Monday, April 19, 2010

mengidam epal hijau

Bang, epal nih sekilo baper, tanyer aku kat brader yg jual epal kat pasar malam. Sekilo RM*** , jawab abang tuh. Aku tanyer kat member aku, kita nak beli berapa puluh kilo nih. 20 kilo dah la, Jawab member aku kembali. 

Dalam perkiraan tuh, aku raser dalam kepala abang tuh kompom dah terbayang bonus yang dia dapat malam tuh nanti. Sebab ader dua orang anak muda sedang berkira-kira nak beli berkotak2 buah epal. Mungkin mereka berdua nih mahu bercamping atau buat parti. Andaian aku tentang perasaan abg tuh biler kitorang bertanyakan tentang harga epal nya.

Dik, kalau nak belii banyak abg bleh bagi kau diskaun, kata abg tuh tanpa di minta. Berapa banyak diskaun tuh sekilo bang, kalau best kitorang nak beli 40 kilo lagi nih,jawab member aku. 

Aku hanya mendiamkan diri, mungkin aku bersetuju ngan cadangan member aku nih. Muka abg tuh kelihatan manis seperti gula. Mungkin juga masin seperti garam. Aku pun tak pasti nak cakap mcm mana, Pasal aku tak pi raser pulak muka abg tuh raser dier mcm mana. 

Kami berdua memulakan sesi perbincangan. Abg tuh setia menanti. Harapannya menggunung tinggi. Mungkin dia boleh pulang awal malam nih. Orang sebelah menyebelah seakan terpana. Keputusan sudah di capai sebulat suara. Sebarang bantahan tidak akan di layan. Undian sms langsung tidak di terima. Aku bersuara mewakili keputsan kami berdua.

Macam tuh bagi kami 5 biji ajer lah bang. Nak yang epal hijau tuh ehh, bagitau aku.

Kelihatan muka abg tuh merah padam, asap sudah keluar dari kedua belah telinganya yang capang. Tangan sudah berurat-urat. Dia menapak selangkah kebelakang untuk mencari sesuatu. Tangan aku di tarik oleh member aku menandakan kami perlu segera keluar dari situ.

***

Abg pasar malam tuh membongkong mencari-cari benda di bawah meja jualannya yang boleh di jadikan bahan bukti kepada pihak polis apabila dua orang remaja lelaki tuh nanti masuk hospital serdang akibat kecederaan yang parah dan patah rahang mulut.

Aku jumpa mangkuk dua nih lagi, siap la. Aku bagi makan epal nih sampai korang muntah, laung abang tuh. Suara abg tuh sayup-sayup jer kedengaran. Kami berlari-lari anak pergi ke moto. Terus memecut balik ke rumah. 

Atas moto yang berkelajuan mat rempit, aku terfikir sesuatu. Apa gila aku wat lawak bingai kat pasar malam tadi nih?.

No comments: