Sunday, April 18, 2010

gua dan seni

Gua sejak dari kecik dah terdedah ngan seni. Tapi gua suka kalau bab-bab berkarang nih. Gua suka giler baca buku siri-siri penyiasatan, misteri, politik, berunsur keagamaan dan lain-lain. Tapi seingat gua, novel cinta belum pernah dapat rekod cemerlang. Paling kuat dalam sehari hanyak 10 mukasurat. Pastu gua bantai layan feeling tido. Gua paling tak suka bab-bab suka bertukar jadi duka. Mamat nih kacau minah tuh, minah tuh kacau mamat nie, bapak minah tuh kawin ngan mak mamat nih, mak minah nih kahwin ngan mamat tuh. Arghhhhh...novel cinta mmg kureng menarik bagi gua. Susah-susah gua baca terus ending dier. Mmg sebijik mcm drama melayu dalam cerekarama kat TV. Putar-putar sana, buat aksi sana, kona-kona sana, lasat-last ending dier sama ada happy ending ataupun sadness. Tak hero mati heroin mati. Tak heroin mati pun dier kahwin ngan mamat lain begitu juga sebaliknya. Bosan bukan?. Ini bagi aku la. Tapi bagi orang pompuan siap boleh berfantasi lagik klu citer novel nih. Bleh meleleh air mata. Heh.....

Korang percaya atau tidak, masa form 2 gua dah abis baca novel SALINA karya A.Samad Said. Mmg champion dalam sehari je gua bleh tamatkan novel tuh. Heh..... Tapi suka manapun gua dalam berkarang, hanyalah untuk kepuasan diri. Belum lagik untuk mencapai maksud sebagai mata pencarian. 

Bagi gua plak, kalau gua start mengarang mesti emosi gua dalam keadaan yang belum stabil seumpama kereta yang stabalizer nyer tak di pasang dengan baik. Tapi dalam keadaan mood yang terlalu stabil pun gua bleh mengarang. Maka mengarang adalah hobby gua di masa lapang. Skang nih gua tak mengarang atas kertas lagik. Skang nih gua mengarang dalam laptop gua. Perghhhh....terbaik beb. Apa yang ada dalam kepala otak gua mesti terlimpah terus kat dalam karangan gua nie. 

Gua ingat lagi ader satu karangan gua masa darjah 6, tajuk tentang misteri gunung ledang kot. Sebenarnya karangan tuh gua dpat idea dari baca buku hardy boys. Ala-ala penyiasatan la jugak. Yang menariknya, karangan tu tercipta masa ujian percubaan UPSR. Gua punya la seronok menulis sampai karangan gua jadik esei. Punyalah panjang berjela. UPSR kan klu standard karangan tak boleh lebih dari 80 patah perkataan. Tapi bagi gua itu sikit sangat ayat yang gua bleh terjemahkan dalam bentuk penulisan. Idea gua berimaginasi nak kena gua luahkan dalam bentuk penulisan memerlukan banyak perkataan. baru la karangan gua jadi perfect. Tidak la tergantung mcm jambatan gantung kat kampung cha'a tuh.

Tapi gua raser cikgu Bm gua masa tuh mmg dah nampak kot bakal semulajadi dalam diri gua nih. Selepas tamat UPSR, gua dengan rakan-rakan lain akan melakukan aktiviti secara berjemaah. Aktiviti bermain tudung oren. bermain bola, main gasing dan pelbagai aktiviti yang tidak mampu di halang oleh pihak sekolah. Untuk hilangkan stress budak kot. Agak aku la. Satu hari cikgu BM gua panggil datang jumpa dier. Dier tunjukkan gua buku dewan pelajar yang pakai maskot burung Nuri tuh. Ader satu karangan kat situ. Gua pada mulanya mmg la tak baper cam. Tapi terus teringat yang itulah karya siri penyiasatan gua masa dalam Ujian percubaan dulu. Perghhh....Menarik beb, biler gua punya hasil karya di publishkan dalam majalah yang glamor untuk budak2 sekolah rendah seperti gua. Perghhh...paling menarik skali ader lukisan kartun kat tepi karangan tuh. Biler pulak gua melukis kartun time tuh. Soal gua penuh kehairanan. Mungkin gua melukis dalam keadaan separa sedar la kot. Ala-ala di pukau oleh karangan sendiri. Masa tuh jugak gua dapat kertas sekeping yang gua tak paham apa tujaannya yang tertulis RM300 sahaja. Gua tak tahu aper kepentingan kertas tuh masa tuh. Yang gua tahu, cukgu pesan suh bagi kat parent gua. 

Balik rumah gua tunjuk kat mak gua. Barulah gua tau itulah yang di namakan cek. Perghhh....terbaik beb. Mmg terbaik. RM300 tuh. Ingat sket. Duit raya pun tak melibatkan sebanyak tuh. Tapi biler dah besar nih gua menyesal satu perkara. Kenapa la gua tak tuntut royalti kat DBP masa tuh. Kalau tak kompom gua dah jadi millionaire.

Aktiviti mengarang gua sudah semakin tajam dan padu. Setiap hari gua asah bakat. Sehinggakan bakat gua menjadi ultraman dan kesatria baja hitam mahupun flashman sudah hilang dan hampir padam. Gua dah takde bakat macam tuh lagi. Gua mempunyai skill yang tajam. Gua paling suka kalau homework gua ader kena wat karanagan. Member hari tuh jugak siap. Kalau tak dapat 4 muka surat buku jangan harap gua nak bagi ending ayat kat karangan gua. Biar cikgu gua muntah hijau kalau nak tanda kerangan gua. Apa dier ngat budak nakal nie tak reti nak luahkan kretiviti dia kot. Lu silap besar la brader..!

Form 3 gua masuk peraduan menulis esei secara solo tanpa di bantu dan di sokong oleh guru-guru panitia bahasa melayu. Iyerrr laaa...budak nakal mana cikgu nak layan. jadi gua buat kerja secara solo. Karangan tuh seingat gua tentang tokoh negara. Perghhhh...memang padu la. Gua menulis sambul merujuk kepada sumber-sumber bacaan yang agaks terhad. Gua goreng-goreng melalui fakta makta yang gua ada. Punya la panjang esei gua. ada la dalam 15 muka surat. sampai nak lembik tangan gua. Nak pegang pick gitar pun layu. Gua antar sebagai calon pesendirian, gua tak pakai nama sekolah pun. Heh.....Biler result esei tuh kuar, gua tgk nama gua langsung tak tersenarai sebagai pemenang. No1-4 mmg jauh skali. Hadiah sagu hati pun tak dapat. Hadiah harapan pun tak merasa. Gua pasrah, gua kecewa. Tapi gua syak la ada unsur-unsur sabotaj. Gua tulis tentang tokoh negara kot. Bukan tokoh negara amarika nun mahupun Brazil amat jauh skali Israel. Tapi kenapa gua tak mng. Gua baca esei org no.1 yuh macam hak tuih jerrr...Gua raser esei gua best lagik. Tapi gua raser memang ada unsur sabotaj. Pasal tokoh negara yang gua karangkan adalah DSIA. Mahu tukang baca esei tuh tak mencarut. Silap2 kena bakar esei gua time tuh gaks. Hahahahha.... 

Gua punya kecewa tak lama. Gua lebih memantapkan hasil penulisan gua. Skang nih gua dah lebih kearah puisi plak. Gua terpana ngan puisi pyan habib, ngan dinsman. Gua pun nak tiru-tiru gaya cipta puisi dan sajak reformasi. tapi Nurulizzah haram tak pernah baca puisi gua, pasal tak pernah tau alamat umah dier. Macam mana gua nak post suruh dier baca. 

Naik Form 5 gua punya idea makin bercambah-cambah. Daya imaginasi gua melampau-lampau banyaknyer. Gua masa tuh banyak sangat terdedah ngan isu perang kat Palestin. Gua sejak dulu lagik dah mmg anti perang. Gua rasa mcm gualah pejuang. Tapi secara amatur. Nak jadi mcm pak sako mcm tak bleh jer. Gua tak nak masuk penjara beb. Gua punya moral masuk penjara mahupun pengalaman masuk lokap mmg takde langsung.

Ujian gerak gempur SPM mmg gua sangat nanti-nanti kan time wat karangan. Keluar plak isu pasal perang. Mmg gua goreng habis-habisan. Mana ayat yang kurang best gua tambah perasa. Mana ayat yang agak kaku, gua modified sket harum baunya. Masa tuh kalau ada yang ngada-ngada nak ajak gua berborak mmg makan kasut pallas gua nie. Silap-silap kaki gua bleh sampai 360 darjah hinggap ke muka beliau. Biler result keluar gua dapat highest mark dalam kelas. Perghhh...Karangan tuh beb. Jadi contoh kat kelas. Siap cikgu bacakan depan kelas lagik. Perghh...Mmg bangga tahap Hamas serang yahudi la gua punya bangga. Penuh dengan ayat-ayat simbolik, penuh dengan kata-kata perjuangan, penuh dengan kata-kata semangat dan yang kurangnya kata-kata nista yg gua nak lemparkan sangat kat zionis nih.

Hasilnya sekali lagi gua punya hasil karya di publish kat awam. Dalam majalah Fokus kalau tak silap gua. Masa tuh pun gua terlupa nak mintak royalti. tapi dapat dalam RM1000 cek terus datang kat umah. Mmg enjoy betul gua masa tuh. Gitar kapok cap start gua angkat RM75 2nd hand. balance gua cakap kat mak gua untuk masuk universiti. Tapi peranagai gua masa tuh jangan kata nak masuk universiti. Nak melangkah masuk pun macam takde harapan, nak pegang pintu pagar pun mcm samar-samar. Penuh dengan kegiatan gigs sana, gigs sini.

Kali ini gua lebih kearah membuat lirik lagu untuk band-band yang memerlukan khidmat gua. Gua dah bercita-cita nak jadi mcm M.Nasir, Loloq, kombat, joe kidd, sam cromok dan lain-lain. Gua tak mau buat lagu lembik-lembik. Gua nak buat lirik lagu perjuangan. Perghhh...tinggi betul harapan gua.

Akhirnya gua masuk universiti. Bulan yang dulu nampak kelam sudah cerah semula. Sedikit demi sedikit gua mula meninggalkan aktiviti karangan gua, puisi gua, monolog gua. Klu gua betul-betul tension barulah idea nak bermonolog terhasil. Tapi selalunya tak mencapai tahap yang membanggakan. Gua pressure ngan study. Tapi seni tetap seni. Gua mana leh tinggal seni. Akhirnya jumpa bloggers. Dapat la gua curahkan kembali hobi asal gua nih. Seronok beb. Rasa mcm pekena Dunhill menthol kotak besar yang di belanja secara percuma oleh rakan-rakan. Terawang-awangan di udara. Phewwww.......

Nota kaki ayam: semua result UPSR, PMR dan SPM untuk bahasa melayu gua dapat B. Raser mcm nak karate jer examnier yang tanda kertas gua tuh. Tahulah ayat karangan gua bombastik & fantastik. Hahahahahha

No comments: