Sunday, October 2, 2011

Kopi timbang nih punya stim tak sama dengan kopi uncang!

"Bulan 9 nih, dia punya busy macam celake! Dia punya busy sampai membawa ke tempat tido, sampai mimpi pun masuk hal kerja jugak!"

Gua mengeleng-gelengkan kepala mendengar keluhan dari brader yang share table dengan gua untuk pekena kopi. Punyalah kusyuk gua mendengar keluhan hatinya, sampai gua terlupa nak berkenalan dengan beliau.

Gua menyedut rokok gua yang berbaki dua tiga pam dan lantas menjentik puntungnya kedalam longkang.

"Tup, tup, tup" Puntung rokok landing di simen kedai sebelum masuk ke dalam longkang.

Gua menghabiskan sisa kopi di dalam gelas, sambil mata menjeling tepat ke wajah brader tu. sambil sambil itu gua masih mendengar butir bicara dari mulut brader tersebut. Agak tertekan kerja brader nih rupanya.

Gua menyapu mulut gua dengan tangan kerana kedai ini tidak menyediakan tisu. Gua angkat tangan kepada pelayan kedai makan, lalu menghulurkan seringgit kepadanya untuk membayar harga kopi. Gua menepuk-menepuk peha brader tu untuk memohon beransur dari situ dan minta dia bersabar dengan dugaan kerjanya itu. Brader itu angkat tangan kanan beliau dan mengangguk-angguk kepalanya tanda OK!

Gua blah dengan langkahan kaki yang steady. Dalam setapak dua melangkah keluar dari kedai gua berpaling melihat brader tu. Brader tuh sudah mengalihkan kerusinya menghala ke meja sebelah. Gua lihat brader meja sebelah dah kucar kacir nak perabiskan airnya untuk segera blah dari situ.

"Stedy jugak gua melayan orang gila bercerita sampai abis rokok sebatang" bisik hati kecil gua.

No comments: