Monday, August 30, 2010

melastik ke bintang [episod 5]

Acai mengambil tindakan yang drastik untuk memilih pilihan yang kedua. Acai terus menuju ke bilik. Di dalam bilik, Acai mundar mandir. Dia memikirkan cara bagaimana mahu mengelakkan cara untuk tidak tertidur. Dengan perut yang sudah kekenyangan, berdasarkan kipas dinding yang sudah di berikan speed yang memberikan kelajuan angin yang boleh menguyukan biji mata. Acai agak tertekan untuk mencari aktiviti yang boleh memberikannya keadaan yang tidak bosan untuk menunggu waktu petang. 

Acai mencari majalah lama yang tersimpan di dalam rak almarinya. Cara itu lebih baik daripada mengelamun tak tentu hala kerana ia boleh mengakibatkan Acai akan tertidur. Sudah tentunya, pertiduran itu akan mengakibatkan beliau tidak dapat melihat wajah ayu Atiqah pulang dari kilang.

Dalam tidak sedar Acai sebenarnya sudah terlena sambil membaca. Acai tersedar dari lenanya. Kucar kacir Acai melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Nasib menyebelahinya. Acai berpeluang untuk melihat Atiqah. Terus Acai masuk bilik air untuk membasuh muka dan mengambil wuduq. Lantas dengan segera Acai bersolat.

Selesai melakukan tugas yang di amanahkan itu. Acai memanjangkan langkah terus menuju ke pintu rumah. Tidak semena-mena kedengaran suara berdehem. Serta merta langkah Acai terhenti. Dadanya berdebar. Nafasnya tersekat-sekat. Acai sudah menunjukkan memek muka yang mencuka. Acai berpaling mengikut arah suara tersebut. Ya, kelihatan mak Acai sedang berdehem ke arahnya sambil mengunyah tebu.

“kamu nak kemana, kelam kabut nie” tanya mak Acai.

“nak jumpa Atiqah” jujur jawapan dari Acai.

“Aperrrr?” separa terperanjat mendengar jawapan balas dari Acai.

“ehhh takk, nak jumpa Aqam, tersasul plak” cover Acai kembali.

“awal-awal begini, asar pun belum masuk lagi, kamu nak kuar dah. Tunggu la Asar masuk dulu” bantah mak Acai dengan nada yang sederhana.

“ehhhhh, belum masuk lagi mak?” Acai terkejut.

“belum, pukul 4.45 nanti, kejap lagik masuklah Asar tue” jawab mak Acai.

“cessss…macam mana bleh tak perasan nie” getus hati Acai.

Dengan langkah yang sederhana pantas, Acai terus masuk ke dalam bilik. Kedengaran sura Haji Syukri telah melaungkan kata-kata pembukaan untuk memberitahu bahawa sebentar lagi waktu Asar akan masuk. Acai dah standby depan sejadah. Kepala otaknya tengah memainkan wajah ayu Atiqah. Setan memang merepek-repek caranya untuk melalaikan manusia.

Bersambung……………..

Saturday, August 28, 2010

epilogist ramadhan

Mie masuk masjid dan duduk sebelah aku untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat. Solat yang perlu semua umat Islam bagi lelaki wajib hadir. No excuse!.

Tapi Bau mie ader pelik sket. Bukan bau minyak atar. Bukan juga bau mee kari ataupun meggie kari. Tapi bau Dunhill. Kotak besar ke kecik, aku tak sure.

Mie pandang aku ngan muka selamba. Aku mengeleng-gelengkan kepala lantas terus bermunajat memohon di perteguhkan iman ketika bulan ramadhan ini.

Faking…..orang tua nie tak puasa!.

Monday, August 23, 2010

nostalgia ramadhan

Di kala bulan puasa macam nie aku tengok si Bruce nih dah macam orang hilang akal. Kejap-kejap tengok jam. Selang 10 minit sekali kepala mesti toleh tengok jam punya. Rilek-rilek sudahlah Bruce. Orang lain pun puasa jugak, tapi takde ler teruk sangat perangai nyer.

Biler pandang Bruce macam tue, teringat lerr pulak time bebudak dulu. Ini kira sequel untuk citer nostalgia pra ramadhan.

Zaman budak-budak dulu kalau time puasa cukup jaga segala serbi. Percakapan time bulan puasa takleh cakap yang bukan-bukan. Cakap yang best-best jer. Kalau tersalah cakap kompom geng-geng yang lain akan menunding jari menyatakan bahawa puasa sudah terbatal. Itu baru bercakap, kalau terkemam batang pensil, terkorek hidung pun dah terjerit puasa dah batal. Paling hardcore sekali kalau dengar member terkentut jer pun dah bleh jerit nak bagitau satu sekolah yang puasa dia dah batal.

Itu zaman budak-budak. Biler dah besar panjang nie, masa jadi student university dulu, duduk pulak jauh ngan keluarga. Kengkawan ler tempat lepak sama-sama berbuka puasa. Kalau time takde duit tue sama-sama bukak puasa minum air water cooler, rokok sebatang cutting 2,3 orang. Itu cerita yang gagah berpuasa di samping berhadapan dengan cabaran hidup.

Citer member yang selamba langgar puasa pun ada juga. Dah ler tak puasa, lepas tue dengan megah dan selambanya makan roti sweety perasa coklat sambil menonton malin kundang. Raser nak pijak jer batang tubuh yang tengah mengangkang depan TV tue.

Biler petang, dia pun sama sibuk memenuhkan pasar ramadhan. Beli plak mengalahkan orang puasa. Orang puasa beli murtabak sekeping, air sirap bandung sebungkus,ayam percik satu. Mangkuk yang tak puasa nie plak beli macam esok Malaysia dah kena serang ngan Amerika.

Biler time sahur, orang bersahur dia pun turut bersahur. Orang wat finishing isap rokok sebatang sementara menunggu azan subuh berkumandang, dia pun turut serta bersama. Tapi, bila azan subuh dah abis, bleh plak rembat rokok kita sebatang siap dinyalakan skali. Muka selamba memang mintak penendang, tapi kerana bulan puasa, penendang kena postpone pas raya nanti.

Balik ke kampus lepas cuti raya, kaki dah menggigil nak bagi penendang. Tunggu punya tunggu sampai dah nak start cuti semester. Mamat nie tak balik-balik kampus lagik, rupernyer mamat tue accident masa nak balik kampung cuti raya hari tue. Masuk hospital, kaki patah combo koma sebulan. Extend terus satu semester. Terus aku lupakan niat nak menendang mamat tue.

Cerita di atas adalah untuk mengingati kutu-kutu kat sini bahawa janganlah cuba-cuba untuk ponteng puasa. Kalau nak ponteng duduk la makan senyap-senyap kat umah ataupun pergi la cari mana-mana hutan belantara. Tak payah ler baik hati sangat siap nak pelawa orang yang tengah berpuasa nie makan bersama. Takut accident macam member aku tue plak. Tapi bagus jugak dia accident, kalau tak kompom dia makan penendang aku nie.

P/S: Bruce! baru pukul 4.00 ptg, Azan asar pun belum lagik apatah lagi azan maghrib. Buat mengucap banyak-banyak sket. Tunggu maghrib karang baru makan coco crunch tue yerkkk. Sabar Bruce! Sabar!. Air liur tue kasi lap dulu, basah lantai rumah nie.

Thursday, August 19, 2010

melastik ke bintang [episod 4]

Sesudah Acai membasahkan tekaknya, sudah pastilah dia ingin untuk membuang masa lapangnya yang terlalu lapang. Apa yang ada hanyalah pilihan dari hati yang ikhlas serta akal yang waras. Acai kini mempunyai dua pilihan untuk menghabiskan sisa petangnya sebelum dia keluar melepak bersama kutu-kutu seangkatannya.

Pilihan pertama adalah mengankang di depan tv yakni di sebelah emaknya sambil menonton telenovela Negara seberang dan mempunyai peluang cerah untuk di bebel. Kemudian untuk membataskan serangan bebelan emaknya, Acai akan segera buat-buat tidur dan mungkin emaknya akan segera membalas pertahanan Acai itu dengan cubitan level 3 yang akan menuju tepat kearah peha yang terdekat.

Pilihan kedua ialah Acai akan bergerak menuju ke biliknya sambil mendengar lagu. Tetapi risiko yang perlu dihadapinya ialah beliau akan segera tertidur setelah kekenyangan dan akan berkemungkinan besar akan terlepas peluang untuk melepak, juga menghirup udara petang sambil mengusha atiqah yang baru pulang dari kilang membuat sarung tangan plastik.

Pilihan kedua ini telah banyak kali mengagalkan aktiviti petangnya. Acapkali juga dia tersedar apabila ayahnya mengejutkan bangun untuk mandi kerana waktu sudah hampir kepada senja. Ketika itulah juga bebelan dari kedua-dua belah pihak akan segera menerjah ruang telinganya. Ini akan membuatkan Acai menjadi lebih runsing dan juga kurang produktiviti. Ia juga boleh menjadikan Acai punya imaginasi malam untuk bersama atiqah akan berkurangan dan malahan boleh kepada mengundang kekecewaan kerana imaginasinya tidak menjadi seperti selalu.

Bersambung……………

Monday, August 16, 2010

siri nostalgia ramadhan

Zaman kanak-kanak memang paling perit kalau dapat tau esok lusa dah kena start puasa. Serupa jugak ceritanya dengan aku. Tapi ini zaman kanak-kanak yang belum lagi tahu apa itu erti akhil baligh.

Time bulan puasa rasa lain macam kalau selamba pergi kantin. Apa tidaknya, yang berpuasa boleh lepak dalam kelas, yang tak puasa kena duduk luar. Oleh kerana geng-geng semua puasa, jadi nak tak nak kena la puasa jugak.

Tapi handal berlari keliling sekolah tetap juga berjalan seperti biasa. Biler dah puas berlari, dah tentu tekak haus. Biler dah tekak haus, dah tentu kena minum air. Bila dah minum air, adakah itu di namakan puasa. Sudah tentu bukan. Pada saat itulah taktik untuk meminum air akan di praktikkan untuk mengelakkan rasa malu kalau kantoi minum air time bulan puasa.

Caranya mudah dan senang. Pertama sekali kena buat-buat penat dan cari apa saja alasan untuk pergi ke toilet ataupun surau kat tempat wuduq. Kemudian kita kena pandang sekeliling. Jika ramai orang, kita kena buat-buat basuh muka. Ketika membasuh muka, pastikan juga sedikit air masuk ke mulut untuk membasahkan tekak.

Jika orang masih juga ramai, perlu buat-buat alasan unutk berkumuh-kumuh. Pastikan setengah daripada kumuhan masuk ke perut dan setengah lagi perlu di luahkan kembali.

Mudah dan senang bukan. Itulah tektik masa budak-budak dulu. Tatik lain pun ada juga. Caranya ialah bergerak melalui cara gerila. Iaitu selamba pegi ke kantin dan makan dengan penuh tenang. Zaman budak-budak macam tu takde mananya Jabatan agama islam nak tangkap suh masuk naik van mayat.

Kalau orang tua pun buat perangai macam budak-budak, aku raser elok tangkap orang tak puasa tu tapi bukan suh naik van mayat, tapi duduk dalam tempat mandi mayat. Tapi kalau Jabatan agama islam nie gi redah sampai kat dalam hutan belantara, aku rasa tak berapa nak patut sangat la kalau gi tangkap orang tak puasa. Pasal diorang makan pun dalam hutan. Dalam hutan, mana ader  manusia yang berpuasa tinggal kat situ. Kalau ader pun rimau yang dah 2 bulan berpuasa. Jadi biarkan ajer la diorang tue nak bukak puasa siang-siang hari dalam hutan tue.

Agak-agak kontroversi tak entry aku kali nie?

Thursday, August 12, 2010

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Bulan puasa macam nie, blog gua bukan bercuti sangat pun. Cumanya idea gua yang bercuti melampau-lampau.

Nak kena tune otak sempena bulan puasa nie. Siang-siang hari takde jin yang nak gua panggil suh makan asap. Malam-malam lepas berbuka ader la sekor dua yang menunggu.

Emmm…sebenarnya gua nak ucapkan

Selamat berpuasa pada semua penduduk yang beragama Islam yang tersesat masuk dalam blog gua.

Sekian ikhlas dari gua & bruce dicksons.

Monday, August 9, 2010

melastik ke bintang [episod 3]

Acai membuka matanya. Rupa-rupanya dia terlena semasa sedang mendengar mp3 tadi. Sudah pukul 2.30 ptg. Bukan nyenyak dia tidur. Acai bangun dalam keadaan malas. Perutnya sudah berbunyi menandakan perutnya minta di isi. Tapi Acai seorang dewasa yang patuh pada perintah tuhan. Dia bersolat dahulu. Itu sajalah perangai yang boleh menyejukkan hati emak dan ayahnya. Sembahyang memang tak pernah tinggal. Cumanya kadang kala sebagai manusia biasa adakalanya solatnya hampir terlajak juga. Kadang kala juga untuk mengelakkan emaknya membebel, Acai akan bersolat juga. Maka terhentilah bebelan emaknya. Walaupun ketika itu Acai tidak punya wuduq. Entah perangai sapa yang Acai ikut. Macam setan perangai.

Selesai Acai menunaikan solat, Acai membuka pintu biliknya dengan kadaran yang amat perlahan sekali. Di perhatikan di bahagian ruang tamu. Kelihatan, emaknya begitu leka melipat baju sambil menonton telemovie dari negera seberang. Begitu khusyuk skali. Berjengket-jengket Acai keluar dari bilik untuk mengelakkan emaknya terganggu dengan derapan kakinya berjalan nanti.

Acai membuka tudung salji yang telah berada di atas meja. Perghhh, terhidang lauk ikan pari bakar berserta dengan kuah cicah air asam skali. Hampir menitis air liur Acai apabila melihat menu makanan yang terhidang di atas meja.

Tanpa berlengah Acai terus menyenduk nasi. Agak-agak ianya mencukupi dengan keperluan perutnya. Acai terus mengambil tempat untuk memenuhi kehendak nafsu perutnya. Begitupun Acai tidak lupa untuk membaca bismillah. Untuk mendapatkan keredhaan dan juga untuk mengelakkan dari si setan makan bersama. Kalau di bukakan hijab matanya, mau dia terajang je setan yang sibuk-sibuk nak mengecek ikan pari bakar kepunyaan beliau. Itupun kalau boleh la!.

Dengan tangan kanan menyuap makanan dan tangan kiri memegang pemukul lalat. Time-time begini lalat memang suka mengangu kosentrasi dan juga tempo suapan nasi ke dalam mulut. Di gaul-gaulnya nasi putih itu. Kemudian di cubitnya ikan pari dan di cicahnya pada iar asam dan di gaul supaya sebati dengan nasi dan terus di masukkan ke dalam mulut. Dalam 4,5 suapan, tangan kiri pula menjalankan kerja untuk memukul lalat yang sudah sememangnya tidak paham bahasa. Begitulah keadaannya ketika Acai membaham makanan tengah hari yang terhidang. Jelasnya ianya tidak dapat melihat betis gadis-gadis yang gebu seperti mana ketika dia makan di kedai-kedai makan.

Acai menghabiskan sisa-sisa nasi yang berbaki di dalam pinggannya. Lebihan ikan pari yang ada, diratahnya. Tulang-tulang lembut ikan pari bakar, di sisipnya dengan kemas. Kemudian dia menengguk air oren ais yang juga telah siap sedia terhidang bersama makanan tengah hari tadi. Dengan keadaan cuaca yang agak membahang, memang sesuai sangat air oren ais itu di hidangkan.

Selesai semuanya, Acai terus berjalan perlahan-lahan menuju keluar rumah. Dia bersandar di dinding pada satu sudut rumahnya. Acai mengeluarkan sebatang rokok kretek dan di mampatkan tembakaunya pada lighter. Di cucuhkan api lighter yang bernyalaan sederhana pada tembakau rokoknya. Begitu sempurna sekali. Terus di tarik dalam-dalam asap rokok dan kemudian menghembuskannya dengan keras dan deras. Terasa nikmat sekali. Ianya sukar di mengerti oleh manusia yang bukan di kategorikan sebagai perokok. Nikmatnya begitu sempurna. Tapi paling sempurna jika rokok sedap yang sedang di hisap ketika ini.

Jika di hadapannya kini ada seorang budak sekolah yang tidak cukup umur melakukan perkara yang sama seperti apa yang dia lakukan. Sudah tentu dia akan melempang budak itu dengan lempangan yang kuat sehingga budak itu boleh melayang dan tersadai di ampaian baju di belakang rumahnya. Sehinggakan asap rokok budak tu tidak sempat hendak di hembus keluar. JIka budak itu boleh banging kembali sambil menghabiskan baki rokok yang ada di tangannya, Acai akan memijak budak itu selaju yang mungkin. Mungkin kelihatan sama seperti di dalam cerita wrestling. Tetapi Acai tidak mahu bergaduh hanya memakai seluar dalam. Tidak senonoh nampaknya. Itulah pengajaran pada seorang budak sekolah yang cuba untuk berlagak seperti seorang brader-brader seperti Acai.

Baki rokok di tangan sudah sampai ke penghujungnya. Di buang putung rokoknya jauh-jauh. Kali ini tiada binatang yang terkena balingannya. Acai menghembus baki asap yang tertinggal di dalam mulut dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Langkahan kaki Acai laju bergerak ke arah dapur untuk mendapat air oren air tadi untuk membasahkan tekaknya.

Bersambung……..