Friday, April 16, 2010

ghairahnya aku

Entah kenapa hari nih aku meruap-ruap plak nak bloging. Raser mcm banyak plak citer aku nak share ngan blog aku nie. Mmg la takde org nak bacer. So what?. Aku punya suka la nih blog aku, Pedulik la aku nak wat aper pun. Heh.

Balik jer semayang jumaat terus aku terus nak on laptop. Terus bukak blog. Aku ader satu menda yang aku share kat korang. Tadi khatib khutbah jumaat mmg champion. Memang power. Import dari tanah seberang dari negara Bung Sukarno. Mmg terbaik dier punya isi khutbah. Isi padat. Suara mantap. Pitching mmg high class. Kalau masuk Parlimen, harus Pak cik Najib amik MC 2 bulan. 

Aper benda yg aku nak citer kat korang nih. Rileks la beb. Gua baru on intro ajer kot. Jangan la gelojoh sangat. heh. Tgh aku duk kusyuk mendengar khutbah ader pakcik nih mengendeng kat aku. Dah la tengah khutbah jumaat bleh plak nak bertanyer soklan bodow dan tak masuk dek akal. Aper dier nih tak pernah dengar ke masa sblm khutbah jumaat dah org selalu ingatkan, "barang siapa bercakap-cakap sedang khatib membaca khtbah, nescaya hilanglah pahala jumaatnya". Aku cuba bersangka baik ngan pakcik nih. Maybe dier terlupa. Maybe!. 

Ader ker patut dier tanyer aku, siapa yang baca khutbah nie. Orang indon ke?. Aku malas nak jawab, just senyum and angguk jer. Pastu dier bleh tanyer lagik kat aku. orang nie ada tauliah ke nak baca khutbah kat sini?. Aku dah mula panas hati. Harus atau pun tidak kaki aku nie masukkan kat dalam mulut dier supaya dier senyap. Ataupun aku stone cold jer org tua nih, fikir aku sebelum membuat keputusan muktamad. Pak cik tuh seakan mendesak aku supaya menjawab persoalan dier. Perghhh...tetiba je hangin aku dah sampai kat kepala. Tanpa bersuara aku hanya memberikan renungan yang  cukup tajam. Bukan renungan seperti melihat bakal isteri di hadapan anda untuk di belai ok!.Aku terasa hendak hantukkan kepala org tua tuh kat dinding. Biar dinding masjid tuh yg jawab soklan dier. Itu pun kalau pakcik tuh tak koma masuk spital serdang 30 bulan, makan bubur pakai straw.

Bodow nyer org tua. Org tgh baca khutbah ko sebuk plak memekak sebelah telinga aku. Pas khutbah gi tanya sendiri la. Nak report kat JAIS pun lepas semayang jumaat la. Bloodyfool nyer org tua. Harus juga aku langgar org tua nih ngan moto kriss aku. Cessss.........

No comments: