Monday, April 19, 2010

Hari ini dalam sejarah

Pertengahan darjah dua, gua dah ada kat melaka. Masa nie gua takleh nak merasa bangun lewat. Pagi-pagi buta gua dah kena bangun. Sekolah sesi pagi. Dulu kat Temerloh sesi petang. agak menarik jugak pasal gua leh bangun lewat dan kalau terbangun awal bleh main lastik-lastik burung kar hutan belakang rumah. Skang nih biler duduk kat melaka, gua tak leh nak main lastik dah. Kalau main lastik harus gua kena cepuk ngan ahli masyarakat rumah tuh. Skang nih duduk rumah jenis taman beb. Mana nak jumpa dah situasi kampung ngan suasana yang sunyi dengan alunan muzik kicauan burung dan unggas.

Balik dari sekolah dah pukul 2.00 ptg. tok tak tok tak...dah pukul 2.30. Masa untuk gi mengaji kat umah nek silah ngan kelas fardu ain kat masjid. Kelas fardu ain pun kebanyakannya gua belajar ngaji jugak. Bukannya gua belajar amik air semayang ngan betul ke, belajar hukum fekah ke, belajar bab-bab jenayah islam ke, belajar mandi mayat ke, belajar talqinkan mayat ke, belajar mandi wajib ke dan apa-apa yang sewaktu ngan nya. Secara tidak langsung gua mengaji dua kali. Secara tidak langsung segala bunyi dengung dan alunan suara gua ketika mengaji semakin merdu dan harmoni. Pitching tidak menjadi masalah pada gua. Cuma kadang kala, alunan harkat tuh agaks tergelincir dari landasan. Tapi totally gua bleh dapat undian sms tertinggi kalau di pertandingkan dalam rancangan TV realiti.

Masa tuh, gua jam tangan pun takde. Tapi rasa hati gua mmg tajam. Gua dah boleh agaks skang nih pukul baper. Itu masa hati mmg tengah clean lagik la, masih putih bersih. Skang nih dah mcm-mcm kaler ader. Kalau di capur adukkan bleh jugak menandingi pensil kaler luna yg ada 32 batang warna tuh.

Ader satu ketika gua bertindak bijak dengan melarikan diri dari mengaji untuk cepat balik ke rumah. Waktu tuh kalau tak dapat tengok kesatria baja hitam ngan gaban memang ibarat putus cinta la. Esok kat sekolah takde modal nak bercerita ngan kengkawan, nak menipu pun takleh. Mmg jadi sedih la time tuh. Dia punya duka boleh ibaratkan sama dengan tak dapat ikut family gi jejalan gi kolompo.

Kalau dapat lari dari fardu ain mmg gua berbangga tahap kronik punya. Laju jer gua kayuh basikal balik rumah. Siap wat sliding lagi kat tepi longkang sblm masuk ke perkarangan rumah gua. Hebat bukan?. Gua cepat-cepat masuk dalam rumah terus tukar baju ngan seluar. Amalan itu wajib gua lakukan untuk mendapatkan mood yang tenang menonton rancangan TV kegemaran gua. Kalau tidak gua akan menonton rancangan gua sambil menangis teresak-esak kerana di libas tali pinggang kat belakang badan oleh mak gua. Mmg tak menarik dan feel langsung kalau tgk TV time situasi mcm tuh, menjejaskan emosi.

Ader suatu hari gua akan buat perangai yang sama melarikan diri dari kena mengaji kat fardu ain. Seperti biasa jugak gua akan segera tukar baju dan seluar. Memandangkan time tuh gua mmg dah pandai tengok jam dinding walaupun gua takde jam tangan. Gua sampai rumah agak awal time tuh. lebih kurang 20 minit awal. Maknanya gua buat larian terpantas daripada biasa.

Pukul 4.30 kesatria baja hitam akan bermula dan seterusnya pada pukul 5.00 gaban pula akan beraksi. Pukul 5.30 masa untuk melakonkan semula aksi-aksi cemerlang hero kegemaran gua waktu tuh di hadapan rakan-rakan yang terlebih sebaya. Kesatria baja hitam belum start lagi. Maka gua dengan penuh tawaduq dan istiqamah mengambil tempat di hadapan Tv sambil berbaring terkangkang. Gua kira itulah perkara paling sopan dari sorang kanak-kanak yang belum mencapai akhil baligh lagik.

Perasaan berdebar-debar masih terasa. Waktu tuh masa seakan-akan sengaja melambatkan waktunya. Setiap 10 saat gua akan pandang jam dinding yang terletak di belakang gua. Gua masih setia menunggu. Masih setia menanti. Tapi otak gua cenderung untuk melakukan aktiviti berimaginasi. Gua amik port selesa untuk berimaginasi supaya mudah ia berulang tayang dalam otak gua sementara menunggu hero kesayangan gua tuh bermula untuk beraksi.

Makin lama makin seronok gua berimaginasi. Macam-macam gua bayangkan. Dapat makan cekedia satu lori kontena. Dapat pujuk ayahanda dan bonda beli lego kat kolompo. Beli itu ini. Makan ais krim mahal-mahal. Memang seronok ketika berimaginasi.

*** 

Ahhh...terlebih plak gua berimaginasi. Harus gua cepat-cepat set mental gua semula untuk fokus pada hero kesayangan gua. Gua cepat-cepat bangun. Gua toleh TV. Tapi gua hampa. Gua tgk bukan hero gua yang tengah beraksi. Hero lain. Gua toleh kearah jam. Banyak kali gua toleh jam untuk mendapatkan kepastian. Gua kecewa. Besok kompom gua nganga besar punya mendengar cerita kawan-kawan. Gua bengang. Gua marah terus rasa nak meradang. Gua bengang. Gua raser nak mengamuk dengan membaling-baling kusyen rumah. Tapi gua matikan saja hasrat hati gua. Gua takut kena libas ngan tali pinggang oleh mak gua. Gua benci giler rancangan nie.

Kenapa gua berimaginasi sampai tertidur. Biler gua tersedar dan bukak mata gua tengok rancangan Hari ini dalam sejarah pulak. Celakak betul. Bentak hati gua masa tuh. 

No comments: