Sunday, April 11, 2010

kurang ais kurang gula

Zaman-zaman belajar dulu mmg syok. Ader jer perkara yang tak masuk akal aku buat. Paling-paling tidak pun junior-junior yang tak reti pulang ke pangkal jalan menjadi tempat melepaskan tekanan belajar dari seorang senior. 

Ader satu kisah di mana kami semua di undang oleh seorang junior floor aku untuk datang bertandang ke rumahnya untuk menikmati hidangan yang lazat sempena majlis perkahwinan kakaknya. Sebagai seorang student yang sentiasa keputusan duit. Maka acara-acara percuma begini mmg amatlah di nanti-nantikan perut2 kami yang sentiasa laparkan ayam,daging dan air sirap ais.

Rumah junior aku nih punya lah jauh. Kitorang dalam keta tuh sampai longlai. Dah la time nih cuaca panas tak ingat. Nak hisap rokok pun tak lalu. Sampai kat umah dier, kitorang pun bersalam-salaman ngan ayah dan abg nyer. Aku seperti biasa membuat aksi kona baring sambil terus memasuki khemah makan-makan. Aksi lagaknya umpama berada di dalam majlis sendiri. Air sirap bandung yang berais sudah menjadi santapan mata aku dan terus di isikan untuk menyejukkan tekak yg kering dan menambah kandungan air dalam badan yg boleh mengakibatkan dihydrasi.

Sejuk,segar dan best. Perghhh...klu aku duk melekat kat tong air nih mmg kempunan la tetamu lain nak merasa sirap bandung nih. Aku tengok member2 aku sudah siap sedia beratur mengisi lauk satu persatu. Tinggal Ah lan seorang cina keturunan baba nyonya. Nama jer cina tapi xboleh cakap cina duk berborak sakan ngan ayah junior aku. Kemain bersembang. Kitorang dah separuh jalan dah nih, tinggal nak memenuhkan pinggan ngan ayam goreng berempah jer. 

Kelihatan Ah lan kelam kabut datang cari pinggan amik nasi, pasal dier baru perasan la kot tinggal dier sorang jer mcm org giler duk kat tgh2 panas tuh. Kitorang dah mula menyuap nasi kemulut sambil membuat muka nikmat berseri. Ah lan dtg kat kitorang, di sebelahnya adalah seorang pakcik dan familinya. Keramahan Ah lan selaku wakil keturunan baba nyonya mudah peramah dan beramah mesra ngan pakcik di sebelahnya. Kami langsung tak amik tahu butir bicara Ah lan dan pakcik tuh. Kami hanya mahu menikmati kenikmatan ayam goreng berempah yang terbaik rasernya. 

Mata aku cepat menangkap air di gelas Ah lan. Mana pulak apek nie dapat air laici. Kami semua minum air sirap bandung member dapat air laici. Mana boleh jadi nih. Tamak haloba telah mula menyelubungi diri. Aku bangun dari tempat duduk sambil nasi masih bersisa di tangan. Nah...kat sini letaknya air laici tuh. Patut tak jumpa. Aku membasuh tanganku untuk mengambil buah laici dan menuang air laici yang berada di bahagian tepi meja. mencuba rasa air laici yang sejuk berais. Perghhhh...mmg sedap dan nyaman skali bah. Aku buat muka kemenangan menandakan aku ader dua gelas cawan air. Satu bernama sirap bandung, satu bernama laici sejuk. Perghh...mmg best. Aku cepat2 menghabiskan nasi yang masih tinggal di pinggan sambil mencubit isi ayam goreng berempah menandakan kenikmatan yang tidak terhingga. Kawan2 yang lain sudah mula bangun untuk turut serta merasakan air laici sejuk dan berais itu. Selesai makan dan membasuh tangan. Aku mula menyedut pencuci mulut yang setia sebagai tanda kekenyangan akibat kelazatan nasi & lauk pauk org kahwin. Ah lan terus menerus beramah mesra ngan pakcik di sebelahnya. 

Ketika aku sedang menikmati ketulan2 asap yg menerobos dari kedua belah lubang hidung aku nie, Ah lan tiba2 bersuara. 

Kenapa air laici aku tawar, pastu tak sejuk plak tuh? tanya Ah lan sambil wat muka bingung.

Aku kembali merasa air Laici aku, elok sedap ngan manis jer air aku nih. Ini turut di akui oleh sekalian rakan-rakan dan juga pakcik di sebelahnya.

Ishhh...Tak puas hati aku apasal air aku tawar ais pun xde..potong stim lah mcm nie? rungut Ah lan.

Kemudian aku terperasan ader satu tong air yang letak agak jauh dari tempat makan. Aku terperasan kerana terdapat halangan dari seorang pak cik kepada seorang budak yang cuba untuk mengambil air itu untuk di letakkan di dalam cawannya. 

Aku bertanyer pada Ah lan untuk mendapatkan kepastian. Kau amik air laici tuh kat tong yang mana? tong yang situ ke yang kat sana tuh?. Ah lan berkata dengan penuh konfiden untuk menjawab persoalan aku. Aku amik Air yang kat tong sebelah sana. 

Seraya dengan itu tersebur air sedang di minum oleh pakcik sebelah Ah lan, terus terpercik sedikit pada anak2 di hadapannya. Pakcik itu berterusan pula tersedak-sedak seperti orang semput yang baru keluar dari lombong arang batu. Kami sekalian umat manusia itu gelak sampai pecah perut. Hingga menitis tititasan air mata kami. Tidak dapat kami gambarkan bagaimana muka Ah lan tersipu-sipu kemaluan akibat tindakan kami yang amat kurang etikanya di majlis orang. Aku menjerit dalam keadaan ketawa untuk berkata pada Ah lan.

Wooii apek..tak pernah di buat orang air basuh tangan kena letak gula ngan ais. Kata ku sambil terus menerus ketawa.

Ah lan dengan muka selamba dan gaya macho terus menghabiskan sisa-sisa minuman air laicinya tanpa berkata. Kemudian terus bangun untuk mengambil air sirap bandung dan hilang di dalam keramaian orang. Menangis dalam keta lah tuh.....kakakakakkakka.... 



No comments: