Wednesday, February 23, 2011

Post yang ke 100. Tajuk special: Kolompo oh Kolompo!

Dekad 90’an, waktu sekolah rendah adalah zaman paling solid untuk tidak ketinggalan berjalan ke kolompo. Waktu tu dengar jer perkataan Kolompo terbayang bangunan yang tinggi tinggi, lampu malam yang bermacam-macam kaler, makwe yang seksi serta bas mini yang berdesup membawa penumpang. Tidak kira mengikuti keluarga melawat sedara mara, orang sakit juga rombongan sekolah. Wajib pergi!

Umur remaja yakni lebih khusus sekali di waktu sekolah menengah. Pergi Kolompo bersama kawan-kawan secara indie adalah lebih menarik dan bersemangat. Bayangan Chaw Kit. Petaling Street dan Pudu Raya amatlah sentiasa di rindui. Waktu tu KLCC belum wujud lagi. Baru tengah nak ukur tapak bangunan!

Membeli produk tiruan serta vcd haram termasuklah vcd haram untuk di lihat menjadi tujuan utama selain berjalan-jalan sekitar bandaraya takde kerja dan memenatkan diri. Tidak terkecuali untuk mengurat makwe kolompo sebaya serta skodeng makwe seksi.

Bila dah besar masuk university, berkawan pula dengan orang Kolompo dah pandai lepak malam malam dekat kolompo naik kereta. Termasuklah menawaf Lorong Haji Taib berulang-ulang kali sambil menjerit-jerit mengacau sotong-sotong yang bersidai tepi bangunan. Uishhh! Kalau tak pergi Kolompo dalam seminggu memang tak sah. Tak bandaraya la orang kata.

Tapi setelah sekian lama duduk Kolompo waktu belajar dah mula malas untuk meyan aktiviti mengarut pusing Kolompo. Kalau pergi Kolompo pun adalah bertujuan untuk membeli barangan computer yang memang sentiasa di shopping oleh pelajar-pelajar yang mempunyai pinjaman pelajaran yang akan masyuk di awal semester. KLCC pun dah dah nampak bayang waktu tu. Kalau tak masuk KLCC memang tak Kolompolah kata sesetengah orang.

Bila dah bekerjaya, dengar nama Kolompo pun dah malas. Dengan jammed yang ntah hapa-hapa sebab tak kira waktu dan hari. Bayar parking yang mahal tak hengat. Naik public transport yang macam haram dia punya padat dan segala bentuk menyampah lagi.

Tapi semalam!.......

“Esok! Kau naik KL dengan Fitri. Tolong Riduwan siapkan Tender project bla bla bla!”

“baik boss!”

Dengar nama Kolompo, otak gua dah mula sakit. Badan dah mula tak sedap rasa. Terbayang haruk pikuk suasana menyampah di pusat bandaraya yang di sukai oleh budak-budak yang baru nak naik.

Hawau betul Kolompo nih!

Friday, February 18, 2011

Siri Nostalgia 97' : Filem Titanic


Antara part-part filem Titanic yang masih kekal di ingatan gua. 

Zaman filem Titanic nih tengah menaik, semua orang gila pakai baju ada gambar cap Titanic. Tak kira bangsa dan agama mahupun budaya. Gambar paling laris sekali adalah gambar Kate Winslate depa tangan terbang depan bucu kapal sambil di peluk oleh Leonardo Dicaprio dari belakang.

Baju macam-macam kaler ada. Saiz pun dah tentu la pelbagai saiz. Yang kanak-kanaknya lain. yang jenis mak budaknya dan tidak lupa juga untuk jenis ayah-ayah yang minat cerita Titanic dan ingin mengabadikannya dalam kenangan.

Masa tuh bersepah orang pakai baju Titanic. Tengok VCD Titanic kat rumah pun pakai baju Titanic, baru feel katanya. Pergi tuition bagi mereka yang remaja pun pakai baju Titanic. Turun ke Bandar, beli ikan di pasar, membawa orang tua ke hospital, membetulkan jam tangan, fotostat nota-nota belajar, membeli berus gigi jenama baru, mengedar flyers dan macam-macam hal lagi. Kebanyakannya memakai baju Titanic.

Gua saspek ada antara mereka jarang-jarang basuh baju Titanic pasal takut gambar Leonardo Dicaprio terkopek. Beli yang jenis cop pasar malam RM10 sehelai.

Cerita pasal Titanic, memang gua akui dan berkata benar yang gua tak pernah abis pun tonton filem Titanic nih sampai abis. Gua, time cerita tuh tengah menaik, panggung wayang tak pernah kenal dalam hidup. Zaman tu, gua lebih cenderung meminjam VCD haram dari rakan sekelas untuk menonton filem-filem terkini omputih.

Filem Titanic tuh punya VCD ada 3 disc. Ceritanya mengikut kata member gua dalam 3 jam. Rekod peribadi menonton VCD Titanic adalah 4 kali dalam sehari jelas member gua. Melampau fanatiknya cerita nih. Gua juga turut meronta-ronta untuk menonton cerita cinta yang tengah menaik ni. Supaya tidak ketinggalan semangat Titanic.

Dics satu baru nak separuh jalan, mata gua dah kemain pedih menahan mengantuk. Gua cepat-cepat forward cd supaya dapat dapat tengok klise-klise yang menarik. Mana-mana part yang menarik gua kasi play. Bosan gua forward balik.

Habis disc satu, gua open disc dua. Gua buat perkara yang sama. Tapi Disc dua punya part memang banyak yang menarik. Satu part time Leonardo Dicaprio lukis potret Kate Winslate sambil baring dan satu lagi part Diorang main kejar-kejar dengan bakal tunangan Kate Winslate, lepas tuh menyorok dalam Keta. Sampai berkabus cermin kereta tuh diorang menyorok.

Habis disc dua, gua open disc tiga. Gua mengharapkan akan ada sambungan aksi menarik seperti dalam disc dua. Namun gua hampa. Jalan cerita dalam Disc tiga lebih kepada babak menyayat hati. Gua forward cepat-cepat sampai nampak tulis banyak-banyak naik, terus gua stop.

Seminggu jugak gua pinjam VCD Titanic member gua tuh. Bila dia mintak balik gua kena la pulangkan semula, pasal itu atas nama pinjaman semata. Esoknya bila dekat sekolah, dia tanya pasal disc dua VCD Titanic. Gua buat-buat muka terkejut, gua bagi keyakinan yang VCD tuh tertinggal dalam vcd rom dan sok gua akan bawa, untuk di pulangkan semula.

Akhirnya, VCD disc dua Titanic masih berada dalam simpanan gua, pasal gua asyik bagi alasan terlupa nak bawa sampai la member gua nih terlupa pasal hal disc dua Titanic nih. Dekat berates kali jugak la gua ulang tayang VCD Titanic disc dua nih sampai boleh imaginasi jalan ceritanya.

Jadi kalau nak bercerita hal-hal Titanic dengan gua, memang gua tak boleh nak bagi komitmen 100% dengan tujuk nih, tapi kalau sampai part dekat disc dua tuh, memang solid lagi ingatan dalam kepala otak gua. Boleh cerita tanpa ada babak yang ketinggalan.

Terasa macam nak download Titanic la pulak! Cilakak!........

Tuesday, February 15, 2011

Borak-Borak Cuti

Zaman belajar dulu, time cuti semester adalah masa yang paling seronok untuk tido sampai ke tengah hari. Berjaga sampai subuh. Takde apa yang nak kena pikir. Semester baru adalah untuk belajar benda baru, melayan karenah lecture baru, mengadap assignment baru, menulis pakai pen baru dan juga baru nak setting mata belajar bangun awal semula.

Cuti semester paling koman 1 bulan dan paling syok 3 bulan. Itu jam badan memang kurang produktif. Tengah hari punya waktu makan dah siap berpakej sama breakfast dengan lunch. Lepas tu, sambung melepak minum petang di kedai pa’an. Balik dah maghrib. Lepas makan malam, baca paper untuk ambik tahu hal ehwal semasa, lepas isya’ kembali melepak dengan rakan rakan seusia sampai ke subuh. Itu cerita waktu zaman belajar la.

Sekarang dah bekerja. Melepak pun dah pakai duit sendiri. Nak bersosial pun pakai duit sendiri. Kalau takde duit atau kesempitan kewangan, duduk la rumah senyap-senyap. Tak pakai dah duit mak bapak.

Tapi rutin harian jika waktu cuti, tidak kira la cuti umum ke cuti khas ke atau cuti-cuti malaysia, tetap juga bangun tido sampai ke tengah hari. Kemudian berjaga waktu malam sampai ke subuh. Mana tak badan lemau esok nak pergi kerja!

Jadi apa kesimpulan dari cerita di atas? Aku sendiri pun tak tau nak simpulkan apa. Pandai-pandai korang la ejas nak bagi kesimpulan macam mana. Kalau hendak la!

Friday, February 11, 2011

Internet di mana-mana

Seketika siang tadi, gua turun dari opis untuk menikmati makanan tengah hari yang tak berapa nak tengah hari. Lebih kepada waktu minum petang.

Sedang enak gua melahap nasi, hadir sekumpulan lelaki yang berpakaian usahawan-usahawan masuk ke kedai gua makan dan duduk di hadapan meja gua. Gua hanya perati-perati melalui ekor mata saja sambil menyuap nasi ke dalam mulut kerana mata gua lebih kepada jelingan kumpulan gadis yang duduk minum sambil gelak-gelak cover tutup mulut di sebelah kanan table gua.

Sambil-sambil duduk kumpulan pemuda usahawan duk sembang-sembang perihal kerja masing-masing. Gua tak bapa amik port pasal lebih memberi tumpuan pada suapan nasi dan borak gossip dari kumpulan gadis.

Tapi dalam tak amik port itu sempat juga gua jelling jenis talipon tangan pemuda dressing usahawan nih. Ada 4 orang ke semuanya dan mereka memakai talipon tangan paling pandai dalam dunia iaitu cap blackberry. “Memang dasar jenis usahawan maju dan kaya nih” bisik hati kecil gua.

Tinggal beberapa suap nasi untuk gua habiskan di pinggan, telinga gua menangkap butir bicara dari salah seorang kumpulan pemuda usahawan.

“Onlinelahhh, poker jom!”

Perghhhhh! Memang internet sekarang sentiasa di hujung jari. Online sambil berpoker di mana saja!

Terus gua cepat-cepat balik opis, bukak pesbuk belajar-belajar main poker!

Tuesday, February 8, 2011

Impian Bruce

Bruce memandang hembusan ombak tanpa berkelip matanya. Jauh di sudut hati seperti ada sesuatu yang memberatkan perasaannya.

Wajah Bruce agak muram. Kedua-dua tangannya di silangkan memeluk tubuhnya sendiri. Satu keluhan berat dan deras dari helaan nafasnya. Tentu berat masalah yang di hadapi Bruce sekarang ini.

Aku tidak mahu bertanya apa-apa. Jika Bruce ingin berkongsi masalahnya dengan aku, aku dengan rela hati menadah telinga ini untuk menjadi pendengarnya yang setia.

Bruce mengeluh sekali lagi sambil berpaling dan memandang tepat kearah mukaku. Aku berlagak simpati pada Bruce walaupun aku tidak tahu apa masalahnya.

Bruce mengubah posisinya dan kini betul-betul berhadapan dengan aku. Bruce membuka mulut untuk memulakan bicaranya. Aku sendiri sudah sedia dengan pendengaranku.

“Aku…….” Kata- Bruce terhenti

Aku hanya menanti Bruce menghabiskan kata-katanya sambil buat muka cool.

“Aku rasa aku ada bakat yang cukup tinggi untuk menjadi seorang mufti” luahan kata-kata dari Bruce.

“Iyaa !....” jawapan dari aku.

Pendek, ringkas dan padat dari seorang rakan yang telah menawarkan diri menjadi seorang pendengar yang setia.

Situasi selepas itu tidak dapat untuk aku taipkan. Aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak describe kan situasi itu melalui bentuk penulisan. Tapi yang pasti, jika keluar berita tentang penemuan mangsa kena pijak sehingga di rawat di unit kecemasan di hospital besar. Bermakna mangsa itu bernama Bruce Dicksons.

Sembahyang Jumaat pun setahun 3 kali pergi, ada hati nak jadi Mufti! 

Siri Nostalgia 04': Nokia Sabun


Nset nokia sabun atau nama penuhnya nokia 6500. Inilah nset pertama aku yang mempunyai fungsi camera dan video. Lama jugak aku pakai nset nie. Lebih kurang 2 tahun setengah. Nset nie aku beli 2nd hand jer. Hasil daripada jimat cermat dari duit belanja makan aku di Kolej.

Nset nie aku jual pasal keypad dier jahanam. Tak boleh nak tekan button langsung. Kena ketuk-ketuk baru nak function. Mula-mula button 1,4,7 tak boleh tekan pastu melarat gi button 2,5,8,0 sampai la hampir-hampir hayat dier, nest nie punya bunyi pun dah jadi bisu. Langsung aku jual nset nie beli nset lain.

Aku bukan nak citer pasal nset nie, tapi aku nak citer time aku nak pergi membeli nset nie. Nset nie dulu aku beli kat Mines Sri Kembangan. Aku gi dengan member aku Mizi. Masa tue pergi mana-mana pun dengan Mizi. Pergi melayan perasaan pun dengan Mizi. Tengok wayang dengan Mizi, gi usha awek pun dengan mizi. Balik merempit ke Melaka pun dengan Mizi. Pendek kata semua benda dengan Mizi. Cumanya aku masih bernafsu terhadap wanita. Pergi mandi, berhadas besar mahupun kecil. Mizi tidak aku pelawa bersama.

Masa tue aku puas round satu Mines nak cari nset. Last-last aku berenti satu kedai nie. Dia orang budak Melaka. Usha punya usha, aku dapat best price. Aku sambar la nset sabun nie. Macam biasa la diorang bagi format, install ntah aper kejadah software yang aku sendiri pun tak reti nak pakai. Akhir sekali aktivitinya memenuhkan segala jenis lagu dan video 3gp dalam memory card.

Aku punya la terkedek-kedek pilih lagu. Puas aku pilih lagu, aku pilih video plak. Memory card besar masa tue, 512 mb. So agak banyak la jugak menda yang aku nak masukkan. Kemudian Mizi datang kat aku. Nak tengok apa kebenda yang aku buat lama sangat pilih bahan.

“Ko pilih apa tue Pis, lama betul”

“tengah pilih lagu ngan video la, banyak sangat nak aku pilih”

“tengok jap, ape kebenda yang ko pilih lama sangat nie”

“baik sangat ko nie, Ijan ader koleksi bagus tak, kasi usha” Tanya Mizi pada budak kedai tue.

“aderr punya, jap! kasi aku off speaker” jawab Ijan dengan pantas.
  
“Nie apa lagu yang ko pilih lama-lama tadi nie, mengarut betul la, dalam laptop pun banyak nie”

---@@@---

Tak sampi 5 minit Mizi dah berjaya memenuhkan Memory card aku yang berkapasiti 512 Mb. Kami berdua pulang ke kolej ngan muka yang ceria lain macam.

Malam tue, aku hanya melihat esakan suara video 3gp nset aku. Aku sendiri belum sempat nak membelek nset tue. Lepas sorang-sorang belek nset aku. Yang nak Bluetooth, yang nak copy dalam laptop, dalam desktop, yang nak pinjam memory card, yang nak sedut dalam pendrive. Akhirnya aku tertido tanpa dapat membelek nset. Sampai abis bateri diorang kerjakan nset tue. Nasib baik la takde terpalit lendir-lendir yang mushkil kat nset aku tue.

Akhirnya, nset aku tue di kenali sebagai nset tokan 3gp melayu. Nak dibuang sayang plak masa tue. Jadi simpan ajer la buat stok kawan-kawan yang memerlukan. Aktiviti bertukar-tukar cerita memang menjadi aktiviti sampingan kami. Cumanya belum sampai tahap berjual beli lagi. Kedai nset yang aku beli tue pun jadi port baik utk aku melepak. Bertukar-tukar cerita dan habuannya aku dapat update software yang dah aku bagitau memang langsung tak reti nak guna.

Mizi punya pasal nset aku dapat nama. Patut la nset tu lumpuh keypad dier. Dah mati pucuk nset tuh!

Sunday, February 6, 2011

Siri Nostalgia 02' : Kem BTN Maran Pahang

Mata masih lagi tak boleh nak lelap, Badan penat, tapi tak boleh tido. Ajim yang duduk dekat katil atas dah bapa kali tukar site. Bukan main nyenyak lagi dia tido. Perasaan gelisah betul malam tu.

Gua seluk pelahan-pelahan kocek seluar. Gua angkat satu batang rokok dan lighter. Berjengket-jengket gua turun dari katil menuju ke bilik air yang terletak di hujung block gua menginap.

Dengan pantas gua menyalakan api rokok apabila sampai di dalam toilet. Kegelapan toilet dan di tambahkan lagi dengan suasana sunyi sepi juga bunyi cengkerik bersahut-sahutan. Ohh yaaa! Bunyi angin bertiup dan menghayun pokok-pokok hutan juga menambahkan lagi suasana gothic. Tapi itu semua tidak sedikit pun mengurangkan semangat gua untuk menghabiskan sebatang rokok sebelum masuk tidur dengan tenang.

Dalam beberapa saat kemudian bunyi tapak kasut yang berladam berjalan di atas lantai simen menuju kearah toilet yang gua sedang duduki buat sementara waktu.

“Prap prap prap!” Bunyi tapak kasut.

Kedengaran bunyi tapak kasut itu berhenti tepat di muka pintu bilik air. Gua yang berada di balik pintu jamban hanya meninjau melalui ekor mata saja. Gua tenang buat seketika waktu ketika melihat kakinya jejak di lantai. Pemandangan yang begitu terhad melalui samaran lampu-lampu neon kem yang terpasang di persekitaran block.

“Sesiapa yang berada dalam toilet ini, sila keluar dengan segera!” tegas bunyi suaranya.

Gua melangkah dengan perasaan cuak dengan rokok masih berbaki di tangan. Dalam kesamaran gua dapat lihat muka ketua jurulatih sedang memandang tepat kearah gua.

“Kau rupanya, kenapa la kau hisap rokok dalam gelap ni, buat takut aku jerr kau nih!” ketua jurulatih bersuara.

“benda tak boleh tahanlah tuan, nak kena jugak satu hari baru tenang nak tido!” Gua bagi alasan sempoi.

“kau ni hisap rokok sorang-sorang, mintak sini lighter”

“Dah tuan pun tak kasi order, macam mana nak ajak. Nah lighter tuan!”

“boring la hisap rokok macam ni, jom kita pekena rokok sambil pekena kopi panas, amacam?” ketua jurulatih bagi cadangan bernas.

“cantik jugak tu tuan, mata saya nih pun macam lambat lagi jer nak lelap nih” balas gua tanda setuju.

Dalam perjalanan menuju ke kantin…….

“bukan  pelatih tak boleh hisap rokok ke dalam kawasan latihan?” ketua jurulatih bertanya.

“memang tak boleh tuan, tapi dah tak boleh tahan la tuan, Jadi saya isap la sorok-sorok bukan secara terang-terangan” alasan yang lebih praktikal dari gua.

“ermmmm! Ko pergi kantin amik kopi panas, aku tunggu dekat depan astaka” arah ketua jurulatih.

Tanpa banyak soal gua pergi dengan senang hati. Dua gelas besar kopi panas yang masih berasap telah siap gua bawa di astaka. Ketua jurulatih dengan muka senyum sambil menghirup kopi panas sedikit demi sedikit kedalam mulut beliau. Sambil-sambil itu beliau menarik dalam-dalam rokok cengkih sambil menghembus kuat ke udara.

Gua…………?

“Laju lagi! Aku tak suruh berhenti lagi, nie kopi banyak lagi nih! Cepat sikit!”

Gua kena henjut ketampi sampai kopi panas gelas besar yang gua ambil tu habis di minum. Dengan tidak berbaju, dengan angin subuh yang mula menghembus kesejukannya sehingga mencengkam tulang. Gua henjut ketampi sambil menggigil seperti menari.

Kalau tahu gua kena denda, baik gua bawak satu gelas kecik kopi panas. Ini subuh-subuh buta kena henjut ketampi dengan tidak berbaju dan juga secara solo memang langsung tak best. Masa tu la terasa nikmat kalau dapat tido dan baring dalam block.

Buat muka kesian pun tak guna, pasal dia punya muka memang takde langsung belas kasihan punya manusia!

Friday, February 4, 2011

Di pukau Titanic



Perghhh, ralit betul bapak gua tengok TV. Dah pukul 2.30 pagi pun rilek lagik. Gua masuk rumah pun dia wat endah tak endah.

* * * * * * * * 

Patut la, layan citer Titanic rupernya. Kah kah kah!