Saturday, December 24, 2011

Diari mingguan saya #1

Hari ni hari sabtu, bermakna hari melepak dan bermalasan aku sedunia. Macam biasa, bila bangun tido tu, pakej breakfast + lunch.Hari ni pulak dia punya sedap tido lain macam sikit. Dia punya rasa macam duduk dekat pergunungan alps. Matahari tak timbul-timbul. Hujan renyai-renyai sepanjang hari.

2,3 hari lepas aku tengok cerita “Songlap”. Boleh tahan jugak ceritanya. Macam celake!!!. Langsung tak best. Cerita dah macam campur ending terus out. Kang bila aku cerita kat sini dari A sampai Z cerita nih. Aku takut filem tuh tak laku plak nanti. Kang tak pasal pasal aku dapat surat saman.

Ingat aku mampu ke nak bayar saman nie. Duit peguam bela paling bangang sekali pun kat dalam  Malaysia nie pun aku tak mampu nak bayar. Jadi aku simpan ajer la cerita tu. Kalau korang nak tau tengook sendiri, lepas tue nak menyumpah kat mana-mana pun takpe.

Aku pun dah berkecimpung dalam bidang tweet tweet nih. Walaupun dulu-dulu masa aku baru bukak akaun tweet, aku ingat aku org pertama yang pakai kat Malaysia. Rupanya aku dah cicir 3,4 tahun kebelakang. Celake!!

Paling latest, semalam aku nak balik kerja. Ada satu awek cun pakai baju kurung biru muda duk tengah tunggu bas atau bapak dia kat bas stop. Memang lawa. Aku sambil bawa motor tak sengaja terpandang dia. Nasib baik aku sedar awal. Kalau tak aku dah terperesok duduk bawah Hilux. 

Sekian diari saya untuk minggu ini…….

Thursday, December 15, 2011

tajuk special #2


Gua memang takde menda nak share dengan lu orang semua. Kejadian hidup gua sepanjang hari lebih kepada sama sahaja. Pagi buta gua pergi kerja, petang pulak gua balik kerja, malam gua melepak dengan kutu-kutu setia dan tengah malamnya pulang ke rumah untuk tido. Pusing-pusing mana pun macam tu jugak. Cumanya sabtu ahad adalah waktu gua melepak lebih masa atau dalam bahasa orang pejabat smart smart adalah OT. 

Tapi gua ingat nak tambah satu slot la dekat hari sabtu ahad gua. Gua nak masukkan slot “DATING”…

Amacam?

Sunday, October 16, 2011

Pak Wan (episod: aladdin)


“Bang! Bang! Bang!” bunyi pintu di ketuk kuat.

“Bukak pintu nie cepat!’ “Aku cakap bukak!” Suara dari siapa entah yang bukan main bersungguh sungguh mengetuk pintu bilik gua bagai nak rak.

Gua ketika itu sedang enak di ulit mimpi terjaga dari pertiduran akibat dari ganguan itu. Dengan perasaan geram dan menyirap gua menjeling jam loceng di atas meja belajar.

“Perghhhhh! pukul 2 pagi. Apa benda yang orang nih nak” bisik hati gua.

“bang, bang, bang!” bunyi ketukan pintu bertalu talu.

“kcek! Kcek! Kcek!” tombol pintu pula di putar putar walhal sudah sedar yang ianya berkunci dari dalam. Dasar takde wawasan manusia di luar itu.

“bukak la cepat!” jerit orang diluar.

“kejap la, tak menyabar pulak, sapa tue?” gua pulak beri pertanyaan balas sambil sambil mengagahkan diri bangun dari tilam yang empuk.
“aku, pak wan!” jerit orang kat luar.

“kreeet……” bunyi pintu yang kekurangan minyak gris terbuka

“apahal nie pak wan, kacau orang nak tido nih” gua buat muka menyirap.

“heh! Heh! Heh! Mintak pinjam lighter” pak wan buat muka tak bersalah

Gua pandang pak wan pagi tuh bukan main kecik lagi, macam semut keciknya. Gua rasa macam nak pijak pijak pak wan sampai leper macam kertas. Gua campak lighter Aladdin dekat pak wan sambil menutup pintu dengan kuat sebagai tanda protes.

Besok tengah hari gua pulak yang sangap nak isap rokok takde lighter. Cilake pak wan!

Sunday, October 9, 2011

cerita tentang masyarakat kebanyakan

"kadang kala hidup kita nie perlu ada sedikit fun dan keinsafan yang berpanjangan"  kata abg kopiah kedai sate.

Gua angguk angguk kepala tanda setuju sambil menghabiskan sisa sisa sate yang tinggan di atas pinggan. Kemudian datang seorang pakcik bersama cucunya yang masih kecil duduk di dalam raga moto. Sambil tangan kecilnya gatal memusing side mirror yang hampir terkulai. ayam-ayam bertempiaran berlari takut takut di langgar oleh pakcik itu.

"Zenggggg! Krekkkkk!" Bunyi brek motosikal pakcik yang sudah lama tidak letak minyak gris barangkali.

"Bedul, kasi sate ayam 20, daging 10, bungkus! kuah kasi lebih sikit" laung pakcik itu dari atas motosikalnya.

Cucunya masih lagi leka bermain-main dengan side mirror motornya. Budak sekecil itu belum mampu memahami erti kehidupan manusia dewasa. Gua angkat tangan satu kali sambil membuat isyarat mengira harga makanan gua.

"Berapa kak?"
"Rm15.00 dik"

Gua membuka wallet lalu membayar. Ahh! nasib baik ada duit yg genap. Sekeping wang kertas Rm10 dan Rm5 gua hulurkan kepada makcik yang tukang kira tadi. Gua melangkah menuju kearah motorsikal gua. Gua hidupkan enjinnya dan terus berlalu pergi meninggalkan kedai sate dan pakcik yang menunggu sate bersama cucunya.

~TAMAT~

Sunday, October 2, 2011

Kopi timbang nih punya stim tak sama dengan kopi uncang!

"Bulan 9 nih, dia punya busy macam celake! Dia punya busy sampai membawa ke tempat tido, sampai mimpi pun masuk hal kerja jugak!"

Gua mengeleng-gelengkan kepala mendengar keluhan dari brader yang share table dengan gua untuk pekena kopi. Punyalah kusyuk gua mendengar keluhan hatinya, sampai gua terlupa nak berkenalan dengan beliau.

Gua menyedut rokok gua yang berbaki dua tiga pam dan lantas menjentik puntungnya kedalam longkang.

"Tup, tup, tup" Puntung rokok landing di simen kedai sebelum masuk ke dalam longkang.

Gua menghabiskan sisa kopi di dalam gelas, sambil mata menjeling tepat ke wajah brader tu. sambil sambil itu gua masih mendengar butir bicara dari mulut brader tersebut. Agak tertekan kerja brader nih rupanya.

Gua menyapu mulut gua dengan tangan kerana kedai ini tidak menyediakan tisu. Gua angkat tangan kepada pelayan kedai makan, lalu menghulurkan seringgit kepadanya untuk membayar harga kopi. Gua menepuk-menepuk peha brader tu untuk memohon beransur dari situ dan minta dia bersabar dengan dugaan kerjanya itu. Brader itu angkat tangan kanan beliau dan mengangguk-angguk kepalanya tanda OK!

Gua blah dengan langkahan kaki yang steady. Dalam setapak dua melangkah keluar dari kedai gua berpaling melihat brader tu. Brader tuh sudah mengalihkan kerusinya menghala ke meja sebelah. Gua lihat brader meja sebelah dah kucar kacir nak perabiskan airnya untuk segera blah dari situ.

"Stedy jugak gua melayan orang gila bercerita sampai abis rokok sebatang" bisik hati kecil gua.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Tahun ini adalah tahun paling special buat gua. Nak cerita hal raya, banyak-banyak tahun takkan boleh compare dengan tahu nih punya power. Dia punya rasa lain macam. Macam score goal versus Setan Merah!.

Celake! time-time nak dekat raya nih, boleh pulak ingat hal bola semalam. Betul celake Setan Merah!. Gua harap ada bomoh siam sudi kontek gua untuk santau Atuk Alex tuh.

Tahun nih adalah buat pertama kalinya gua beraya sebagai individu yang ada duit poket sendiri. Tahun pertama gua berpuasa membayar zakat fitrah. Itu yang paling feel sekali. Juga Adalah tahun yang memungkinkan gua tidak akan menerima duit raya buat 20 tahun akan datang. Nanti dah time atuk-atuk gua yakin dan percaya, gua akan menerima kembali duit raya seperti dahulu-dahulu. Antara yang paling penting sekali, tahun ini adalah tahun pertama gua kena menyediakan duit raya pada budak-budak kecik. Harap-harap diorang belajar-belajar erti keikhlasan dan mengucap kesyukuran dengan cemerlang.

Sebagai persediaan untuk hari esok, maka gua akan memulakan aktiviti malam gua ini dengan memasukkan duit raya ke dalam sampul raya yang gua dah "paw" dekat kawan-kawan gua. Harap-harap diorang tidak berkecil hati.

Apapun selamat hari raya & rock forever!

Tuesday, August 16, 2011

Delima pesbuk #2

Seperti yang sudah sedia maklum bahawa pesbuk saya telah menerima request dari Tuan Boss saya.

Maka dengan ini, saya ishtiharkan bahawa saya tidak akan approve permintaan beliau sehinggalah saya mendapat tempat kerja yang baru.

Sekian, Terima Kasih.





Sunday, August 14, 2011

Delima pesbuk

Seketika tadi gua membuka pesbuk. Yaa! pesbuk. Benda paling wajib manusia akan check setiap pagi. Pada orang yang ada akaun pesbuk la.

Tapi tadi gua terus dalam delima. Gua terus takde hati nak bukak pesbuk sampai bila-bila. Sejak gua terpandang ada pren request. Terus gua macam dah hilang selera pada pesbuk.

Sekarang nih gua dah macam cuak-cuak. Gua nak approve ke tidak pren request nih. Gua rasa sangsi. Gua tiba-tiba dapat akal yg kurang bernas. Gua rasa nak delete akaun pesbuk gua kerana....







Boss gua add gua jadi pren list beliau. Sekiranya gua approve, maka segala aktiviti gua akan terjejas. Termasuklah hal penipuan balik kampung kerana malas nak datang opis hari sabtu. Maka gua ingat nak amik keputusan sementara waktu untuk tidak approve beliau! hahahaha!

Saturday, July 9, 2011

Sehelai necktie dan kemeja kelabu

Tadi masa duduk-duduk memikirkan masa depan gua terpandang sehelai necktie berwarna kelabu kepunyaan gua tergantung di belakang pintu. Seingat gua, hanya beberapa kali saja gua pakai necktie ni dan selebihnya gua simpan dan perapkan di dalam beg kuliah gua.

Seingat gua jugak, gua hanya ada 2 helai baju kemeja. Satu berwarna biru gelap berlengan pendek dan satu berwarna kelabu  berlengan panjang sedondon sengan tie gua. Sepnajnag hidup gua di universti itu sajalah baju formal yang gua ada. Dari majlis orientasi sehinggalah kepada presentation. Tiada warna lain selain dari dua helai baju itu.

Selepas tamat belajar, gua ada perasaan yang gua akan pergi interview kerja dengan kemeja gua yang dua helai ini dengan dihiasi oleh sehelai tie berwarna kelabu. Tetapi, perasaan itu tidak menjadi kenyataan kerana gua datang interview dengan t-shir putih bercop “visit Port Dickson’ bersama dengan sehelai jeans yang koyak di lutut. Percaya atau pun tidak itulah interview gua yang pertama dan yang menerima gua bekerja.

Berbalik kepada necktie dan kemeja gua yang dua helai tu, ada tercatit bermacam kisah. Ada best ada yang tak best. Tapi banyak yang tak best dari best. Jadi sudah sememangnya gua di takdirkan untuk bekerja dengan company yang tidak mementingkan kemeja dan tie.

Dan juga gua dah malas nak tulis. Maka nantikan episode selanjutnya kisah sehelai necktie dan kemeja kelabu!

Amacam boleh bikin drama swasta tak tajuk gua nih?

Tuesday, June 14, 2011

aksi dari business week

Tadi gua membeli rokok di kedai serbaneka 24 jam yang paling top masa kini iaitu kedai 7-11. Selesai urusan menjual beli, gua melangah menuju ke pintu utama. Ya, pintu utama keluar masuk kedai 7-11 nie. Takkan gua masuk ikut depan keluar ikut belakang kedai pulak. Kurang sopan dan boleh mendatangkan curiga juga mampu bercuti 2 hari 1 malam di hotel besi.

Okeh kita kembali semula ke landasan cerita. Semasa kaki gua ingin melangkah keluar, anak mata gua secara tidak sengaja menatap satu majalah yang menimbun pada rak-rak majalah. Ada awek mat saleh yang cun sebagai muka depan majalah business week. Gua secara tidak sengaja mengambil majalah tersebut sambil menyelak helaian demi helaian dengan harapan terdapan poster gadis coverpage memakai bikini.

Sedang enak gua membaca sinopsis majalah business week, melangkah masuk 3 ke 4 orang gadis sekolah menengah ke dalam kedai 7-11 ini. Itu tidak langsung menggugat perasaan hati gua untuk membaca dengan laju isi perut majalah ini sebelum di tegur oleh adik-adik kuanter kerana membaca majalah free.

Gadis-gadis sekolah bukan main riuh dalam kedai ini seakan ada funfair dan juga sarkas. Padahal nak membeli slurpy dan membelek majalah URTV. Buku sekolah malas pulak ko nak belek!. Sedikit sebanyak menggangu konsentrasi pembacaan gua yang sudah kehilangan arah kerana tidak menjumpai poster covergirl majalah ni. Harapan gua berkecai!

Gadis-gadis sekolah sedang melangkah keluar sambil di ikuti oleh ekor mata gua yang tajam. Tapi telinga gua sempat menangkap butir bicara salah seorang dari para gadis itu.

“Hek eleh, poyo je baca buku omputih, macam paham jeeee!” sambil di ikuti gelak tawa sakan dari rakan-rakannya.

Gua jadi termanggu, terkasima dan terbodo sebentar!. Ada seorang sahaja umuat manusia yang sedang baca majalah omputih. Di mana umat manusia itu mambaca dengan laju isi perut majalah tanpa berminat nak tahu lebih lanjut. Maknanya manusia itu hanya tahu cerita apa yang penulis majalah tu nak cerita. Umat manusia tuh pulak adalah gua.

Persoalannya, adakah gua kelihatan poyo kerana membaca majalah business week? Adakah gua poyo membaca majalah itu sambil menyelak helaian kertas dengan agak laju? Atau adakah kerana gua berseluar jeans bertampal-tampal di lutut sambil menyandang beg laptop kerana baru pulang dari opis maka gua kelihatan poyo.

Itu nasib baik gua belek majalah business week. Cuba kalau gua tengah membelek buku theory of machine, engineering science, fluids mechanic atau thermodynamic. Maka  bagaimana agaknya butir bicara mereka dengan pakaian gua yang begini rupa.

Tiba-tiba plak mulut gua nak jadi macam Azwan Ali. Kena gua sound satu kali, pasti meleleh taik telinga keluar. Gua mengeleng-gelengkan kepala sambil start moto. Gua terus masuk gear satu dan memecut agak laju sebelum hampir melanggar seekor kucing yang melintas.

Tak belajar undang-undang melintas jalan punya kucing!

Sunday, June 12, 2011

Cinta Gadis Bunian (episod 2)

Sedang dia duduk bertinggung meratapi nasib malangnya itu, baru dia sedar titisan air hujan yang mencurah-curah itu tidak lagi membasahi tubuhnya. Segera dia mendongak ke atas. Kelihatan seorang wanita cantik persis permaisuri sedang memayunginya.

Lelaki itu tersenyum, tidak terkata. Amat mulia hati wanita ini. Moral dirinya begitu tinggi sekali. Alangkah indahnya jika wanita itu menjadi temannya seumur hidup. Begitulah desis perasaan hatinya. Jiwa kelakiannya mengelodak dengan kecantikan juga keayuan wajah sang wanita itu. 

 Wanita itu hanya tersenyum memandang lelaki yang di payungi menatap wajahnya tidak berkelip. Lantas dia bersuara untuk memutuskan imaginasi yang mungkin sudah di pengaruhi oleh unsur-unsur negatif.

“awak tidak apa-apa ke?” tanya wanita itu.

Lelaki itu tersenyum seperti terpukau oleh suara gemersik wanita itu. Sudahlah cantik, suara pun sedap. Lelaki itu menarik nafas sedalam yang mungkin untuk membawa dirinya kembali kealam nyata. Jika berterusan begitu mungkin dia sudah di cop gila oleh wanita itu.

“Saya tidak ada apa-apa, saya Ok” sambil menunjukkan isyarat bagus melalui tangannya.

“Saya minta maaf kerana terlanggar lopak air itu dan terkena pada awak” pohon wanita itu. Lelaki itu memadang kereta berjenama mahal yang berhenti tidak jauh darinya.

“Sudahlah cantik, suara pulak mengancam, kereta pulak mahal. Bertuah betul kalau aku dapat jadikan kau isteri aku” bisiknya lelaki itu di dalam hati.

“Ohhh, tidak mengapa. Awak tidak sengaja melanggar lopak air itu. Saya Ok!” Jelas lelaki itu.

“Jika begitu baguslah, kerana saya ada urusan penting yang perlu saya selesaikan. Saya gerak dulu ya! Ada rezeki kita jumpa lagi, bye!” jelas wanita itu sambil melangkah bergerak memasuki keretanya.

Lelaki itu terkedu. Air hujan kembali membasahi tubuhnya. Hanya mahu bertanyakan samada dia OK ataupun tidak, wanita itu sanggup memberhentikan keretanya. Lelaki itu mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati diatas tindakan itu. Matanya mengekori kereta wanita itu sehingga hilang dari pandangan. Dia menarik nafas panjang. Kesejukan hujan dan angin malam kian mencengkam dadanya.

Dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, dia menolak motosikalnya kearah deretan-deretan kedai untuk berteduh.

Seluruh tubuhnya sudah basah kuyup. Mahu ataupun tidak, dia terpaksa meninggalkan motosikalnya di situ. Esok dia harus mencari mekanik untuk membela dan meng “operate” sakit motosikalnya. Kini dia harus mencari alternative lain untuk pulang kerumahnya. Jarak 5km dari kota ke rumahnya bukanlah jarak yang ideal dan terbaik untuk berjalan kaki Dia harus segera pulang untuk menukar pakaian dan tidur untuk merehatkan minda serta mengurangkan tekanan darah yang semakin memuncak.

Menunggu bus di waktu hujan lebat dengan pakaian yang basah kuyup adalah idea yang paling terbaik dan bernas yang boleh di fikirkan oleh lelaki itu memandangkan faktor kewangan menjadi penghalang untuk menaiki teksi.

Bersambung…………

Tuesday, May 17, 2011

Cinta Gadis bunian (episode 1)

Senja sudah semakin hampir menutup tirainya. Serentak dengan itu, kelipan lampu-lampu neon sudah memancarkan cahaya di setiap blok rumah di kawasan kejiranan kota metropolitan di Lisbon Portugal.

Umat manusia masih lagi ramai berlegar-legar di kawasan kota. Ada yang baru pulang dari opis. Ada yang bergegas untuk ke tempat kerja kerana shift malam. Ada juga manusia yang baru lepas di kerjakan dan juga sedang mengerjakan. Itu semua bikin balai polis kat Lisbon sesak barat dengan kes-kes macam tu.

Di tengah kerancakan kota metropolitan, kelihatan seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan lewat 20-an sedang menolak motosikal berkuasa rendah di tepi jalan. Berkali-kali dia cuba untuk menghidupkan enjin motosikalnya, tapi masih gagal. Sudah segala macam ilmu permotoran dia gunakan, masih lagi tidak mampu untuk  menghidupkan enjin motosikalnya.

Hujan rintik-rintik telah pun turun di kota Lisbon. Jelata rakyat manusia yang pada awalnya tenang berjalan kaki menyusuri susur kiri dan kanan jalan, kini sedang membuat aksi larian-larian pantas untuk mengelakkan diri dari kebasahan dek hujan.

Pemuda tadi masih lagi gigih untuk menghidupkan enjin motosikalnya walaupun hujan sudah semakin lebat. Ramai yang memandang gelagat pemuda itu, tapi tiada siapa yang sudi membantunya Hujan yang turun dengan lebatnya itu seakan menjadi penghalang untuk mereka membantunya.

Hati pemuda itu sudah semakin panas. Tiada lagi erti kesabaran dalam jiwanya. Marahnya sudah meruap-ruap. Satu tedangan padu diberikan pemuda itu pada bahagian sisi kiri enjin motosikalnya di kala hujan sedang turun dengan lebat. Serentak dengan itu, satu simbahan air hujan yang bertakung di atas permukaan jalan raya membasahi dirinya. Itu dinamakan pembalasan yang adil dan saksama.

Mahu saja dia menjerit kerana dugaan seperti itu. Hendak menangis nanti di katakan jantan lembik. Tetapi situasi itu benar-benar mencabar kelakiannya. Namun dia harus pasrah untuk menerima dugaan begitu.

Bersambung……

Saturday, May 14, 2011

Seketika berborak bersama Tuan Boss

“Apis! Apis!.......”

“apahal pulak nih boss! Apa menda yang saya dah buat nih?..”

“Ko nih, Dah lerr engineer, pakai la cantik sket apis…”

“Nak cantik apa lagi boss, bukan saya pakai spender pergi kerja, lengkap baju seluar kot nih!”

“Betul, ko pakai lengkap baju seluar! Tapi seluar ko tuh bertampal-tampal macam nak pergi konsert rock”

“Dah ini jerr boss yang tinggal, kot nak beli baru pun kena pakai duit boss! Duiitttttttttttt” Sambil gua membuat gaya duit-duit di tangan.

Boss gua terdiam sambil memandang sepi berlawanan arah sisinya. Mungkin tengah memikirkan pertanyaan yang terlepas dari mulutnya pada gua tadi. 

Amacam boss? Gaji bulan lepas tak masuk lagik nih! Apa macam mau beli seluar cantik-cantik pergi kerja boss!

Thursday, March 31, 2011

tajuk special #1

Ya! saya sedang menghisap rokok dalam opis untuk menghilangkan rasa lapar!

Thursday, March 17, 2011

ulangtahun kelahiran sim card yang ke-10 tahun

Hari ini adalah ulang tahun kelahiran sim card jenama maxis gua yang ke 10 tahun. Gua beli sim card tuh dengan harga RM 256. Harga yang paling standard waktu pakej prepaid di perkenalkan kepada umum.

Sepanjang career sim card gua berkhidmat, hanya 3 kali gua upgrade dia menjadi lebih best dan mengikut peredaran zaman.

Pertama kali gua upgrade dia adalah ketika peningkatan naik taraf dari berapa MB kepada berapa MB. Gua pun tak ingat dah. Tapi kira upgrade la. Kali kedua pulak, gua upgrade menjadi bil. Setelah kajian separuh jalan gua menunjukkan pemakaiaan bil lebih syok dan cool. Tanpa sibuk-sibuk keluar rumah pergi 7E nak beli top up. Paling malang bila top up habis. Masa tuh, gua tak kenal erti atau maksud perbankan internet lagi.

Yang terakhirnya, gua downgrade sim card gua jadi prepaid balik. Setelah kajian penuh gua menunjukkan pemakaian bil gua tak mencapai tahap optimum untuk membayar bil dan lebih kepada mengkayakan maxis. Ini pun gua kira sebagai upgrade jugak. Upgrade dari segi ekonomi poket gua yang banyak sangat masalah kewangan.

Tapi sepanjang 10 tahun perkhidmatanny, ada beberapa panggilan call yang tak boleh gua nak bayangkan, kenapa mesti no. phone gua jadi perhatian. Yang pelik-pelik pulak tu!

Di bawah adalah antara penyumbang cerita tentang sejarah panggilan cerita yang pelik:

1) “abang, catering dah siap. Bila nak datang amik” – restoren makanan nasi beriani yang terkenal kat daerah teluk intan.

2)  “encik, gong dah siap, nanti kitorang hantar dekat opis” – aku masih lagi seorang student dan tidak mungkin aka nada opis. Lagi pun mana aku ada duit nak tempah gong dan apa kejadahnya aku nak buat dengan gong tuh!  

3)  "Encik, jongkong timah nih bila nak amik” – lagi satu hal yang gua tak boleh nak huraikan kerana masa tu gua masih lagi seorang student.

4)  “kenapa awak sanggup curang, kenapa mesti awak buat begini, bla bla bla….!” – nie kes laki curang ke tunang curang ke balak curang ke!   

Maka inilah kisah sejarah hidup sim card gua yang dah berkhidmat sepanjang 10 tahun. Buat masa nie gua takde feel nak tukor-tukor nombor telefon. Tak macam kengkawan gua yang lain, Dia sorang saja dah berbelas no telefon. Macam setan!

Monday, March 7, 2011

antara amarah dan rezeki

Tadi time lunch gua balik rumah makan nasik. Jimat sikit belanja. Sudah duduk dekat rumah, apa pulak nak makan nasi kedai.

Dalam pukul 2.30 petang, yakni selesai segala acara lunch, gua gerak semula ke opis. Dalam perjalanan ke opis gua singgah Petronas dulu untuk isi minyak superbike 100cc gua nih. Di hadapan gua, sebiji motor lagenda sedang parking di hadapan pam di mana tuan punya motor sedang beratur di kaunter untuk sesi pembayaran.

Gua malas nak turun dari motor beratur sekali. Peel gua memang suka tunggu orang abis isi baru gua amik giliran unutk membuat pembayaran tunai isi minyak.

Tapi kelihatan tuan punya motor lagenda hadapan gua ini, terus sahaja start moto dan blah dari situ. Melihat keadaan itu, hati gua membara. Gua mahu mengamuk dan menjerit memaki hamun kerana terpaksa menunggu di bawah cahaya matahari terik. Ini betul - betul  membuang masa gua kerana menunggu tuan motor lagenda itu membeli hanya sekotak rokok.

Gua bengang! Tapi gua tak tahu kenapa tangan gua gatal nak angkat pam minyak. Gua ikut selera tangan gua pi angkat pam minyak dan………

Superbike 100cc gua sudah berisi Rm5.00 minyak petrol Ron 95 tanpa berjalan membuat pembayaran menuju di kaunter. Wajah gua tersenyum lebar. Gua tidak marah-marah lagi seperti tadi.

Ini namanya rezeki terpijak!

Wednesday, February 23, 2011

Post yang ke 100. Tajuk special: Kolompo oh Kolompo!

Dekad 90’an, waktu sekolah rendah adalah zaman paling solid untuk tidak ketinggalan berjalan ke kolompo. Waktu tu dengar jer perkataan Kolompo terbayang bangunan yang tinggi tinggi, lampu malam yang bermacam-macam kaler, makwe yang seksi serta bas mini yang berdesup membawa penumpang. Tidak kira mengikuti keluarga melawat sedara mara, orang sakit juga rombongan sekolah. Wajib pergi!

Umur remaja yakni lebih khusus sekali di waktu sekolah menengah. Pergi Kolompo bersama kawan-kawan secara indie adalah lebih menarik dan bersemangat. Bayangan Chaw Kit. Petaling Street dan Pudu Raya amatlah sentiasa di rindui. Waktu tu KLCC belum wujud lagi. Baru tengah nak ukur tapak bangunan!

Membeli produk tiruan serta vcd haram termasuklah vcd haram untuk di lihat menjadi tujuan utama selain berjalan-jalan sekitar bandaraya takde kerja dan memenatkan diri. Tidak terkecuali untuk mengurat makwe kolompo sebaya serta skodeng makwe seksi.

Bila dah besar masuk university, berkawan pula dengan orang Kolompo dah pandai lepak malam malam dekat kolompo naik kereta. Termasuklah menawaf Lorong Haji Taib berulang-ulang kali sambil menjerit-jerit mengacau sotong-sotong yang bersidai tepi bangunan. Uishhh! Kalau tak pergi Kolompo dalam seminggu memang tak sah. Tak bandaraya la orang kata.

Tapi setelah sekian lama duduk Kolompo waktu belajar dah mula malas untuk meyan aktiviti mengarut pusing Kolompo. Kalau pergi Kolompo pun adalah bertujuan untuk membeli barangan computer yang memang sentiasa di shopping oleh pelajar-pelajar yang mempunyai pinjaman pelajaran yang akan masyuk di awal semester. KLCC pun dah dah nampak bayang waktu tu. Kalau tak masuk KLCC memang tak Kolompolah kata sesetengah orang.

Bila dah bekerjaya, dengar nama Kolompo pun dah malas. Dengan jammed yang ntah hapa-hapa sebab tak kira waktu dan hari. Bayar parking yang mahal tak hengat. Naik public transport yang macam haram dia punya padat dan segala bentuk menyampah lagi.

Tapi semalam!.......

“Esok! Kau naik KL dengan Fitri. Tolong Riduwan siapkan Tender project bla bla bla!”

“baik boss!”

Dengar nama Kolompo, otak gua dah mula sakit. Badan dah mula tak sedap rasa. Terbayang haruk pikuk suasana menyampah di pusat bandaraya yang di sukai oleh budak-budak yang baru nak naik.

Hawau betul Kolompo nih!

Friday, February 18, 2011

Siri Nostalgia 97' : Filem Titanic


Antara part-part filem Titanic yang masih kekal di ingatan gua. 

Zaman filem Titanic nih tengah menaik, semua orang gila pakai baju ada gambar cap Titanic. Tak kira bangsa dan agama mahupun budaya. Gambar paling laris sekali adalah gambar Kate Winslate depa tangan terbang depan bucu kapal sambil di peluk oleh Leonardo Dicaprio dari belakang.

Baju macam-macam kaler ada. Saiz pun dah tentu la pelbagai saiz. Yang kanak-kanaknya lain. yang jenis mak budaknya dan tidak lupa juga untuk jenis ayah-ayah yang minat cerita Titanic dan ingin mengabadikannya dalam kenangan.

Masa tuh bersepah orang pakai baju Titanic. Tengok VCD Titanic kat rumah pun pakai baju Titanic, baru feel katanya. Pergi tuition bagi mereka yang remaja pun pakai baju Titanic. Turun ke Bandar, beli ikan di pasar, membawa orang tua ke hospital, membetulkan jam tangan, fotostat nota-nota belajar, membeli berus gigi jenama baru, mengedar flyers dan macam-macam hal lagi. Kebanyakannya memakai baju Titanic.

Gua saspek ada antara mereka jarang-jarang basuh baju Titanic pasal takut gambar Leonardo Dicaprio terkopek. Beli yang jenis cop pasar malam RM10 sehelai.

Cerita pasal Titanic, memang gua akui dan berkata benar yang gua tak pernah abis pun tonton filem Titanic nih sampai abis. Gua, time cerita tuh tengah menaik, panggung wayang tak pernah kenal dalam hidup. Zaman tu, gua lebih cenderung meminjam VCD haram dari rakan sekelas untuk menonton filem-filem terkini omputih.

Filem Titanic tuh punya VCD ada 3 disc. Ceritanya mengikut kata member gua dalam 3 jam. Rekod peribadi menonton VCD Titanic adalah 4 kali dalam sehari jelas member gua. Melampau fanatiknya cerita nih. Gua juga turut meronta-ronta untuk menonton cerita cinta yang tengah menaik ni. Supaya tidak ketinggalan semangat Titanic.

Dics satu baru nak separuh jalan, mata gua dah kemain pedih menahan mengantuk. Gua cepat-cepat forward cd supaya dapat dapat tengok klise-klise yang menarik. Mana-mana part yang menarik gua kasi play. Bosan gua forward balik.

Habis disc satu, gua open disc dua. Gua buat perkara yang sama. Tapi Disc dua punya part memang banyak yang menarik. Satu part time Leonardo Dicaprio lukis potret Kate Winslate sambil baring dan satu lagi part Diorang main kejar-kejar dengan bakal tunangan Kate Winslate, lepas tuh menyorok dalam Keta. Sampai berkabus cermin kereta tuh diorang menyorok.

Habis disc dua, gua open disc tiga. Gua mengharapkan akan ada sambungan aksi menarik seperti dalam disc dua. Namun gua hampa. Jalan cerita dalam Disc tiga lebih kepada babak menyayat hati. Gua forward cepat-cepat sampai nampak tulis banyak-banyak naik, terus gua stop.

Seminggu jugak gua pinjam VCD Titanic member gua tuh. Bila dia mintak balik gua kena la pulangkan semula, pasal itu atas nama pinjaman semata. Esoknya bila dekat sekolah, dia tanya pasal disc dua VCD Titanic. Gua buat-buat muka terkejut, gua bagi keyakinan yang VCD tuh tertinggal dalam vcd rom dan sok gua akan bawa, untuk di pulangkan semula.

Akhirnya, VCD disc dua Titanic masih berada dalam simpanan gua, pasal gua asyik bagi alasan terlupa nak bawa sampai la member gua nih terlupa pasal hal disc dua Titanic nih. Dekat berates kali jugak la gua ulang tayang VCD Titanic disc dua nih sampai boleh imaginasi jalan ceritanya.

Jadi kalau nak bercerita hal-hal Titanic dengan gua, memang gua tak boleh nak bagi komitmen 100% dengan tujuk nih, tapi kalau sampai part dekat disc dua tuh, memang solid lagi ingatan dalam kepala otak gua. Boleh cerita tanpa ada babak yang ketinggalan.

Terasa macam nak download Titanic la pulak! Cilakak!........

Tuesday, February 15, 2011

Borak-Borak Cuti

Zaman belajar dulu, time cuti semester adalah masa yang paling seronok untuk tido sampai ke tengah hari. Berjaga sampai subuh. Takde apa yang nak kena pikir. Semester baru adalah untuk belajar benda baru, melayan karenah lecture baru, mengadap assignment baru, menulis pakai pen baru dan juga baru nak setting mata belajar bangun awal semula.

Cuti semester paling koman 1 bulan dan paling syok 3 bulan. Itu jam badan memang kurang produktif. Tengah hari punya waktu makan dah siap berpakej sama breakfast dengan lunch. Lepas tu, sambung melepak minum petang di kedai pa’an. Balik dah maghrib. Lepas makan malam, baca paper untuk ambik tahu hal ehwal semasa, lepas isya’ kembali melepak dengan rakan rakan seusia sampai ke subuh. Itu cerita waktu zaman belajar la.

Sekarang dah bekerja. Melepak pun dah pakai duit sendiri. Nak bersosial pun pakai duit sendiri. Kalau takde duit atau kesempitan kewangan, duduk la rumah senyap-senyap. Tak pakai dah duit mak bapak.

Tapi rutin harian jika waktu cuti, tidak kira la cuti umum ke cuti khas ke atau cuti-cuti malaysia, tetap juga bangun tido sampai ke tengah hari. Kemudian berjaga waktu malam sampai ke subuh. Mana tak badan lemau esok nak pergi kerja!

Jadi apa kesimpulan dari cerita di atas? Aku sendiri pun tak tau nak simpulkan apa. Pandai-pandai korang la ejas nak bagi kesimpulan macam mana. Kalau hendak la!

Friday, February 11, 2011

Internet di mana-mana

Seketika siang tadi, gua turun dari opis untuk menikmati makanan tengah hari yang tak berapa nak tengah hari. Lebih kepada waktu minum petang.

Sedang enak gua melahap nasi, hadir sekumpulan lelaki yang berpakaian usahawan-usahawan masuk ke kedai gua makan dan duduk di hadapan meja gua. Gua hanya perati-perati melalui ekor mata saja sambil menyuap nasi ke dalam mulut kerana mata gua lebih kepada jelingan kumpulan gadis yang duduk minum sambil gelak-gelak cover tutup mulut di sebelah kanan table gua.

Sambil-sambil duduk kumpulan pemuda usahawan duk sembang-sembang perihal kerja masing-masing. Gua tak bapa amik port pasal lebih memberi tumpuan pada suapan nasi dan borak gossip dari kumpulan gadis.

Tapi dalam tak amik port itu sempat juga gua jelling jenis talipon tangan pemuda dressing usahawan nih. Ada 4 orang ke semuanya dan mereka memakai talipon tangan paling pandai dalam dunia iaitu cap blackberry. “Memang dasar jenis usahawan maju dan kaya nih” bisik hati kecil gua.

Tinggal beberapa suap nasi untuk gua habiskan di pinggan, telinga gua menangkap butir bicara dari salah seorang kumpulan pemuda usahawan.

“Onlinelahhh, poker jom!”

Perghhhhh! Memang internet sekarang sentiasa di hujung jari. Online sambil berpoker di mana saja!

Terus gua cepat-cepat balik opis, bukak pesbuk belajar-belajar main poker!