Friday, March 16, 2012

Niat di hati

Dah bertahun jugak aku mikir menda nih. Kadang kala semak jugak asyik mikir menda yang sama. Asal bangun tido jerr aku mikir menda nih.

Apa tidaknyer, asal bangun tido jerr nampak gitar. Asal bangun tido jer nampak komputer. Asal bangun tido jerr nampak ampai baju. Asal bangun tido jerr nampak towel tersidai.

Bila pulak la boleh kalau bangun tido jerr nampak makwe muka manis sambil senyum nak kejutkan bangun bersarapan bersama.

Perghhhhh.........

Wednesday, March 14, 2012

Novel atau Filem yang bakal jadi hits di Liverpool


Aku ingat nak start buat novel atau Filem yang berasaskan liku-liku percintaan zaman moden. Tajuk dia aku belom pikirkan lagi. Bendanya pun aku start lagi. Dia punya draft baru wujud dalam kepala hotak aku. 

Aku try nak wujudkan kisah percintaan yang macam ni. Ada aksi gaduh, jalan kaki dari Temerloh sampai ke Kolompo, scene beli air 100 plus kat RnR Gombak sebab penat jalan kaki. Sinopsis cerita dia lebih kurang macam ni. Awang dan Dayang ni kapel dah lama jadi keluarga Dayang nak suruh Awang cepat-cepat kahwin takut Dayang ada anak awal. Mak ayah Dayang pun tak nak ada cucu express.

Awang nie seorang pemuda yang baik, peramah, sopan santun, tampan dan gantang. Berapa gantang, itu kena tanya Awang sendiri. Cerita hal Awang ni dia kena pergi cari kerja untuk kumpul duit buat belanja kahwin dia dengan Dayang. Keluarga Dayang bagi tempoh dekat Awang selama 3 tahun untuk cukupkan duit belanja kahwin termasuk hantaran dan kenduri kendara. Maklum ler, Dayang nie anak dara hot kat kampung. Jadi family Dayang ni “demand” sket laaa.

Untuk cari duit belanja yang boleh tahan banyak tu, Awang kena la berhijrah di Kotaraya. Lagu “Oh kotaraya” nyanyian Alleycats jadi muzik background. Macam-macam yang Awang kenal bila berada di kotaraya dari lorong Haji Taib, KLCC, makwe skirt paras betis, klip 3gp sampai la ke Mancestee United. Itu belom kira hal mapley, snoker, batu dan kedai kuda.

Awang bekerja keras untuk mencukupkan duit belanja dia. Misinya adalah untuk berkahwin dengan Dayang dalam tempoh 3 tahun. Hal kereta, rumah, talipon pintar model terkini dan macam-macam benda yang  bukan bukan, Awang tolak tepi dulu. 

Dapat atau tidak Awang selesaikan misinya untuk berkahwin dengan Dayang dalam masa 3 tahun. Itu kena tunggu aku start buat karangan dia dulu. Agak-agak aku menyirap dengan watak Awang ni, episode pertama aku dah tak bagi dia kahwin dengan Dayang. 

Okeh, gas dapur rumah aku dah abis. Aku nak runner pergi kedai. Kang tak dapat pulak aku nak makan malam. Rajin pulak mak aku nak buat BBQ malam-malam nie.

Tuesday, March 13, 2012

Antara K-pop & Paddle pop

Perghh! Aku geleng kepala tanda protes kecil kecilan.

Budak-budak zaman sekarang nie backup artis pujaan dia kalah askar askar yang pergi pergi berperang. Diorang punya hujah ntah hapa-hapa macam setannn!

Aku nihkan orang pencen. Orang pencen dah tentu takde kerja nak buat. Bila takde kerja nak buat aku pun buat ler kerja blog walking sana sini. Sekali aku terjumpa ada satu blog nih cerita hal K-pop. Korang tahu menda apa K-pop tue? Tahu?. 

Budak ni bercerita la hal K-pop dalam blog dia. Pung pang, mamat nie hensem. Pung pang, mamat nih romatik. Cerita blog dia tak menarik, yang menarik orang-orang yang komen dalam blog dia. 

Orang yang komen dalam blog dia pulak jenis anti k-pop. Owner blog dan sekutu sekutu k-pop pun bangun la menentang anti K-pop. “korang kalau tak suka k-pop blah la dari sini, yang nak sibuk-sibuk kat sini buat apa. Korang tak kenal dia ehhh. So, jangan nak kutuk-kutuk bagai. Macamlah korang nie bagus sangat” . Pro k-pop punya hujah yang diorang rasa kukuh.

Komen balasan dari anti K-pop pulak begini “Ahh! Macam la mamat korea tuh kenal ko, korang jer lebih lebih mengedik kat dia!”

Itu antara bibit bibit debat K-pop terawal. Lepas tu diorang melarat sampai ke politik, free manson dan juga orang Korea suka makan benda tak masak serta tak mandi pagi.

Kah! Kah! Kah!.....

Dalam hati aku cuma kata “Pergi mampos sama k-pop! Bukan dia bagi aku kerja dgn duit pun nak suka lebih lebih”

Kah! Kah! Kah!....

Friday, March 9, 2012

Aku Seorang Engineer #1


Dah masuk 1 bulan 9 hari aku mengangur. Itu bermakna sudah 1 bulan lebih aku mengangkang kat rumah. Bangun sampai matahari tegak di langit. 

Rutin harian adalah sama. Bangun tido, on PC, basuh muka + gosok gigi, bukak almari lauk usha usha balance sarapan yang tak sempat aku nak jamah, bawak masuk bilik dan makan sambil layan movie yang aku tengok separuh-separuh. Habis makan, aku akan bukak email dan pesbuk secara serentak.

Setelah kebosanan, aku sedia untuk mandi, solat zuhur dan kembali ke PC untuk melihat status Job Street. Apply mana mana jawatan yang berkelayakan atau hampir layak dan kembali semula ke pesbuk. Buka dan baca blog yang telah di klasifikasikan sebagai sedap sedap. Kemudian makan tengahhari secara solo sambil menonton movie.

Petangnya akan di serikan dengan menonton movie online di Youtube ataupun melepak bersama dengan orang-orang kerja pejabat yang telah balik dari pejabat. Apabila Azan Maghrib berkumandang, itu menandakan aku telah balik lewat untuk pulang ke rumah.

Apabila malam menjelma, bermaksud acara melepak di kedai kopi sehingga mengantuk dan boring. Tapi sehingga kini belum lagi istilah boring itu menjelma. Tengah malamnya adalah aktiviti berinternet dan juga game sampai mata mengantuk.

Itulah aktiviti hidup saya, macam setannnn………..

Thursday, March 8, 2012

Tom Yam Campur


Masa aku duduk rumah sewa di Sg.Ramal Baru, Kajang, aku pernah demam sampai mengidam nak makan Tom Yam campur. Aku call salah seorang budak serumah aku yang kerja kerajaan untuk membelikan aku Tom Yam. Jelas sekali beliau sudi untuk memenuhi permintaan aku yang sudah sedia maklum tidak sihat dan juga tidak berdaya.

Petang itu aku gagahkan diri bangun masak nasi. Walaupun rumah bujang tapi beras tak pernah miss beli. Cuma nak masak lauk jer ada malas sket. Paling rajin pun goreng telur. Tapi kalau hari hari telur, Jin pun boleh muntah.

Aku tunggu punya tunggu, Tom Yam campur tak muncul-muncul. Jam dah tunjuk pukul 7. Apa gila orang kerja kerajaan balik lambat. Adalah paling sejarah orang gomen balik lambat semata-mata nak siapkan kerja di pejabat. Ajaib!

Pukul 8.30 malam barulah member serumah gua muncul sambil membawa 2 beg plastic merah. Aku terus menantang nasi yang dah suam suam sejuk dalam pinggan dan mangkuk kosong bersila depan TV sambil ambik feeling-feeling nak pekena Tom Yam.

Tapi.......
 
“ko makanlah apa yang ada dulu, esok sampai ke Kelantan pun aku sanggup cari Tom Yam kau tu” member aku cakap dengan penuh hikmah dan beserta kejujuran

Malam tue aku makan nasi berlaukkan “Putu Mayam”

Chilakee…………..!