Monday, April 19, 2010

kenapa saiz lilitannya besar

Mak aku demam hari tuh. Sebagai anak lelaki yang bertanggungjawab dan beramanah serta beretika. Aku sedia untuk mengambil tugas emak aku. Aku membasuh baju menggunakan mesin basuh, aku membuang sampah di dapur ke belakang rumah. Aku menyusun aturan kerusi meja yang aku sepahkan malam tadi pas tengok bola kepada keadaannya. Aku memaksa adik aku untuk sapu sampah dan mop lantai rumah. Aku juga mengerahkan adik aku untuk turun ke dapur memasak sekadarnya. Aku juga mengambil tindakan drastik untuk menyidai baju. Nah...aku anak lelaki yang boleh di harap bukan?.

Tekedek-kedek aku mengelek bakul basuhan baju di pingang keampaian. Ibarat mcm cerita drama-drama pendekar melayu dulu, gadis-gadis manis turun ke sungai untuk membasuh pakaian sambil berkemban seksi. Mujur juga aku tak pandai berkemban. Cuma nya rambut aku panjang, berseluar jeans panjang yang lusuh beserta t-shir nirvana aku. 

Kerja sidai menyidai aku dah mulakan. Tetapi sebelum tuh aku bakar rokok sepam dua. Baru la nampak imej rockers tuh kekal. 

Assalamualaikum, Salam di beri dari suatu suara wanita yang berumur. 

Walaikummusalam, jawap aku kembali.

Pis, cik yah nak tumpang sidai baju nih kat ampaian, cik yah mintak izin.

Pakailah cik yah, kebenaran di berikan oleh aku.

Sesi bertanya khabar diri aku yang lama duduk di negeri orang menjadi tajuk perbualan hangat. Sambil bersoal jawab sambil mulut menyedut nikotin. Itu sudah pasti. 

Kim salam kat mak, suh mak makan ubat, pesan cik yah pada aku.

Insya'allah, janji aku pada cik yah. 

***

Cik,cik, oiii cik. Bangun la. Hari nak hujan nie. Tolong angkat kain baju. Kejut adik aku dari tido yang lena, mungkin kerana kepenatan selepas berkerja keras mengantikan batang tubuh mak aku yang masih belum sembuh sepenuhnya. Tapi masih mampu menonton Bawang Putih Bawang Merah. Aku segera bingkas bangun dari tilam yang kureng empuk pasal spring dier senang sangat membocorkan seluar aku di bahagian punggung. 

Sambil belari-lari anak, sempat aku menjeling mak bawang putih yang jahat dalam TV tuh. Nak ajer aku terajang selamatkan bawang merah lantas mengahwininya. Chantekk bukan idea aku nih?. 

Pantas aku sudah berada di luar rumah untuk mengankat baju di ampaian. Aku angkat semua baju yang aku sidai tadi. Yang kecik yang besar semua aku angkut. Bahagaian cik yah aku asingkan dulu dan tarik ampaian duduk kat bawak bumbung keta. Cik yah keluar rumah sambil terkedek-kedek mcm itik baru lepas main gymnastik. 

Terima kasih pis, buat susah-susah je, ucapan cik yah pada aku.

Sama-sama, jawab aku kembali. 

Buat nih sumer ada makna nih. Kasik la anak pompuan yang ramai-ramai tuh buat jadik bini. Simpan dalam rumah buat haper. Nanti berabuk. Dah buruk, kata aku dalam hati. 

Mujur semua kain baju dah kering. Terus lipat ajerlah, bleh layan mak aku tengok bawang putih bawang merah sambil sakat dier kalau terbit air mata. hahahaaha, idea jahat menyakat sudah muncul kat kotak pikiran.  

Aku pun melipat dengan senang hati. Sambil-sambil mata menjeling ke TV. Tapi kerja jalan dengan pantas dan cermat. Tiba-tiba tengah aku melipat dengan tenang, ader satu jenis pakaian agak ganjil saiznya. Bentuknya mmg familiar. Tapi saiz dier agak ganjil. 

Mak, nie mak punya ke?, tanyer aku pada mak sambil menunjuk saiz fizikal pakain itu. 

Adik dan mak aku berpaling sambil melihat pakaian itu. Aku menjadi serba serbi tak kena. Sambil memikir jenis-jenis kepunyaan mereka berdua. 

Naper nampak jenis mcm 36 D jer tuh mak?, bukan mak punya tuh kan, tanyer aku kembali memohon kepastian setelah aku tengok mata mereka berdua begitu ralit melihat adegan bawang merah di seksa. Mak aku mengeleng-gelengkan kepala. Adik aku seakan mampu membaca kepala otak aku.

Nih cik yah punya nih, ko amik dier punya watpe, jelas adik aku pada aku yang blurr tiba-tiba.

Patut la lilitan bulatan dier lebih besar dari biasa. Patut la aku lipat tak sama saiz jadinya. 

Hari tuh jugak adik aku menghantar kembali pakaian bersaiz ganjil pada cik yah setelah di lipat kemas oleh aku. 

Macam mana aku bleh terambik orang tua nih punya barangan dalaman plak nih. Bingai betul la, kata aku dalam hati sambil menonton bawang putih bawang merah dengan mengunyah cekodok pagi tadi.  


No comments: