Thursday, September 30, 2010

melastik ke bintang [finale episod]

Dalam keadaan Acai meronta-ronta melepaskan diri, Acai terpandang wajah Ibunya yang sedang memegang baldi. Acai diam terpaku. Tidak lagi meronta. Suara garau lawannya yang begitu asyik meng”grip” kepala Acai itu juga begitu di kenali.

Dengan perlahan Ayah Acai melepaskan cengkaman. Acai agak pening sedikit. Apa tidaknya, dengan sedutan nafas yang tersekat di tambah pula bau ketiak. Acai cuba untuk control diri. Dia cuba mengingati apa yang terjadi.

Belum sempat Acai bertanyakan soalan pada kedua orang tuanya tentang apa yang terjadi. Orang tua Acai terlebih dahulu menyerang dengan bebelan secara terbuka dan terpantas serta terhebat. Terlalu panjang sehingga sukar untuk di tafsirkan melalui penulisan yang abstrak ini.

Iya, Acai sebenarnya mengigau di siang hari. Igauannya itu terlalu teruk. Abis lintang pukang bilik Acai di kombahnya. Acai masih lagi tidur ketika menunggu waktu asar tadi. Ayah Acai terpaksa mengambil tindakan yang drastic dengan memberi grip yang padu pada kepala Acai untuk menyedarkannya. Ayahnya juga hampir-hampir menggunakan teknik stone cold stunner pada Acai jika teknik gripnya itu tidak menjadi.

“Acai,Acai…cari kerja dulu baru sibuk nak amik anak dara orang. Kalau tak kerja nak bagi anak dara orang makan apa nanti haa!” bebel emak Acai yang terakhir pada petang itu sebelum Acai melangkah longlai mengambil wuduq bersolat asar.

Tuesday, September 28, 2010

siri melayan pe'el Bruce

Bruce sudah lama terpacak di kedai kopi itu. Gua hadir agak terlewat sedikit kerana singgah kedai 7-11 untuk membeli stok rokok. Imam minhat juga turut duduk semeja dengan bruce.

Ketika itu mereka semua sedang menonton tayangan drama dari astro. Entah sedap entahkan tidak ceritanya, tapi ralit semacam tengok porno.

Tatkala gua duduk di meja, iklan sedang mengambil slot tayangannya pula. Di kala itu gua menjerit dengan lantang memesan minuman. Sementara menunggu minuman gua sampai, gua membuka kotak rokok yang baru di beli. Api nyalaan sederhana yang terhasil dari pemetik api gua cucuhkan pada rokok. Bakaran yang sempurna untuk terus gua sedut dan di hembuskan dengan garang.

Puas dan tenang ketika itu. Air minuman gua juga sampai. Gua berborak kosong dengan imam minhat berkenaan isu semasa. Turut meliputi berkenaan masalah remaja yang sudah semakin membarah penyakitnya.

Bruce juga terpanggil untuk berbincang. Perlahan dia bersuara, tapi padu pertanyaannya.

“imam, kalau tengok porno nie best ke tidak ehhh?” soal bruce bersungguh-sungguh.

Tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut imam minhat. Apa yang ada hanyalah gerakan pantas tangannya menuju tepat pada kepala Bruce.

Bruce sudah terpersok di bawah meja. Mulutnya berbuih seperti buih Nescafe tarik yang gua order. Dengan pantas gua menukar tempat mencari meja lain.

Imam minhat dah start main karate-karate meja.

Thursday, September 23, 2010

antara student dan menteri

Sesungguhnya menjadi seorang student lebih best dari menjadi seorang perdana menteri atapun exco kerajaan negeri. Jadi student boleh ngorat awek sana sini, jadi menteri, nak ngorat awek sana sini pun boleh, tapi muka masuk paper pembangkang jadi tajuk muka depan. Esok nak-nak dekat PRU dah tak dapat jadi calon. Pasal tue jadi student nie best.

Paling style bile, ada awek yang mempunyai "cutting" yang cun, berpakaian sexy dan berwangian yang menaikkan nafsu duduk di sebelah aku time minum di cafe. Dalam keadaan bersungguh-sungguh si gadis  bertanya itu ini pada aku tanpa berpaling muka. Aku yang duduk di sebelah, hati dah berbunga riang. Member sebelah menyebelah ada yang usha macam nak membunuh pasal dah start dengki.  

Apabila si gadis mula berpaling dan melihat diri aku, dia terus tersenyum dan berkata.

“maaf abg, saya tersalah orang…” kata si gadis sambil tersenyum.

Tinggallah aku seorang diri. Tadi hati dah berbunga, kini dah bertukar jadi bunga taik ayam. Hanya tinggal wangian si gadis yang sedikit demi sedikit di bawa angin. Deraian ketawa dari member-member pula bersilih ganti. Baru nak kerek ader gadis  cun dan sexy duduk kat sebelah. Kini aku kembali meneguk minuman yang berbaki sambil menghabiskan sepam dua rokok di jari.

So, jadi menteri nie best ke tak best? Jawab lerrr…….!

Wednesday, September 22, 2010

nostalgia kanak-kanak

Zaman kanak-kanak,apabila melepasi tahap menaiki basikal beroda dua sudah di kira otai di kalangan mereka. Pada mereka yang sebaya yang masih beroda tiga di belakang, akan di pulaukan mengikut akal kanak-kanak. Mereka tiada tempat di dalam kumpulan yang di wujudkan secara haram jika mengikut kepada akta penubuhan kelab dan persatuan.

Mereka akan di pandang paling cool jika dapat menunggang basikal dengan melepaskan kedua belah tangan dan sambil memakan cekedis. Itu paling cool. Ketika itu mereka akan merasa paling handal dalam arena berbasikal jika gadis-gadis sunti menjeling dengan penuh senyuman.

Gua punya cool tidak sampai kemana. Ianya telah mencalarkan imej gua yang mempunyai skill penungangan yang paling cool zaman itu. Semuanya terjadi pada suatu petang dikala gua sedang menunggang secara solo dan sambil memakan cekedis.

Tengah dalam keadaan sedap gua melahap cekedis, gua tidak perasan yang tayar depan basikal gua telah terlanggar seketul batu yang agak besar. Mungkin ada unsur sabotaj kerana dengki dengan skill yang gua ada. Gua gagal mengimbangi badan.

Dalam pikiran gua hanyalah untuk menyelamatkan cekedis yang masih banyak lagi bakinya. Lalu dengan kelajuan yang amat sederhana, gua jatuh dengan daya tujahan yang amat menyakitkan serta mampu mengoyakkan kulit siku dan lutut gua.

Paliing tidak seronoknya, gua jatuh betul-betul depan rumah gua. Ketika itu bapak gua baru saja pulang dari kerja. Kepedihan itu paling maksimum selepas gua diarah masuk ke rumah dengan segera.

Sudahlah siku ngan lutut kemain perit. Talipinggang pulak hinggap kat badan. Selepas kejadian yang mencalar imej gua. Terus gua membawa basikal seperti brader-brader. Slow and steady. Sudah tentu ianya akan menjamin keselamat lutut dan siku gua.

Monday, September 20, 2010

melastik ke bintang [episod 10]

Tetapi Acai silap kerana kehadiran dua orang manusia itu adalah untuk menambahkan lagi derita dan juga sengsara Acai. Acai kini di serang luar dan dalam. Mungkin juga ilmu batin sedang di praktikkan untuk menghentam Acai yang agak kurang sopan kerana menerjah rumah orang tanpa adab.

Dalam keadaan kelam kabut dan lintang pukang Acai mempertahankan dirinya itu, kepala Acai sudah dapat di tangkap dan di “grip” di celah ketiak salah seorang lawannya. Bau tungkik begitu kuat menyesakkan kedua belah lubang hidungnya. Jika lama dia di apit begitu boleh muntah hijau Acai di atas gelanggang.

Dalam keadaan nafas Acai tersekat-sekat kerana bau ketiak lawannya, lawannya yang seorang lagi menyimbah air. Habis basah lencun Acai. Apa motif menyimbah air ini pun Acai tidak begitu pasti.

Apa yang pasti, hiruk pikuk seperti di dalam stadium tadi telah berubah. Tiada lagi Atiqah, ayah Atiqah dan juga mamat berkereta mewah. Tempat ini seperti biasa di lihat. Tetapi sudut untuk menggerakkan kepalanya agak sukar kerana kepalanya masih lagi di apit di ketiak lawannya.

Bersambung……………

p/s: Bruce Dicksons cuti raya dekat Phuket. Entah-entah sedang berpeleseran dengan gadis-gadis berbetis gebu kat sana. Bukan boleh percaya dia tu, siap bleh send sms suh sambung cerita dia.  Macam setan perangai!

Friday, September 17, 2010

melastik ke bintang [episod 9]

Acai berterusan di asak pelbagai penjuru dari mamat berkereta mewah dan juga ayah Atiqah. TIdak kurang jugak serangan hendap dari Atiqah yang sekali-sekali menghentam belakang Acai dengan kerusi. 

Asakkan demi asakan Acai terpaksa tempuhi. Sekali sekali Acai dapat juga peluang untuk membuat pukulan pada mamat berkereta mewah. Tetapi tenaga mamat itu lebih power dari Acai. Dengan mudah dan selamba dia mampu mematahkan serangan Acai.

Serangan akan berterusan jika ayah Atiqah masuk semula ke gelanggang. Dengan membuat beberapa aksi mendebarkan dan juga cemas yang juga mampu untuk membuat Acai cedera parah. Setelah aksi berani itu, ayah Atiqah akan segera pass kembali pada lelaki berkereta mewah untuk meneruskan serangan pada Acai.

Tidak semena-mena, ketika semua orang sedang sibuk membelasah Acai. Lampu gelanggang telah terpadam. Hanya lampu seakan lampu kecemasan yang berkelip-kelip seperti mentolnya sudah sampai masa untuk di gantikan dengan yang baru. 

Api menyambar-nyambar. Kelihatan dua susuk tubuh manusia sedang bercekak pinggang di tepi gelanggang. Pada ketika inilah Acai cuba untuk mengambil nafas, setelah tidak henti-henti dia di belasah. Atiqah yang pada dasarnya cukup cantik dan manis pada pandangannya, kini sudah sama seperti king diamond. Bukan main brutal lagi. Acai berharap dua orang manusia itu tadi hadir untuk membantunya.

Tetapi……………

Bersambung……………………

Wednesday, September 15, 2010

melastik ke bintang [episod 8]

Langkah Acai yang penuh hasutan itu sudah tepat berdiri di depan pintu pagar rumah Atiqah. Kereta mewah itu juga turut kelihatan berada di perkarangan rumah Atiqah. Mahu saja Acai membakar kereta mewah itu untuk melunaskan dendam kesumat dan sakit hatinya.

Acai kini sudah tidak boleh berfikir dengan waras apatah lagi mahu berfikir dengan tenang. Acai melangkah masuk kedalam pekarangan rumah dan dengan suara garau yang bernada tinggi soprano di sertakan dengan sedikit garapan nada garang, dia memanggil Atiqah keluar. Tanpa sedikit pun mempunyai adab sopan santun kemelayuaan, Acai begitu kurang hajar memanggil Atiqah. Dia mahu bertemu dengan Atiqah untuk bersemuka dengannya segera.

Dalam keadaan Acai yang dah macam orang kurang siuman itu, hadir selipar jamban yang sebelah kiri datang terbang menjawab panggilan gila Acai tadi. Jawapan selipar itu tepat di kepala Acai. Air basahan dari jamban masih lagi terlekat di selipar. Mungkin bau-bauannya juga masih terlekat di situ.

Seorang pemuda yang tidak di kenali oleh Acai menjengahkan mukanya dengan wajah yang garang dan bengang di tingkap atas rumah. Mak Atiqah dah kucar-kacir kat bahagian dapur mungkin mencari penyapu untuk menghalau makhluk yang sedang menggangu kedamaian petang mereka.

Bapa Atiqah sudah muncul di luar rumah. Selipar jamban sebelah kanan sudah siap sedia untuk terbang menuju kearah kepala Acai. Acai sedikit pun tida gentar di atas serangan bapa Atiqah itu. Apa yang dia mahu hanyalah untuk berjumpa dengan Atiqah.

Acai masih lagi terjerit memanggil-manggil Atiqah. Pemuda yang kurang di kenalinya itu yakni merangkap pemilik kereta mewah sudah turun kebawah dengan tidak berbaju. Atiqah juga turut sama turun ke bawah sambil memaut lengan pemuda itu. Acai geram dengan tindakan Atiqah. Lantas bersuara untuk memberi nasihat pada Atiqah sekeluarga juga pada pemuda itu.

“Kurang sopan dan kurang hajar kau ini, tak malu ke ko datang umah orang pastu tidak berbaju pula. Atiqah! Mana kau punya sopan santun kau, hingga depan mak ayah kau dan juga aku nie kau melekat ngan pemda nie macam laki bini. Geram betul aku tau tak!. Kau tak pikir dosa ke hah!!’ nasihat Acai yang penuh garapan seperti imam muda lagaknya.

Pemuda berkereta mewah kelihatan tenang. Bapa Atiqah punya muka dah naik merah padam. Sikit masa lagi kompom bleh bertukar jadi ultraman. Kalau dalam wrestling kompom Acai dah ke hentam terlentang kat atas stage. Tapi mahu ke bapak Atiqah bergaduh ngan Acai pakai spender?.

Kesabaran Atiqah sudah sampai ke kemuncak. Dia benar-benar tidak dapat menaham geramnya. Orang yang menganggu kedamaian petangnya itu patut di ajar. Atiqah membongkokkan diri. Kebetulan bekas makanan kucing di rumahnya begitu hampir dengan tempat dia berdiri. Nah!, satu balingan tepat dan padu dari Atiqah khas untuk Acai yang menganggu ketenteraman orang. Tersembur air liur Acai. Hampir pitam dia. Tapi dia masih gagah dan boleh berdiri.

Kini giliran pemuda berkereta mewah itu pula memberikan satu side kick pada Acai. Berterabur pula gigi Acai. Kerjasama antara Atiqah dan pemuda berkereta mewah itu memang membuahkan hasil. Dengan sekali lompatan sahaja, Atiqah sudah boleh memberikan tendangan yang padu pada dada Acai. Dada Acai sudah berombak-ombak menahan sakit dan juga senak.

Acai kelihatan pelik. Dia kini benar-benar berada seperti di gelanggang wrestling. Ahh! Pikiran Acai begitu buntu sekali. Mengapa dia boleh pergi ke tempat ini?. Dari mana datangnya penontong seramai-ramai ini?. Bagaimana dia boleh memakai spender tanpa Atiqah berasa segan dan malu?. Acai tidak mempu menjawab persoalan demi persoalan yang terkeluar dari kepala otaknya. Dia perlu mempertahankan diri dari di serang bertubi-tubi oleh pemuda berkereta mewah itu yang turut di bantu oleh Atiqah.

Bersambung………

Friday, September 10, 2010

raya paling ngeri dalam hidup gua

Tahun ni, gua rasa inilah malam raya paling ngeri dalam hidup gua. Ini bukanlah bermakna gua dah berjumpa hantu jembalang yang dah terlepas dari ikatan sepanjang bulan puasa yang baru je berlalu. Tapi kerana ketiadaan walau seekor pun kutu untuk di ajak melepak.

Perghhh...ini macam nampak gayanya gua dah terpaksa buat planning baru, Idea-idea untuk menyemarakkan kehidupan gua sepanjang hari raya ni nanti. Bayang-bayang kebosanan nampaknya sudah mula kelihatan.

Kutu-kutu semua ni amik tender jual lemang/ daging ke apa sampai senyap sunyi macam nie. Kalau betul memang cilakak!. Nak kaut untung sorang-sorang la tu!

Thursday, September 9, 2010

melastik ke bintang [episod 7]

Kelihatan sebuah kereta mewah yang bersifat kedekut kerana mempunyai dua tempat duduk masuk ke simpang kampung. Acai sendiri tidak pasti model kereta tersebut. Kereta mewah tersebut melintasi Acai dan dengan tingkap kenderaan separa tertutup itu, kelihatan Atiqah ada di dalam kereta mewah tersebut. Bukan main mesra Atiqah dengan pemandu kereta mewah itu.

Wajah Acai merah merona kerana marah yang teramat sangat. Hatinya begitu sakit umpama di carik-carik oleh garfu karat yang kalau pakai “didi 7” pun belum tentu bleh hilang karatnya. Acai terasa seperti di permainkan perasaannya. Begitu kecewa dan sedih rasernya. Mahu sahaja dia berteriak dan melolong di situ. Tetapi oleh kerana memikirkan maruah dan harga diri yang akan tercalar nanti, maka Acai membatalkan niatnya itu.

Dengan perasaan yang sedih bercampur marah yang teramat sanagat kerana gadis pujaan hatinya di ambil orang, Acai nekad untuk melakukan sesuatu yang di luar dugaan manusia normal. Hasutan pari-pari kejahatan begitu menusuk sehinggakan kesemua battalion dan juga briged pari-pari jahat datang menghasut dan mencucuk pemikiran singkat Acai. Pari-pari kebaikan sudah pasti gagal menghalang kemaraan gerombolan pari-pari kejahatan. PAri-pari kebaikan sudah bertempiaran lari untuk mencari backup melawan balik geng jahat.

Sementara waktu, Acai sudah tersenyum-senyum untuk melaksanakan misi gilanya petang itu. Oleh kerana kutu-kutu seangkatannya masih juga belum hadir di situ. Acai tidak mampu lagi untuk terus keseorangan melepak. Dia harus pergi merampas kembali kekasih hatinya.

Dengan langkah gagah dan sumbang, Acai berjalan ke arah rumah Atiqah. Dia mahu buktikan pada Atiqah serta keluarga Atiqah sendiri bahawa cintanya pada Atiqah adalah ikhlas seikhlasnya. Dia bukan membeli cinta Atiqah dengan wang ringgit sebabnya dia memang tiada wang apatah lagi simpanan wang simpanan pekerja kerana sudah sedia maklum yang Acai adalah pemuda yang tidak bekerja dan oleh sebab itu jugalah mak ayahnya selalu membebal berkenaan dengan isu yang sama termasuk juga aku sebagai penulis cerita ini yang menaip tentang bebelan yang sama.

Bersambung…………..

Monday, September 6, 2010

kronologi kehidupan 10 tahun sebelum bergelar kutu professional

Kronologi kehidupan gua sepanjang sepuluh tahun.

2000
Gua masih lagi seorang budak sekolah yang bakal mengambil exam SPM. Masa tu semangat Metal begitu menebal di jiwa. Kepala asyik fikir nak pergi gigs sana gigs sini. Nak jamming lagu itu lagu ini. Dia punya semangat masa form 5 tu lain macam. Bukan main menaik lagi. Scene makwe-makwe belum into sangat dalam diri gua. Paling bangsat pun main swet-swet pakai mulut je.

2001
Tahun yang lebih kepada menunggu keputusan SPM. Dia punya takut lain macam. Bukan main berharap jangan ada apa-apa paper yang fail. Nak-nak kalau paper bahasa melayu. Pasal belajar pun jenis main-main, tapi berharap nak dapat result macam study 24 jam.

Tahun tu jugak, gua mengenali apa erti bekerja dan juga bidang tugas operator kilang. Gua kerja kilang dekat ngan rumah gua masa tu. Dulu-dulu gua ingat operator kilang ni macam operator dalam telefon. Kalau operator telefon boleh duduk 12 jam. Ini operator kilang 12 jam kena diri, nak duduk pun time rehat pagi dengan tengah hari. Dia punya lenguh macam panjat bukit botak.

Pertengahan tahun tu gua dah dapat sambung belajar masuk Uitm. Otomatiknya gua dah menjawat jawatan pelajar university. Inilah jawatan paling lama yang gua jawat dalam hidup gua.

2002
Gua masih lagi menjawat jawatan seorang pelajar university tapi dalam keadaan yang terumbang ambing. Maksudnya dalam keadaan yang boleh di kategorikan sebagai pelajar yang bakal dapat title Gagah Berani.

Masa nie gua dah mula kenal apa makna makwe. Scene metal pun tak boleh lawan dia punya semangat bercinta ni.

2003
Gua masih lagi menjawat jawatan sebagai pelajar, cumanya sudah bertukar menjadi pelajar kolej. Ini tahun gua baru rasa semangat bermakwe. Semangat metal terus down sampai hampir-hampir nak berubah kepada level pop rock.

2004
Masih lagi menjawat jawatan pelajar kolej. Semangat makwe masih menebal. Semangat metal pun bleh tahan down. Cumanya semangat study tu lain macam dia punya pergi. Ada power la orang kata.

2005
Antara tahun-tahun akhir gua untuk menjawat jawatan pelajar kolej. Semangat benda-benda tu masih lagi sama. Cumanya kepala otak ada tekanan sket. Tekanan nak perabiskan belajar. Umur pun masa tu baru teringat dah semakin bertambah angkanya. Ingatkan masih muda lagi.

2006
Tahun akhir gua sebagai pelajar kategori diploma. Gua settle gua punya diploma tahun ni jugak. Paling cemerlang dalam hidup gua. tak pernah ada paper yang sangkut. Tak macam kat tempat lama dulu.

Tahun ni jugak gua menjawat jawatan baru sebagai kutu. Adalah dalam 6 bulan gua jawat jawatan ni. Untuk mendapatkan sedikit kewangan untuk membeli baju raya dan juga seluar raya. Gua bekerja keras dengan menjalankan tugas secara amatur sebagai pengumpul tin-tin aluminium. Scene cari tin ni, gua terpaksa bersaing dengan mat-mat indon dan bangla.

Kemudian gua kembali menjawat jawatan pelajar untuk level ijazah. Itupun setelah gua puas mencari kerja. Macam haram dia punya seksa.

Pengalaman gua interview ada satu kilang tu, dia nasihat kat gua suruh cari experience dulu baru datang apply kerja dekat kilang dia. Gua rasa diorang ni semua bodah piang. Pasal dah terang-terang dalam resume gua, gua tulis fresh graduate. Macam mana gua nak dapat experience kalau kilang semua nak amik yang ada experience. Ni yang gua cakap belajar tinggi-tinggi tapi bodohnya bertingkat-tingkat.

2007
Seperti biasa gua kembali menjalani aktiviti sebagai pelajar. Jawatan yang tidak asing lagi dalam hidup gua setelah kecewa dengan dugaan mencari kerja.

Semangat makwe masih lagi menebal dan juga tahun yang memberi kefahaman tentang kerenah makwe. Dia punya sakit kepala lain macam. Assignment punya sakit pun tak macam ni. Masalah makwe ni boleh membawa kepada penyakit migraine kalau tidak pandai kawal.

2008
Masih lagi menjawat jawatan sebagai pelajar. Cumanya dalam keadaan yang maha kelam kabut. Patut la orang kata masuk level ijazah ni jangan main-main. Boleh membawa kepada membunuh, kalau ada yang cuba untuk berjenaka di kala kerja bertimbun.

Tahun ni jugak gua menjawat jawatan sementara sebagai pengundi baru. Dia punya seronok dapat mengundi macam kerajaan bagi bonus 10 bulan. Bukan main seronok lagi. Gua rasa sebiji macam hari raya. Siap bangun awal pagi. Cuma Ketupat ngan rendang je yang mak gua tak hidangkan untuk bersarapan.

2009
Masih lagi menjawat jawatan yang sama. Cumanya semangat makwe dah hilang kemana. Tahun ni jugak gua faham apa maksud clash. Tapi takde la pulak gua menonggeng sampai sakit-sakit. Mungkin Mat rock macam gua nie takde perasaan sedih-sedih. Tapi prestasi study gua tetap maintain.

2010
Tahun akhir gua menjawat jawat pelajar university level ijazah. Dia punya tekanan memang champions. Inilah buat pertama kalinya dalam hidup gua, di mana gua mampu mengarang dalam bahasa inggeris sebanyak 73 mukasurat. Itu pun sebab gua struggle nak siapkan thesis gua, kalau tak macam mana gua nak graduate.

Jawatan terbaru gua sekarang ini adalah menjawat jawatan sebagai kutu. Memang terbaik jawatan ni. Gua punya time pagi pukul 1.00 tengah hari. Gua punya siang dari 1.00 tengah hari membawa ke 3.00 pagi. Tak produktif langsung!.

Entah sampai bila agaknya gua menjawat jawatan kutu ni. Tapi yang pasti gua berpuasa penuh dengan ahli keluarga dan juga beraya sakan walaupun kekangan kewangan yang meruncing. Janji gua boleh beraya sakan tanpa memikirkan masalah negara mahupun dunia.

“selamat hari raya pada mereka yang tersesat masuk dalam blog gua ni”

Thursday, September 2, 2010

melastik ke bintang [episod 6]

Selesai bersolat, Acai kucar kacir bangun melulu keluar rumah. Hampir-hampir jugak dia keluar melepak dengan pakai kain pelekat. Nasib baik dia cepat sedar. Bergegas dia menuju kearah port lepak dia yang biasa. Di situ tempat paling strategik untuk mengurat anak-anak dara seperti Atiqah yang baru pulang dari kerja.

Acai sampai tepat pada waktunya tatkala van kilang tempat Atiqah bekerja memasuki simpang ke kampungnya tidak jauh dari tempat dia melepak. Kutu-kutu seangkatan Acai nampaknya masih belum kelihatan lagi. Hanya Acai yang tersengih sorang-sorang menanti Atiqah pulang dari kerja. Dah ler takde kerja, cari kerja pulak nak mengacau anak dara orang baru balik kerja. Kerja giler betul Acai nie.

Van kilang akan berhenti di satu kawasan lapang. Dimana semua pekerja yang duduk di kawasan kampung itu akan turun di situ. Maka berduyun-duyunlah pekerja kilang tidak kira janda, bini orang ataupun mak dara akan berjalan menuju ke kediaman masing-masing.

Acai sudah tidak senang duduk. Di lihatnya satu-satu wajah penumpang van yang turun tadi sehingga van kembali semula ke jalan besar. Nampaknya Atiqah tidak menaiki van itu untuk pulang. Acai sudah kehilangan punca. Senyumnya sudah tawar kerana ketiadaan Atiqah. Acai memang pasti dia yang lihat Atiqah pergi kerja pagi tadi. Acai akan sentiasa bangun awal untuk pergi ke port dia melepak semata-mata untuk melihat Atoqah pergi dan pulang kerja. Sebab tu aku cakap dia nie wat kerja giler.

Tiba-tiba……

Bersambung………….