Saturday, April 17, 2010

Datang tidak di jemput

Tahun 1990, abg aku yang sulung baru habis sekolah ke matrix. Entah ler. Aku pun dah lupa. Tahun aku masih lagi menentap di Temerloh. Aku sekolah sesi petang. Tak main la sesi pagi. Mana rock bangun awal-awal pagi. Pergi sekolah abang aku hantar, naik moto EX-5 1st model . 
 
Sampai di sekolah abg aku tanyer. Hari nie balik pukul baper?. 6.00 ke 6.30. Aku kompeden jawab 6.30. Kat sekolah seperti biasa sebagai seorang ketua darjah yang kaw punyer, aku terus melakukan aktiviti senaman yang akan mengeluarkan peluh. Budak lelaki mesti lasak. Takkan nak main batu seremban plak mcm budak2 pompuan tuh. 
 
Dalam kelas, masih lagi bermain-main sambil menunggu cikgu lain sampai. Aku belajar dengan tekun sekali. Paling aku minat subjek matematik. Paling best. Aku raser mcm aku la yang paling bijak bistari dalam kelas tuh mahupun dalam sekolah tuh. Aku raser la. 
 
Pukul 6.00 loceng balik berbunyi. Aku seperti biasa melakukan aksi pecutan Carl lewis. Mmg laju aku lari, abis semua budak aku potong. Tak kira darjah 2,3,4 semua aku potong. Aku paling power masa tuh. Sampai kat luar sekolah aku tercari-cari anggota keluarga yang bertanggung jawab menjemput aku pulang dari sekolah. Cilakak.!!. Sorang pun takde. Aku kemudian kembali semula kedalam sekolah selepas puas meninjau-ninjau tepian jalan. Mungkin mereka lambat sebab nak tunggu citer mamat punk kulit hitam tuh abis kot. 
 
Aku tunggu sampai punggung aku kejang kat tepi kantin. Aku boring giler. Aku kembali ke luar sekolah. Aku nampak ader bas sekolah. Aku pasti bas itu bukan bas yang akan membawa aku pulang ke pangkal jalan. Anak-anak tentera kem batu 3 dah selamat naik trak. Cilakak. Makin kurang org dalam sekolah nih. Aku melintas jalan dengan hajat untuk pergi menelefon rumah. Baru aku teringat. Rumah aku mana ader telefon. Terasa haru plak ptg tuh. Aku kembali melintas jalan menuju ke sekolah. Mujur aku pandai melintas jalan, bukan main lintas je. Kalau tidak kompom aku kena libas ngan kereta-kereta yang kurang berhati mulia pada anak-anak kecil mcm aku nih.
 
Aku masih kekal menunggu. Makin lama makin kurang org kat sekolah nih. Nampak gaya mmg aku tinggal sorang2 la kat sekolah nih. Aku ambik keputusan berjalan kaki pulang ke sekolah. Patut la aku kemain liar tadi kat sekolah. Rupanya aku kena jalan kaki balik rumah. Cilakak nyer abang. Dier luper ker ngan adik lelaki bongsu dier nih. Cessss......
 
Aku kekalkan prestasi jalanan secara solo dengan ritma yang amat slow rock. Masa tuh kat simpang depan Taman Sri Semantan dah ada traffic light. Aku dengan gagah berlari-lari anak melintas jalan. Aku selamat sampai ke seberang. Power plak aku raser maser tuh. Baki duit belanja sekolah masih ader lagik balence 10 sen. Aku singgah kedai runcit beli ais krim pop. Paling style klu pilih yang keras. Boleh patah tengah. Mmg menarik. Aku terasa macam tgh wat iklan dalam TV. Kenapa la diorang tak amik aku jadi host alam ria cuti sekolah dulu ekk. Dengan pengalaman yang ada pada aku, sudah pasti aku mampu menjadikan rancangan  tu lebih gemilang dan terbilang.
 
Aku meneruskan langkah demi langkah. Sampai di kilang rotan kat pintu masuk kampung aku, aku akan buat speeding laju sket pasal anjing kat situ mmg bapak garang. Tapi aku tetap fit. Mungkin kerana senaman regangan aku masa kat sekolah tadi berupaya menjadikan aku lebih bertenaga di samping bantuan dari ais krim pop perisa anggur. 
 
Tidak jauh dari kilang tuh ader satu rumah berdinding kuning. Itulah rumah member aku. Aku nampak dier tgh melakukan aktiviti bermain tanah barangkali. Aku juga terus menyertai aktiviti bermain tanah sebarang dua. Kelihatan langit sudah semakin menampakkan cahaya oren, menunjukkan aku harus menyegerakan perjalanan pulaan ke rumaH. Pikir mak ayah risau?. Takdelah...Aku pikir nak cepat sampai rumah pasal pukul 7.30 kartun dah ader kat tv. Sampai kat simpang tepi rumah aku, aku dengar suara sedih nangis-nangis mak aku. Naper plak nih. Takkan ler perbalahan keluarga maghrib-maghrib nih. Suara bapak aku sekejap tinggi sekejap rendah. Iskkkk..aperkehal plak nih?. 
 
Aku bukak kasut, aku masuk rumah. Seraya dengan itu mak aku peluk aku sambil goncang-goncang tubuh tanyer aku pergi mana. Semua org dok tanyer aku. Aku kaget. Aku pandang along aku. Aku geram. Aku sedih. Aku tanyer naper along tak datang amik aku. Aku penat jalan kaki balik sekolah. Along aku peluk aku mintak mahap. Aku tetiba jadi sayu. Aku lupa aku adalah rockers. Tapi aku tetap sayu. Aku nangis la plak. Padahal tadi baru jer syok main tanah ngan member. Naper aku nangis. Mak aku mandikan aku. Mak aku pesan jangan wat mcm nih lagi. Semua orang risau. Aku terasa mcm di sayangi. Heh...
 
Kalau la adik aku dah bleh paham time tuh. Mesti dier nak tulis diari membenci aku kerana ketika itu aku lebih di manjakan oleh semua ahli keluarga aku. Walaupun terpalik kesan tanah kat baju sekolah pun mak aku tak rotan. Best gilerrr. Makan pun mak aku suapkan. Paling best skali aku dapat tengok kartun dengan tenang tanpa ader gangguan dari si abang dan juga si ibu. Malam itu juga aku tido paling awal sebelum citer Mc Gyver bermula. Penat giler ko, aku berjalan kaki dari SK Tanjong Lalang ke Kg. Megat Segama. Rasernyer klu aku try skang buat mcm tuh. Mau 14 kali aku berenti ambik napas. Tak larat dowhhh. Peparu dah sempit. Kahkahkahkah


No comments: