Saturday, July 31, 2010

dari kerana mata

“aisehhh…miss satu nombor jerrr” keluh Atan.

“aku pulak miss dua nombor” kordi pula mengeluh.

“engkau tue yang tak pandai tengok, main beli jerrr” ujar Sahab pada dua orang rakannya.

“Abis, nak beli macam mana lagi” Tanya kordi penuh perasaan.

“lain kali, ko chai la elok-elok. Belajar pakai calculator, bukan zaman lagik dah kira pakai jari tangan ngan kaki sumer nie” nasihat sahab pada kordi.

“pung pang…pung pang…pung pang” borak mereka bertiga begitu rancak.

“ehemmm…” Pak imam berdehem.

Sahab, Atan dan Kordi tergamam beserta kaget.

“Imam, cuba imam terangkan tentang mandi wajib yang betul dan tepat serta rukunnya skali” Atan memulakan sesi perbualan ngan Pak Imam.

Begitu canggih mereka menukar tajuk untuk mengelirukan pak imam. Ekor mata pak imam dah merenung tajam kat mangkuk 3 orang nie. Kompom mintak kena libas ngan serban pak imam.

Aku tersenyum manis. Ekor mata & kepala otak aku kembali kearah paper di atas meja nie.

“iskkk…iskkk…iskkk….seksi betul artis kita skang nih” bisik hati kecil aku..

Thursday, July 29, 2010

melastik ke bintang [episod 2]

Pikiran Acai kacau bilau di kala ini. Serabut sekali di rasakannya. Sesekali di ayun-ayunkan buaiannya itu seperti ketika membuai bayi. Rokok di tangannya sudah sampai ke putung. Di tariknya senafas kemudian di hembusnya dengan kuat sekali. Di jentik putung rokok itu jauh-jauh. Berterbangan jauh lalu jatuh tepat kearah sarang semut api. Bertempiaran segerombolan semut api di kawasan itu kerana telah di serang oleh manusia bernama Acai. Lalu jeneral tertinggi semut api telah mengarahkan segala askar komando semut api untuk menyerang Acai.

Tetapi setelah sempat pegawai-pegawaia tentera bermesyuarat, mereka bersepakat untuk tidak meneruskan serangan itu kerana memikirkan jarak yang perlu di lalui dan juga keperluan tenaga semut untuk membaik pulih kawasan penempatan mereka. Jeneral tertinggi semut api menarik nafas dalam-dalam seakan menahan geram pada Acai tatkala melihat acai melangkah pergi meninggalkan pohon rambutan tersebut.

Mahu saja jeneral semut api itu menyerang Acai secara solo. Tetapi apabila memikirkan tentang mahligai yang baru saja di buat melalui wang KWSPnya serta di bayangi oleh isteri mudanya. Jeneral itu tidak mahu mengadai nyawanya. Di biarkan sahaja Acai berlalu. Hanya menumbuk ke arah tapak tangannya yang satu lagi untuk melepaskan geram yang membara.

Acai masuk kedalam rumah. Matanya liar memerhatikan sekeliling rumahnya untuk memastikan emaknya tiada menunggu dia untuk kembali meneruskan agenda membebel padanya berkenaan isu yang sama semenjak sebulan lebih yang lalu. Mata Acai melirik kearah dapur, kelihatan emaknya bertungkus lumus di dapur yang sedang menyediakan makanan tengah hari dan kalau boleh di bawa kepada waktu makan malam. Acai berbaring di hadapan tv. Di bukannya televesyen yang mempunyai hubungan terus dengan stesen tv berbayar. Di bukanya setiap rancangan yang di langgannya. Seperti tiada satu apa pun yang menarik minatnya.

Acai berhenti menekan remote apabila membuka rancangan di pakej Disney cartoon. Nampaknya rancangan itu mampu menarik minat Acai. Acai mengankang depan Tv sambil sesekali mengaru perutnya yang di daki oleh semut rumah. Penat mengankang, Acai mengiring pula. Lama kelamaan, Acai tewas di dalam pelukan cartoon walt Disney.

Emak Acai mengeleng-gelengkan kepala apabila melihat anak bujangnya itu berlikar sebiji macam anaconda. Emak Acai mengambil remote yang di genggam kemas oleh Acai walaupun ketika tidur. Di tutupnya tv itu dan ketika itulah Acai terjaga dari lenanya.

“Mak, Acai tengah tengok tv lah” dengus Acai sambil mengambil remote dari tangan emaknya.

“tengok hapernya, siap berdengkur lagi” Rungut emaknya pula.

“alahh, terlelap sekejap jer..”balas Acai.

“dah..dah..bangun, pergi naik atas sofa tu, aku nak vacuum kat sini” arah mak Acai.

“Rumah kita mana ada sofa” jawab Acai sambil buat muka pelik.

“Dah takde sofa, ko pergi la beli sofa” balas emaknya dalam nada selambe.

“Nak beli macam mana. Mana ada duit nak beli.”jawab Acai lagi.

“dah takde duit, pergi la cari duit. Tahu nak sedap jer!. Kerja macam mana yang kau nak cari nie? Hah!.” Soal mak Acai dalam nada menyindir.

Acai terkedu tidak berkata. Emaknya sudah mula membebel. Isunya tetap sama. Suruh mencari kerja. Sebelum emaknya membebel dengan level yang tinggi yang mana mampu untuk membuatkan taik telinganya cari seperti air. Baik dia melarikan diri dari medan bebelan itu. Acai bergerak laju masuk kedalam bilik. Sayup-sayup kedengaran suara mak Acai membebel. Adakalanya pitching suara mak Acai naik seperti suara soprano. Adakalanya bernada seperti mengalunkan irama nasyid. Acai memekakkan telinganya saja. Di bukanya mp3 dan di sumbatkan earphone itu sambil membuka volume yang seakan-akan boleh menengelamkan suara emaknya. Acai puas dengan tingkah laku protesnya itu. Hanya itu saja untuk dia melarikan diri daripada di bebel oleh emaknya.

Bersambung……..

Wednesday, July 28, 2010

kawalan emosi

Nescafe o panas ngan Nescafe panas adalah suatu benda yang berbeza.  Gua order Nescafe O panas bukan Nescafe panas. Terus gua tepuk meja kedai nie.

“Bammm..bammm…bammm” bergegar meja gua tepuk.(part nie lebat je lebih)

Pelayan datang dengan muka cuak. Bergegas dia tukar air gua. Gua senyum menandakan senang hati. Gua teruskan membaca harian metro yang tergendala sebentar tadi.

Khusyuk betul gua baca ruangan penulisan Dr. Ismail Tambi nie. 

Monday, July 26, 2010

cap rimau

Tadi pagi gua pergi bank cap kepala rimau untuk menyelesaikan sedikit urusan kat sana. Ader dua orang gadis yang mempunyai peha yang gebu duduk betul-betul depan gua sambil memberikan aksi peha untuk santapan mata gua yang agak suci nie.

Tapi kalau nak bagi gua tengok peha gebu diorang, apasal diorang duduk kena kepit-kepit peha. Tengok macam gua duduk. Siap ada ruang untuk peha kira ngan peha kanan benafas. Ini macam tak bagi gua tengok peha diorang jer, nak silang-silang kaki pun kena adjust-adjust skirt. Baik gi pakai suar atau baju kurung kalau tak nak bagi gua tengok peha gadis-gadis nie.

Ohhh yaa, mereka sebangsa ngan gua pasal dua orang gadis nie ada name tag yang tersemat di bahagian dada masing-masing. Lama gua perati bahagian tue untuk mengenal pasti nama diorang ngan lebih mendalam.

Apa-apa pun peha mereka terlalu gebu untuk di bandingkan dengan peha Mei mei. Keh keh keh

Friday, July 23, 2010

melastik ke bintang [episod 1]

Acai keluar rumah dengan muka bengang. Matanya merah kerana menahan marah. Telinganya bagai berdengung sejak dari pagi. Apa tidaknya. Bebelan demi bebelan oleh maknya pagi tadi begitu memuncakkan kemarahannya. Hendak melawan, Acai takut masuk neraka. Jadi Acai hanya diam dan mengambil tindakan untuk tidak melawan.

Sudah sebulan lebih bebelan maknya mengenai topik yang sama. Tapi pagi tadi betul-betul menyesakkan otak karatnya. Acai bingung. Acai segera keluar rumah untuk mengambil angin tengah hari sementara menunggu waktu makan tengah hari tiba.

Buaian sangkut yang terikat pada pohon rambutan itu menjadi tempat Acai merenung masa depan dan juga mengelamun masa depan yang sukar untuk di capai dengan akal dan juga realiti. Acai bergerak laju kearah buaian sangkutnya. Jalak, ayam jantan kepunyaan mak cik esah jirannya yang sudah 10 tahun menjanda lalu melintas di hadapan Acai. Dengan refleksi yang tinggi Acai segera menedang ayam jantan itu tepat mengenai punggung ayam jantan itu bersama kekebasan punggung yang teramat sangat dan mungkin juga boleh menakibatkan kemandulan yang drastik pada ayam jantan itu.

Acai tersenyum puas. Itu sahaja caranya yang selamat untuk melepaskan tekanan luar dan dalam yang di alami olehnya. Acai melebarkan punggungnya pada kayu pengalas buaian itu. Sebatan rokok kretek berjenama seludup di keluarkan dari poket seluarnya. Di keluarkan sebatang rokok. Di ketuk-ketuk rokoknya itu pada lighter dan dengan nyalaan yang sederhana, tembakau rokoknya terbakar dengan sempurna.

Acai menghisap rokoknya sambil menarik dalam-dalam. Asap berkepul-kepul keluar dari kedua lubang hidungnya dan bakinya di tinggalkan sedikit untuk membuat huruf “O” melalui mulut pula. Sedikit ketenangan jiwa di alami oleh acai di kala itu setelah puas mendengar bebelan emaknya sejak dari pagi tadi. Biarkanlah semua itu. Dia mahu bersendirian waktu ini.

Anisah anak gadis jiran sebelah rumahnya kelihatan baru pulang dari sekolah. Anisah baru darjah 4. Lagi dua tahun akan menduduki peperiksaan UPSR. Anisah berjalan dengan penuh bergaya seperti ilmu sudah penuh di dada. Aiskrim berperisa jagung di genggam kemas di tangan kanannya. Sementara tangan kirinya, menggelek bebanan buku teks sekolah.

Pihak kementerian sepatutnya sudah mengambil langkah bijak untuk menkaji masalah bebanan berat buku teks sekolah rendah. Gadis sunti seperti Anisah akan menerima kesan kecederaan jangka panjang. Kecederaan pinggang setelah dewasa nanti, akan menjejaskan kesulitan untuk menari tango bersama suami mahupun menari ballet jika berkeinginan.

Akal Acai ketika ini berfikiran tidak menentu. Anisah sendiri tidak merasa beban apa yang sibuk di fikirkan oleh orang dewasa, Mudahnya, kalau taknak pikul buku banyak-banyak, sekolah-sekolah boleh sediakan computer dan segala bentuk pengajaran telah di muatkan kedalam computer. Tapi risiko pelajar yang cerdik untuk menonton separa porno ataupun ben10 mungkin akan terjadi jika tiada pengawasan yang ketat melalui kamera litar tertutup serta di kawal oleh pengawal yang tidak akan memulau seperti tidur ketika sedang menjalankan tugas.

Bersambung………

Thursday, July 22, 2010

brader joe cole masuk liverpool. Cool giler!

Tengah hari tadi dia punya bahang lain macam. Dia punya peluh keluar macam baru lepas main futsal 4, 5 game. Kemain banyak peluh. Nak kata hujan tapi tak nampak tanda-tanda nak hujan. Langit kemain cerah. Kipas siling dah bagi top speed pun tak mampu nak membantu menyejukkan sikit suhu badan. Nak pasang air-cond. Tunggu aku kaya duit berkoyan-koyan. Masa tu air cond cap apa pun aku bantai beli.

Aku bukan bagitau pasal cuaca. Pasal global warming atau pasal apa saja yang melibatkan isu alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam. Itu semua nanti green peace boleh bagi komen kat government. Tinggal orang-orang kerajaan nie nak dengar atau tidak jer.

Aku masih lagi berada dalam jangaan Mr. apis iaitu tuan tanah blog ini. Aku selalu tengok cerita culik-culik. Selalunya dalam filem macam tu, orang yang kena culik mesti tertekan, emosi mesti jadi tak stabil dan adakalanya boleh mengakibatkan mereng yang berterusan.

Ianya tidak berlaku pada aku. Tuan tanah ni jaga makan minum kau dengan baik. Bukan hendak membodek ataupun tengah dalam ugutan kerana parang panjang masih di leher menunggu masa untuk di tetak. Tetapi inilah kenyataan. Aku makan yang sedap-sedap. Isap rokok pun yang sedap-sedap. Lepak minum pun order yang sedap-sedap. Apa nak lagik, memang semuanya sedap. Jadi kalau nak culik orang, kena bagi dia happy-happy, bagi dia semua benda yang sedap-sedap. Baru senang nak jaga. Tapi kalau kantoi kena tangkap ngan polis, pandai-pandai tanggung. Jangan nak libatkan blog nie dan tuan punya blog ni.

---@@@---

“Errrr, cerita apa sebenarnya nak aku tulis nie boss?” tanya aku.

“buatlah cerita apa yang patut, janji ader update” balas mr.apis

“tapi subjeknya pun saya masih keliru lagi boss, bagilah yang specific sikit” kata aku kembali.

“aku cakap tulis – tulis ajer la, tak payah banyak songeh, ko nak benda nie melekat kat leher ko!” jawab mr.apis sambil menunjukkan parang panjang beliau.

“errr, takpe boss, saya kasi tulis apa-apa janji update ya boss” jawab aku supaya parang tue tak melayang mengenai tubuh aku yang kecil nie.

Cilakak!. Apa yang aku nak mengarut nie………

Wednesday, July 21, 2010

bayar harga kopi ngan kredit nset bleh tak?

“Mahal jugak harga nset nie skang kan…” ujar Kamal pada aku.

“memang la mahal, model terbaru tuh” aku membalas.

Kami beriringan menuju ke sebuah kedai nset lagi. Bukan nak beli sangat pun. Tapi sebab nak menunggu wayang start, dengan masa yang berbaki 40 minit nie. Kami cuba untuk membuang masa yang terhidang.

“Amoi kasi tengok itu nset” pinta Kamal.

“Ini nset oliginal set punya, talak mahai boss, bleh trade in” rayu amoi kedai tue.

“kalau trade in dengan nset nie boleh tak…”Kamal menunjukkan nsetnya secara spontan.

Muka amoi tuh merah padam. Aku raser dalam hati amoi tuh mesti nak menerajang Kamal yang cuba untuk membuat lawak bangang di tengah hari. Apa tidaknya. Model yang sama, jenama yang sama cuba untuk di trade in kan nya. Bingai sungguh Kamal nie.

“Bila kau beli Nset nie Kamal…” tanya aku pada Kamal ketika berjalan beriringan menuju kearah pawagam.

Kamal tidak menjawab, cuma tersengih-sengih macam kambing dapat rumput. Geram pulak aku.

Tuesday, July 20, 2010

siri sms bersama kutu-kutu

Jom lepak pa’an – aku

Aku kat kilang lagi nie, report nak antar besok, kalau sempat aku sampai – kasim

Aku kuar makan ngan orang rumah aku, kalau sempat aku datang – atan

Kat kolumpo – lobo

Aku tengah date la bro – kamal

Tak lepak, ader hal kat luar - ustaz

---@@@---

“aiii..sorang jer?” imam minhat bertanya.

“sorang jer mam, lain-lain ader urusan peribadi” jawab aku

‘”aku pun dari tadik duk sorang jer nie” keluh imam minhat.

Penyudahnya aku lepak ngan imam minhat sambil layan wrestling. Perghhh, dah macam orang veteran aku nie. Betul-betul true aku jadi brader-brader pas nie.

Kutu-kutu semua dah ader komitmen. Payah betul nak ajak melepak. Tapi bila aku raser malas nak melepak, time tue la berderu-deru sms nak ajak melepak. Kalau tak melepak nanti nak pulau la, hinaan sepanjang minggu la, tak bujang la, aper kejadah lagik la ugutan yang merepek-repek.

Macam setan perangai…!!

Sunday, July 18, 2010

pengambil alihan yang rela tapi terpaksa

Gua adalah bruce dicksons. Gua sekarang nie berada di dalam sebuah pagar besi. Sebiji rupernya macan sangkar. Inilah mimpi ngeri gua yang jadi kenyataan. Gua sedang menulis sambil mengangis sekarang ni.

Gua sebenarnya dah kena culik oleh tuan tanah blog nie. Dia suh gua update blog dia nie. Giler betul main paksa-paksa orang. Dekat leher gua skang ni, dia dah letak parang panjang berukuran  14 inci tebal dan dekat 2 kaki panjang. Gua betul-betul takut sekarang nie.

Dah 2 minggu gua kena torture ngan dia. Walaupun begitu, gua tetap di beri makan selama di dalam kurungan dan sekarang nie pun memang gua kat dalam kurungan. Dia bagi gua makan mc Donald, KFC dan kadang kala bubur lambok.

Gua terpaksa ikut cakap dia. Kalau tak nanti awek gua dia nak kebas. Tapi gua mushkil, macam mana dia nak kebas awek gua, pasal gua tak pernah ader awek. Gua kompius dengan ugutan beliau.

Namun di sebabkan tuan tanah blog nie betul-betul ader kat depan gua sambil mengasah parang panjangnya. Gua terpaksa menamatkan entry ni. Sekarang nie sudah sampai waktu makan. Jadi gua kena makan. Kalau tak parang dia makan gua nanti.

Oh ya, dia suh gua update blog dia sampai bila ntah. Tapi gua tetap angguk dan akur dengan arahan tuan tanah blog. Tuan tanah blog ni nak bercuti dalam masa terdekat. Katanya la. Dia kata dua nak cari ilham untuk tulis buku. Buku apa gua tak tahu. Mungkin buku makrifat. Itu semua gua malas nak amik tahu. Apa yang penting gua kena jalankan kerja yang telah gua persetujui dengan rela tapi dalam keterpaksaan.

Gua kena tamatkan entry skang, pasal alis mata beliau sudah ternaik-naik dan matanya telah menyorot ganas kearah gua. Gua masih mahu hidup pasal gua belum kahwin lagik. Cilakak tuan tanah blog nie. Dia culik gua time gua tengah usha awek kat pantai tadi.

Nota kaki sebelum di rantai: tak perlu call polis, pasal polis pun memang tak bleh jumpa tempat kurungan gua nie. Dia betul-betul buat gua sebijik macam dalam citer SAW.

nostalgia 89'~kolompo

Kalau tau besok nak pergi kolompo mesti mata jernih keriangan. Malam tue tido lena ngan tidak jer. Kemain seronok nak gi kolompo. Padahal bukan pergi bershopping pun, just antar kakak aku kat sekolah dia.

Dulu sekolah sri puteri nie kat jalan kolam air, kolompo. Kemain hebat sekolah, tapi orang pompuan jer yg sekolah situ. Tak syok langsung. Itu kalau ikul akal budak kecik la, dah besar nie aku sengsorang jer lelaki yang duk situ pun memang baguih dok ada laaa.

Nak gi kolompo punya pasal, esok pagi kompom bangun paling awal. Department dapur kompom dah kecoh pagi-pagi buta. Mak aku bertungkus lumus memasak menyediakan bekalan dalam perjalanan nanti Takde maknanya nak berenti makan kedai. Menu bekalan macam ayam masak merah kompom jadi juadah utama. Aku pun riang semacam pasal dapat makan ayam. Dulu-dulu, time raya atau nak gi jalan jauh-jauh je jumpa ayam. Orang tua aku dulu mana ler ader duit banyak sangat nak makan ayam hari-hari. KFC?, telan air liur tengok iklan kat TV ajer la.

Pagi-pagi dah mandi. Air kolah kemain sejuk lagik. Nak cecah air kat badan pun kena amik timing. Dier punya gigil serupa kena cebur kat iceberg. Siap mandi, pakai baju. Baju mesti pakai yang paling cantik la masa tue. Kasut kompom kena pakai. Iyalah, nak gi kolompo bukannya nak pergi ocean kat mentakab, atau gi pasar kat temerloh.

Sikat rambut mesti kena belah tepi. Belum zaman lagi nak buat rambut fesyen belah tengah masa tue. Fesyen pacak lagik la tak pernah di buat orang. Kalau aku buat, silap-silap pagi buta mata dah berkaca kena penapor sedas dua ngan bapak aku. Minyak rambut kompom jenama zam-zam. Bau dia kemain menusuk kalau time tengah hari.

Nak gerak gi Kolompo. Semua bekalan dah check in baik punya. Plastik muntah, kompom lekat baik kat kerusi belakang. Dulu-dulu, dari temerloh ke kolompo, jalan dia bukan macam skang nie. Agak pintal-pintal jugak. Dalam perjalanan, kompom sampai tertido-tido. Sampai kat terowong highway karak tue, kemain cergas bijik mata. Iyerla, bukan selalu lalu kat situ. Itu yang kemain jakun. Start dari awal sampai la abis terowong ralit memandang.

Masa tue terasa nak sangat jer tengok apa yang ader dalam bangunan kat atas terowong tue. Banyak budak-budak cakap, ader datuk yang jaga terowong tue. Kecik-kecik dah pandai buat citer tahyol. Nasib baik aku nie jenis tak berapa minat sangat nak percaya ngan menda mengarut macam tu.

Sampai kolompo, kemain seronok lagik. Tengok bangunan tinggi-tinggi. Ralit sampai sakit tengkuk mendongak. Sampai sekolah akak aku, operasi makan-makan. Abis makan, acara salam menyalam. Lepas tue bergerak semula balik ke termerloh.

Nak bising-bising pergi shopping sana-sini, masuk muzium ke memang takde. Kalau buat perangai nangis raung-raung, silap-silap kena tinggal kat tepi highway. Akal bapak aku, sapa leh duga. Tengok dari tingkap sudah. Besok kat umah time main petang-petang, pandai-pandai ko la nak kelentong bebudak. Yang terlopong memang melopong dengar citer lebat tak hengat. Yang terkantoi pun banyak juge. Ader ke aku wat citer dalam muzium bleh naik ketapi ngan badut kasut besar keler merah tue. Aku pun satu, bijak sangat bercerita ngan anak D.O kampung. Silap besar la nak kelentong. Member selalu sangat shopping kat kolompo. Terpaksa la buat cari akal bijak nak cover line. Nasib baik member percaya.

Sampai umah kompom dah malam. Siap mandi dan buang apa yang patut. Masuk bilik tido. Sebelum nak lelap tue, kepala otak ligak pikir nak kelentong apa kat bebudak petang-petang nanti. Nak citer kat sekolah tadika, aku bukan sekolah tadika pun. Tunggu petang aje la nak wat citer riak.
  
Tapi skang biler dah besar nie dengar nama kolompo pun dah bleh sakit kepala. Orang sini plak kemain suka nak duk dalam jamm 2,3 jam kat kolompo nie. Bengong!!.

Friday, July 16, 2010

khatib tadik lupa nak baca doa untuk sultan, kontroversi la pasnie..

“Ehhh…cepatnya ko sampai, ko gi semayang jumaat ke tidak nie”

“pergi laaaa…ko ingat aku nie tak tahu dosa pahala ke”

“bukan apa…tadi sebelum pergi semayang jumaat ko kat sini, dah abis semayang pun ko kat sini jugak, moto ko nie tak beralih langsung, pandai betul ko adjust kasi sama tempat ekkk”

“biasak la, power la katakan”

“kalau betul ko gi semayang jumaat, tadi khutbah cerita pasal apa”

“errr…aku tertido la masa start khutbah tadi, sedar-sedar je orang dah nak start semayang”

“alasan lapuk, tak pegi cakap ajer la tak pergi”

Tuesday, July 13, 2010

spain punya pasal, aku dapat suara yang serak-serak basah. Nasib baik menang.

Malas betul nak buat ulasan final world cup nie.

Apa? Tak tengok game tue!.

Mengharapkan ulasan dari penulis amatur?

Dah!, Dah!, Dah!....

Tak payah nak merayu-rayu. Pergi bukak internet cari sendiri official report final match.

Takde internet?. Apa? Dah tak reti nak cari binatang cyber café ke?.

************
***********
**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*

Sekian ulasan untuk edisi final world cup tahun 2010. Selamat membaca.

Spain menang, yearghhh!!!........

 
amacam? puas atie tak ngan ulasan gua?
                           

Monday, July 12, 2010

edisi world cup


  
Kali nie edisi world cup final. Ulasan nyer pas game nanti. Skang nie tengah nak kasi rileks suara. Pasal karang pitching high not nak kena selalu buat. Perkadaran maki makian cukup laju pagi-pagi nie. nak-nak player main macam setan.

Friday, July 9, 2010

edisi khutbah jumaat

Jumaat minggu lepas khutbah jumaat kat masjid gua nie berkenaan dengan rokok. Biler dengar tajuk khutbah gua sudah pandang karpet dalam-dalam. Senyum sorang-sorang pikirkan berapa ramai makhluk ciptaan tuhan yang merokok macam gua duk tengung karpet.

Sesekali gua pusing-pusing kepala gua nak tengok mat-mat perokok tegar seperti gua. Semuanya merenung karpet. Imam satu tenung karpet. AJK masjid tenung karpet. Kutu-kutu gua majoritinya tenung karpet, mat perang semua tenung karpet, mat kilang tenung karpet, pak-pak sedara pun tenung karper.

Dalam khutbah boleh kata muka suma dah menunjukkan keinsafan. Muka imam satu plak macam dah berkobar-kobar nak membanteras amalan rokok di kariah beliau.

-@@@-

Abis semayang Jumaat berpusu-pusu umat turun dari masjid. Puak-puak kutu bersusun kat parking moto. Masing-masing bergelak ketawa dengan hembusan rokok pelbagai jenama dari mulut masing-masing.

Imam dua yang bagi khutbah tadi pandang daring macam mana pun langsung tak di hiraukan. Keinsafan kami hanya masa kat dalam masjid sahaja. Luar masjid, Jin berpusu-pusu mintak makanan pada kami. Kami kesian pada makhluk yg suka makan asap tue. Sebab tue kami takde hati nak berhenti merokok. Heh heh heh

Wednesday, July 7, 2010

kutu embun

Semenjak berkecimpung dalam profession kutu embun nih memang banyak dugaannya. Biasa la, mula-mula dulu orang pandang serong. Ada yang kata kitorang nie isap pit la, jelmaan hantu raya la, menganggu ketenteraman awam la, pecah rumah la dan memacam lagi la. Semuanya berunsur fitnah belaka.

Tapi semenjak golongan-golongan gua nie berjaya menahan 4,5 orang indon yang cuba untuk memecah masuk rumah pak cik Halim, kami sudah di beri imej yang posotif dari kawasan sekitar. Cerita kami menahan geng-geng pecah rumah nie dah tersebar sampai ke ceruk kampung mana ntah. Masa tue sumer orang sibuk panggil anak-anak muda yang merajuk membawa hati yang lara kembali ke kampung untuk jadi kutu embun. Mereka yang lepasan SPM tahun tue pun sudah mula di beri kelongggaran untuk menjadi anggota kutu embun.

Walaupun begitu masih ada juga kutu-kutu embun yang cuba untuk menyeleweng daripada tujuaan sebenar. Cubaan untuk stim di malam hari kadang kala boleh menjejaskan imej kutu embun yang positif dan berkaliber seperti apa yang telah kami-kami semua lakukan. Kalau aku jumpa stok kutu-kutu macam tue, dengan pantas aku bagi dia satu penendang untuk satu pengajaran pada dia. Semoga dia sedar bahawa dia telah mencemar imej kutu-ketu embun yang berpendidikan tinggi seperti kami semua.

Selalunya aktiviti kutu nie secara tidak di rancang. Jangan ada yang bukak mulut jer nak pergi sana atau sini, begitu begini, memang jadi. Itu pun sebenarnya bergantung pada tahap kewangan masing-masing.

Kalau time sengkek, boleh nampak kutu-kutu nie akan berkongsi kesedihan dan juga ketidak upayaan bersama ahli-ahlinya. Nak beli rokok berkongsi. Isap pun dah tak macam naga. Bertahan-tahan. Dah tak pergi munim dah, bawak air kosong dari rumah. Betapa jimatnya masa tue. Awal bulan, semua stok macam orang kaya balik. Kaki wayang tengok wayang tak berhenti, citer tamil pun dia sapu layan, janji main kat wayang. Kaki clubbing pun tak kurangnya jugak. Kaki menggigil nak menari mengikut irama ntah apa kebenda yang mengarut tue. Yang jenis suka melepak pun ada jugak. Itu biasanya group aku yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi tanpa memerlukan bahan untuk stim.

Selalunya kutu-kutu akan punch card jam 9.00-9.30. Lepas pekena sebatang dua rokok, baru keluar pergi minum sambil menonton apa-apa citer kat kedai. Kat kedai pun selalunya order air segelas ngan rokok surya sebatang. Tahan citer abis sampai pukul 12.00. Kalau ader bola plak, penambahan air boleh meningkat kepada 2 atau 3 gelas, mengikut kadaran makian yang boleh di keluarkan pada waktu tue. Lepas tue waktu untuk berbincang perihal masa depan, masalah politik, hal ehwal ekonomi, negara, gossip-gossip semasa di kawasan persekitaran dan banyak lagi. Selalunya ia akan berlanjutan sehingga pukul 3.00 ke 4.00 pagi.

Kutu-kutu punya aktiviti selalu malam jer, siang jarang kutu keluar rumah, pasal tak biasa ngan cahaya matahari. Bagi kutu-kutu yang hardcore, cahaya matahari boleh membutakan mata-mata mereka, kata kutu-kutu jenis nie la. Padahal takde menda nak buat. Malas nak bangun dari berlingkar atas katil tue ajer.

Skang nie, puak-puak kutu aku dah tak macam dulu. Masing-masing dah nampak masa depan. Yang berkeluarga, sibuk jaga anak bini. Yang bekerjaya shift malam, memang champion dia punya bosan, tapi pengalaman menjadi kutu menjadi mereka lebih tabah dan kuat semangat. Selalunya, kutu-kutu akan terus berkumpul di kedai. Minum-minum, gelak-gelak, kutuk-kutuk, pekena rokok kretek pung-pung. Dalam pukul 12 balik ke sangkar masing-masing. Kalau hujung minggu jer terlajak awal sket sampai pukul 1.00 pagi.

Makin lama makin susut geng-geng kutu aku. Kekadang tue sampai nak ajak sorang kutu jadi teman melepak pun seksa. Terpaksa la cari idea dengan berkawan-kawan sama geng-geng veteran. Orang veteran punya citer, sampai skang nih aku tak paham. Kekadang tue, itik haji Seman pun boleh di jadikan bahan emosi. Perghhhh, memang mencabar minda kalau melepak ngan orang-orang veteran nie.

Aku pun tak tau naper aku bleh citer pasal aktiviti kutu nie. Tapi ini la sedikit sebanyak pengalaman menjadi kutu embun yang berkaliber sehingga ke hari ini. Walaupun kami menjadi kutu embun tapi kami semua mempunyai tahap pelajaran yang tinggi dan mempunyai wawasan dan juga misi untuk berdaya saing pada diri masing-masing.

Dah macam luahan hati la plak. Tapi takpe. Dalam banyak-banyak aktiviti kutu nie la kan. Kutu-kutu nie tak pernah walau sedikit pun takut pada kak-kak Pontianak yang di katakan suka menyakat orang. Kalau pak cik polisi datang mintak IC pastu menyambung dengan memberi bebelan percuma pun, kutu-kutu nie takkan berganjak dari tempat duduk masing-masing. Tapi kalau group tabligh nie datang, nampak bayang je blum lagi bersuara dah boleh mengosongkan port tue tanpa meninggalkan sebarang bukti. Sampai skang gejala nie aku tak paham lagik. Aku rasa polis-polis dah bleh letak jawatan la pasnie. Serahkan aja pada geng-geng tabligh. Kompom settle punya.

Tuesday, July 6, 2010

laptop baru

“Nie laptop baru aku, jenis Dell, model baru nih..” bagitau Zulhairi.

“hmmmm…” angguk aku tanda paham.

“ko dengar sound dier, bernanah telinga beb…” terang Zulhairi lagi.

“hmmmm…” aku menganguk lagi.

“Cuba ko tgk movie nie, Perghhh…memang menitis air liur la wa cakap lu” sekali lagi Zulhairi menerangkan pada aku.

Pek…pek..pek….!!!

“Tau la laptop baru, tapi tak payah la sampai nak tunjuk porno kat kedai mamak nie” marah aku pada Zulhari sambil menempeleng kepala beliau.

Sunday, July 4, 2010

bodo piang

“kau orang semua nih bodoh, tak pakai otak”

“hmmmm…”

“harap belajar jer tinggi-tinggi tapi bodoh”

“hmmmm…”

“engkau pun sama jugak bodohnya…”

 “dah pakcik pandai sangat, format la sendiri computer tue…!!!”

Ohhh Argentina

“Pak mat amacam?, apasal muka bengang jer nih”

“ko diamlah, tak nampak nie aku dah kena 4-0”

Pemain betting untuk Argentina mula beremosi apabila di tegur. Jangan menganjing pada orang macam tue. Padahnya akan masuk spital ICU level 1. Silap-silap boleh hilang upaya untuk bercakap. Apatah lagi untuk mengunyah makanan kenyal.

Saturday, July 3, 2010

samba kini jadi sambal

Gua punya motif utama tercapai untuk melihat brazil kecundang di tangan Belanda. Melihat kaka, Robinho dan pemain-pemain ternama mereka menangis adalah kepuasan maksima. Apatah lagi melihat Dunga menepuk, menampar dan mungkin juga ingin mengkarate tempat duduk di bangku simpanan.

Kelibat Roben yang melompat seperti brader Ronaldo tidak sia-sia. Brader Ronaldo sudah boleh berbangga kerana Roben mampu untuk menggayakan aksi lakonan sepertinya di dalam kejohanan berprestij nie.

Gua bukan support sangat pun Belanda. Saje jer suka tengok Brazil menangis pasal tak dapat masuk semi final. Kah kah kah…