Sunday, July 22, 2012

Pelempang Awang singgah ke pipi Dayang #3


Selesai acara minum kopi dari geng pakcik pakcik dan sesi gossip gossip dari makcik makcik, angkatan peminangan keluarga Awang pun berangkat ke rumah keluarga Dayang. Angkatan peminangan yang di ketuai oleh Imam Sahak bergerak pantas menuju rumah keluarga Dayang kerana cuaca tiba tiba mendung. Awan hitam bergerak perlahan, menandakan hujan akan turun dengan lebatnya. Ada yang jenis gelabah bila tengok hari nak hujan, pantas buat buat sakit perut nak balik rumah.

Di rumah, Awang dengan pantas menukar pakaian seluar pendek bola dan tak berbaju baring terlentang di ruang tamu sambil melayan mata. Angin di luar yang sedap sedap nak tido beserta dengan kesejukan dari kipas siling jenama KDK, Awang pun lelap sambil berdengkur. Takde sedikit perasaan risau yang menghantui kepala hotaknya. Agenda menidurkan diri adalah lebih penting dari segalanya. Dah puas tido karang, baru pikir apa benda yang patut nak pikir.

Dayang pula baru selesai mandi setelah bermandikan peluh dari pagi menyiapkan makan makan untuk menyambut rombongan keluarga Awang. Bukan main bersemangat Dayang nak jadi tunangan orang. Mak dan Bapak dia nak terima ke tidak, itu belakang cerita. Janji ada orang masuk merisik dan meminang. Baru ada modal nak bercerita kat pesbuk.

Rumah Dayang dan rumah Awang nih tak berapa jauh. Selang selorong ajer. Jadi, untuk menyahut seruan kerajaan dan dunia untuk menjaga lapisan ozon, maka mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Itupun atas arahan ketua rombongan Imam Sahak. Ikutkan hati bapak Awang, mahu saja dia naik moto Honda lampu bulatnya tu. Tak kuasa dia nak berpeluh kelengkang berjalan kaki.

Imam sahak memandang ke langit. Titisan hujan sudah turun membasahi bumi sedikit demi sedikit. Lantas Imam Sahak mempercepatkan langkahnya sedikit diikuti dengan ahli ahli rombongan yang lain.

To be continue…………………

Wednesday, July 4, 2012

Aku Seorang Engineer #2


Jadi engineer ni seronok. Cabaran jadi engineer ni bermula sejak dari masuk university untuk mendaftar kursus Engineering. Tak kira la engineer apa sekalipun yang ko nak masuk, janji engineering.

Dia punya cabaran jadi engineer tue membawa ke tempat kerja. Mana-mana yang amik kursus engineering tapi biler kerja jadi customer service, jual insurans, buat MLM dan juga bukan sangkut paut dalam bidang engineering memang la orang tu ketahanan mental dia tak power, orang kata!

Bila bekerja jadi engineer memang seronok. Tak sia-sia penat lelah masa zaman university dulu. Penat bersengkang mata study last minit untuk paper final, bersusah payah usha makwe makwe rajin untuk tiru assignment, berhempas pulas menulis sekecil-kecil tulisan di atas sekeping kertas kecik untuk dijadikan “toyol” dan macam – macam hal lagi.

Paling seronok biladah kerja ko terlibat dalam meeting. Baru terasa punya “kaw” jadi engineer. Kena hamun, maki dalam meeting, itu semua tolak tepi, yang penting dapat pass – pass business card pada orang yang kat dalam meeting. Paling power sekali bila makwe cun bagi kat ko business card dan ko membalasnya kembali dengan business card ko yang tertulis title engineer. Perghhh! Dia punya seronok sampai tak lena tido. Mengharap sangat makwe cun tue buat buat tersalah contact ko untuk berbual-bual kosong dengan ko.

Tapi, Sejak ko bagi business card pada makwe cun tue. Dekat 2 minggu ko tak dapat tido lena. Asyik memikirkan makwe cun tue ajer. Time lunch ko mikirkan makwe tue, time masuk opis pagi pagi nak check email pun ko menanti email makwe tue masuk ke tidak dalam inbox. Serba serbi asyik makwe cun tue ajer la yang ko teringatkan. Takdenyer laa orang lain yang boleh di ingatkan selalu.

Tapi selepas 2 minggu tue, kehidupan ko kembali normal. Tiada lagi makwe cun yang ingin menghantui hidup ko. Masuk opis pagi pagi, ko tenang mcm biasa sambil hirup Nescafe panas subsidi company. Lunch ko boleh pung! pang! pung! pang! hisap rokok sambil berborak sakan tanpa perlu risau akan makwe cun dan malamnya ko boleh tidur tenang bermimpi indah sambil menaiki kereta sedap buatan eropah dan jepun.

Awas! Bila makwe cun tue punya title adalah “tender development” maksudnya ko akan di hambat oleh makwe cun tue sampai la ko dapat puaskan hati dia dengan menghantar official quotation yang di perlukan olehnya. Ingat suka suka jer makwe cun tue nak bagi business card dia kat ko. Itu semua ada makna tahu tak? Dia tak dapat call ko kat opis, personal phone ko dia call. 

Inilah dia salah satu daripada cabaran menjadi seorang engineer. Keseronokan yang tiada tolak bandingnya. 

Cheeewah!

Sunday, July 1, 2012

Pelempang Awang singgah ke pipi Dayang #2


Aktiviti Awang lepas subuh tu ada pelik sikit. Selalunya Awang akan “landing” menyambung tido sampai matahari terpacak kat langit. Tapi pagi tu Awang dah duduk steady tanpa gosok gigi kat meja dapur tunggu cekodok Mak Nab siap di hidang.

Tapi memandangkan hari itu adalah hari yang paling mendebarkan bagi Awang. Maka Awang korbankan rutin paginya. Kedengaran di ruang tamu sudah riuh rendah bunyinya. Orang-orang surau yang bersembahyang subuh berjemaah pagi tadi sudah sampai di rumah. Bacaan doa selamat di bawah pimpinan Ayah Awang sendiri di mulakan.

Awang seperti biasa bersiap ala qada' duduk bersila di tepi pasu bunga di ruang tengah rumah. Itupun bagai nak gila Awang menahan mengatuk. Mau aja dia nak angkat tangan berdoa secara berbaring. Tapi nanti tak manis pula di pandang orang kampung.

Kenduri doa selamat itu adalah bertujuan untuk memohon keberkatan illahi semoga hajat dan misi Awang sekeluarga diperkenankan dan dipermudahkan dalam usaha untuk menyunting Dayang. 

Dayang kat rumah tu entah bangun tido ke belom agaknya. Rombongan pertunangan Awang akan di pimpin oleh Imam Sahak Selaku Imam Masjid mukim kampong Awang, AJK Umno cawangan Kampung Awang dan juga Pak sedara Awang yakni merangkap Ayah Awang punya abang.

Monday, May 7, 2012

Pelempang Awang singgah ke pipi Dayang #1


Azan subuh berkumandang di udara di selatan tanah air. Awang bingkas bangun sambil tangannya meraba-raba mencari bantal peluknya yang dah jatuh dari katil. Dalam suasana yang samar – samar macam tu, tangan Awang berjaya mencari bantalnya. Terus diambil dan memeluknya dengan erat. Itu bermakna Awang akan meneruskan tidurnya.

Setengah jam kemudian Awang tersedar dari tidur. Itupun setelah mendengar laungan dari Mak Nap dari luar bilik.

“Awang! Oooo Awang! Kamu nak tido sampai matahari teggak atas kepala ke? Bangun subuhhhh!” itulah antara laungan Mak Nab setiap kali waktu subuh nak habis sambil mengetuk pintu bilik Awang sampai dia bangun.

Mak nab terus ke dapur menyediakan juadah sarapan keluarga. Tangan Mak Nab steady mengacau tepung yang di adun bersama pisang untuk membuat cekodok. Awang melangkah longlai menuju ke bilik air untuk mengambil wuduq. Mak Nab menjeling Awang sekali imbas. Itulah satu satunya anak teruna tunggal yang dia ada. Kadang-kadang menyirap juga Mak Nab nak kejut Awang bangun subuh. Pernah Mak Nab hampir nak “stunner” Awang sebab liat bangun subuh. Mau tidaknya, Malam dah merayap kemana, dekat pukul 2 pagi baru balik. Bila dah tido memang susah nak bangun subuh.

Mak Nab ambik satu sudu adunan cekodok itu tadi dan dicurahnya satu persatu ke dalam kuali panas. Tangan Mak Nab yang pernah menjadi tangan makwe yang cun suatu ketika dulu pantas dan ligat mengoreng cekodok pisangnya. Dia punya sedap bau sampai Awang sembahyang subuh pun kucar kacir.

Friday, March 16, 2012

Niat di hati

Dah bertahun jugak aku mikir menda nih. Kadang kala semak jugak asyik mikir menda yang sama. Asal bangun tido jerr aku mikir menda nih.

Apa tidaknyer, asal bangun tido jerr nampak gitar. Asal bangun tido jer nampak komputer. Asal bangun tido jerr nampak ampai baju. Asal bangun tido jerr nampak towel tersidai.

Bila pulak la boleh kalau bangun tido jerr nampak makwe muka manis sambil senyum nak kejutkan bangun bersarapan bersama.

Perghhhhh.........

Wednesday, March 14, 2012

Novel atau Filem yang bakal jadi hits di Liverpool


Aku ingat nak start buat novel atau Filem yang berasaskan liku-liku percintaan zaman moden. Tajuk dia aku belom pikirkan lagi. Bendanya pun aku start lagi. Dia punya draft baru wujud dalam kepala hotak aku. 

Aku try nak wujudkan kisah percintaan yang macam ni. Ada aksi gaduh, jalan kaki dari Temerloh sampai ke Kolompo, scene beli air 100 plus kat RnR Gombak sebab penat jalan kaki. Sinopsis cerita dia lebih kurang macam ni. Awang dan Dayang ni kapel dah lama jadi keluarga Dayang nak suruh Awang cepat-cepat kahwin takut Dayang ada anak awal. Mak ayah Dayang pun tak nak ada cucu express.

Awang nie seorang pemuda yang baik, peramah, sopan santun, tampan dan gantang. Berapa gantang, itu kena tanya Awang sendiri. Cerita hal Awang ni dia kena pergi cari kerja untuk kumpul duit buat belanja kahwin dia dengan Dayang. Keluarga Dayang bagi tempoh dekat Awang selama 3 tahun untuk cukupkan duit belanja kahwin termasuk hantaran dan kenduri kendara. Maklum ler, Dayang nie anak dara hot kat kampung. Jadi family Dayang ni “demand” sket laaa.

Untuk cari duit belanja yang boleh tahan banyak tu, Awang kena la berhijrah di Kotaraya. Lagu “Oh kotaraya” nyanyian Alleycats jadi muzik background. Macam-macam yang Awang kenal bila berada di kotaraya dari lorong Haji Taib, KLCC, makwe skirt paras betis, klip 3gp sampai la ke Mancestee United. Itu belom kira hal mapley, snoker, batu dan kedai kuda.

Awang bekerja keras untuk mencukupkan duit belanja dia. Misinya adalah untuk berkahwin dengan Dayang dalam tempoh 3 tahun. Hal kereta, rumah, talipon pintar model terkini dan macam-macam benda yang  bukan bukan, Awang tolak tepi dulu. 

Dapat atau tidak Awang selesaikan misinya untuk berkahwin dengan Dayang dalam masa 3 tahun. Itu kena tunggu aku start buat karangan dia dulu. Agak-agak aku menyirap dengan watak Awang ni, episode pertama aku dah tak bagi dia kahwin dengan Dayang. 

Okeh, gas dapur rumah aku dah abis. Aku nak runner pergi kedai. Kang tak dapat pulak aku nak makan malam. Rajin pulak mak aku nak buat BBQ malam-malam nie.