Wednesday, January 27, 2010

suatu hari di pagi rabu


Pagi nie aku bangun awal. Selalunya lepas subuh aku akan menyambung tido sebarang dua. Tapi oleh kerana ada urusan penting di Bank aku cekalkan mata untuk tidak meneruskan aktiviti kegemaran aku itu. Pukul 8 pagi aku dah turun ke bawah membeli nasi lemak berlaukan sambal ayam beserta air nescafe o yg ku bancuh sendiri. Perghhh..mmg terbaik doh pagi-pagi mcm nie bersarapan.

Selesai mentekedarah, aku melakukan aktiviti penghadapan utk memuaskan nafsu mulutku. Sebatang rokok berjenama L&M menthol utk di hisap. Perghh...baru terasa kenyang dan puas beb. Aku mengerling jam di nset berjenama sony ericsson. Sudah pukul 8.45, menunjukkan waktu utk aku bersiap utk keluar rumah menyelesaikan masalah aku di bank.

Broommm....moto kriss tua aku tue aku pecut laju. Kalau wat modified sket kompom bleh cicirkan rossi dengan syarat dier mesti bawak moto yg sama umur ngan motor aku nih. Sampai sudah aku di Bangi seks 1. Sedang aku ingin mencari tempat nak parking, aku terkedu buat seketika. Aikk..mana bank nih. Kelihatan bank yg selalu aku berurusan bertahun-tahun lamanya seperti sudah di tutup. Bankrup ker aper nih. Takkan la bank yg di jamin kerajaan sepenuhnya boleh bankrup, getus hati kecil ku. Dah pindah la kot nih, Tapi dier pindah kat mana, tak tampal notis pon, getus hati kecilku lagi.

Aku terus meninggalkan tempat itu untuk mencari lokasi pemindahan bank yg baru itu. Terdetik di hatiku utk ke sek. 9 tatkala melayan perasaan. Mana tau kot2 diorang pindah kat situ. Aku pun terus meluncur laju utk kesana hanya berbekalkan suara hati. Kini aku di dalam kawasan sek. 9. Dari kejauhan aku sudah nampak signboard bank tuh kat situ. Perghh..betul siot. Kalau aku umumkan kat org ramai nih kompom aku kena cop jadi wali pas nih. Hahahahaha.....

Sampai sudah di bank yg telah aku temui itu, Aku pun park moto dan masuk kedalam. Isi borang dan terus ambik nombor giliran. Tak lama pun aku menunggu kerana aku antara pelanggan mereka yg terawal. Nombor giliran aku telah di panggil utk ke kaunter 2. Aku pun memulakan aksi pengaduan.

Aku : kak, saya nak tukar kad lah. Kad saya nih dah rosak. Dia tak boleh nak baca.
Akak bank (AB) : ermm..kalau abg nak buat kat sini kena tunggu dalam 2 minggu, tapi kalau nak keluar duit boleh la. Sebab kami kehabisan stok.
Aku : ohh...macam tuh saya keluar duit ajer la. Kat caw.  mana boleh saya pergi nak tukar kad nie?
AB : Abg boleh pergi kat pekan kajang tu. Tapi kat situ busy sket. Saya suggest abg pergi dekat Unikeb bangi yg dekat UKM tuh.
Aku : ohhh...kat situ pun ader Caw. jugak yer.
AB : Ha'ah ada...kat situ tak busy sangat. Urusan boleh cepat sikit.
Aku : ermm..terima kasih.

Selesai urusan pengeluaran dengan menggunakan Buku. Aku pun cepat2 beredar utk ke tempat yg di katakan itu. Mmg la duit dah keluar tapi giler la kalau nak kuar duit pakai buku jer, Kot2 tersangkut tengah malam kat mana2. Mana ader opis bukak malam-malam buta nak tolong copkan buku aku nih tuk kuarkan duit. Heh...

Kini destinasi seterusnya iaitu di unikeb telah pun tiba dengan jayanya. Sebelum aku masuk ke bank aku try dulu card aku wat kesekian kalinya. Ya..mmg card nih menunjukkan yg dier nak kena tukar baru. Cesss..takde kualiti langsung ko nih. Aku pun masuk kedalam bank dengan muka yg macho. Benar seperti yg di gambarkan tidak ramai org di dalam bank. Aku pun memulakan aksi seperti tadi dengan mengisi borang, dan mengambil nombor giliran. Kemudian aku pun duduk dengan penuh kemachoan. Sambil2 sempat menjeling awek2 UKM yg sedang berurusan di kaunter. Ramai betul awek2 kat sini. Cun2 plak tuh. Mana satu yg aku nak pilih jadi awek nih. Sempat juga aku mengerling wajah2 mereka ketika mereka mahu beredar. Sempat aku mengerling tajam di wajah2 mereka. Bau wangi-wangian mereka menceroboh di kedua belah lubang hidung aku nih. Mandi dengan minyak wangi ke apa diorang nih. Ummhhh..wangi2 itu membuatkan hati ku bertambah gelora. Serentak dengan itu suara hati kecil ku berkata, abg solo lagik dek. Jom la kiter kapel. Aku harap salah seorang dari mereka boleh membaca isi hatiku ini. Lantas menerimanya dengan hati yg terbuka. Gila jauh merapu. Hahahahaha....

Ya...cerita pasal awek tadi sudah pun tamat, kini tiba masa utk aku menunggu di dalam bank yg kemain sejuk suhu biliknya. Terdapat 4 kaunter di situ. 2 kaunter terletak papan tulis di tutup. Sila ke kaunter sebelah. Kelihatan di salah satu kaunter yg tutup itu ader seorang lelaki sedang leka membaca akhbar. Perghh..mana motto kepuasan hati pelanggan adalah keutamaan kami nih. Ader kaunter banyak pun tapi xde org. Baik bagi aku jaga kaunter tuh. Cessss.....

Kelihatan no. di papan hadapan menunjukkan tidak lama lagi aku akan dapat menyelesaikan urusan aku sekejap lagik nih. Pasal tak lama lagi turn aku pulak. Ting...ting...no. **** kaunter 2, suara awek komputer berkumandang. Aku pun wat muka macho sambil berjalan dengan perasaan riang. Aku pun memulakan bicara. Baru sahaja aku hendak membuka mulut untuk menyuarakan masalah aku. Akak kaunter itu terlebih dahulu bersuara.

"maaf encik, system kami down. Satu Malaysia problem nih" kata akak kaunter tuh.

Hampir tenganga mulut aku ketika mendengarnya. Seakan mahu menjerit di situ. Tapi oleh kerana kemachoan yg aku tunjukkan sebentar tadi telah menghalang aku melakukan perkara sedemikian rupa.

"Berapa lama yerkk selalunya system ok balik", tanya ku pada akak kaunter.

"selalunya tak lama, tapi kadang-kadang dalam 2,3 jam jugak la nak tunggu ok", penerangan akak tuh yg ringkas dan padat.

Aku menghamburkan senyuman dukacita pada mereka dan melangkah longlai keluar dari bank itu. Kelihatan abg botak iaitu brader yg bernombor giliran sebelum aku tadi sedang enak bercakap2 dengan handphone beliau sambil tersenyum riang. Mungkin sedang memberitahu berita gembira yg urusannya telah selesai. Cesss..abg botak, kerek lu arrr...Hoh..Jeles ku pada abg. botak tidak tertahan lagik nampaknya. Mahu saja aku sabotajkan urusan dier tadi supaya dier bermuram seperti aku. Tapi aku masih waras, kalau masuk jail nanti jangan kata card ATM xleh wat. Mycard pun boleh sangkut taww.

Aku terus menghidupkan enjin motosikal berkuasa kuda 100 cc utk terus pulang kerumah. Kehampaan jelas terpancar di wajahku. Sapa buat lawak bingai kat umah nih nanti, aku sungkit usus besar dier biar dier tak leh nak lepaskan hajat selama setahun. Mujurlah takder siapa di rumah. Maka aku pun mengambil keputusan utk menjelaskan hutang yg tertunggak pagi tadi utk di lunaskan pada badan dan pale otak gua yg penat nih.

ZZzzz...Zzzzz...Zzzzzz.....bank oh bank...kenapa mesti aku bukan abg botak itu. Hah..........!!


Tuesday, January 26, 2010

Petang yg kurang damainya

Cepat la syam...kau nih lembab la bawak basikal...kayuh mcm pondan. Jerit aku pada syam. Iyer la..aku tgh kayuh la nih...ko nak laju mcm mana lagik, Balas syam pada aku. Geng dah tunggu dah tuh...kang lambat lak sampai, balas aku kembali pada syam. Syam tidak membalas kata-kata aku tetapi terus focus pada kayuhan basikal jenis Leerun yg baru berusia 2 minggu. Berkilat lagik beb basikalnya.

Peluh di dahi sudah terbit. Tempat yg ingin di tuju sudah semakin hampir. Kelihatan geng-geng sepermainan sudah memulakan aktivitinya tampa menunggu ketua mereka dan ahli kekananan mereka sampai. Cesss...mmg nak kena korang nih. Korang wat projek tampa tunggu boss yer. Degus hatiku.

Itulah dia projek yg aku cadangkan pada mereka semalam iaitu mandi di lombong tinggal yg berhampiran dengan kawasan perumahan tempat tinggal aku. Tiada istilah takut atau mati dalam diri kanak2 yg sudah menjangkau 11 tahun. Apa yang peting adalah happy berkubang dan mandi manda pada kolam lombong yg kedalaman nyer lebih kurang tinggi betis aku. Memang la tak takut pasal dalam tuh ajer. Pergi la jauh mana pun. Kompom tak lemas punya. Tapi kalau pergi ke kolam satu lagik. Memang kompom bomba dan pasukan penyelamat sampai nak cari mayat kitorang. Heh....

Aku sudah sampai di sisi geng-geng yg setia menanti aku. Kelihatan fuad, lihen, jaaf dan ihsan sedang seronok berkubang di dalam lombong tampa menghiraukan kehadiran ketua mereka. Aku juga terlalu excited utk berkubang. Maka terus aku mengeluarkan bungkusan plastik yg ku sorok di dalam baju aku sebelum keluar rumah yg mengandungi sehelai seluar mandi. Aku meredah semak samun yg berhampiran utk menukar seluar mandi. Syam juga turut serta bersama-sama dengan aku.

Mereka yg lain sudah siap sedia menukar pakaian tunggu green light dari boss mereka jer utk buat terjunan tiruk dan berenang gaya anjing laut ataupun katak puru. Kini aku dan syam sudah sampai di tebing lombong utk memulakan aksi stuntman. Ia..aku tahu. Kalau bab-bab stunt nih mmg aku la juaranya dan akan memberi influence pada mereka-mereka yg ingin meniru aksi aku. Aku juga tidak lokek utk menurunkan ilmu itu pada mereka.

Satu terjunan maha power dari aku. Perghhh...nie kalau nurul huda abdullah tgk nih, kompom dier bleh pencen berenang nanti nih. Pelbagai gaya dan aksi aku lakukan. Dari terlentang ke gaya meniarap. Dari renangan bebas ke acara kuak kupu-kupu. Semuanya aku praktikan dalam aktiviti berkubang pada petang itu. Tak kurang juga syam yg mempunya saiz badan yg membolehkannya terapung tampa perlu di paksa.

Kelihatan awan di langit sudah seakan menunjukkan waktu senja. Maka ia bermakna hari sudah menjelang senja dan aktiviti berkubang itu perlu di tamatkan dengan segera. Sebagai seorang ketua yg bertanggung jawab pada anak buahnya. Aku mengarahkan mereka kaluar dan segara blah dari situ sebelum mat-mat pet yg bertandang pada malam hari mengepaw kitorang. Aku segera berlari-lari anak utk menukar seluar kering yg ku pakai tadi. Perghh..mmg syok syiot mandi lombong nih. Boleh challenge sunway lagoon. Heheheheh...

Kini aku sudah pulang ke rumah. Basikal ku susun cantik-cantik. Aku membasuh kaki sebelum naik kerumah. Salam ku beri dan ayahku yg berada di ruang tamu menjawab salam ku. Aku berlari-lari anak menuju ke dapur utk cepat-cepat membuang seluar mandi ku tadi ke bilik air. Boleh cover beb. Tapi apakan daya. Allah itu maha berkuasa. Ia berlaku sekelip mata tampa dapat ku duga. Allah mahu menunjukkan pada bapanya yg anaknya telah melakukan satu kesalahan dan harus di hukum.

Ketika itu adik aku sedang membuat aksi gimnastik di hadapan abg aku di ruang tamu berhampiran dengan ayah aku yg sedang menonton TV. Ketika aku sedang berlari-lari anak itu, kaki aku tersadung pada kaki adik. Maka aku pun terjatuh la seperti sedang di tackel oleh ronaldinho. maka terkeluar la plastik seluar mandi yg aku sorokkan di dalam baju. Perghh...kebetulan mak aku baru keluar dari bilik dan plastik itu jatuh tepat di hadapan beliau.

Terdengar di luar rumah. Azan maghrib sedang berkumandang di udara. Anak-anak yg leka bermain sudah berbondong-balik kerumah masing-masing. Mak cik-mak cik jiran ku yg leka bermesyuarat tadi sudah pulang ke kubu masing-masing. Di dalam rumah ku pula terdengar bunyi raungan tangisan dan di sertakan pula suara pujuk rayu seorang anak lelaki meminta ehsan. Entah berapa lama si anak meningkatkan pitching tangisan nyer sehingga sama level dengan tarikan suara si ning baizura.

Di samping itu ia juga turut di selang selikan suara ceramah tentang bahayanya mandi di lombong tinggal. Maka mulalah si anak lelakinya itu membuat pengakuan keinsafan utk tidak mengulangi perbuatannya itu. Setiap perjanjian keinsafan itu disertakan sekali dengan hukuman rotan sedepa tangan si ayah tuk memberikan hukuman dan pedoman.

Di dalam bilik air, terdengar suara sedu sedan si anak sambil mandi mencedok air di kolah. Setiap aksi di dalam bilik air itu disertakan dengan esakkan sedu sedan si anak. Maghrib itu si anak pergi mengaji di rumah Ustazah jamilah dengan berbekalkan mata yg bengkak akibat mengangis dan juga parut di peha yg oedih raser ketika bersila. Si syam yg menjadi tulang belakang aktiviti petang itu aku lihat turut kelihatan bengkak matanya. Kelihatan 3 calitan merah di tangan kanannya. Ermm..apakah dia juga turut menerima hukuman dari kedua ibu bapanya. Malam itu aku tido awal selepas sahaja pulang dari mengaji. Kesedihan masih lagi menyelubungi diri sehinggalah di kejutkan oleh mak aku utk bangun pergi kesekolah keesokan paginya.

Kini sudah 15 tahun perkara itu berlalu, sekitar hari raya 2009 yg lalu aku bertemu kembali dengan syam yg pulang ke kampung halaman bersama-sama dengan isteri dan anaknya yg berumur setahun lebih. Sakan aku borak dengan syam di pangkin tempat kami bermesyuarat sekiranya masing-masing pulang ke kampung. Aku mengakhiri sesi borak-borak itu dengan mengajak syam kembali mandi di lombong tinggal. Akhirnya syam membalas kata-kata ku. Kau nak mampus....dah buang tebiat......dah besar panjang nak mandi lombong...Hawau kau...Hahahahahahaha....

Oh lombong...sebab kau la aku ader parut kat peha kanan nih.......Heh...


Wednesday, January 20, 2010

Apa punya mp3 cap sony nih...!

Perghhh...mata punya la mengantuk. Air mata bercucuran keluar bukan sebab sedih dan pilu tapi sebab menahan ngantuk. Mulut tak berhenti-henti menguap. Jam di nset berjenama sony erricson sedang menunjukkan pukul 12 lebih. Ishhh...baru satu bab je aku abis baca nih, apa hal la mengantuk bebenor nih. Aku pasang sebatang rokok cap dunhill menthol hasil mengepaw syafeeq petang tadi. Kononnya nak meningkatkan stamina mata & otak utk kembali besemangat waja membaca note Principle of management (POM) chapter 4 - 7.

Rupernyer sebatang dunhill cap menthol ini tidak berupaya utk meningkatkan stamina aku. Mata aku still terkelip-kelip tak hengat punya. Arghhh..tido lagi baik la klu mcm nie. Aku pun kemas segala menda yg besepah atas meja nie, tutup lampu dan tido. Ermmm...nikmat giler tido time tgh mengantuk hasil membaca buku pelajaran. Kalau baca buku gossip artis ke, komik jepun ke atau apa-apa saje menda hiburan kompom segar bugar bijik mata nih. Heh....

Sebelum mata terlelap aku pun amik la peluang berangan-angan. Dah kerja  nanti nak wat itu nak wat ini. Nak kahwin satu,dua,tiga & empat. Perghh...nak kahwin sampai 4, satu pun seksa nak mencari nak sampai 4 apa punya angan-angan da nih. cetttt....bikin malu kompeni saja. Heh....

Ntah mcm mana aku baru perasan. Dah jauh aku punya berangan sampai tak tahu nak bawa kemana berangan aku tuh, ruper nyer aku tak leh nak tido lagi. Puas aku change position, dari kekanan,kekiri,meniarap, menungging je aku xbuat pasal itu posisi khas klu punggung kena bisul. Hahahaahahaha....!

Apasal mata takleh nak lelap plak nih. Hawau betul la. Dah pukul 1 lebih dah nie bakper tak tido-tido lagik nih. Arghhh...aku cuba lelapkan mata lagi, mana tau kot-kot bleh lelap. Puas sudah aku memejamkan biji mata sampai naik penat dah nie. Aku pun amik keputusan bangun minum air masak banyak-banyak pastu pasang lagi sebatang rokok. Sambil buat melihat-lihat jam di nset. Amboi...dah dekal pukul 2 dah nih. Ermm...pas abis sebatang nih aku tido. Abis je rokok, aku sambung nak tido balik. Aku pejamkan mata ku serapat mungkin.

Sambil-sambil lelap tuh sempat jugak la sambung angan-angan yg dah tergantung tadi. Jauhnyer la aku berangan. Entah tercapai ke tidak angan-angan aku nih. Mata mmg tak raser mengantuk lagik nih. Aku tgk jam dah pukul 3 pagi. Ambeeekkkk kau...xleh jadik nih. Aku bangun dari katil, aku on lampu kalimantang bilik aku nih, aku meraba-raba atas meja aku nak cari mp3 cap sony. Bila dah jumpa, aku adjust kedudukan earphone nya dan mula la memasang lagu. Elok plak lagu wings-Taman rashidah utama berkumandang, tetiba.............

Kasi saspen sket....tetiba suara awei dalam mp3 aku nih senyap. Apahal plak nih suara hilang ke rosak ke. Aku pun cuba-cuba la picit button yg ader kat mp3 tuh. Hoh..hang rupernyer. Patut la kejang je aku tgk title kat mp3 tuh. Adeiiii...time nih la ko wat kejang ko mp3. Akhirnya aku bukak laptop aku layan citer perang memphis belle sampai aku terlelap. Mp3 aku pun kejang sampai abis bateri. Nasib baik la aku terjaga hasil pekikan suara amy search nih mengejutkan aku subuh. Kalau tidak la kompom tercalar lagik la rekod bersih subuh aku nih. Walaupun nampak seakan-akan subuh "gajah". Kira okeylah pukul 6.50 am aku tersedar.

Baru kejap nih ha aku belek-belek mp3 kejang cap sony aku nih. Laaa...ader buta reset ker kat belakang nih. cesss...kenapa aku tak tau ader menatang nih. Buat malu kompeni engineer je aku nih. Orang yg desin nih pun satu,lain kali buat la button reset tuh kat depan jangan wat kat belakang. Tgk aku dah biarkan dier kekejangan sampai abes beteri.Kesian dier mp3 cap sony aku nih.

Apa yg aku merepek nih.....? Pasal aku nak sambung tido pas subuh tadi takleh, anak jiran sebelah umah aku nih memekak nangis tak nak gi sekolah. Aku raser nak kuar je umah terajang anak jiran aku nih. Pastu aku nak cakap mcm nih. Kalau ko nak jadi bodoh piang menangis la lagi. Apa korang ingat aku tak berani nak buat ke. Aku boleh buat la, klu bapak dier tak terajang aku balik lepas tuh. kalau dier suh buat pastu dier kata "takper anak boleh buat lagi" aku berani la terajang. hehehe...

Dah-dah aku nak tamatkan entry aku kat sini je. Aku nak sambung tido. Mata dah bengkak dah nih. Kelas aku pukul 12 kang. chowwww...!!



Sunday, January 17, 2010

Antara kismis doa dan pelempang GPK kanan (part II)~edisi umar

Kali ini aku menyambung kembali kisah antara kismis doa dan pelempang GPK. Aku menyambung kembali kisah kenapa umar mendapat kombo sedangkan kami2 semua mendapat pelempang sorang satu. Sebelum tuh meh aku ceritakan sket latar belakang si umar nih.

umar nih kira budak pandai la jugak dalam math. Kira dier pun dalam geng-geng aku jugak.Banyak perkara menyeronokkan yg dah aku wat ngan dier, selalunya aktiviti mendajalkan rakan2 sekelas. Bagi aku itulah dier hiburan yg paling best sekali sementara nak tunggu waktu sekolah tamat. Umar nih mmg terkenal kat sekolah Terkenal sebab apa?. Sebab si umar nih anak cikgu sekolah tu. Bukan satu tapi dua dengan mak ayah dier sekali jadi cikgu kat sekolah tuh. Jadi korang mungkin dah dapat tangkap kenapa umar dapat combo di sebabkan kesalahan dier makan kismis dalam kelas bukan. hahahaha...kasi aku gelak dulu baru feel bercerita.

Kisahnyer begini, selepas sahaja sesi dilempang oleh GPK, sesi berceramah plak di mulakan. Pada ketika sesi berceramah oleh GPK itulah aku lihat ader satu kelibat sedang berlengang-lenggang masuk dalah bilik ketua bidang utk meletakkan sesuatu. Susuk tubuh kelibat itu mmg amat-amat aku kenali. Perghhh...ader yg kena hell nih karang, getus hati ku. Aku menyinggung umar dan berkata dalam nada berbisik.

aku : masak la ko, mak ko ada kat dalam nih..
umar : ehh..siyal...mati aku..cover aku weii..
aku : ko nyorok belakang aku...

tiba-tiba plak mak si umar nih bleh plak masuk kat dalam bilik GPK, Perghh..aku tengok muka umar dah berubah sket-sket bertukar jadi kaler biru.

mak umar : apa ramai-ramai dalam nih ha...kenapa nih cikgu?
GPK : budak2 kebulur nih semua...makan dalam kelas cikgu hasnah...
mak umar : Waktu rehat xcukup ke korang makan tadi?
kami semua : diam seribu bahasa (dah salah senyapkan lebih elok)
GPK : si umar nih pun sama jugak cikgu..nie dia haaa...?
mak umar : kau pun ader jugak...xcukup aku bagi kau makan kat umah tadi hah...?
umar : makan kismis jer..xkan xboleh..?
mak umar : makan juga tu..buat malu aku jer kau nie...amik nih..!

zaaaassss...seperti yg di duga..akhirnyer rotan GPK sudah memakan punggung umar, hasil libasan power dari ibunya sendiri. Serentak dengan itu suara umar memecah kesunyian kami. umar pun menjerit kesakitan.

umar : aduh mak sakit...!
mak umar : sapa mak kau..mak kau kat umah...
umar : sakit cikgu...xnak wat lagi dah... (lebasan demi libasan umar kena di punggunya)
mak umar : aku dah bagi kau makan..dalam kelas pun ko nak makan lagik ha...! (terus merotan sambil membebel)

kami semua hanya terpaku melihat umar di libas oleh ibu nyer sendiri merangkap guru lukisan kelas kitorang. Mmg masak la kau umar pas nie. Silap2 balik umah nih mmg kena lagi sepam dua lagik nih. Sedang elok kami semua memandang aksi2 mengelitik si umar, kelihatan seorang lagi kelibat manusia datang memasuki bilik GPK. Aku hanya mampu mengeling-gelingkan kepala kerana memikirkan satu lagi hell yg bakal di lalui oleh umar. Kelihatan wajah ayahnya memasuki bilik, sambil melihat isterinya sedang merotan anaknya demi sebuah
pengajaran.

Ayah umar : apa hal ramai2 duduk dalam bilik nih ?
GPK : budak2 nih semua kebulur makan dalam kelas hasnah..
ayah umar : waktu rehat korang xmakan ke hah..? (soalan sama lagik tanye...)
kami : ........ (senyap membisu sambil memndang ke lantai)
ayah umar : cikgu bagi saya pulak rotan tuh (sambil meminta pada mak umar)

rotan sudah bertukar tangan menandakan servis sudah bertukar tangan kepada ayah umar. umar kini sudah hampir pasti menderita. macam org kata masuk mulut buaya keluar masuk mulut rimau pastu di tersumbat dalam mulut singa. Begitulah perumpamaan yg boleh di katakan utk situasi si umar yg malang.serentak dengan itu, satu libasan smash tahap rashid sidek mengenai punggung umar, serentak dengan itu juga umar melompat kerana terkejut dengan libasan  yg maha dasyat itu. Perghhh...aku harap jangan la aku pun turut sama di libas nanti. Tiba-tiba aku berharap sangat semuga aku boleh beredar dari bilik tuh. Perghhh...macam kena tangkap sbb rogol anak org pun ader. Padahal kesalahn just makan kismis doa tu jerr. Nie sumer sbb atin la nie, klu tak dier punya magic bodow tuh, xde la org tua tuh mengamuk sakan, xde la aku masuk dalam bilik GPK hell nie.

Setelah sekian lama dalam bilik GPK tuh dan umar telah pun selesai di beri combo hukuman dari kedua ibu bapanya. Kami pun di benarkan pulang ke kelas masing2. Aku tengok umar dah jalan mengenkang dah. Kompom balik nih ko tido menungging la umar, getus hati kecil ku.

Tapi siapa sangka, setelah 12 tahun perkara itu berlalu. Kisah itu tetap menjadi bualan kami semua. Banyak sungguh kisah2 nakal kami yg tetap segar di ingatan. Nanti2 kalau aku ader masa aku leh citerkan kat korang plak. Kita pelan2 kayuh okeh, jangan gelojoh sangat. Tak baik. hahahahahha...!

Kini semua pesalah makan kismis doa tuh sudah berjaya dalam hidup masing. Umar kini menjadi penjawat awam di putrajaya dan bakal jadi suami xlama lagik. Sharul dah jadi suami org dan bekerja dgn syarikat GLC di cyberjaya. Atin kini bekerja sbg engineer di petronas, kini bertugas di sarawak. Status atin tidak di ketahui kerana lost contact. Zely plak xbanyak citer pasal dier, lepas PMR cabut lari gi teknik. Dengar citer beliau jadi pelajar terbaik teknik tu dan sambung degree kat Universiti petronas. Pizan plak, amik bisness study kat poli pastu sambung kat UPM. Status pizan dah kahwin jadi bapak org pun dier. Bekerja ngan kerajaan negeri di sebuah daerah si melaka. Azam pun aku lost contact, dengarnya dah bukak kedai computer sendiri kat KL lepas abis belajar kat UMS dulu. Aku pulak antara pelajar yg belum selesai lagi belajarnya. Dah tentu status pun masih bujang. Tapi apa-apa pun pesalah-pesalah kismis doa dulu dah berjaya dalam hidup masing-masing. Mmg tak sia-sia aku beli kismis ko pizan, dah la dapat pelempang GPK kene bebel dan last skali kami semua berjaya dalam hidup masing-masing.

Tahniah buat kami semua dan ucapan jutaan terima kasih pada Pizan kerana menjual kismis doa tuh pada kitorang. Tak lupa juga pada pembuat kismis doa kerana membuat jenama kismis yg sampai skang aku gelak sorang-sorang klu tengok jenama kismis tuh. nama kismis tuh aku rahsiakan. nanti kena saman susah plak aku. Tak lupa juga cikgu hasnah kerana membebel ngan kami akhirnya kami semua dapat B dalam result PMR BM. Buat GPK, tahniah kerana melempang kami, klu tak sudah tentu nama kami tidak ada dalam rekod disiplin tuh.

Ehhh...woii...!!!
sapa abiskan kismis doa aku nih...
aku nak exam esok nih...
beli sendiri la...
aku bagi lempang edisi GPK nanti baru tawww...hahahahaha...

sekian............

Antara kismis doa dan pelempang GPK kanan

1998, tahun reformasi tgh heboh melanda negara. Pada ketka itu aku masih berada di tingkatan 3. Kira tgh busy mentelaah pelajaran utk PMR. Supaya jadi best dan dapat masuk kelas sains. Aim aku utk tahun tuh. Tapi nak kata time tuh aku belajar sangat pun tidak, duk melepak main game, bukak internet baca website pasal reformasi. Kalau la ader subjek reformasi malaysia time tuh, mmg dah lama kot aku score A. Punya la rajin membaca gossip2 liar politik negara masa tuh. Aku pun dah berubah jadi seorang yg rebel atau dengan erti kata lain anti goverment.

Entry aku kali nih bukan nak citer pasal reformasi tuh pun, sajer jer tulis buat mukadimah. Nie aku nak citer time dalam kelas dulu masa form 3. Kira time-time nak exam nih mcm2 la cara nak dapat 8A, iyer la awak nih nak kata pandai tidak la. Tapi boleh la di kategorikan sebagai org yg paham bahasa. Apa daaa yg aku mengarut nih. heh...

Pagi tuh selepas rehat, kelas Bahasa Melayu (BM) akan bermula. Cikgu Hasnah xsilap aku nama cikgu BM aku masa tuh. Dier masa tuh tgh pregnant, so emosinya kurang stabil sket. So paham2 ajer la kan. Orang pregnant nih mudah terasa, mak aku cakap la bukan aku.

Nak di jadikan cerita, time rehat pagi tuh member aku ader jual kismis doa. So nak di jadikan cerita, aku pun turut membelinya kerana terpengaruh ngan kebaikan kismis doa tu. Dia kata kalau makan kismis nih ngan selawat bleh jadi cerdik pastu ingatan akan cepat kuat. Setelah terpengaruh dengan ucapan seperti anwar ibrahim ketika melaungkan reformasi, Aku pun turut sama membeli,siap 2 kotak lagi aku beli. Mana ler tau kot2 klu makan dua kotak sekali gus bleh terus genius ke, xpayah bukak buku, tgk je terus dapat tangkap. Otak & imaginasi budak2 masa tuh. Banyak sangat tengok citer mat saleh yg dier kena karen tuh terus short, pastu terus jadik genius. Apa kenama ntah citer tuh, aku pun xingat. Tapi nasib la aku xgila mc tuh, nak shortkan diri sendiri pakai karen, klu hidup lagik xper la jugak, tapi klu padam terus kan ke nyaya. Lagi pun klu xstudy makan sekontena kismis doa pun xleh jadik gaks. Pandai betul member aku nih jual barang, patut la amik business study masa kat universiti dulu. heh...

Melalut ke laut plak aku nih, okeh kita sambung balik. Kejap, kat mana aku tadi,. Okeh, so pas membeli tuh, aku simpan la di beg. So, kelas cikgu BM pun dah masuk kelas menandakan kelas akan bermula. Sebelum tuh aku nak bagi tau tempat duduk aku dalam kelas tuh. Aku duduk di barisan kedua terbelakang. Kenapa duk belakang? Dah aku tinggi sangat time tuh, klu aku duduk depan time tuh kan ke mcm tugu negara, kesian org yg rendah2 tu xsampai ilmu kat diorang. Aku bermurah hati la bagi port depan kat org2 rendah nih, nanti bleh kita sama2 pandai. Padahal, klu time sekolah dulu, aku raser klu kena duk kat depan la paling hell skali. Apa tidaknya, klu homework xsiap, kompom org depan kena check dulu. Homework aku mmg xpernah siap pun, lagi mau duduk depan, mmg carik nahas la jawab nyer. heh....

Kelaut lagik aku nih, ishhh...okeh, kita sambung semula. Aku dah bgaitau tempat duduk aku kat korang. So, korang imagine la sendiri mcm mana. Kelas BM nih mmg membosankan, aku concentrate apa pun kat subjek nih aku tak tau. Bukannyer BM tuh ader ajer, teorem pitagoras ke, logaritma ke, citer reformasi ke apa ke. Balik2 citer pasal ayat pasif, ayat apekebenda lagi ntah. Kerana dek kebosanan yg teramat sangat, aku pun ambik alternatif sendiri utk menghilangkan rasa bosan aku. Aku dengan penuh hati2 aku seluk tangan dalam beg sekolah aku, nak amik kismis doa. Tiba2, aku dengar suara member aku at belakang nih mcm tgh mengunyah. Cesss...dier dah makan dulu rupernyerr...

So, supaya tidak membazirkan kismis aku, baik aku paw member aku nih, save kismis aku. Yg bagi kismis nie atin namanya. Aku pun mintak la kat dier sket, ader la dier bagi utk memenuhkan tapak tangan aku yg comel nih. Sempat lagik tuh dier pesan, kalau nak makan selawat dulu, sebiji kismis 3 kali selawat tau. Aku pun angguk kepala tanda paham. Tengah duk syok2 makan tuh, ramai pulak peminat kismis doa nih beralih ke belakang. Yang dari depan reverse ke belakang, yg duk belakang sudah tentunya setia di belakang. Maka terjadilah situasi makan kismis doa secara berjemaah di waktu itu.

Cikgu biler senyap kat depan kita ingat dier okeh, dier tak kisah. Maka bermula la aksi memakan kismis secara terang-terangan. Sampai ke satu tahap, si atin yg bagi aku kismis nih tadi bercakap dalam nada berbisik.

atin : woi..korang, nak tengok magic tak? aku nak wat magic nih.
aku : magic apa ?
atin : ko tengok baik2 ehh, magic yg aku wat sambil makan kismis doa nih.
aku : ??? (sambil buat muka xsabar nak tgk magic tuh)

Korang nak tau magic apa yg dier buat. Dia gi bantaikan selawat kat kismis doa tuh, pastu di lempar ke atas terus zapppp...masuk ke mulut dier. Hawau betul mamat nih, ini ko kata magic, cilakak betul.

So, utk bagi sokongan moral kat member aku nih kitorang pun gelak2 la dalam nada tertahan-tahan. Diwaktu memeber aku tgh wat magic bodow dier tuh, ternampak la oleh cikgu aku tadi. Terus dier pekik marah2. Bagi aku, mmg dah lali dengar dier membel. Kalau boleh biar sampai abis masa dengar dier bebel. Tapi apa yg aku harapkan itu tidak menjadi kenyataan, masa tengah cikgu nih membebel, time tuh la lalu si cikgu GPK kat tepi kelas aku, GPK nie mmg terkenal dengan rotan yg maha dasyat ganasnyer. Terus si cikgu BM aku nih mengadu kat dier, apa lagik masuk la dier kat kelas bagi ceramah@membebel sepam dua.

Member aku yg wat magic bodow tadi GPK suh kuar, pastu member aku xpuas hati, dier petik nama2 member yg duk sebelah dier. Dialog situasi time tuh lebih kurang mcm nih la.

GPK : hah..awak yg makan tuh keluar sekarang..!
atin : bukan saya sorang je makan cikgu, zely pun makan jugak.
Zely : mana saya ader makan cikgu, kismis saya letak dalam kocek baju nih, tgk nih (sambil menunjukkan kismis yg terletak dalam kocek bajunya)
GPK : saya tak kira, kamu pun keluar jugak. Dah kebulur agaknya kamu semua nih..haaa...!!
zely: umar pun makan gaks cikgu. (sambil menunjuk umar yg duduk di belakang sebaris dengan aku)
umar : weh, mana ader aku makan, aku makan sket ajer la.
GPK : sikit pun makan jugak, dah-dah...keluar sini...!
umar: azam pun makan jugak cikgu. (azam duduk sebelah umar)
azam: weiii....apa nih...(tampa dapat menhasikan ayat, mungkin terkedu..heh)
azam: sharul pun makan jugak cikgu, dier makan lagi banyak sekotak plak tuh (sharul duk sebelah aku)
sharul : ermm....
GPK : dah-dah jgn banyak cakap, keluar ?

azam & sharul keluar beriringan...sambil sharul memandang xpuas atie kat azam. Tiba-tiba...

sharul: apis pun makan jugak cikgu, dier yg bagi dekat saya.
aku : mangkuk, kena jugak.....

aku pun keluar dengan muka yg xpuas hati bengang betul. Aku kena cari mangsa lain gaks nih, ahhaaaa...aku dah dapat mangsa. Aku pun dengan lantang bersuara.

aku: cikgu pizan cikgu, dier yg jual kismis nie kat kitorang..klu dier tak jual kitorang xbeli...
pizan : saya mana makan cikgu...saya jual ajer... (muka separuh terperanjat pasal kena petik jugak)
aku: ahhh..kau yg jual ko pun kena pergi sekali.!
GPK : ramai betul yg kebulur nih, dah2 keluar semua, ikut saya masuk bilik.

Dalam hati aku dah terbayang dah bagaimana menggelitiknya aku nanti apabila di sebat ngan GPK hardcore nih. iskkk..iskkk...menyesal skang bukan berguna pun. Ungkap suara hati aku ketika tgh melangkah masuk bilik GPK.

GPK: berbaris semua...lapar yerrr..kebulur yerrr...nie saya bagi awak makanan paling bagus sekali?

ayat tuh mmg cam siool la, kompom tido menungging balik kelas nih nanti...hahahaha...

Atin berbaris paling kanan, sebelah GPK, so dier la yg mula-mula kena sekali. Aku masa tuh dah memandang kebawah lantai menanti tibanya waktu aku di sebat pulak. Tengah-tengah duk termenung tuh, aku dengar atin terjerit, pastu bunyi nyer pulak bukan mcm bunyi kena rotan. Bila aku berpaling, 2nd person masa tuh si azam plak turn dier. PANGGGG....!! berpusing azam kena lempangan GPK. Perghhhh...kena lempang plak beb, aku ingat kena rotan. Penat aku aturkan kuasa dalaman mengalir kat punggung aku supaya xsakit kena rotan nanti. Ini kena lempang plak, mana sempat aku nak aturkan kuasa dalaman aku ke muka plak.. iskkk...

Tengah mengelamun tuh turn aku pulak tiba, PANGGGG...perghhh...pijau siot muka, berdamau telinga aku masa tuh. Klu aku ader kuasa mcm GOKU maser tuh, kompom aku dah bertukar jadi super saiya. Opsss...citer xabis lagik. Hukuman aku dah selesai kini tibalah hukuman utk si umar plak. Dier 2nd last berbaris.yg last sekali si zely. Aku tgh gosok2 muka sebab pedih kena lempang. Setelah selesai GPK membuat aksi lempangan, sesi membebel plak bermula dan di akhiri dengan menulis nama kat buku rekod disiplin. Kesalahan: makan kismis doa dalam kelas BM. kah..kah..kah...mcm siot jerrr....

Insiflah kami sekalian pesalah, paling menyedihkan sekali adalah umar. Dier kena paling teruk sekali time tuh, kesian dier, kami semua dapat lempang sorang satu, dier plak dapat combo siap bonus lagik. Nak tahu kenapa umar dapat combo. Kita nantikan episod seterusnya "Antara kismis doa dan pelempang GPK kanan" part II-kisah umar.

p/s: pada adik2 ingat ya....kismis doa tuh kalau makan bergelen sekali pun xdapat nak jalankan otak tuh bagi kuat ingatan pun klu malas belajar. Tengok abg nih, rajin belajar dapat masuk universiti. tak sia-sia kena lempang ngan GPK sebab makan kismis doa dulu. kahkahkah...

Friday, January 15, 2010

perkara paling gila yg pernah aku buat sepanjang hidup aku

perkara yg gila yg aku buat adalah pergi makan malam & lepak bersama kawan-kawan di restoren mamak. mesti korang ingat apa yg gila nyer lepak kat mamak ngan member. Perkara gilanya adalah aku lepak kat restoren mamak nasi kadar kasim mustaffa kat penang dan balik hari ke kajang.

cerita nyer begini, pada suatu hari yg hening sekitar tahun 2004 bulan bila aku tak ingat, di kampus aku kesemua student pulang ke kampung halaman masing2 atau senng cerita kat hostel korang, semua budak takde. kalau ader pun dalam 4,5 kerat ajer yg tinggal. Ini adalah di sebabkan oleh cuti umum pada hari jumaat dan pada petang khamis tue berbondong-bondong la mereka keluar pintu pagar kolej. Tinggal la aku dan beberapa kerat manusia yg gagah berani tinggal di hostel tersebut. Niatnya utk lepak di hostel adalah utk mentelaah pelajaran kerana mid term exam yg akan bermula pada hari isnin. Bermula la episod menjadi ulat buku pada hari jumaat dan berazam utk meneruskan tradisi itu sehingga menjelangnya exam pada hari isnin nanti.

Tetapi keazaman makin luntur, kebosanan yg maha kritikal mula menerjah minda. Semangat berapi yg pada mulanya kini mula menurun. Ini adalah kerana keadaan yg maha sunyi yg amat di hostel.Keadaan yg membosankan tahap dewa langit ke sembilan belas ini bermula pada pagi hari sabtu. Rakan-rakan yg mempunyai ideologi yg sama utk menjadi ulat buku mula berbondong-bondong menerjah bilik aku utk melancarkan reformasi atau senang kata melepaskan kegeraman akibat kebosanan melampau. 4 orng kesemuanya termasuk aku yg berazam utk menjadi mat study di waktu hujung minggu itu. Tapi aku cuba utk mencipta sesuatu yg berunsur semangat supaya mereka lebih bersemangat utk study sehinggalah ke hari isnin nanti. Pada mulanya sudah nampak seakan-akan semangat itu kembali meningkat pada 1 jam yg pertama, ia seakan2 bertambah power bila masuk 1 jam yg kedua. Tiba-tiba pada 50 minit sebelum masuk jam yg ketiga, masing2 sudah menunjukkan tanda2 manguap seakan2 mahu berehat seketika utk merehatkan minda.Sebagai ketua kump. aku mencadangkan berehat sebentar dalam sebarang 10 ke 20 minit kemudia akan sambung study semula.

Kami mengambil keputusan utk lelap sebarang dua dan akhirnya terjaga setelah kami bantai tidur hingga ke petang. Ahhh....sudah...pukul 10 pagi start study sampai pukul 12 tgh hari,lepak tido kejap, sedar2 pukul 4 lebih. patut la best tido, hujan plak waktu tuh. Akhirnya niat nak study kembali di tunda kepada waktu malam yg di jadualkan bermula pada jam 8.30 malam. Lagi pun perut masing-masing sudah berkeroncong minta di isikan sesuatu. Keluarlah kami berempat ke restoren yus sg ramal pekena nasi goreng.Bila perut sudah kenyang, hati pun girang. Mata pun naik stim semula bagaikan ingin menyambung tido semula. Sampai di hostel kami berempat lepak2 kejap sambil meleyan perasaan di koridor utk skodeng kot2 ader awek2 yg sama spesis mcm kami tak balik. Tapi hampa kerana hanya melihat tingkap2 bilik yg tertutup rapat.

Akhirnya petang itu di habiskan dengan sesi bahan menbahan, gossip menggossip & apa-apa saja yg bleh menghabiskan masa lapang ptg itu.Akhirnya maghrib pun menjelma. Sesudah siap mandi dan bersolat maghrib secara individu di bilik sendiri. Geng2 study sudah berkumpul di bilik aku utk memulakan acara study secara marathon. Pukul 8.30 malam seperti yg di jadualkan telah bermula. Tetapi apakan daya, semangat kami berkobar-kobar utk bermarathon secara berkumpulan hancur di pertengahan jalan iaitu sekitar jam 9.15 mlm.Ini adalah di sebabkan salah seorang daripada kami meluahkan kata-kata keinginan makan nasi kandar. org itu adalah aku, semua mereka yg ada terhenti dan memandang antara satu sama lain. Bagaikan sekumpulan komando ingin menawan kubu musuh, hanya dengan memandang muka masing2 seolah2 sudah tahu apa jawapannya dan keputusannya.

BUMMMM...pintu kereta di tutup kemas. 4 org kesemuanya sudah siap sedia melancarkan misi mencari nasi di arae kajang & bangi. Pusing2 punya pusing punya pusing akhirnya melancarkan serangan pula pergi mencari di area ampang. Kononnya, member tahu ada kedai nasi kandar kat situ yg sedap & power. driver pun memulakan langkah menuju MRR2 dan sehinggalah 30 minit pusing2 jangan kata kedai, jalan nyer pun xjumpa. Mangkuk tingkat betul,perut dan main lagu irama slow rock nih. LAst-last ader satu suara yg menutarakan pendapat & falsafah yg bernas di kala itu. Katanya "dah jauh kita jalan nih nak makan nasi kadar nyer pasal...alang2 jalan jauh2 nih baik gi makan restoren original nasi kandar terus kat penang.Suara pandangan itu bagaikan di persetujui ramai. Driver terus berkata " aku set aje" minyak & tol kita tong-tong"..

vroommmmm...vroooommm..enjin V6 jenama perdana keluaran proton sudah memasuki highway ke arah utara tepat jam 11 mlm entah pukul baper aku xingat tapi yg pasti dah pagi sampai di penang.Kebetulan ada mat penang dalam geng nie, dia bawalah kami makan di restoren nasi kandar kassim mustafa yg tunjuk kat dalam filem anak mami tuh. Makan punya makan, lepak punya lepak, sembang punya sembang, rokok demi rokok akhirnya kami pun mahu pulang ke sangkar maisng2 di bangi. masa tuh siap sembahyang subuh kat masjid kat penang.Apa namanya aku tak ingat, nama jalan pun haram tak tahu. Kemudian kami pun teruslah pulang ke kajang dengan masing-masing berkata sesama sendiri " apa gila yg kita buat hari ini..nak study konon cessss..study xmasuk..nasi kandar yg masuk perut".

akhirnya, sesudah matahari terbit jam berapa tak ingat dah, sampai la kami di kolej kediaman masing2.Barulah terasa penangan nasi kandar kassim mustaffa menunjukkan taringnya. Mata baru nak kuyu & mulut tak henti2 menguap. Akhirnya kami pun melelapkan diri di bilik aku. Tidolah kami dengan jayanya dan tenang setenangnya. Akhirnya bangunlah kami berempat di kala terdengar keriuhan kolej menandakan penghuni-penghuninya sudah kembali. Jelas terpancar kegembiraan yg tidak terkata di wajah kami. Perut pun lapar, kami pun keluar sekali lagi mencara makan. kali nie, kami pergi dekat je, kat perantau sg.ramal tuh. Selepas makan kami pun pulang ke hostel dan akhirnya kami kembali menjadi habitan yg sebenar. Baru kami tahu, kami bukan mat study atau ulat buku, tapi kami mat study last minute. Malam itu kami marathon kaw2 punya sehinggalah pagi isnin menjelang utk menjawab exam.

Akhirnya, aku bersyukur dengan result mid term yg aku dapat, kami berempat dapat la score beberapa subjek yg di gemari dan lulus cemerlang dengan subjek yg kurang di gemari. Tidak sia-sia kami makan nasi kandar di penang dan marathon study pada malam ahad tuh. Sekianlah saja cerita gila ku pada korang semua. Harap semuanya terhibur...

p/s cerita ini adalah cerita benar, tidak ada sedikit pun tokok tambah dari aku, setiap detik aku ulas dan ceritakan supaya nampak best.

Akhirnya draft thesis yg aku patutnya hantar jumaat nie tak siap-siap lagik. boleh plak aku sambung dari type thesis terus ke type cerita gila aku nih. panjang lebar plak tuh. nak type thesis satu page pun makan masa sehari. Adoii aiii...bila la nak siap thesis aku nih?