takde gunanya. Senang cerita gua seronok menikah dengan makwe nie sekarang. Perghhhhhh! paduuuu!....

Pada tahun yang sama jugak gua berpindah tempat kerja. Gua dapat tempat kerja yang agak ramai makwe dalam kompeni ni di Bandar Baru Bangi. Rezeki kawin barang kali.

2015
Tahun ini adalah tahun pertama aku jadi seorang Bapa. Dia punya seronok dapat timang anak bukan main lagi. Rasa nak lepak dengan baby jer. Lupa terus pasal hal kerja.

Dulu dulu aku memang berangan kalau dah kahwin nanti, kalau ader rezeki dapat anak, aku nak anak lelaki. Anak lelaki sulung nie pada aku dia lebih berjiwa abang abang dan garang dan boleh menjaga adik adiknya dengan power.

Tahun nie aku masih lagi memegang rekod weekend husband. Anak aku di jaga oleh mak mertua aku sebagai cucu yang sulung. Isteri aku masih berkelana di Perak dan aku masih tersadai di Bandar Baru Bangi ni.

2016
Takde benda yang best sangat untuk tahun ini. Tahun ini pada aku tahun yang mencabar, tahun yang power yang menduga kesabaran aku sebagai seorang ketua keluarga. Dengan keadaan ekonomi minyak dan gas yang jauh merundum. Ramai brader brader power di luar sana tersadai dan terdampar kerana kegawatan ekonomi dan di buang kerja.

Aku bernasib baik tak di buang kerja cuma aku di potong gaji tapi load kerjanya sama. Takpelah janji ader kerja dan masih mampu nak bayar hutang piutang dan juga sara mulut anak bini.

Syahduuuuu bukan?

Ekonomi runtuh ke barai ke apa ke aku tak peduli sangat. Apa yang aku peduli adalah keselamatan dan kesihatan wife aku untuk melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan. Insya'allah mid week of June. Bila dah dapat sepasang nie dia punya padu lagi la power kan?

Itu ajer la cerita yang boleh aku update dan aku ringkaskan untuk sepanjang tahun yang telah lama berlalu pergi. Semoga aku kekal tabah untuk update blog ini untuk tatapan diri sendir. Bukan ader orang pun nak layan blog tak kelakar macam ni.

Friday, January 4, 2013

Update #1

Ok, banyak bulan dah aku tak update blog nie. skali skala update mesti nak cerita menda baru. Macam biasa biasa aku pernah cakap, aku takde menda sangat nak update  dalam blog nie.  Cuma yang biasa biasa ajerr. Biasa biasa lagik....

Skang nie aku dah menabur khidmat bakti tenaga dekat Bintulu Sarawak. Project paling superb lahanat & lembab pernah aku jumpa. Takde ikut law punya job. Main ikut hentam kromo jer buat kerja.

Hampir 3 bulan aku duduk bekerja kat sini. Macam macam benda aku dah jumpa. Dari awek sarawak @ Bintulu yg mantap & cun tahap sembur darah hidung hingga la ke hiburan bersosial. Perghh! lain macam pulak cerita nie.

Kat sana malam dia nak kata mati tak jugak sebab Pub bersepah sepah. Kaki enjoy dalam pub mmg menyukai bandar Bintulu. kata orang heaven & hell. Cuma kat sini, kedai makan yg hidup 24 Hr hanyalah Mc'D dan KFC. Okey, sebelum terlupa rumah urut adalah tempat yg paling top di cari oleh manusia semenanjung. Mereka menyediakan pelbagai pakej untuk menyetelkan apa benda dalam kepala hotak kaki kaki urut.

Makan dekat sini boleh tahan mahal. Aku dekat sini belum pernah keluar duit hijau kalau membayar, merah saja. Jadi Hidup di sini perlulah banyak pengorbanan terutama lelaki yang bujang.

Apasal aku tulis blog nie macam dalam edisi kembara dalam majalah sekolah. Chilake! tak best langsung......

Sunday, July 22, 2012

Pelempang Awang singgah ke pipi Dayang #3


Selesai acara minum kopi dari geng pakcik pakcik dan sesi gossip gossip dari makcik makcik, angkatan peminangan keluarga Awang pun berangkat ke rumah keluarga Dayang. Angkatan peminangan yang di ketuai oleh Imam Sahak bergerak pantas menuju rumah keluarga Dayang kerana cuaca tiba tiba mendung. Awan hitam bergerak perlahan, menandakan hujan akan turun dengan lebatnya. Ada yang jenis gelabah bila tengok hari nak hujan, pantas buat buat sakit perut nak balik rumah.

Di rumah, Awang dengan pantas menukar pakaian seluar pendek bola dan tak berbaju baring terlentang di ruang tamu sambil melayan mata. Angin di luar yang sedap sedap nak tido beserta dengan kesejukan dari kipas siling jenama KDK, Awang pun lelap sambil berdengkur. Takde sedikit perasaan risau yang menghantui kepala hotaknya. Agenda menidurkan diri adalah lebih penting dari segalanya. Dah puas tido karang, baru pikir apa benda yang patut nak pikir.

Dayang pula baru selesai mandi setelah bermandikan peluh dari pagi menyiapkan makan makan untuk menyambut rombongan keluarga Awang. Bukan main bersemangat Dayang nak jadi tunangan orang. Mak dan Bapak dia nak terima ke tidak, itu belakang cerita. Janji ada orang masuk merisik dan meminang. Baru ada modal nak bercerita kat pesbuk.

