Tuesday, May 17, 2011

Cinta Gadis bunian (episode 1)

Senja sudah semakin hampir menutup tirainya. Serentak dengan itu, kelipan lampu-lampu neon sudah memancarkan cahaya di setiap blok rumah di kawasan kejiranan kota metropolitan di Lisbon Portugal.

Umat manusia masih lagi ramai berlegar-legar di kawasan kota. Ada yang baru pulang dari opis. Ada yang bergegas untuk ke tempat kerja kerana shift malam. Ada juga manusia yang baru lepas di kerjakan dan juga sedang mengerjakan. Itu semua bikin balai polis kat Lisbon sesak barat dengan kes-kes macam tu.

Di tengah kerancakan kota metropolitan, kelihatan seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan lewat 20-an sedang menolak motosikal berkuasa rendah di tepi jalan. Berkali-kali dia cuba untuk menghidupkan enjin motosikalnya, tapi masih gagal. Sudah segala macam ilmu permotoran dia gunakan, masih lagi tidak mampu untuk  menghidupkan enjin motosikalnya.

Hujan rintik-rintik telah pun turun di kota Lisbon. Jelata rakyat manusia yang pada awalnya tenang berjalan kaki menyusuri susur kiri dan kanan jalan, kini sedang membuat aksi larian-larian pantas untuk mengelakkan diri dari kebasahan dek hujan.

Pemuda tadi masih lagi gigih untuk menghidupkan enjin motosikalnya walaupun hujan sudah semakin lebat. Ramai yang memandang gelagat pemuda itu, tapi tiada siapa yang sudi membantunya Hujan yang turun dengan lebatnya itu seakan menjadi penghalang untuk mereka membantunya.

Hati pemuda itu sudah semakin panas. Tiada lagi erti kesabaran dalam jiwanya. Marahnya sudah meruap-ruap. Satu tedangan padu diberikan pemuda itu pada bahagian sisi kiri enjin motosikalnya di kala hujan sedang turun dengan lebat. Serentak dengan itu, satu simbahan air hujan yang bertakung di atas permukaan jalan raya membasahi dirinya. Itu dinamakan pembalasan yang adil dan saksama.

Mahu saja dia menjerit kerana dugaan seperti itu. Hendak menangis nanti di katakan jantan lembik. Tetapi situasi itu benar-benar mencabar kelakiannya. Namun dia harus pasrah untuk menerima dugaan begitu.

Bersambung……

Saturday, May 14, 2011

Seketika berborak bersama Tuan Boss

“Apis! Apis!.......”

“apahal pulak nih boss! Apa menda yang saya dah buat nih?..”

“Ko nih, Dah lerr engineer, pakai la cantik sket apis…”

“Nak cantik apa lagi boss, bukan saya pakai spender pergi kerja, lengkap baju seluar kot nih!”

“Betul, ko pakai lengkap baju seluar! Tapi seluar ko tuh bertampal-tampal macam nak pergi konsert rock”

“Dah ini jerr boss yang tinggal, kot nak beli baru pun kena pakai duit boss! Duiitttttttttttt” Sambil gua membuat gaya duit-duit di tangan.

Boss gua terdiam sambil memandang sepi berlawanan arah sisinya. Mungkin tengah memikirkan pertanyaan yang terlepas dari mulutnya pada gua tadi. 

Amacam boss? Gaji bulan lepas tak masuk lagik nih! Apa macam mau beli seluar cantik-cantik pergi kerja boss!