Sunday, October 16, 2011

Pak Wan (episod: aladdin)


“Bang! Bang! Bang!” bunyi pintu di ketuk kuat.

“Bukak pintu nie cepat!’ “Aku cakap bukak!” Suara dari siapa entah yang bukan main bersungguh sungguh mengetuk pintu bilik gua bagai nak rak.

Gua ketika itu sedang enak di ulit mimpi terjaga dari pertiduran akibat dari ganguan itu. Dengan perasaan geram dan menyirap gua menjeling jam loceng di atas meja belajar.

“Perghhhhh! pukul 2 pagi. Apa benda yang orang nih nak” bisik hati gua.

“bang, bang, bang!” bunyi ketukan pintu bertalu talu.

“kcek! Kcek! Kcek!” tombol pintu pula di putar putar walhal sudah sedar yang ianya berkunci dari dalam. Dasar takde wawasan manusia di luar itu.

“bukak la cepat!” jerit orang diluar.

“kejap la, tak menyabar pulak, sapa tue?” gua pulak beri pertanyaan balas sambil sambil mengagahkan diri bangun dari tilam yang empuk.
“aku, pak wan!” jerit orang kat luar.

“kreeet……” bunyi pintu yang kekurangan minyak gris terbuka

“apahal nie pak wan, kacau orang nak tido nih” gua buat muka menyirap.

“heh! Heh! Heh! Mintak pinjam lighter” pak wan buat muka tak bersalah

Gua pandang pak wan pagi tuh bukan main kecik lagi, macam semut keciknya. Gua rasa macam nak pijak pijak pak wan sampai leper macam kertas. Gua campak lighter Aladdin dekat pak wan sambil menutup pintu dengan kuat sebagai tanda protes.

Besok tengah hari gua pulak yang sangap nak isap rokok takde lighter. Cilake pak wan!

Sunday, October 9, 2011

cerita tentang masyarakat kebanyakan

"kadang kala hidup kita nie perlu ada sedikit fun dan keinsafan yang berpanjangan"  kata abg kopiah kedai sate.

Gua angguk angguk kepala tanda setuju sambil menghabiskan sisa sisa sate yang tinggan di atas pinggan. Kemudian datang seorang pakcik bersama cucunya yang masih kecil duduk di dalam raga moto. Sambil tangan kecilnya gatal memusing side mirror yang hampir terkulai. ayam-ayam bertempiaran berlari takut takut di langgar oleh pakcik itu.

"Zenggggg! Krekkkkk!" Bunyi brek motosikal pakcik yang sudah lama tidak letak minyak gris barangkali.

"Bedul, kasi sate ayam 20, daging 10, bungkus! kuah kasi lebih sikit" laung pakcik itu dari atas motosikalnya.

Cucunya masih lagi leka bermain-main dengan side mirror motornya. Budak sekecil itu belum mampu memahami erti kehidupan manusia dewasa. Gua angkat tangan satu kali sambil membuat isyarat mengira harga makanan gua.

"Berapa kak?"
"Rm15.00 dik"

Gua membuka wallet lalu membayar. Ahh! nasib baik ada duit yg genap. Sekeping wang kertas Rm10 dan Rm5 gua hulurkan kepada makcik yang tukang kira tadi. Gua melangkah menuju kearah motorsikal gua. Gua hidupkan enjinnya dan terus berlalu pergi meninggalkan kedai sate dan pakcik yang menunggu sate bersama cucunya.

~TAMAT~

Sunday, October 2, 2011

Kopi timbang nih punya stim tak sama dengan kopi uncang!

"Bulan 9 nih, dia punya busy macam celake! Dia punya busy sampai membawa ke tempat tido, sampai mimpi pun masuk hal kerja jugak!"

Gua mengeleng-gelengkan kepala mendengar keluhan dari brader yang share table dengan gua untuk pekena kopi. Punyalah kusyuk gua mendengar keluhan hatinya, sampai gua terlupa nak berkenalan dengan beliau.

Gua menyedut rokok gua yang berbaki dua tiga pam dan lantas menjentik puntungnya kedalam longkang.

"Tup, tup, tup" Puntung rokok landing di simen kedai sebelum masuk ke dalam longkang.

Gua menghabiskan sisa kopi di dalam gelas, sambil mata menjeling tepat ke wajah brader tu. sambil sambil itu gua masih mendengar butir bicara dari mulut brader tersebut. Agak tertekan kerja brader nih rupanya.

Gua menyapu mulut gua dengan tangan kerana kedai ini tidak menyediakan tisu. Gua angkat tangan kepada pelayan kedai makan, lalu menghulurkan seringgit kepadanya untuk membayar harga kopi. Gua menepuk-menepuk peha brader tu untuk memohon beransur dari situ dan minta dia bersabar dengan dugaan kerjanya itu. Brader itu angkat tangan kanan beliau dan mengangguk-angguk kepalanya tanda OK!

Gua blah dengan langkahan kaki yang steady. Dalam setapak dua melangkah keluar dari kedai gua berpaling melihat brader tu. Brader tuh sudah mengalihkan kerusinya menghala ke meja sebelah. Gua lihat brader meja sebelah dah kucar kacir nak perabiskan airnya untuk segera blah dari situ.

"Stedy jugak gua melayan orang gila bercerita sampai abis rokok sebatang" bisik hati kecil gua.