Saturday, April 17, 2010

sungai punya pasal

Sungai. Sapa kata sungai tak best. Bagi aku sungai la paling best skali klu nak di bandingkan ngan laut. Terutama skali kalau mandi sungai jika nak di bandingkan dengan laut. Mungkin sebab aku nie di lahirkan kat negeri yang asyik tengok sungai jerr itu yang kena kenen sungai sampai ke besar. Walaupun rumah aku skang nih tak sampai 10 minit nak tgk laut. Tapi entah kenapa aku raser mcm kureng feeling jer. 

Tahun 1989. Lokasi di Kg. Megat Segama, Temerloh, Pahang.

Pagi tuh, abg aku yg no.3 dah kelam kabut turun ke bawah. Aku akan turut serta menyertai operasi beliau. Kami berbongkok-bongkok bawah rumah untuk mendapatkan tin yg berisi cacing yg sudah siap di ternak ptg semalam. Masih hidup lagi cacing nih, kata abg aku. Aku diam tidak menjawab. Kami berdua terus pergi ke rumah Faisal untuk mendapatkan senjata. Nah...3 batang pancing hasil buatan sendiri sudah sedia di genggaman. Kami bertiga menapak menuju kearah sungai semantan yang terletak di hujung kampung. Kami mengambil port yg terletak di bawah jambatan. Mmg terbaik. Boleh mengelakkan pandangan orang yang lalu lalang. Juga boleh menyorok dari pandangan ayah kami yang terkenal ngan kegarangannya.

Pancing sudah siap sedia di pasang umpan. Walaupun aku kecik lagi dan tak beberapa mahir mencocok umpan di mata kail. Tapi aku sudah sedia mahir membaling mata kail di dalam sungai. Cluuup...bunyi air sungai berombakan. Menandakan mata kail sudah siap sedia menipu mangsa.

2 jam pertama masih tidak membuahkan hasil. Faisal sudah mula bosan untuk memancing. Beliau sudah mula melakukan terjunan tiruk sambil berenang-renang gembira. Abang aku juga tidak tahan dengan aksi perilaku Faisal, lantas turut serta melakukan terjunan yang sama. Aku.....di amanahkan untuk menjaga pancing. Cesss...Ada ke patut. Tak rock langsung jaga pancing sorang-sorang nih. 

Aku juga sudah tidak mampu menahan gelodak jiwa anak kecil untuk turut sama turun menikmati kesejukan air sungai semantan. Dengan berbekalkan seluar pendek, aku terjun. Perhhhhh...mmg best giler. Aku berenang, menyelam, berguling dan apa saja aktiviti menarik. Yang kurangnya tiada bekalan makanan ketika perut mula lapar. Tapi air sungai mengatasi segala nya. Dah banyak sangat air sungai nih masuk dalam perut aku sampai kenyang. 

Sedang enak berenang dan bergurau senda. Aku lihat abang aku lintang pukang naik ke darat. Tidak pula di mengarahkan aku untuk ikut serta naik ke darat. Maka, aku teruskan sahaja aktiviti renang dan berendam secara solo. Abg aku dah siap pakai baju. Dia paksa aku naik. Tapi aku jerit malas nak naik. Pasal bukan selalu dapat berkubang kat dalam sungai nih. Ketika aku mahu buat kuak lentang, mata aku terpandang di atas jambatan. Terpandang seraut wajah dan sosok tubuh yang amat mirip tubuh ayahanda aku. Bukan mirip lagi. Mmg beliau sedang memerhatikan anak-anak lelakinya sambil menyorot dengan pandangan yang ganaz. 

Abg aku dah selamat lari menyorok kat umah tok wan. Aku pulang dengan langkah longlai. Aku dapat raserkan sebatang rotan yang di taja oleh kilang rotan yang terletak kat jalan utama sebelum masuk ke kampung ku. Aku sudah terbayangkan libasan demi libasan akan aku hadapi sebentar lagi. Perggghhh...harus tido menonggeng aku malam nih. Nak minta simpati mak aku. Kompom aku dapat double punya nanti. Tengah melangkah lemah pulang ke rumah, fikiranku melayang. Aku terfikir. Sudah banyak rotan aku sorokkan. Tidak kurang juga rotan yang aku buang terus ke dalam paya supaya dia tidak boleh lagi menyakitkan badan aku. Tapi setiap kali itulah dia masih wujud lagik kat umah. Tgh hari tuh., aku kena libas kaw2 punya. Abg aku dah selamat menyorok kat umah Tok Wan dan buat sementara waktu dia terselamat dari libasan rotan bapak aku. Aku sudah sedia menerima hukumam. Aksi-aksi libasan tidak mahu aku ceritakan nanti ader yang menggelengkan kepala. 

Dalam aksi libas melibas tuh, aku tanamkan satu cita-cita. Dah besar nanti aku nak gi bakar kilang rotan tuh, nanti takde la bleh bapak aku amik rotan lagik. Yaaa...impian aku sudah tercapai. Sebelum aku sempat membesar untuk membakar kilang tuh, aku sudah berhijrah ke Melaka. Kat Melaka rotan tak main dah. Tapi tali pinggang unit pencegah penyeludupan yang hinggap kat belakang aku plak. Puas aku pikir, kat mana plak letaknya kilang tali pinggang nih. Pasal aku dah ubah cita-cita nak bakar kilang tali pinggang tuh plak. Sampai skang aku masih tak jumpa kilang tuh. Dah muflis la kot. Hahahahhaha.... 

No comments: