Sunday, June 12, 2011

Cinta Gadis Bunian (episod 2)

Sedang dia duduk bertinggung meratapi nasib malangnya itu, baru dia sedar titisan air hujan yang mencurah-curah itu tidak lagi membasahi tubuhnya. Segera dia mendongak ke atas. Kelihatan seorang wanita cantik persis permaisuri sedang memayunginya.

Lelaki itu tersenyum, tidak terkata. Amat mulia hati wanita ini. Moral dirinya begitu tinggi sekali. Alangkah indahnya jika wanita itu menjadi temannya seumur hidup. Begitulah desis perasaan hatinya. Jiwa kelakiannya mengelodak dengan kecantikan juga keayuan wajah sang wanita itu. 

 Wanita itu hanya tersenyum memandang lelaki yang di payungi menatap wajahnya tidak berkelip. Lantas dia bersuara untuk memutuskan imaginasi yang mungkin sudah di pengaruhi oleh unsur-unsur negatif.

“awak tidak apa-apa ke?” tanya wanita itu.

Lelaki itu tersenyum seperti terpukau oleh suara gemersik wanita itu. Sudahlah cantik, suara pun sedap. Lelaki itu menarik nafas sedalam yang mungkin untuk membawa dirinya kembali kealam nyata. Jika berterusan begitu mungkin dia sudah di cop gila oleh wanita itu.

“Saya tidak ada apa-apa, saya Ok” sambil menunjukkan isyarat bagus melalui tangannya.

“Saya minta maaf kerana terlanggar lopak air itu dan terkena pada awak” pohon wanita itu. Lelaki itu memadang kereta berjenama mahal yang berhenti tidak jauh darinya.

“Sudahlah cantik, suara pulak mengancam, kereta pulak mahal. Bertuah betul kalau aku dapat jadikan kau isteri aku” bisiknya lelaki itu di dalam hati.

“Ohhh, tidak mengapa. Awak tidak sengaja melanggar lopak air itu. Saya Ok!” Jelas lelaki itu.

“Jika begitu baguslah, kerana saya ada urusan penting yang perlu saya selesaikan. Saya gerak dulu ya! Ada rezeki kita jumpa lagi, bye!” jelas wanita itu sambil melangkah bergerak memasuki keretanya.

Lelaki itu terkedu. Air hujan kembali membasahi tubuhnya. Hanya mahu bertanyakan samada dia OK ataupun tidak, wanita itu sanggup memberhentikan keretanya. Lelaki itu mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati diatas tindakan itu. Matanya mengekori kereta wanita itu sehingga hilang dari pandangan. Dia menarik nafas panjang. Kesejukan hujan dan angin malam kian mencengkam dadanya.

Dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, dia menolak motosikalnya kearah deretan-deretan kedai untuk berteduh.

Seluruh tubuhnya sudah basah kuyup. Mahu ataupun tidak, dia terpaksa meninggalkan motosikalnya di situ. Esok dia harus mencari mekanik untuk membela dan meng “operate” sakit motosikalnya. Kini dia harus mencari alternative lain untuk pulang kerumahnya. Jarak 5km dari kota ke rumahnya bukanlah jarak yang ideal dan terbaik untuk berjalan kaki Dia harus segera pulang untuk menukar pakaian dan tidur untuk merehatkan minda serta mengurangkan tekanan darah yang semakin memuncak.

Menunggu bus di waktu hujan lebat dengan pakaian yang basah kuyup adalah idea yang paling terbaik dan bernas yang boleh di fikirkan oleh lelaki itu memandangkan faktor kewangan menjadi penghalang untuk menaiki teksi.

Bersambung…………

No comments: