Monday, October 25, 2010

esah lagenda [episod 4]

Tiba-tiba lelaki itu muncul kembali. Dia pohon supaya Esah berhenti menangis. Dia terus sahaja menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sepanjang Esah pengsan dan juga perkara yang berlaku pada dirinya.

Esah masih lagi tidak percaya dengan cerita lelaki itu. Dalam keadaan sedu sedan, Esah tinggalkan lelaki itu dan terus menuju masuk ke dalam bilik. Lelaki itu terpaku tidak bergerak di tempatnya. Kemudian Esah keluar dari bilik dan tersenyum. Mungkin Esah sudah mendapat kepastian yang dirinya tidak di noda. Nampaknya ilmu sains Esah boleh tahan juga mantapnya.

Dengan senyuman itulah lelaki itu terpikat pada Esah dan terus sahaja melamar untuk menjadi isterinya. Perkahwinan itu di buat serba sederhana. Seluruh jiran tetangga yang bersimpati dengan Esah datang membantu. Kesemua jiran-jirannya di jemput tidak termasuk Che Kam yang di serang asma secara tiba-tiba.

Sahlah mereka berdua menjadi suami isteri. Tidaklah risau lagi suami Esah untuk melarikan diri dari pihak imegresen kerana kini dia sudah mendapat pengiktirafan penduduk tetap. Hasil perkahwinan, mereka telah di kuniakan sebanyak 6 orang anak. Ilmu Esah juga sudah semakin meningkat. Ketika itulah Esah telah menunjukkan kembali kebolehannya pada umum.

Bersambung…………….

Monday, October 18, 2010

esah lagenda [episod 3]

Pertemuan mereka berdua juga terjadi secara tidak sengaja. Kebetulan, suami Esah sebelum itu mahu melarikan diri dari di kejar anggota RELA dan imegresen kerana permitnya sudah tamat tempoh. Setelah puas meredah paya dan belukar, dia menyorok di bawah rumah Esah. Kebetulan Esah mahu turun ke bawah untuk menyidai kain baju. Dek kerana kejutan budaya melihat lelaki di bawah rumahnya, Esah terus pitam dan kelihatan amat tidak cool sekali.

Suami Esah ketika itu panik kerana takut di belasah orang kampung, lantas terus membawa Esah kedalam rumah. Bergetar jiwa kelakiannya kerana itu pertama kali di mendakap tubuh seorang wanita. Peluh jantan membasahi muka dan tubuh hasil larian marathonnya sebelum ini di tambahkan lagi gelora kelakiannya.

Segera dia beristighfar dan mengucap mengingatkan tuhan. Kemudian dengan pantas dia mengambil air dan terus di curahkan pada Esah. Segera Esah terjaga dari pengsan dan tergamam kerana di hadapannya seorang jejaka gantang yang berpeluh sakan.

Esah kemudiannya menangis dan terus menangis. Lelaki itu kaget dan terus melarikan diri. Esah tidak henti-henti menangis. Mungkin kerana merasakan yang dirinya telah di noda. Esah sedih bukan kepalang dengan nasib yang menimpa dirinya.

Bersambung……………

Thursday, October 14, 2010

gangguan misterius

“vrooommmm!” moto kriss tua gua mengaum memecah hening tengah hari. Kucing jiran sebelah berlari menyelamatkan diri.

Lajakan padu dari perahan enjin tua tahun 1995 ni masih boleh memberikan kelajuan maksima. Kebanyakan moto yang seusia dengannya sudah lama pencen awal atau diberi dengan nafas baru. Tapi kadang kala, pemberian nafas baru itu boleh memberikan kesan sampingan pada organ dalaman moto, dimana ia mungkin akan mengakibatkan kesesakan fungsi pada ruang udara,minyak, atau eksos dan juga kesesakan poket pada tuan punya moto setelah dia meragam.

Pemanduan secara sederhana seperti brader-brader membuatkan gua telah sampai di simpang keluar ke jalan besar taman gua. Gua berikan signal kiri untuk ke kiri seperti apa yang telah di ajar dalam buku pemanduan belajar memandu. Tapi gua tidak pula mempraktikan lambaian tangan. Itu melecehkan!.

Gua memacu arah perjalanan untuk bergerak ke stesen minyak di tangga batu. Objektifnya bukan untuk mengisi minyak petrol tapi untuk mengeluarkan sedikit wang dari mesin ATM. Dalam perjalanan, gua hiburkan diri gua. Lagu dari search menjadi pilihan. Sesekali gua menarik suara supaya jadi macam amy search. Melalui pendengaran gua dari atas moto, gua rasa suara gua boleh tahan jugak power. Cuma ada sangkut-sangkut sikit. Itu pun pasal habuk-habuk pasir yang berterabur atas jalan raya.

Sampai di stesen minyak, gua buat-buat muka riang. Muka gua kasi senyum sikit-sikit. Itu pun pasal ada awek skuter parking sebelah gua. Gua bukak helmet untuk menunjukkan wajah sebenar. Kalau-kalau ada rompakan, gua sudah ada alibi.

Gua cuba berjalan cara normal, tapi terkeluar cara bergaya. “Hanya gaya berjalan, itu tidak mengapa” fikir gua dalam hati.

Gua membuka pintu masuk stesen minyak. “Wah! Sejuknya! Macam dalam syorga” kata gua dalam hati lagi.

2 minit kemudian, gua dah ada atas moto balik. Gua start laju-laju dan terus tinggalkan stesen minyak cepat-cepat untuk segera pulang ke rumah.

Gila! Wallet tak bawak! Nak cucuk pakai apa. Jari kaki?

Saturday, October 9, 2010

esah lagenda [episod 2]

Pernah satu ketika dekat kedai makan di kampungnya, Esah secara tidak sengaja menunjukkan kelebihan ilmunya. Dia kelihatan telah membengkokkan garfu milik tuan punya kedai. Mengamuk sakan tuan kedai bila dapat tahu yang Esah telah bengkokkan garfunya. Itu pun setelah dapat laporan dari Che Kam yang terkenal dengan gelaran “radio bergeraknya”.

Meluru tuan kedai kearah Esah untuk meminta ganti rugi. Reaksi Esah tidak berkeadaan cemas. Malah lebih cool dari Che Kam yang tersengih-sengih kerana kejayaannya menjadi batu api.

Kemudian tuan kedai berubah wajah seperti kambing dapat rumput. Tersengih-sengih satu macam. Rupa-rupanya garfu miliknya tidak bengkok walau seinci pun. Malah garfunya kelihatan seperti dulu-dulu. Cuma ada calar-calar sikit di hujungnya.

Che Kam seperti tidak percaya kerana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri yang Esah telah membengkokkan garfu milik kedai makan itu. Maka terjadilah kekecohan dari mulut Che Kam sendiri kerana menuduh Esah yang bukan-bukan. Di paksanya Esah bangun dari tempat duduk kerana Che Kam ingin memeriksa Esah yang berkemungkinan besar Esah menyimpan garfu yang telah di bengkokkannya itu di dalam kain. Seperti seorang pesalah ataupun peragut Che Kam lakukan pada Esah.

Muka Esah merah merona ketika itu. Malunya berbakul-bakul. Kalau tidak di fikirkan Che Kam itu orang tua, sudah lama Esah dah bagi satu “back hand” yang padu pada muka Che Kam. Kompom Che Kam akan jatuh tersembam ke tanah dan tidak mampu untuk bangun dengan pantas kerana Che Kam seorang yang berbadan agak gempal. Ini akan memberikan masa untuk Esah melarikan diri. Itu jika Esah tidak cool. Situasi sebenarnya Esah masih seorang yang cool.

Sudah puas Che Kam menempik terlolong. Che Kam masih juga belum jumpa bukti untuk menuduh Esah membengkokkan garfu tuan punya kedai. Akhirnya Che Kam mem”blah”kan dirinya dengan menaiki Honda wave berkuasa rendah. Sungguh kurang sopan dan biadap Che Kam itu. Sapa la laki dia tu agaknya.

Esah masih kelihatan cool, walaupun di matanya sudah berkaca. Di dalam hatinya tidak siapa yang tahu begitu malu dia di perlakukan oleh Che Kam sebentar tadi. Hajat hati hendak menjamah lontong sudah tertutup. Walaupun telah di offer oleh tuan punyai kedai untuk membelanja set lontong special selama sebulan sebagai ganti rugi malu dan juga pujukan supaya Esah tidak memanjangkan perkara itu ke mahkamah. Namun Esah tetap menolaknya secara baik dan bertimbang rasa.

Esah melangkah pulang dengan longlai. Dia begitu malu dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Esah kecewa dengan sikap orang kampung yang memandang serong dengan kelebihan yang dia miliki.

Setelah kejadian itu Esah hanya berkurung sahaja di rumah peninggalan arwah ibunya. Kelebihan ilmunya tidak lagi di pertontonkan kepada umum sehingglah dia berkahwin dengan seorang jejaka dari negara seberang.

Bersambung………

Wednesday, October 6, 2010

Maher Zain punya hal

“femes betul maher zain nie kan?” tanya seorang gadis yang ralit dari tadi tengok paper yang buat cerita pasal konsert Maher kat Malaysia.pada gua

Gua hanya angguk-angguk kat kepala tanda mengiyakan apa yang di tanya tadi.

“dengar cerita, tiket konsert dia sold out. Teringin juga nak pergi. Tapi takde rezekilah” gadis itu mengeluarkan sedikit keluhan. Kecewa betul dia agaknya.

Gua masih lagi mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah ayat pun. Tanda apa yang gadis itu berkata adalah benar sahaja.

“abang kenal maher zain?” gadis itu bertanya secara tiba-tiba.

Ini kali gua terpaksa jawab. Jika gua tak jawab maka secara automatiknya air muka gua akan jatuh.

“apa pulak tak kenal, mesti la kenal. Femes dia tu?” jawab gua kompiden

“hmm! Dia dari negara mana?” gadis itu bertanya soklan pada gua lagi.

“arab” gua tenang menjawab soklan.

“okey! Boleh di terima. Dia bawak lagu genre apa?” satu lagi soalan muncul dari mulut gadis itu.

“RnB ataupun macam pop rock sikit” gua jawab dengan hati yang kurang tenang.

“hahaha! Terror betul abang ni. Saje jer nak test abang. Selalunya orang macam abang ni, takde amik tahu sangat perihal penyanyi nasyid yang bawak konsep modern ni” panjang lebar gadis itu memuji gua. Gua macam biasa senyum memanjang. Dah orang puji, mesti kembang.

“abang macam biasa. Perihal muzik nie mesti abang amik tahu punya, Dah la dik! Kira ni semua berapa?” Gua amik jalan pintas untuk mengelakkan komunikasi berkenaan maher zain lebih panjang lagi.

* * * * *

Di rumah gua cepat-cepat google perihal maher zain. Baru gua kenal dia ni sapa. Muka dia macam mana. Lagu femes dia apa. Terima kasihlah kat pakcik Wikipedia yang tolong gua dapatkan info si Maher Zain nie.

Nasib baik gua dapat jawab dengan cemerlang walaupun main bantai saja. Teror jugak gua kan!

 
 Nilah Dia Maher Zain. Soklan yang buat gua kucar-kacir siang tadi!


Tuesday, October 5, 2010

esah lagenda [episod 1]

Dia tidak berkaki, hanya terbang di awang-awangan. Sesekali di keluarkan sedikit suara yang bernada tinggi dan nyaring. Dengan di tambah bau perfume cap bunga kemboja dan kapur barus. Ia dapat membantu sedikit sebanyak menaikkan ketakutan manusia.

Oh yaa! Lolongan dari anjing-anjing liar juga boleh di ambil kira untuk side effect. Tapi jika lolongan itu daripada anjing laut. Sudah pasti lokasinya berada di sebuah zoo bukan di tempat yang paling angker.

Makhluk itu masih lagi tergantung-gantung di awangan. Terbang mengikut tempat yang dia suka. Walau angin kencang sekalipun itu tidak akan terbang mengikut arah angin. Dia paling suka terbang berlawanan arah angin kerana boleh menambahkan angkernya dengan mengerbangkan rambutnya yang panjang berjurai itu. Jika tiada angin dia akan jalan senyap-senyap.

Tidak pernah pula di ketahui yang dia mampu terbang nun juah di awan biru sehingga mampu menyamai kapal terbang boeng 747. Jika dia mampu, sudah pasti banyak kemalangan berlaku akibat terlanggar makhluk ini.

Banyak orang gelar namanya Pontianak atau kuntilanak. Tapi sebenarnya nama panggilan dia Esah. Nama sebenarnya mengikut kad pengenalan tidak di ketahui. Esah berasal dari Pontian Johor.

Esah nie memang terror masa muda-muda dulu. Setakat hilangkan duit syiling kat tangan memang pejam mata jer Esah buat. Orang kampung macam-macam tuduh Esah ni ada bela hantu raya la, jin Baghdad la, ilmu sihir la. Tapi yang pasti Esah memang tidak mengamalkan ilmu-ilmu hitam. Ilmu hisap pun Esah kantoi masa amik UPSR dulu, inikan pula nak belajar ilmu hitam.

Bersambung…………

Monday, October 4, 2010

antara niat, semangat dan nafsu

Talib berdiri di atas tembok penahan hakisan tebing Sungai Melaka sambil memegang perutnya yang sudah sama level dengan perut ibu-ibu mengandung. Rosli memandang sepi perangai Talib. Sesekali terdengar keluhan berat dari Talib.

“Ko nie kenapa Talib, tak habis-habis mengosok perut ko tu?” tanya Rosli

“Hmmm..aku raser nak diet la Lie, baru nampak macam macho sikit. Nak ngorat awek pun senang” jawab Talib.

“Engkau nak diet! Kah kah kah” gelak Rosli terbahak-bahak sampai bersujud kat tanah.

Talib memandang dengan penuh tension. Rasa mahu saja di pijak kawannya itu selaju-laju yang mungkin. Jika mampu, dia mahu menjadikan kawannya itu lumpuh separuh badan. Jika mampu!

“Ko tak percaya aku nak diet,wahai rakanku Rosli B. Samaun” ujar Talib dalam nada yang sedih.

“Bukan aku tak percaya. Tapi…..” Rosli tidak dapat menghabiskan ayatnya.
  
“Tapi apa?” tanya Talib

“Macam ni, aku akan percaya kalau berjaya melepasi ujian dari aku” Rosli berkata

“Apakah ujian itu wahai rakanku” Talib bertanya sekali lagi.

“mari kau ikut aku pergi Restoren Nasi Kandar, kita test ko punya diet” jelas Rosli dengan tenang.

* * * * *
“Kalau betul ko nak diet, aku belanja ko hari ni. Apa saja ko nak makan aku belanja” Kata Rosli dalam nada menyindir.

“Perghhh..tak pernah pun ko berniat nak belanja sebelum ni. Nak pinjam seringgit pun ko kemain susah lagi. Tak aci la macam ni” Talib berkata

Dengan pantas Rosli mengankat tangan memanggil mamak restoren untuk memesan makanan. Dalam hati, Rosli cuak jugak dengan diet Talib ni. Kot-kot pancing je lebih.

“mamak, apa menu special hari ni?” tanya Rosli dengan tenang.

“Macam-macam ada, Nasi kandar, nasi beriani, kari kepala ikan,mee goreng, roti canai, capati, bla bla bla” penerangan mamak begitu jelas tanpa melihat menu.

Muka Talib sudah berubah wajah. Peluh dingin membasahi muka dan tubuhnya. Sudah beberapa kali dia menelan air liurnya. Terketar-ketar tangannya ketika mamak itu menjelaskan menu special restorennya.

* * * * * *
“Brupppp…heh” Talib tersenyum tidak terkata

“hmmm..mamak kira” jerit Rosli dalam nada yang separa soprano

“Amacam, kan aku dah kata yang aku nak diet” Talib bersuara

“Diet kepala lutut kamu!, mamak nie kira berapa?” pinta Rosli.

“semua sekali RM78.40, kasi RM78 saja incik, 40 sen kasi diskaun” terang mamak itu tanpa di pinta.

“Macam nie punya banyak ko melantak, ko kata diet. Tuiiiih!!” Rosli bengang seketika.

“tadi aku belum abis cakap, kamu dah potong, aku nak cakap aku start diet minggu depan lerrr” balas Talib dengan muka kenyang

“boss, tara mau bungkus ka?” tanya mamak sambil memulangkan wang baki pada Rosli.

Rosli tidak menjawab walau sepatah perkataan. Tapi mulut mamak dah berbuih kena cedok dengan Rosli.

Baik sangat mamak tu nak tanya mau bungkus ke tidak.