Friday, April 16, 2010

sambal goreng ikan bilis punya hal...

Aku teringat plak zaman berchenta dulu-dulu. Aku ingat lagi ader satu time. Aku ngan member aku kebetulan tgh dalam keadaan nazak yaa amat. Nazak pasal pitih dah makin menyusut. Aku cadangkan kat dier, beli bahan mentah pastu suh awek masing2 masak. Aku pun deal la ngan x-aweks aku nih. Dier dah bagi green light. Aku pun ngan cargasss terus gi Tesco beli barang mentah. Aku beli yg stock sempoi je, mcm ikan bilis, chili blender, bawang sebarang dua jenis dan lain2 beras xpayah beli pasal budak pompuan banyak beras. Lagik pun diorang nih bukan pemakan sangat pun. Hahahaha...

Malam yang di nantikan tiba. Aku dah kebulur nak mampos. Satu hari suntuk aku asyik togok air kosong + biskut kering yg lemau tuh. Kitorang tunggu kat kelas. Aweks masing2 dah bawak hidangan makan malam. Perghhh..bau mmg best. Dier punya gelodak nak jadik gelojoh tuh mmg takyah cakap la. Kat situ ada 2 bekas tuperware yang terisi 2 jenis sambal goreng ikan bilis . Yang mana satu x-awek aku masak yg mana satu awek member aku masak tak amik port dah. Yang penting perut nak kena isi. Nak mintak komen ke kririkan ke undian sms ke lain tahun aku bagitau.

Aku senduk nasi. Meruap-ruap dah nie perut mintak di isi. Lauk2 lain mcm telur goreng, sayur kangkung ngan hidangan sampingan semua aku penuh kan kat sisi pinggan. Mmg style. tengah baik punya melayan nasi, sekali sambal goreng ikan bilis kat tuperware kuning nih agaks potong stiim. Ikan bilis tak garing, pastu kurang kick berbanding sambal goreng ikan bilis yg kat tuperware biru tuh mmg mengancam. Kena ngan selera gua. Aku syak itulah yg di masak oleh x-aweks aku. Punya la aku balun sambal goreng ikan bilis tuh sampai kejang isi perut. Lupa baca bismillah kot masa makan. 

Pas agaks terasa kelajuan menyuap nasi agaks menurun, aku pun bercakap kat x-aweks aku dgn nada seperti berbisik. Best betul la sambal goreng ikan bilis nih. Perghhh...Niat aku ikhlas memuji pasal dier dah penat masak. So baguslah aku puji. Nanti bleh wat lagik. Dier tanyer, yg mana?. Aku muncung jer la pakai mulut tunjuk kat tuppurware biru tuh. Dier plak tanyer, yg lagi satu tuh xsedap ke?. Aku cakap kureng sket. Fatin tak goreng garing ikan bilis tuh lagi satu sambal dier terlebih garam agak masin sket. Serentak dengan itu muka member mencuka. Aku tanyer la apasal. Dier cakap yg tupperware kuning tuh la yg dier masak. Demmmmmm...!!! 

Biler plak ko suka kaler kuning nih. Bukan ko suka kaler biru ke. Aper kejadahnya ko pakai tutup tuperware kaler kuning plak nih. 

Malam tuh aku perabiskan sambal goreng ikan bilis yang kureng garing + masin sket. Taknak jatuhkan air muka member. Mencuka dah macam jeruk buah pala. Dari lapar membawa ke kenyang. Dari kenyang membawa terlebih kenyang. Nak bawak perut pun tak larat. Merajuk tak hengat member. Terus emo dekat seminggu. Lain kali masak telur mata kerbau ajer la ehhh. Tak payah letak garam ngan gula. Tapi harus letak minyak masak. Klu letak air jadi telur rebus separa masak. Kahkahkahakh.....

No comments: