Tuesday, June 14, 2011

aksi dari business week

Tadi gua membeli rokok di kedai serbaneka 24 jam yang paling top masa kini iaitu kedai 7-11. Selesai urusan menjual beli, gua melangah menuju ke pintu utama. Ya, pintu utama keluar masuk kedai 7-11 nie. Takkan gua masuk ikut depan keluar ikut belakang kedai pulak. Kurang sopan dan boleh mendatangkan curiga juga mampu bercuti 2 hari 1 malam di hotel besi.

Okeh kita kembali semula ke landasan cerita. Semasa kaki gua ingin melangkah keluar, anak mata gua secara tidak sengaja menatap satu majalah yang menimbun pada rak-rak majalah. Ada awek mat saleh yang cun sebagai muka depan majalah business week. Gua secara tidak sengaja mengambil majalah tersebut sambil menyelak helaian demi helaian dengan harapan terdapan poster gadis coverpage memakai bikini.

Sedang enak gua membaca sinopsis majalah business week, melangkah masuk 3 ke 4 orang gadis sekolah menengah ke dalam kedai 7-11 ini. Itu tidak langsung menggugat perasaan hati gua untuk membaca dengan laju isi perut majalah ini sebelum di tegur oleh adik-adik kuanter kerana membaca majalah free.

Gadis-gadis sekolah bukan main riuh dalam kedai ini seakan ada funfair dan juga sarkas. Padahal nak membeli slurpy dan membelek majalah URTV. Buku sekolah malas pulak ko nak belek!. Sedikit sebanyak menggangu konsentrasi pembacaan gua yang sudah kehilangan arah kerana tidak menjumpai poster covergirl majalah ni. Harapan gua berkecai!

Gadis-gadis sekolah sedang melangkah keluar sambil di ikuti oleh ekor mata gua yang tajam. Tapi telinga gua sempat menangkap butir bicara salah seorang dari para gadis itu.

“Hek eleh, poyo je baca buku omputih, macam paham jeeee!” sambil di ikuti gelak tawa sakan dari rakan-rakannya.

Gua jadi termanggu, terkasima dan terbodo sebentar!. Ada seorang sahaja umuat manusia yang sedang baca majalah omputih. Di mana umat manusia itu mambaca dengan laju isi perut majalah tanpa berminat nak tahu lebih lanjut. Maknanya manusia itu hanya tahu cerita apa yang penulis majalah tu nak cerita. Umat manusia tuh pulak adalah gua.

Persoalannya, adakah gua kelihatan poyo kerana membaca majalah business week? Adakah gua poyo membaca majalah itu sambil menyelak helaian kertas dengan agak laju? Atau adakah kerana gua berseluar jeans bertampal-tampal di lutut sambil menyandang beg laptop kerana baru pulang dari opis maka gua kelihatan poyo.

Itu nasib baik gua belek majalah business week. Cuba kalau gua tengah membelek buku theory of machine, engineering science, fluids mechanic atau thermodynamic. Maka  bagaimana agaknya butir bicara mereka dengan pakaian gua yang begini rupa.

Tiba-tiba plak mulut gua nak jadi macam Azwan Ali. Kena gua sound satu kali, pasti meleleh taik telinga keluar. Gua mengeleng-gelengkan kepala sambil start moto. Gua terus masuk gear satu dan memecut agak laju sebelum hampir melanggar seekor kucing yang melintas.

Tak belajar undang-undang melintas jalan punya kucing!

Sunday, June 12, 2011

Cinta Gadis Bunian (episod 2)

Sedang dia duduk bertinggung meratapi nasib malangnya itu, baru dia sedar titisan air hujan yang mencurah-curah itu tidak lagi membasahi tubuhnya. Segera dia mendongak ke atas. Kelihatan seorang wanita cantik persis permaisuri sedang memayunginya.

Lelaki itu tersenyum, tidak terkata. Amat mulia hati wanita ini. Moral dirinya begitu tinggi sekali. Alangkah indahnya jika wanita itu menjadi temannya seumur hidup. Begitulah desis perasaan hatinya. Jiwa kelakiannya mengelodak dengan kecantikan juga keayuan wajah sang wanita itu. 

 Wanita itu hanya tersenyum memandang lelaki yang di payungi menatap wajahnya tidak berkelip. Lantas dia bersuara untuk memutuskan imaginasi yang mungkin sudah di pengaruhi oleh unsur-unsur negatif.

“awak tidak apa-apa ke?” tanya wanita itu.

Lelaki itu tersenyum seperti terpukau oleh suara gemersik wanita itu. Sudahlah cantik, suara pun sedap. Lelaki itu menarik nafas sedalam yang mungkin untuk membawa dirinya kembali kealam nyata. Jika berterusan begitu mungkin dia sudah di cop gila oleh wanita itu.

“Saya tidak ada apa-apa, saya Ok” sambil menunjukkan isyarat bagus melalui tangannya.

“Saya minta maaf kerana terlanggar lopak air itu dan terkena pada awak” pohon wanita itu. Lelaki itu memadang kereta berjenama mahal yang berhenti tidak jauh darinya.

“Sudahlah cantik, suara pulak mengancam, kereta pulak mahal. Bertuah betul kalau aku dapat jadikan kau isteri aku” bisiknya lelaki itu di dalam hati.

“Ohhh, tidak mengapa. Awak tidak sengaja melanggar lopak air itu. Saya Ok!” Jelas lelaki itu.

“Jika begitu baguslah, kerana saya ada urusan penting yang perlu saya selesaikan. Saya gerak dulu ya! Ada rezeki kita jumpa lagi, bye!” jelas wanita itu sambil melangkah bergerak memasuki keretanya.

Lelaki itu terkedu. Air hujan kembali membasahi tubuhnya. Hanya mahu bertanyakan samada dia OK ataupun tidak, wanita itu sanggup memberhentikan keretanya. Lelaki itu mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati diatas tindakan itu. Matanya mengekori kereta wanita itu sehingga hilang dari pandangan. Dia menarik nafas panjang. Kesejukan hujan dan angin malam kian mencengkam dadanya.

Dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, dia menolak motosikalnya kearah deretan-deretan kedai untuk berteduh.

Seluruh tubuhnya sudah basah kuyup. Mahu ataupun tidak, dia terpaksa meninggalkan motosikalnya di situ. Esok dia harus mencari mekanik untuk membela dan meng “operate” sakit motosikalnya. Kini dia harus mencari alternative lain untuk pulang kerumahnya. Jarak 5km dari kota ke rumahnya bukanlah jarak yang ideal dan terbaik untuk berjalan kaki Dia harus segera pulang untuk menukar pakaian dan tidur untuk merehatkan minda serta mengurangkan tekanan darah yang semakin memuncak.

Menunggu bus di waktu hujan lebat dengan pakaian yang basah kuyup adalah idea yang paling terbaik dan bernas yang boleh di fikirkan oleh lelaki itu memandangkan faktor kewangan menjadi penghalang untuk menaiki teksi.

Bersambung…………