Tuesday, April 6, 2010

rock sampai tua?

Tajuk entry kali ini, adakah aku mahu rock sampai tua?. Ermmm...kekadang-kadang persoalan ini terbungkus rapi dalam kotak fikiran aku. apakah aku akan rock sampai tua. mendengar lagu-lagu yang berirama keras sepanjang masa. Tetapi adakah salah kalau aku mahu rock sampai tua.

Sejak kecil lagi sebelum memasuki alam persokolahan aku sudah didendangkankan dengan muzik rock. Pada masa itu halwa telinga ku sentiasa berkumandang lagu2 dari search,wings, may, lefthanded. Tidak kurang juga kumpulan rock dari barat seperti scorpions, iron maiden, van halen, megadeath dan lain2 lagi.Memasuki alam persekolahan sekolah rendah aku sudah membiasakan diri dengan muzik rock. Ini adalah berdasarkan influence dari abag aku yg no 3. Dier yg selalu mendendangkan lagu2 berunsur keras ini kepada aku. Tidak kurang juga influence dari kakak aku, mendendangkan lagu2 dari Ella,shima,wohnen (klu xsilap la ejaannya) dan artis2 rock wanita masa itu. Semuanya kerana influence dari abg dan kakak aku. 

Apabila aku menjangkau ke alam remaja, muzik rock aku telah di naikkan taraf menjadi lebih keras lagi. Pada zaman-zaman mereka waktu itu lebih bertumpu group boyband mcm back street bos, Nsync, kru dan entah keapa2 nama lagi tah yg tangkap leleh yg boleh melelah air liur kalau mendengarnya. Halwa telinga aku seakan tidak boleh menerima lagu2 yg sebegitu rupa. Yaa..setiap jenis muzik ader peminatnya, maka aku tidak salahkan atau mahu mengutuk mereka tetapi bagi diri aku sendiri yg halwa lagu itu terlalu mendayu-dayu sehingga telinga aku sendiri tidak mampu untuk menerimanya.

Bila mana irama Bollywood menjadi siualan anak2 muda remaja ketika itu. Aku seakan pening dan boleh pitam setiap kali ia berkumandang di corong2 radio. Pernah satu hari aku bergaduh sakan dengan adik aku pasal dier pasang lagu hindustan dengan kuat. Raser mcm nak pedajal jer kaset tuh. Tapi adik aku dapat backup besar dari kakak aku. Apa yg aku boleh buat hanyalah memekakkan telinga sahaja. Masa tuh nak beli walkman mana mampu. Radio buruk tuh ajer la yg mampu pakai pun. Itupun berebut ngan adik beradik yg lain. Sorang nak dengar radio, sorang nak dengar lagu rock, sorang nak dengar lagu hindustan. Itu belom lagi masuk bab lagu dangdut. Perghh..mmg sakit telinga, hati dan perasaan aku masa tuh.

Aku yang sememangnya sedikit pun tidak pernah terkesan dengan irama-irama ikutan yg boleh di katakan setiap musim akan ader perubahan muzik. Aku sentiasa kekal dengan irama rock yg keras  bunyinya. Kemudian hadir pula irama band2 pop yang leleh muziknya. Mendayu2 mengutarakan cinta. Ini lagilah aku tak boleh nak terima. Diri aku semakin memberontak tentang muzik. Jiwa aku sakit mendengar muzik itu. Sudah tertanam dan terpahat sejak sekian lama, muzik rock sudah senantiasa bermain di jiwa. 

Kemudian timbul pula trend dimana ader sesetengah rakan2ku mula mengetengahkan perjuangan muzik underground. Dahulunya dierlah peminat setiasa induendo, BSB dan mcm2 bandboy yg bleh menari2 itik tuh. Tapi dier sudah beralih arah menjadi pendengar dan memperjuangkan muzik grunge dan kemudian beralih arah kepada muzik hardcore yg lebih keras iramanya. Yang menyuarakan bantahan dan mempunyai prinsip perjuangan hak2 kemanusian dan alam sekitar melalui irama keras dan jeritan dengan nada yg high pitch.

Akibat fenomena underground yang semakin di terima oleh kebanyakkan remaja pada masa itu timbullah pelbagai trend dan genre muzik. Semuanya bercorakkan dari root of rock. Ader yg mengikut gaya dan penampilan skinhead dan perjuangannya skali, PUNK dan lain2. Irama-irama ini tidak di kumandangkan di corong2 radio mainstream pada waktu itu. Ianya tidak seperti sekarang yg boleh di terima oleh masyarakat kita yg meminati muzik. Tetapi kini ianya lebih dikenali sebagai muzik indie/band indie. 

Pelbagai pengaruh negative dan tidak kurang adernya positive influence hasil dari trend music underground pada waktu itu. Pembawaan falsafah yang terlampau extremist mengudah padah pada rakan2 persekolahan ku. Ada yg meninggalkan bangku sekolah seawal mungkin kerana mahu memenuhi tuntutan falsafah perjuangan music. Ada yang bergaduh sesama bangsa dan tidak kurang juga racist pada kaum2 yang lain. Hanya kerana mereka tidak faham apa itu erti perjuangan yg disuarakan oleh band di dalam lyrics music mereka. Mereka hanya mendengar kata-kata sebaran mulut dan akhirnya nilai yg boleh di katakan murni melalui lyrics itu telah di salah ertikan. Telah di salah tafsirkan. Mereka silap percaturan dan akhirnya menghumban mereka kearah lorong2 yg gelap. Pengaruh sex bebas,alkohol dan dadah di kalangan mereka juga sudah seakan bercambah hanya kerana matlamat prinsip pro-choice & pro-life. 

Pengaruh positivenya adalah mereka mampu membawa sebuah irama yg kini boleh di terima masyarakat. Mereka mampu menulis lyircs mereka sendiri, mencipta lagu mereka sendiri, meningkatkan nilai kretiviti yg terbentuk di dalam jiwa mereka. Tidak kurang juga zine, newsletter dan flyers yg di edarkan dan di jual pada setiap gigs-gigs kecil di sekitar bandaraya di seluruh negara. Mereka memperjuangkan muzik, membantu menaikkan band2 muzik underground hanya dengan bantuan dari penulisan di atas helaian kertas. Tidak seperti URTV,Hai dan apa2 sahaja majalah hiburan yg ada pada masa itu. Tetapi mereka mampu membawa suatu perubahan di dalam erti kata perjuangan muzik itu sendiri. Dengan mempunyai pengikut yg tersendiri, mereka mampu mencipta kretiviti mereka sehingga menjadi pemuzik yg di kenali dan di hormati. Antaranya adalah ACAB the godfather of skinhead di malaysia, suffercation, FTG, Cromok dan lain2 lagi. Mereka tersohor kerana adanya penulis2 underground yg menyokong perjuangan music mereka. 

Tidak terkecuali aku. Aku juga ikut sama dalam setiap aktiviti mereka. Berkunjung ke gig2 yang berhampiran dengan tempat tinggalku hanya kerana fenomena ini. Bagi aku jiwa music ini lebih menyantuni halwa telingaku. Aku mampu menjiwai lagu berirama sebegini. Walaupun ader sesetengah rakan2ku yg hanya larat mendengar 1 atau 2 buah lagu kemudian selesa untuk mendengar lagu2 yg mendayu berulang-ulang kali. 

Kini umur semakin dewasa. Tinggal beberapa tahun sahaja lagi umur aku aku menjejaki ke angka 30. Tetapi irama music rock tidak pernah terpadam di dalam kotak pendengaranku. Abg dan kakak ku sedah berkahwin. Mereka hanya mendengar music secara bersahaja. Terutama sekali abg aku yg no.3. Dialah antara rockers dalam keluarga dan kini hanya tnggal kaset2 lama kenangan sahaja. Rakan-rakan ku yg dahulu. Mungkin masih ada yang bergiat di dalam seni music ini. Ada juga terus menjadi pemuzik professional sepenuh masa dan separuh masa. Aku kagum dengan mereka kerana perjuangan music mereka tidak terhenti setakat fenomena itu sahaja tetapi kekal sehingga menjadi sebuah mata pencarian. 

Pada aku kini, aku lebih kepada perjuang music untuk rakyat. Aku cuba untuk memperjuangkan rakyat melalui music. Sehinggalah fenomena politik negara melanda pada 8 mac 2008 dahulu, sebuah gerakan yg di panggil PAKSI telah tertubuh. Mereka memperjuangkan hak2 rakyat melalui music. Alasannya mudah. Dengan seni ia akan dekat pada rakyat. Kerana walau siapa pun mereka dan apapunwarna kulitnya mereka tetap meminati seni walaupun sedikit. 

Aku tetap dengan karisma music rock yg sudah lama bersarang di jiwa. Pernah juga cuba untuk mendengar irama music lain tetapi ia tidak sama dengan halwa pendengaran music rock. Jadi mengapa perlu akau berubah. mengapa perlu aku membuang music rock. Biarlah org kata ianya terkandung dengan image2 negative. Pada aku genre music itu tidak salah. Jika menyanyi dangdut sekali pun jika tidak menjaga diri akan tetap terpalit lumpur pada jasadnya. 

Music adalah seni. Seni adalah sebuah abstrak yg penuh dengan suratan dan siratan kehidupan. Jangan seni itu menguasai anak adam tetapi biarkan anak adam yg menguasai seni. Seni itu indah. Jangan di lacurkan seni itu. Padah seni akan hitamlah lorong-lorong terang. Maka terangilah seni itu dengan cahaya panduan dari illahi. Bukan penduan dari sang syaitan dan Iblis. Seni itu mampu memberi ketenangan jiwa. Menjiwai watak seni itulah yg mampu membahagiakan diri. Seni kehidupan seni sejarah dalam kehidupan. Panduan untuk kekal sentiasa bersama dalam mengejar erti sebuah kehidupan yg sementara.

No comments: