Tuesday, June 29, 2010

cakap pung pang...!!

“Aku kalau jadi fullback, aku sepak je bola tu jauh-jauh”

“Bola macam tuh pun tak masuk, haperrr la dia nie, kayu betul la”

“Bodoh punya keeper, bola macam tuh pun tak boleh nak tangkap”

Gua hanya senyum dan menganggukkan kepala tanda bersetuju kata-kata besar pak-pak sedara yang duk melepak bersama tengok bola kat kedai nie. Hanya bersuara jika di minta mengeluarkan pendapat. Gua cuba sedaya upaya untuk memberikan pendapat yang bernas supaya mereka boleh menerima dengan akal fikiran yang waras. Tapi kadang kala……..

Begitu menjengkelkan…….

“Engkau tak tahu, dulu masa aku muda-muda, aku pernah kena panggil main tuk Malaysia tau, Cuma masa tue aku takde duit jer nak buat tambang pergi kolompo. Kalau tak sekarang silap-silap aku dah sama level ngan Mokhtar Dahari” kata salah seorang pak sedara.

“macam gampang, jalan pergi masjid pun dah semput-semput tarik napas, ada hati nak tunjuk power. Cakap boleh la, buat tengok” getus hati kecil gua memberontak dalam senyap.

Kalau cakap direct nanti kena halau balik umah plak.

Bukan ke orang tua-tua kata diam itu lebih baik.

Sunday, June 27, 2010

kekeringan

Ruang-ruang inbox mula penuh dengan sms dari kutu-kutu untuk di ajak melepak minum kat kedai pa’an sambil menonton world cup.

Isian dompet sudah semakin nipis. Aku tgh berkira-kira rokok sapa yang perlu aku paw malam nie.

Kalau kerja sendiri tak bleh dapat elaun sara diri ke?

Saturday, June 26, 2010

tiada tempat untuk mereka

Pranggggg….

Terbelah dua pinggan yang kat atas meja nie gua karate. Satu kedai diam membisu. Semua takut nak melihat mahupun menjeling kearah gua. Ader satu Pak cik baik punya jeling kearah gua. Gua bagi dehem satu kali terus pakcik tuh bergegas blah dari kedai. Gua tersenyum menandakan gua paling brader-brader kat dalam kedai tuh.

Gua sweeeet satu kali, terus pelayan restoren tuh datang terketar-ketar. Gua bagi jelingan tajam sekali pada dia. Mata dia terus berkaca.

“Bagi aku Nescafe O panas kurang manis, gelas punya” kata gua.

Pelayan restoren tuh angguk tanda faham dengan permintaan gua. Sebelum dia melangkah pergi gua mintak satu lagi. Permintaan gua yang sebelum nie tidak di endahkan oleh pelayan itu tadi.

“Cepat tukar channel sport, nie mentor-mentor nie syirik. Boleh menjadikan Negara mundur. Pemikiran rakyat juga kurang sihat. Fahammmm…!!” kata gua lagi yang turut di selitkan dgn unsur-unsur nasihat.

Rancangan terus di ubah ke arah rancangan sukan yang menyihatkan mata. Tiada lagi tari menari, gelek mengelek, sorak menyorak mahupun kritik mengkritik. Makcik-makcik mahupun remaja yang melayan Mentor telah pulang dengan wajah yang sedih. Ader satu mamat cuba untuk buat muka seperti menunjukkan tanda protes. Terus gua lempar ngan selipar jepun gua kena tepat kat kepala. Tak cukup tanah dia lari blah dari kedai.

Yang memang melayan rancangan sukan seperti gua telah menunjukkan isyarat bagus. Terlakar senyuman yang panjang pada wajah-wajah tua mereka. Gua kelihatan seperti wira di mata mereka.

Nescafe O panas gua suakan di bibir tanda kepuasan. Rokok L&M menthol gua bakar menandakan game akan bermula kejap lagi. Gua tenang melayan world cup bersama-sama para penduduk kampung di bukit rambai.

Friday, June 25, 2010

under investigation

Perghhh..baru gua tau yang gua nie sebenarnya orang yang amatlah bernasib baik. Dulu-dulu masa gua lepas UPSR, bapak gua kemain lagik cari kabel sana sini nak antar anak dia masuk RMC.

Di sebabkan gua nie jenis keras kepala, tak suka duduk kat tempat yang banyak sangat law nie. Terus gua jalankan amalan mogok sehingga bapak gua terpaksa berundur dari permintaanya. Mogok gua berjaya.

Kini………..

Tadi gua baca paper budak RMC mati. Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh akibat di buli oleh pelajar senior. Tetiba gua teringat balik time kena paksa masuk sekolah tue..

Nasib baik gua tak gi masuk belajar kat dalam kandang rimau tuh. Baik gua belajar kat sekolah biasa jer. Tahap nak respek merespek melampau-lampau orang lebih tua walaupun beza setahun jer mmg takde. Kalau rapat semua bleh jadi geng. Kalau kena tibai kat sekolah, bleh panggil brader-brader tolong. Kalau nak menibai pun, bleh panggil brader-brader turun jugak. Gua pun kompius, kalau aktiviti tibai-menibai nie, brader-brader nie ader jer muka diorang. Kalau takde aktiviti menibai, nak jumpa sekejap pun haram tak nampak muka.

Kalau la dulu-dulu, masa jiran sebelah menyebelah duk menyibuk tanya kenapa tak masuk asrama penuh. Gua time tuh gua akan jawab macam nie.

“saya tak nak mati kena buli ngan senior kat asrama dan juga tunduk hormat kat senior”

Amacam kukuh tak jawapan gua. 

Wednesday, June 23, 2010

bukan lupakan daratan

Gua baru sedar yang gua nie memang seorang yang tak berapa pandai langsung berjalan kat area Bandar Melaka nie. Baru 3 suku jalan gua dah menggelabah tanya adik gua nak masuk simpang mana.

Kenapa Melaka nie jalan dia tak macam kat bangi. Kalau kat bangi nie dengan lelap mata jer gua tapau. Lu orang cakap nak pergi mana, buat apa, gerenti dengan cemerlang gua boleh bawak untuk lu orang dengan kadaran kepuasan hati yang maksimum.

Tuesday, June 22, 2010

Keinsafan dan tauladan

“Hahahahaha……” gelak besar suara makhluk tuh.

“Habis la kau kejap lagi, kau ingat ko hebat….” Kata geng makhluk tue plak.

“Maafkan aku wahai makhluk, berikan aku satu lagik peluang” rayu Jalak.

“Ahhhhh….rayuan kau sudah tidak di terima lagi, segala surat menyurat mahupun sms tidak akan di layan sama sekali…hahhahahahhaha” kata makhluk tue.

“ohhhhhh…..isss…issss…” esakkan tangisan Jalak.

Majid datang menenangkan Jalak. Majid turut sama terperangkap seperti Jalak.

“Sudahlah Jalak, tidak guna kau bersedih…” pujuk Majid.

“Sudah…kamu berdua cepat jalan kearah sana. Kemudian belok kiri.” Arah makhluk tuh.

Majid ngan Jalak berjalan beriringan sambil terketar-ketar ketakutan. Sampai di tempat yang di tuju, mereka berdua melihat kearah signboard. Signboard tue tertulis “Simpang ke arah neraka”. Muka budak dua ekor nie dah macam nak menangis meraung-raung dah. Jalan nak ke neraka rupanya yang diorang kena pergi. Meleleh air mata Jalak tika nie. Tak sempat dier nak usha Limah janda.

“Hahahahha….padan muka korang kena masuk neraka” gelak makhluk tue.

“Apa salah kami sampai kena masuk neraka plak nie…?” Tanya Majid.

“Ohhhhh…tak tahu yerrrr...ker korang buat-buat tak tahu” Tanya makhluk tue plak.

“Betul encik makhluk, kami berdua memang tak tahu kenapa kena masuk neraka, tolong la bagitau kami” rayu Jalak pula.

“ohhh…tak ingat yer…nah kau tengok video depan ko nih” bagitau makhluk tuh.

Kat depan diorang terpapar muka Jalak ngan Majid tengah baik punya gelak-gelak sambil terima duit. Diorang jadi bookie bola sempena world cup tahun nie. Ntah macam mana punya suwey malam tuh, Diorang kena rush ngan polis. Jalak terkejut terus meninggal kat situ jugak. Majid pulak ader asma, terus semput sampai takleh nak bernafas langsung out kat situ jugak.

Dua-dua orang dah sedar. Tak sempat nak bertaubat. Makhluk tue plak baik punya tunjukkan muka yang garang kat diorang. Pastu setan ngan iblis baik punya senyum manis kat diorang menunjukkan tanda bagus kerana bakal menjadi teman diorang nanti.

“tapi..kerajaan kami dah kata judi bola nie dah halal…”Jalak menjawab dengan sopan.

“hah !!!, halal kau kata…..” balas makhluk tue sambil membeliakkan matanya.

“betul encik makhluk, kerajaan kami bagitau judi bola nie halal….” Ulas Majid pula.

Syaitan sudah bertepuk bertampar bila kala mendengar ulasan lemah dari mangkuk dua orang nih. Iblis dah berguling-guling ketawa. Jalak ngan Majid kaget melihat perilaku syaitan dan Iblis.

“halal kau cakap….nah amik tiket ekspress kau nie…” tempik makhluk tu sambil melancarkan tendangan kat belakang Majid dan Jalak.

ZZZZiiiiuuuuunggggggg….melayang Jalak ngan Majid terbang.

Kat depan diorang skang nie dah nampak pintu neraka. Iblis ngan syaitan dah melambai-lambai menyambut ketibaan. Muka dua orang nih dah cuak giler.

“Bablier punya Najib….” Jerit Jalak ngan Majid serentak.

“tunggu kau Najib dan kroni-kroni korang, aku tunggu korang semua kat pintu neraka nie…hahahahahahha…” getus hati kecil Majid.

Tinggal berapa inci je lagi nak sampai ke pintu neraka. Bahang kehangatan api sudah semakin di rasai. Kulit Majid ngan Jalak dah mengelupas-lupas akibat kepanasan api neraka.

Plapppppp………

“Abang bangung semayang subuh, mengigau plak dia nie. Abis bersepah depan nie. Nie tido ke bergusti nie…” bebel isteri Jalak.

Jalak bermimpi rupanya. Berpeluh-peluh Jalak. Ruang tamu tempat Jalak tertidi tadi dah jungkang kalang. Macam baru lepas reformasi jer. Bersepah depan tue. Bergegas Jalak tunaikan solat subuh, kemudian dengan pantas dia keluar pergi ke rumah Majid untuk di ceritakan mimpinya itu.

~~@@@~~

Rupanya Majid juga bermimpi benda yang sama. Mereka bersama-sama menadah tangan mengucap kesyukuran sebab tak masuk neraka lagik. Kalau tak dah tentu syaitan ngan Iblis dah dapat geng baru. Kini mereka berdua sudah insaf dan tidak mahu bergelumang ngan judi bola lagi.

Amacam…ada bawak ikhtibar dan ketakutan tak?. Gua bagi lu orang keinsafan pagi-pagi nie. Senang citer macam sesi tazkirah pagi la. Kalau lu orang berani, try la gi main judi bola yang halal…heh heh heh.

Monday, June 21, 2010

KIsah Mak Timah

“Sakinah kemari kau cepat…….” Jerit Mak Timah.

“Apa dia mak….Kinah kat Bilik nie……” Jawab Sakinah kembali.

“keluar cepat…keluar kau cepat…cepatttttttt…” jerit Mak Timah lagi.

Krekkkkk…..tombol pintu di pulas oleh Sakinah.

Dalam bilik tadi Sakinah sudah jadi pelik. Maknya tetiba hangin tak tentu pasal. Macam ada benda salah yang dia dah buat. Bukan main marah lagik suara Mak Timah. Sampai ke gunung semanggol sana boleh dengar suara Mak Timah bertempik. Gajah kat hutan simpan sana tuh pun leh serrunder kalau dengar tempikan Mak Temah.

“Apa dia mak?. Apahal marah sangat bunyi nya nie?...” Tanya Sakinah.

“Apa dia kau Tanya aku?...anak tak kenang budi…anak siyallllll…..” jerit Mak Timah.

Pangggggg…..bunyi pelempang yang hinggap kat pipi merah Sakinah.

Memang perit beb kalau kena pelempang tahap level tinggi macam tue. Sakinah menggosok-gosok pipinya yang pedih akibat di lempang oleh Maknya. Matanya sudah berkaca kerana di lempang tanpa mengerti dan mengetahui puncanya. Air matanya mengalir lesu. Mulutnya terlopong.

“Kenapa mak lempang Kinah mak…kenapa” Tanya Sakinah sambil mengangis.

“kau tanya aku kenapa kinah?. Hah !!! dasar anak tak kenal dek untung…kalau aku tahu la macam nie perangai kau, dulu lagi aku tinggalkan kau kat Zoo Negara dalam kandang rimau tue” pekik Mak Timah.

“Tapi apa salah Kinah sampai mak marah kinah macam nie sekali” Tanya Sakinah teresak-esak.

“Jiran-jiran kita semua dah bercakap pasal kau, aku malu tahu tak kinah, aku malu !!!!” Raung Mak Timah sambil menutup muka.

Kedua-duanya menangis sampai kekadang tarangkat bumbung Rumah. Pakcik Samat merangkap suami Mak Timah dan bapa kepada Sakinah bergegas keluar dari bilik air setelah selesai membuang hajatnya.

“nie apahal bising-bising nie, aku nak melabor pun terganggu tahu tak !!. Timah, apahal kau terjerit-jerit macam jumpa Bruce Dicksons nie” Tanya Pak cik Samat sambil melancarkan emosi tak puas hati.

“Sakinah nie bang…Sakinah nie…..Warghhhhhh…” raung Mak Timah kembali.

“Sakinah? Apa kenanya ngan Sakinah plak nie? Bagitau la. Apahalnya dengan  Sakinah nie sampai terjerit-jerit macam nie macam orang kena rasuk…” Tanya Pak cik Samat.

“Tadi saya pergi Kedai Malik, Bedah bini dak Ucop tue bagitau pada Milah janda kassim yang si Sakinah nie dah mengandung 4 bulan. Saya malu bang, saya malu. Belum ada keturunan saya  yang berani membuat onar macam nie. Dia dah menconteng arang di muka kita sekeluarga bang. Warghhhhh…” raungan Mak Timah lebih kuat dari tadi sehingga nampak anak tekaknya.

“Betul ke Kinah tengah mengandung nie?....” Tanya Pak cik Samat dengan tenang.

“Betul ayah….” Jawab Sakinah lemah.

“Tengok tue….boleh buat muka cool lagik tue” jerit Mak Timah.

Pak cik samat senyum dengan tenang. Seperti tiada apa yang salah akibat perlakuan Sakinah. Pak cik Samat menghulurkan tangannya sambil menarik Sakinah bangun. Muka Pak cik Samat tersenyum tenang. Mak Timah bengan ngan attitude Pak cik Samat yang tenang tue sambil mengkarate pasu bunga di sebelahnya.

“Baguslah Sakinah dah mengandung, dapat juga ayah menimang cucu…” kata Pak cik Samat lembut.

Hampir pitam Mak Timah mendengar ucapan ringkas Pak cik Samat tue. Sedihnya tidak terkira. Mengggigil tangan Mak Timah untuk mengkarate tengkuk laki beliau.

Mak Timah sudah berdiri. Kini dia betul-betul di belakang Pak cik Samat. Dia tak puas hati dengan tindakan Pak cik Samat yang langsung macam takde perasaan. Mak Timah dah aim tengkuk Pak cik Samat untuk di karate. Tinggal beberapa inci jer lagi nak kena kat tengkuk Pak cik Samat, Pak cik Samat lebih pantas refleksinya untuk menangkap tangan Mak Timah sambil membuat gaya IP Man. Tangan Mak Timah berpintal-pintal.

Kini Pak cik Samat punya peluang untuk membalas serangan hendap Mak Timah tadi. Di buatnya aksi ular terus di tempelengnya Mak Timah untuk pengajaran dan juga supaya ingatannya lebih kuat.

“Nasib baik saya takde keturunan yang berpenyakit nyanyuk macam awak nie. Awak lupa ker anak kita nie dah 7 bulan kahwin” balas Pak cik samat sambil buat aksi Bruce Lee.

“Sudah la…malas saya nak melayan awak nie. Buang masa saya jer. Baik saya sambung hajat saya tadi lagi bagus” kata Pak cik Samat kembali.

Mak Timah tersipu-sipu malu sambil berlari-lari anak masuk kedalam bilik. Sakinah pula tersenyum kemenagan sambil mengosok pipinya yang masih perit di lempang ibunya tadi.

“Hoh…sakit betul pipi aku kena lempang tadi” getus hati kecil Sakinah.

Sunday, June 20, 2010

penjenamaan semula

Apa aku tulis korang mesti kena baca. Kalau tak baca maknanya jodoh korang dah nampak kelam-kelam weiii (gurauan semata). Isi kandungan masih lagi dalam peringkat identiti. Penjenamaan semula blog ini adalah untuk jangkamasa panjang. Oleh sebab itu segala bentuk aksi yang kurang mencerminkan identiti blog ini akan di padamkan serta merta.  

Setiap permasalahan akibat penjenamaan semula blog ini boleh la hubungi terus tuan punya blog ini iaitu aku.

pengecap jenama blog
tuan tanah kedaun blog ini.. 

Monday, June 7, 2010

Sketsa tauladan

“geng..aku ader barang baekkkk punya” bagitau Pijut.

“mana-mana….perghhh…cover depan dier mmg mantap ler beb” kagum dan girang wajah Ijan

Melopong ijan melihat sekeping DVD yang baru Pijut tunjukkan padanya. cover depan DVD  tue berlatar belakangkan gadis-gadis gedik & comel. Ijan memandang penuh nafsu. Nafasnya tersekat-sekat. Darah di hidungnya hampir-hampir memancut keluar. Teruk betul kelakuan Ijan petang tuh.

“Pijut..jom tengok DVD nih, tak sabar dah nih” gesa Ijan pada Pijut

“Nak tengok kat mana? Umah aku mana clear” balas Pijut

“takpe…tengok kat umah aku la, computer ader dalam bilik aku” bagitau Ijan

“chantekkkkk….” Tersenyum Pijut sambil menunjukkan ibu jarinya pada Ijan.

Mereka berdua beriringan jalan pulang kerumah Ijan. Dalam paler otak Ijan dah terbit macam-macam kaler. Dalam kepala otak Pijut plak dah memikirkan hidungnya berdarah sampai tersembur-sembur.

---@@@---

“Cepat Ijan bukak computer ko tuh, tak sabar plak aku nih” cakap Pijut sambil menghenjut-henjutkan badannya atas katil emput Ijan.

“sabar..sabar…takkan lari DVD berkaler nie” kata Ijan sambil tersenyum

Ijan membuka komputernya. Selepas windownya terbuka dengan pantas Ijan tekan punat untuk membuka pemain cakera di desktopnya. Cekap betul Ijan menggunakan kepakaran ITnya. Dengan pantas Ijan menyambar DVD yg terletak di atas meja kemudian terus di masukkan ke dalam pemain cakera. Ijan & Pijut menunggu dengan sabar untuk melihat tayangan yang bakal tertayang di dapan mata mereka nanti.

Kesabaran mereka hampr terjejas. Puas Ijan keluar masuk DVD dier kat dalam pemain cakera komputernya. Pijut dah baper kali menguap. Air dah baper gelas di minumnya. Tapi gambar kat DVD tuh tak muncul-muncul gaks. Ijan selaku pakar IT petang tue mula pening. Puas sudah dier gunakan segala teknik pengalamannya selama ini namun kali nie dier hampa. DVD tue tidak langsung mengeluarkan gambarnya.

“Siyallllll laaaaa…..” marah betul Ijan.

“dah la jan……aku dah boring dah nie…lain kali jer la kita tengok” balas Pijut.

“Okeylah…nah amik balik DVD ko nie” ujar Ijan sedikit kecewa.

“ko simpan ajer la DVD tuh…ko test la dulu..kot-kot kuar gambar plak nanti..aku nak amik cover dier jer” sengih Pijut yang dah sampai ke telinga.

“okeylah……” balas Ijan kembali.

Pijut berlari-lari pulang dengan girang sambil membawa cover DVD gadis gedik dan comel. Ijan hanya dapat DVD yang tak kuar-kuar gambar yang lama kelamaan beliau naik fedup.

---@@@---

14 tahun kemudian………

“geng..aku ader barang baru nie…malayu punya” bagitau Pijut.

“nak sedut..nak sedut…” ucap Ijan sambil tersenyum riang.

“nah amik nih….dalam nih ader international ader local…full 4 GB nih tau..kau layan la sampai pitam” bagitau Pijut.

“tocei…tocei…tocei….” Ucap Ijan dengan penuh adap sopan.

---@@@---

Ijan sampai menguap-nguap Malayan citer sewarna hasil pemberian Pijut. Darahnya dah tak serancak mengalir macam mula-mula dier melayan tadik.

Tiba-tiba ijan teringat kisah 14 tahun dahulu. Plot ceritanya lebih kurang sama. Cumanya teknologinya yang berbeza. Dulu Ijan tak tau pun yang CD rom tak bleh play DVD. Skang nih, Ijan siap bleh hidden folder lagik. Penuh external hardisk beliau ngan citer kaler tuh. Dulu-dulu masa zaman tape ngan CD kemain susah nak sorok. Dalam baju tak kena, dalam suar tak kena. Skang nie letak dalam poket pun boleh. Takder saper yang bleh syak wasangka.

---@@@---

Tahun 2020 menjelma…..

“Boy tengah pegang apa tuh” sapa Ijan pada anak lelakinya yang sudah meningkat remaja.

“takde pape ayah…note sejarah nie…tadi sedut kat Rahim” bagitau anaknya. 

Ijan mengangguk tanda faham dan yang paling penting tanpa syak wasangka. Anak lelakinya memang baik. Tak pernah sekali melanggar arahannya. Cuma kadang-kadang kenakalan itu memeningkan beliau. Tapi tak pernah walau sekalipun di panggil hadir kesekolah kerana masalah disiplin. Itu sudah cukup untuk menarik nafas kelegaan.

---@@@---

Tet…tet…tet…bunyi sms menerjah ruang inbox

“terbaik tak citer tuh” sms Rahim

“terbaik dowh….body dier mmg shape habis…” balas boy

“ko layan jer la..tapi jangan kantoi” pesan Rahim

“no problem…aku dah copy letak dalam chip…bapak aku takleh jumpe punya’ balas Boy

“okeyy…jumpe sok kat sekolah” balas Rahim kembali

Anak Ijan kembali kusyuk melayan citer tuh. Kalau Ijan masuk bilik anak dier automatic tayangan tuh minimize windownya siap mute suara lagik. Punya la berteknologi zaman tuh. Ijan pun dah tak larat nak follow sangat teknologi masa kini seperti mana dier follow zaman-zaman mudanya dulu.

P/S: bakal bapak dan mak. Kowang kena la siap sedia ngan menda-menda mcm nih. Prevent siap-siap, takut-takut melarat ke tahap maksimum. Aku dah bagi gambaran ngan citer mengarut kat atas tapi mungkin akan berlaku sedemikian lupa. Sekadar pengajaran. Heh heh heh……

Sunday, June 6, 2010

Ilmu Ghaib

“Kau tau tak, zaman remaja aku dulu, aku ader menuntut ilmu ghaib” ujar pak Jamal pada Pak Mail.

Pak Mail melopong, real punya melopong. Petang-petang mcm nie Jamal nie nak buat lawak bingai plak. Ilang akal ker apa.

“Kau tau tak Mail, kalau aku gunakan ilmu aku tuh, engkau mmg takkan Nampak aku punya, kalau aku nak masuk umah Janda Esah tuh pun, mmg sayur jer” kata Pak Jamal lagik.

Lagak percakapan beliau memang kerek nak mampos. Pak Mail pun dah naik menyampah. Udah ler nak berlagak-lagak ngan dier konon ader ilmu ghaib pastu nak masuk umah Janda Esah plak. Lagik la Pak Mail berbulu. Janda Esah tuh la bekas janda Pak Mail. Mereka bercerai pun sebab Pak mail tergila-gilakan Surti gadis Indon yang bekerja kat Kilang Beras ujung kampung beliau. Dah puas harta kena kikis. Cinta ntah ke mana, hidup dah kemana, bini pun mintak cerai. Pasrah jer Pak Mail melepaskan Janda Esah. Surti pun dah selamat sampai Pulau Jawa sambil membawa harta-harta pemberian Pak Mail yang sukarela memberi padanya.

“Toksah nak temberang la Jamal, takder maknanya ko ader ilmu ghaib, ilmu hisab masa sekolah dulu pun ko fail, inikan pulak ilmu ghaib. Toksah nak mengarut la Jamal oiii” bebel Pak Mail.

“Hoh, aku akan buktikan pada ko Mail, Kau jangan kagum sampai meleleh air liur melihat kehebatan aku nanti” Kata Pak Jamal Kembali.

“Skang nih, ko kena ikut apa yang aku suruh, baru ko leh lihat kehebatan aku nie dengan hari yang tenang” ujar Pak Jamal lagi.

“Apa yang ko nak aku buat nie?” Tanya Pak Mail.

“Ko tutup mata ko rapat-rapat dan jangan cuba langsung membuka mata walaupun sepicing” perintak Pak Jamal.

Pak Mail menurut arahan Pak Jamal tampa banyak soal. Dalam hati kalau Pak Jamal Tak hilang dari pandangannya, mahu dia terajang orang tua tuh sampai masuk alam barzakh. Kasi dia insap sikit. Dah tua nak mampos pun nak mengarut lagik.

“Skang nie ko nampak tak aku, kalau ko tak nampak aku maknanya aku dah ghaib la nie” kata Pak Jamal sambil tersengeh-sengeh.
 -@@@- 
“Nie haaaa ko punya ghaib” kata Pak Mail.

Dusssss…!! Satu tendangan maha power hinggap kat belakang Pak Jamal. Tulang tungking Pak Jamal patah dua mengakibatkan beliau sukar untuk membuang air besar selama 8 bulan. Kini Pak Jamal hanya bergantung pada pampers untuk melakukan aktiviti pembuangan.

Pak Mail tersenyum sambil gembira. Bekas jandanya tidak boleh di skodeng oleh member bingai nyer itu. Kalau betul-betul Pak Jamal ader ilmu ghaib mahu dier menuntut jadi orang minyak plak nanti. Serius jugak sayangnya Pak Mail pada Janda Esah tue lagik yerkk.