Thursday, April 15, 2010

malang bertempatkan longkang

Tajuk entry di atas adalah berkenaan ngan longkang. Sepanjang aku belajar kan situ (time degree nie) banyak sangat kes longkang yang terjadi. Termasuk la aku sendiri. Sekarang aku bawa korang beberapa episod longkang yang terjadi di depan mata kepala atau belakang kepala aku sendiri. Jom kita layanzzzz...

Episod 1
Watak utama: aku
Watak sampingan: mamat 1

Malam itu aku amik test Thermodynamics. Macam haremm soalan. Semua jawapan aku mengarut tak ingat. Nak kata xstudy sampai bisul punggung aku nih study thermo. Tapi jawab test mcm gampang gaks. Punggung aku nih dah tak senang duduk dah. Mata aku dah naik menyampah tgk paper thermo tuh. Masa ader lagi 30 minit. Standard la tak tahu nak jawab mmg banyak sangat masa terluang. Nak meniru org sebelah pun mcm tak bleh pakai gaks. Harap toyol jer sampai 2 muka, tapi xleh pakai. Hoh. 

Aku amik keputusan untuk keluar awal test tuh. Perasaan ini di dorong oleh laungan kata2 yang sekian lama aku pegang. Baru test belum final lagik. Inilah kata2 hikmat tatkala test tak leh nak jawab. Haahahah. Aku pun antar paper terus keluar kelas ngan lagak gaya seperti Roy dlm citer gile-gile remaja tuh. Aku turun ke tangga sepantas yg mungkin. Aku kecewa ngan prestasi aku jawab test tadi. Aku mahu segera pulang lepak main game kat umah. Sejuk betul malam tuh. Kewasan parking moto agak gelap, menyukarkan lagi pandangan mata aku. Fikiran aku masih melayang memikirkan result yg bakal aku dapat.Kompom mcm belas2 je nih. 

Ketika aku ralit melayan otak, aku seumpama seperti sedang terjun di dalam jurang yg amat dalam. Aku terkejut, nasib tidak menjerit. Habis pencil case aku tercampat. Sudah separuh badan aku dalam longkang. Bodoh punya MPP, tempat alas longkang nih fight la suh Uni. buat. Bodowww.. Marah betul aku mlm tuh. Dalam longkang aku memanjangkan leher aku, harap2 takde org yg menyaksikan situasi penuh memalukan itu. Aku bingkas bangun terus menuju ke motorku. Amik rokok dlam box motor. ketika mahu menyalakan api, ader satu suara mamat yg menegur dari belakang. Jatuh ke tadi ? tanye mamat tuh. Perghh..terasa mcm nak kidnap je mamat tuh. Pastu aku nak ikat kaki tangan dier. Pastu aku campak kat longkang besar depan Lab building nih. Cilakak betul...Mana pulak datang nyer mamat nih. Haremmm...malu siyalll....

Episod 2
Watak utama: gadis gedik (cun giler + seksi)
Watak sampingan: aku, member gadis gedik (extra cun + seksi)

Kepala dah berat, mata dah berair menahan ngantuk. Masih ader 1 jam gap sebelum masuk kelas Heat transfer. Harus pergi cafe pekena nascafe pekat kaw kedai wak. Pekena sebatang dua rokok baru feel. Sambil menurun anak-anak tangga, kepala melayan perasaan tatkala melihat gadis-gadis arab yg agak stylo menuju ke arah lab building. Arghhh..gadis melayu juga menjadi idaman hatiku. Di belakangku 2 org gadis sedang berborak sambil berjalan seiringan. Bergossip lagaknya butiran bicara mereka berdua. Lantak la. Aku harus bergegas ke cafe. Kepalaku makin sakit. 

Bertempat di kawasan longkang yang sama. Aku sudah berhati-hati menyusun langkah. Tidak mahu aku mencemar maruah di hadapan 2 org gadis seksi yg bergossip tuh. Ketika aku selamat melangkah longkang dan hendak meneruskan perjalanan kelihatan member gadis gedik itu seperti sedang bercakap dengan aku tampa aku tahu hujung pangkal ceritanya. Ain la, prof itu la ini la. Aku pelik. Apahal awek nih cakap ngan aku pulak. Langkahku terhenti seraya memandang tajam kearah dua biji mata gadis itu. Kemudian gadis itu kaget. Mungkin terpana dengan panahan arjuna mata aku nih kot. Kemudian kami sama-sama berpaling ke arah longkang.

Tuuuuu dia...nak haremmmm...member masuk longkang dowh. Berterabur note dier. Serta merta cun + seksi dier tuh jatuh merundum tinggal 30% jer. Mata aku yg mengantuk menjadi segar. Kepala yang pening menjadi sihat semula. Senaman mulut kian terasa, Regangan pipi makin mencengkam. Aku gelak bagai nak gile. Elok aku hulurkan tangan nak tolong tarik, member dah naik longkang. Kawan dier sampai tak bleh nak berdiri ketawa. Muka member dah muncung mcm cecorot. 

Aku..............jadi mami jarum buat bahan kat member time minum kat  cafe lepas tuh. Hahahahaha.....Peghhhh...muka lawa masuk longkang. Mmg tak style langsung...kahkahkahkah....

Episod 3
Watak utama: Presiden MPP
Watak sampingan: Aku 

Aku dah cakap kat ko fiq, gi la fight kat atas suh diorang buat tutup longkang nih. Ko nak tunggu berapa umat lagik masuk dalam nih. Takkan ko nak tgk member ko nih masuk sekali dalam longkang nih. Tak style tau tak..tak style..!!.  Adu aku pada Syafiq iaitu selaku member dan presiden MPP universiti aku. Hang nih..aku dah turun naik atas dah. Aku dah habaq mai kat depa. Depa kata tunggu kontrator mai. Aku boleh apa. Aku nak welding sendiri buat tutup longkap tuh pun aku tak tau. Shafiq mempertahankan dirinya.

Aku segera menjawab. Hang nih, dah duk dalam hang kena la amik tau pasal keselamatan student. Kena bla...bla...bla...bla...Bebel aku pada syafiq umpana lagak seorang penasihat sulit president. Mulut masih lagi membebel. Rokok sudah di nyalakan. Mata memandang ke arah, awek-awek junior yang sedang ralit menjalankan aktiviti gelak ketawa. Masuk tahun 4 nanti, ko raser ler azab. Skang bleh la ko main gelak2. Getus hati kecilku tiba-tiba. 

Agak jauh langkah kaki ku berjalan, tetapi syafiq diam membisu. Mungkin terasa kut dengan bebelan aku nih. Aku berpaling untuk melihat reaksi syafiq. Hah..!!!..cilakak member takde kat sebelah. Buang air liur je aku membebel. Tidak lama itu aku dengar suara menjerit panggil aku. Hoh...!

Nak hereeemmm....Presiden MPP masuk longkang. Siap possing baring lagik dalam nih. hahahahaha...Kompom hang dah kena sumpah aku dude. Hahahaha...Itulah hang..ketegaq sangat. Aku nasihat tak moh dengar. La nih...Hanng plak masuk longkang...Ketawa besar aku tatkala melihat presiden universiti sendiri masuk terjun longkang....Kahkahkahkah.... 

Itulah sedikit sebanyak cerita berkenaan longkang. Ini cerita betul bukan tipu-tipu punya lorrr. Seminggu kemudian kelihatan beberapa org yang bukan dari kelangan pelajar universiti sedang enak duduk di tepi longkang sambil memasang penutup longkang. 

Aku syak syafiq gi jumpe chanselor kot tunjuk parut member pasal jatuh longkang, Kahkahkakag...longkang-longkang....Bikin malu komponi jer laaaa.....

No comments: