Sunday, January 2, 2011

esah lagenda [sequel episode]

sila rujuk episod 1 dan baca hingga finale episod. Barulah paham berkenaan dengan episod sequel nih. Aku sendiri pun tak tahu kenapa cerita nih ada kena mengena dengan episod esah lagenda nih. Tapi sebab aku dah bersusah payah memerah kepala otak idea dan menaip. Maka sudi-sudikan lah membaca.

Apa? Malas nak baca? menyampah nak baca?. Dah tuh! Tak reti-reti nak blah dari sini!. Itu pun mau ajar ka!

* * * * * * *
“Begitulah asal-usul Pontianak. Yang korang dengar selain dari tu semuanya pembohong! tak usah percaya!” jelas Atan penuh bersemangat pada kawan-kawannya.

“baru aku tahu, nasib baik ko ceritakan kat kitorang ni Atan” balas Meor sambil menepuk-nepuk bahu Atan tanda terima kasih.

“takde hal punya, ada ilmu kita kena kongsi sama-sama betul tak?” Kata Atan lagi

Tidak sempat rakan-rakan Atan mejawab, penjaga mereka semua sudah datang mengganggu borak-borak ilmiah mereka.

* * * * * * *
“Okeh, semua orang sila masuk tidur, hari sudah lewat, Atan, Meor, Kasim, Din cepat naik katil masing-masig” arah penjaga itu dengan nada yang agak tegas.

Setelah selesai memastikan yang kesemua mereka telah di beri ubat tidur dan mereka telah pun tidur, maka penjaga itupun menutup pintu untuk mengelakkan mereka curi-curi keluar di waktu malam.

Keadaan di Hospital Mental Bahagia sunyi sepi. Yang tinggal hanyalah bunyi cengkerik dan katak-katak yang saling bersahutan.

Bunyi lolongan anjing laut juga turut sama menghiasai bunyi-bunyi waktu malam di hospital mental bahagia..

ehh,nie kat zoo ke kat hospital nie sampai ada bunyi anjing laut plak?