Rumah Dayang dan rumah Awang nih tak berapa jauh. Selang selorong ajer. Jadi, untuk menyahut seruan kerajaan dan dunia untuk menjaga lapisan ozon, maka mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Itupun atas arahan ketua rombongan Imam Sahak. Ikutkan hati bapak Awang, mahu saja dia naik moto Honda lampu bulatnya tu. Tak kuasa dia nak berpeluh kelengkang berjalan kaki.

Imam sahak memandang ke langit. Titisan hujan sudah turun membasahi bumi sedikit demi sedikit. Lantas Imam Sahak mempercepatkan langkahnya sedikit diikuti dengan ahli ahli rombongan yang lain.

To be continue…………………

Wednesday, July 4, 2012

Aku Seorang Engineer #2


Jadi engineer ni seronok. Cabaran jadi engineer ni bermula sejak dari masuk university untuk mendaftar kursus Engineering. Tak kira la engineer apa sekalipun yang ko nak masuk, janji engineering.

Dia punya cabaran jadi engineer tue membawa ke tempat kerja. Mana-mana yang amik kursus engineering tapi biler kerja jadi customer service, jual insurans, buat MLM dan juga bukan sangkut paut dalam bidang engineering memang la orang tu ketahanan mental dia tak power, orang kata!

Bila bekerja jadi engineer memang seronok. Tak sia-sia penat lelah masa zaman university dulu. Penat bersengkang mata study last minit untuk paper final, bersusah payah usha makwe makwe rajin untuk tiru assignment, berhempas pulas menulis sekecil-kecil tulisan di atas sekeping kertas kecik untuk dijadikan “toyol” dan macam – macam hal lagi.

Paling seronok biladah kerja ko terlibat dalam meeting. Baru terasa punya “kaw” jadi engineer. Kena hamun, maki dalam meeting, itu semua tolak tepi, yang penting dapat pass – pass business card pada orang yang kat dalam meeting. Paling power sekali bila makwe cun bagi kat ko business card dan ko membalasnya kembali dengan business card ko yang tertulis title engineer. Perghhh! Dia punya seronok sampai tak lena tido. Mengharap sangat makwe cun tue buat buat tersalah contact ko untuk berbual-bual kosong dengan ko.

Tapi, Sejak ko bagi business card pada makwe cun tue. Dekat 2 minggu ko tak dapat tido lena. Asyik memikirkan makwe cun tue ajer. Time lunch ko mikirkan makwe tue, time masuk opis pagi pagi nak check email pun ko menanti email makwe tue masuk ke tidak dalam inbox. Serba serbi asyik makwe cun tue ajer la yang ko teringatkan. Takdenyer laa orang lain yang boleh di ingatkan selalu.

Tapi selepas 2 minggu tue, kehidupan ko kembali normal. Tiada lagi makwe cun yang ingin menghantui hidup ko. Masuk opis pagi pagi, ko tenang mcm biasa sambil hirup Nescafe panas subsidi company. Lunch ko boleh pung! pang! pung! pang! hisap rokok sambil berborak sakan tanpa perlu risau akan makwe cun dan malamnya ko boleh tidur tenang bermimpi indah sambil menaiki kereta sedap buatan eropah dan jepun.

Awas! Bila makwe cun tue punya title adalah “tender development” maksudnya ko akan di hambat oleh makwe cun tue sampai la ko dapat puaskan hati dia dengan menghantar official quotation yang di perlukan olehnya. Ingat suka suka jer makwe cun tue nak bagi business card dia kat ko. Itu semua ada makna tahu tak? Dia tak dapat call ko kat opis, personal phone ko dia call. 

Inilah dia salah satu daripada cabaran menjadi seorang engineer. Keseronokan yang tiada tolak bandingnya. 

Cheeewah!

Sunday, July 1, 2012

Pelempang Awang singgah ke pipi Dayang #2


Aktiviti Awang lepas subuh tu ada pelik sikit. Selalunya Awang akan “landing” menyambung tido sampai matahari terpacak kat langit. Tapi pagi tu Awang dah duduk steady tanpa gosok gigi kat meja dapur tunggu cekodok Mak Nab siap di hidang.

Tapi memandangkan hari itu adalah hari yang paling mendebarkan bagi Awang. Maka Awang korbankan rutin paginya. Kedengaran di ruang tamu sudah riuh rendah bunyinya. Orang-orang surau yang bersembahyang subuh berjemaah pagi tadi sudah sampai di rumah. Bacaan doa selamat di bawah pimpinan Ayah Awang sendiri di mulakan.

Awang seperti biasa bersiap ala qada' duduk bersila di tepi pasu bunga di ruang tengah rumah. Itupun bagai nak gila Awang menahan mengatuk. Mau aja dia nak angkat tangan berdoa secara berbaring. Tapi nanti tak manis pula di pandang orang kampung.

Kenduri doa selamat itu adalah bertujuan untuk memohon keberkatan illahi semoga hajat dan misi Awang sekeluarga diperkenankan dan dipermudahkan dalam usaha untuk menyunting Dayang. 

Dayang kat rumah tu entah bangun tido ke belom agaknya. Rombongan pertunangan Awang akan di pimpin oleh Imam Sahak Selaku Imam Masjid mukim kampong Awang, AJK Umno cawangan Kampung Awang dan juga Pak sedara Awang yakni merangkap Ayah Awang punya abang.