Saturday, April 17, 2010

papa kedana tahap tersungkur

Zaman belajar kalau tak pernah sesak duit atau dalam bahasa skemanya keputusan bekalan kewangan mmg tak best. Kalau tak pernah sesak duit memang takkan ada citer menarik. Sebab masa duit takde nih la mcm-mcm idea timbul nak bagi perut sendiri makan. Kretiviti yang hanya timbul tatkala duit mmg tinggal kepingan duit seringgit yang boleh di kira ngan jari sebelah kanan nih. masa nih la mencungap-cungap kepala memeras idea nak bagi perut terisi. Skang nih aku review balik keadaan aku time duit takde.

situasi 1 

Seingat aku setiap 15hb aku akan sesak. Dalam wallet mmg akan menjadi nipis. Kepingan duit semakin berkurang. Nak kata aku nih jenis beli barang yang branded-branded tidak juga. Bukan tidak, mmg tak pernah ada. Tipulah pulak aku cakap takde, ada sehelai je yg branded. Jersi LA Galaxy calor putih, tulis nama Beckam lagi. Walaupun aku bukanlah peminat setia backem dan jauh skali selaku peminat kelab lama beliau iaitu mencheesssteeek United plantation. Aku tempah jersi nie kat member aku masa dia mengaji kat US dulu. 

Duit takde apa yg aku wat. Aku akan korek segala apa yang di katakan duit. Dan selalunya adalah syilling. Penuh poket nak membeli nasi + telur mata yg berharga RM1.50. Biler dah masuk 10 hari makan nasi berlaukkan telur sampai muka pun dah rupe telur, aku akan jadi jemu. Jadi aku akan upgrade pada menu lain plak. Nasi + sayur, aku akan jadi vegetarian plak. Harga menu adalah sama nasi + telur. 

situasi 2

Maggie mmg paling bermakna dalam kehidupan seorang student. Aku nie bukanlah kaki maggie pun. Tapi dah terseksa, maggie juga pilihan hatiku. Tempat study nih mana ler ader dapur bleh main masak-masak. Mmg payah beb. Nak masak menu maggie + telur separuh masak pun agak tekanan. Tapi itu semua bisa di atur utk student yg kreative. Nak-nak untuk wat telur separuh masak. Tak susah nak wat telur separuh masak nih. Aku pakai kole keluli member aku nie, letak telur 2 biji pastu letak air panas. Tunggu dalam 30 minit. Pastu dah bleh metekedarah. Perhggg..Nikmat beb. 

Selalunya aku mmg takde stock meggie. Jadi apa yang aku wat. Aku akan turun gi bilek member aku yg terkenal dengan jolokan nama king of maggie untuk mengepaw beliau. 10 ke 15 hari bleh tahan lagi paw meggie org. Tapi kekadang tebal jugak muka. Maka pinjam la duit member untuk membeli stock meggie sebungkus dua berperisa kari pasal dpt free satu. Tak student la klu tolak menda yg free-free nih. 

situasi 3

Bekalan makin menyusut. Meggie akan di gunakan untuk makan malam sahaja. Duit pun dah tinggal sen-sen. Ader lagi 10 hari sementara menungu bantuan kewangan bersubsidi sampai. Time nie aku akan wat taktik gerila. Gi terjah bilik semua org. Buat muka tembok sudah. Janji perut ada isi. Mintak meggie seberapa banyak yg mampu. Kalau dah memang stock terjah meggie takde, atau diorang dah mula menunjukkan sikap kedekut. togok jer air kosong tuh sampai kembung perut. Perit bukan?.

situasi 4

Kalau time bulan puasa mmg agak memeritkan. Nak kata aku nih mewah berbelanja. Mmg tidak la. Sehari dalam RM10-!5 untuk budjet kehidupan. Korang sendiri kira la bape banyak duit belanja aku sebulan. Aku malas nak congak mahupun tekan calculator nie. Kalau time sabtu ahad mmg seksa tahap perang teluk. Time nih surau xde buat makan-makan berbuka pasal xde budak. Semua pakat cabut lari balik kampung. Aku jer yang terkontang kanting duk sini. Aweks?. Awal-awal lagik aku hantar beliau balik kampung supaya bawak balik stock makanan berlebihan. Hahahaha....

Pernah satu ketika dier punya seksa sampai tahap nak bangun pun tak larat. Tapi jgn korang ingat aku ponteng puasa plak. Selama aku dah berakhil baligh nih. Aku belum pernah lagi tinggal puasa. Jahat-jahat aku pun puasa tuh aku xtinggal walaupun terseksa nak mencari sesuap makanan untuk berbuka. Ini fakta bukan auta.

Aku pernah sahur togok air kosong. Pastu gi kelas pun muka layu je. Kalau ader wat lawak bodoh mmg mintak backhand sepam dua. Muka aku tgh jelita nih menahan kelaparan. Buka puasa pun minum air kosong gaks. Perghhh..mendidih perut lain mcm. Nasib baik tak kena gastrik. Sampai pukul 10 malam. Aku dah raser mcm nak pitam. Raser cam nak menangis jer. Tapi hati masih kental. Lepas solat isya'. Roomate balik dari kampung. Bawak mee kari. Itu jam, org somalia pun takut tengok aku. Kuah licin. mee licin. Mangkuk tuh tak yah nak cuci kalau malas. siap sedia berkilat. Korang paham tak kenapa?.

situasi 5 

Pernah dengar perumpamaan "jangan sampai nasi jadi bubur". Itulah yang aku praktikkan kalau tinggal beras je kat bilik member aku. Aku balun masak nasi sampai 2 pot. Cukup untuk tanggung perut aku dan beberapa kroni yang senasib.

Sebagai komanden yg bertanggungjawab, aku arahkan mereka2 pergi mencari meggi. Untuk apa plak meggie nih?. Yaaa...itulah dia lauk paling enak untuk di makan bersama nasi yang dah aku wat jadi bubur. Campurkan ngan meggie beserta perencahnya skali. Nak cuba?. Tunggu anda kekeringan duit dulu. Pasti enak di makan ketika menonton rancangan carekarama kat TV3.

situasi 6

Time nih mmg serba tak kena. Sebagai seorang perokok yang tegar. Mana mungkin mulut tak boleh nak berasap dalam sehari. Boleh hilang pedoman kalau mcm tuh.  Nak beli rokok sendiri?. Mampus kering la mcm nih. Apa yang aku wat?. Paww la aper lagik. Aku cukup pantang tgk member isap rokok atau nak menyalakan rokok. Dengan tiba sistem bau, penglihatan malah pendengaran juga berfungsi dengan baik ketika ini. Walaupun member isap rokok dalam bilik. Bilik pulak 3 bilik selepas bilik aku. Mmg champion aku nih. Terbuka jer pintu hati masuk bilik dia. Belum lagik aku miss kalau masuk bilik org tak dapat paw rokok. Biler dier tgh isap rokok ngan pantas aku jerit. SETENGAHHHH.....Paham tak?. Buat2 paham sudah.

situasi 7 

Pantang org ajak kenduri kahwin, walaupun aku tak kenal budak tuh. Tapi sebab yang ajak tuh member. So aku pergi la jugak sebagai merangkap member kepada member aku. Masa nie, kalau boleh aku nak bawak mangkuk tingkat. Kasi tapau semua lauk pauk. Tapi memikirkan akhlak yang kurang mulia nih. Aku matikan jer hasrat murni aku nih. Tapi biler balik mesti dapat tapau gaks dari beg plastik. Mcm tau2 jer student nih kaki sengkek.

Pernah satu ketika, kitorang sesat cari rumah member yg wat kenduri kahwin. Semangat berkobar-kobar nak makan free. Tanyer org, mana dewan org ramai sekian-sekian jalan. Perghhh...berapa banyak dewan org ramai la kat serdang nih. Ada satu india, mmg baik hati tolong kitorang. Dier gi tunjukkan jalan. Mmg champion la dia nih. Tanyer jer kenduri kahwin sekian-sekian nama. Terus dia tunjuk jalan. Aku raser dier nih ketua cawangan MIC situh kot.

Siap tolong bawak pergi majlis kahwin tuh lagi. Dewan mmg penuh orang. Tapi kitorang tak nak keluar keta. Kitorang nak makan nasi minyak berlaukkan ayam goreng berempah atau ayam masak merah + daging kurma beserta sirap ais. Kami tidak mahu minum susu segar dalam balang tembaga. Kami juga tidak mahu makan nasi putih beralaskan daun pisang. Kami juga tak sanggup makan kari berperisa kepala gajah. Aku syak rupa aku nih ada iras Amita Bachan la kot.

Itulah serba sedikit situasi yang mencemaskan ketika aku masih belajar. Tapi situasi itu semua masa aku belajar time diploma dulu. Time degree nih, alhamdulillah belum pernah lagi keputusan duit. Dah pandai belanja dengan cara berhemah kot. Time degree nih aku duduk umah sewa. Masyarak kat sini selalu jemput org2 bujang rumah datang makan klu diorang wat kenduri. Kami mmg tak menolak. Kami tetap dtg walaupun xdpt kad jemputan. Terima kasih la masyarakat sini yg sentiasa prihatin ngan org bujang mcm kitorang. Saya janji takkan pangkah umno sampai bila2. Apa hal plak nih?. Pedulik la aku nak tulis apa pun. Hahahahahha..... 

No comments: