Friday, December 31, 2010

esah lagenda [finale episode]

Rupa-rupanya ibu mereka cuba untuk mempelajari teknik dari David Blane yang terror tue. Setelah di kombah kesemua sudut peti besi itu, mereka menjumpai sehelai sijil yang sudah di mamah usia. Sijil yang di perakui oleh David Blane yang ibu mereka ini adalah anak muridnya. Terdapat juga sebuah album yang berbau tungkik dan bekas tumpahan sos keropok lekor yang menunjukkan gambar-gambar ibu mereka belajar magic dengan David Blane.

Kesemua mereka riang dan tenang. Tiada lagi sangsi yang terpancar di wajah mereka. Mereka kembali menyimpan barang-barang khazanah ibu mereka untuk tatapan tatkala rindu bertandang nanti.

Monday, December 27, 2010

esah lagenda [episod 7]

Setelah hampir berpuluh-puluh tahun Esah hidup menjanda dan anak-anaknya semua sudah mendirikan rumah tangga dan pandai masak nasi goreng kampung sendiri, maka Esah pun bersara dari arena glamor. Geng 6 pemberontak pun sudah ramai yang insaf setelah mereka pulang dari menunaikan haji pada tahun sudah.

Akhirnya Esah pun meninggal dunia kerana sakit tua. Di tinggalkan Esah sebuah peti besi yang bersolex pada anak-anaknya. Wasiat itu telah di tuliskan oleh Esah di laman Facebook sehari sebelum dia meninggal dunia.

Kesemua anak-anaknya berkumpul untuk melihat sendiri apa kandungan yang berada di dalam peti besi tersebut setelah selesai upacara perkembumian. Anak Esah paling sulung datang membawa kunci solex yang di ambil dari dalam bilik Esah. Di buka peti besi itu perlahan-lahan untuk menambahkan lagi sangsi dan suspen pada adik-adiknya.

Terbukalah peti besi itu. Kesemua adik beradik bangun melihat kandungan isi yang ada di dalamnya. Kesemua mereka berkerut dahinya kerana di dalam peti besi itu hanyalah terdapat sebuah buku usang yang mengandungi teori-teori dan juga gambar rajah yang pelik. Tetapi tidak menyesatkan!.

Terdapat juga sebuah DVD tersisip antara helaian-helaian buku usang itu. Mereka semua berpakat untuk menonton kandungan DVD tersebut. Harapnya bukanlah DVD lucah yang boleh merentap jiwa nurani mereka.

Benar sama sekali. DVD itu bukanlah sebuah DVD lucah, tetapi dokumentari tentang perjalanan hidup Esah ketika menjadi seorang yang popular semasa hayatnya.

Tahulah mereka yang sebenarnya Ibu mereka ini mempelajari ilmu magic dan bukanlah ilmu sihir seperti yang digembar gemburkan oleh orang-orang kampung selama ini. Teringatlah setiap anak-anak Esah seramai 6 orang itu tentang peristiwa melihat ibu mereka seperti terapung di awangan.

Bersambung…………..

Sunday, December 12, 2010

Kehilangan gas

Malam kelmarin gua bersungguh-sungguh nak bersukan, nak membuang lemak-lemak yang dah lama berkumpul dalam badan gua ni. Balik dari melepak, gua dah membuat perkiraan yang rapi untuk membeli alat bantuan menyepak bola yang di namakan kasut sukan untuk bermain futsal.

Setelah lebih kurang 4 tahun menyepi dalam arena menyepak bola, kini! Gua kembali mengalas cabaran dan lemak yang terkumpul. Siangnya gua, bergerak meneruskan misi membeli alat menyepak bola di sebuah kedai popular menjual alatan sukan pada masa kini di Melaka Sentral.

Sebelum membeli peralatan, gua pergi memenuhi jemputan kenduri yang sudah tentu menjamu mulut dan menambahkan lemak-lemak di badan. Memandangkan gua sudah bertekad untuk mengurangkan lemak-lemak di badan, maka gua mengambil kuantiti yang maha sedikit demi untuk mengalas cabaran malam nanti.

Berbekalkan semangat kesukan yang tinggi dan modal kuasa membeli yang amat minima, maka gua telah memilih alatan menyepak bola berjenama antarabangsa yang bernama umbro.

Kajian yang telah gua lakukan secara rambang melalui internet, agak ramai pemain bola sepak yang handal dan bertaraf antarabangsa di sponsor oleh umbro. Antaranya seperti John Terry, Deco, Owen, Hernan Crespo dan ramai lagi yang gua tak kenal siapa mereka. 

Dengan berbekalkan semangat dan inspirasi kehebatan mereka, maka secara tidak langsung gua telah merencana sedikit sebanyak taktik yang boleh mengancam pihak lawan. Segala jenis ilmu taktik menyerang dan bertahan telah gua terapkan melalui pengalaman gua bermain Football Manager (FM). Semangat gua berkobar-kobar umpama api obor-obor di sukan olimpik.

Malam permulaan telah pun tiba. Aksi sulung gua setelah sekian lama tidak berkecimpung dalam, arena sepak menyepak. Lebih kurang 4 tahun lamanya gua menyepi. Berbekalkan kasut futsal berjenama umbro dan semangat inspirasi Michel Owen dan Hernan Crespo, gua begitu berkeyakinan bahawa masih tertinggal lagi sisa-sisa kehebatan dan skill gua dahulu.

Tepat jam 12.30 malam, tamatlah aksi sepak menyepak antara mereka-mereka yang suka bersukan waktu malam. Pada waktu yang sama, peluh jantan dan keringat gua telah di keringkan oleh angin malam dan kipas dinding bersaiz large.

Semangat Owen dan Crespo gua dah tinggalakan tepi court futsal. Kalau ada masa, minggu depan gua datang kutip semangat diorang tuh balik. Gua kehabisan gas malam tu. Gua sempat menjamah bola menggunakan kasut berjenama umbro dalam 2 game sahaja. Di mana purata gua bermain dalam lingkungan 10 minit sahaja dari 1 jam 30 minit masa permainan. Macam gampang!

P/s: MInggu depan gua harap gua boleh bermain purata dalam 4 game dan berjangkamasa 30 minit masa permainan.


Kasut umbro gua yang bakal menjejaskan kaki & pintu gol pihak lawan tidak lama nanti. Harap-harap gua bleh fit dalam masa yang terdekat! 

Monday, December 6, 2010

esah lagenda [episod 6]

Tibalah pada suatu hari, geng 6 pemberontak ini menemui bomoh paling hardcore di sebuah daerah siam. Mereka cuba untuk menyantau Esah dengan ilmu sihir. Geng 6 pemberontak sememangnya sudah berbulu dengan kekayaan Esah. Di tabor fitnah pun orang kampung tak percaya, maka dengan cara membomohkan Esah sahajalah caranya untuk memberikan kepuasan di hati mereka.

Di hantarkan santau paling ganas di alam sihir menyihir ini pada Esah. Perjalanan santau itu bukan main jauh lagi untuk sampai ke rumah Esah. Kadang kala dia terpaksa berhenti bertanyakan jalan pada geng-geng jin jahat yang dia jumpa di sepanjang perjalanannya.

Apabila sampai di lokasi rumah Esah, santau terus menjalankan tugas yang telah di amanahkan padanya. Dia terus menerjah pada Esah yang sedang nyenyak tidur di sebelah suaminya. Entah bagaimana, tiba-tiba Suami Esah berpaling dan berpusing mengambil side Esah. Akhirnya santau itu mengenai suami Esah bukanlah Esah. Jatuh sakitlah bertahun-tahun lamanya suami Esah akibat kesilapan santau.

Setelah bertahun-tahun lamanya menderita, akhirnya suami Esah meninggal dunia. Esah anak beranak sedihnya bukan kepalang. Walaupun mereka sedar yang ibu mereka masih punya banyak wang tetapi mereka tetap sedih kerana tiada siapa lagi yang mahu memasakkan mereka nasi goreng kampung untuk bersarapan ketika ibu mereka, Esah pergi membuat show.

Bersambung……………

Wednesday, December 1, 2010

jejak kasih si gadis tol

Gua busy sungguh, betul-betul punya busy. Bukan di buat-buat punya busy. Ini pun curi-curi masa mau update blog. Bukan main sibuk lagi macam ahli parlimen. Kesana kemari, kesitu kesini.

Masuk opis on laptop, capai telefon, dail no-no yang berkenaan. Follow up mana-mana yang patut. Reply email mana-mana yang perlu. Kasi marah-marah sikit mana-mana orang yang buat gua naik darah.

Balik opis dalam pukul 8.30 macam tu. Waktu sesuai untuk membawa kenderaan dengan tenang tanpa perlu memaki hamun. Masuk tol LDP untuk pulang ke rumah. Tol no.2 sebelah kiri adalah tol wajib untuk beratur membayar tol RM1.60, walaupun kenderaan beratur sehingga ke sungai besi.

Time nak bayar duit tol adalah waktu paling tenang setenang air di kolam istana raja kayangan. Gua kasi setting rambut baik-baik. Janggut kasi sikat rapi. Muka kasi senyuman yang menawan. DI hadapan ada manusia yang berwajahnya manis, rambutnya ikal mayang, kulit kuning langsat, matanya spesis mata heliza. Shawani namanya.

Esok kalau gua bayar tol, gua nak pas bisness card gua sekali kat dia buat ilmu pengasih. Kot-kot kalau sangkut boleh lalu tol free hari-hari.

Amacam taktik gua, Power tak!