Friday, February 18, 2011

Siri Nostalgia 97' : Filem Titanic


Antara part-part filem Titanic yang masih kekal di ingatan gua. 

Zaman filem Titanic nih tengah menaik, semua orang gila pakai baju ada gambar cap Titanic. Tak kira bangsa dan agama mahupun budaya. Gambar paling laris sekali adalah gambar Kate Winslate depa tangan terbang depan bucu kapal sambil di peluk oleh Leonardo Dicaprio dari belakang.

Baju macam-macam kaler ada. Saiz pun dah tentu la pelbagai saiz. Yang kanak-kanaknya lain. yang jenis mak budaknya dan tidak lupa juga untuk jenis ayah-ayah yang minat cerita Titanic dan ingin mengabadikannya dalam kenangan.

Masa tuh bersepah orang pakai baju Titanic. Tengok VCD Titanic kat rumah pun pakai baju Titanic, baru feel katanya. Pergi tuition bagi mereka yang remaja pun pakai baju Titanic. Turun ke Bandar, beli ikan di pasar, membawa orang tua ke hospital, membetulkan jam tangan, fotostat nota-nota belajar, membeli berus gigi jenama baru, mengedar flyers dan macam-macam hal lagi. Kebanyakannya memakai baju Titanic.

Gua saspek ada antara mereka jarang-jarang basuh baju Titanic pasal takut gambar Leonardo Dicaprio terkopek. Beli yang jenis cop pasar malam RM10 sehelai.

Cerita pasal Titanic, memang gua akui dan berkata benar yang gua tak pernah abis pun tonton filem Titanic nih sampai abis. Gua, time cerita tuh tengah menaik, panggung wayang tak pernah kenal dalam hidup. Zaman tu, gua lebih cenderung meminjam VCD haram dari rakan sekelas untuk menonton filem-filem terkini omputih.

Filem Titanic tuh punya VCD ada 3 disc. Ceritanya mengikut kata member gua dalam 3 jam. Rekod peribadi menonton VCD Titanic adalah 4 kali dalam sehari jelas member gua. Melampau fanatiknya cerita nih. Gua juga turut meronta-ronta untuk menonton cerita cinta yang tengah menaik ni. Supaya tidak ketinggalan semangat Titanic.

Dics satu baru nak separuh jalan, mata gua dah kemain pedih menahan mengantuk. Gua cepat-cepat forward cd supaya dapat dapat tengok klise-klise yang menarik. Mana-mana part yang menarik gua kasi play. Bosan gua forward balik.

Habis disc satu, gua open disc dua. Gua buat perkara yang sama. Tapi Disc dua punya part memang banyak yang menarik. Satu part time Leonardo Dicaprio lukis potret Kate Winslate sambil baring dan satu lagi part Diorang main kejar-kejar dengan bakal tunangan Kate Winslate, lepas tuh menyorok dalam Keta. Sampai berkabus cermin kereta tuh diorang menyorok.

Habis disc dua, gua open disc tiga. Gua mengharapkan akan ada sambungan aksi menarik seperti dalam disc dua. Namun gua hampa. Jalan cerita dalam Disc tiga lebih kepada babak menyayat hati. Gua forward cepat-cepat sampai nampak tulis banyak-banyak naik, terus gua stop.

Seminggu jugak gua pinjam VCD Titanic member gua tuh. Bila dia mintak balik gua kena la pulangkan semula, pasal itu atas nama pinjaman semata. Esoknya bila dekat sekolah, dia tanya pasal disc dua VCD Titanic. Gua buat-buat muka terkejut, gua bagi keyakinan yang VCD tuh tertinggal dalam vcd rom dan sok gua akan bawa, untuk di pulangkan semula.

Akhirnya, VCD disc dua Titanic masih berada dalam simpanan gua, pasal gua asyik bagi alasan terlupa nak bawa sampai la member gua nih terlupa pasal hal disc dua Titanic nih. Dekat berates kali jugak la gua ulang tayang VCD Titanic disc dua nih sampai boleh imaginasi jalan ceritanya.

Jadi kalau nak bercerita hal-hal Titanic dengan gua, memang gua tak boleh nak bagi komitmen 100% dengan tujuk nih, tapi kalau sampai part dekat disc dua tuh, memang solid lagi ingatan dalam kepala otak gua. Boleh cerita tanpa ada babak yang ketinggalan.

Terasa macam nak download Titanic la pulak! Cilakak!........

No comments: