Saturday, July 3, 2010

samba kini jadi sambal

Gua punya motif utama tercapai untuk melihat brazil kecundang di tangan Belanda. Melihat kaka, Robinho dan pemain-pemain ternama mereka menangis adalah kepuasan maksima. Apatah lagi melihat Dunga menepuk, menampar dan mungkin juga ingin mengkarate tempat duduk di bangku simpanan.

Kelibat Roben yang melompat seperti brader Ronaldo tidak sia-sia. Brader Ronaldo sudah boleh berbangga kerana Roben mampu untuk menggayakan aksi lakonan sepertinya di dalam kejohanan berprestij nie.

Gua bukan support sangat pun Belanda. Saje jer suka tengok Brazil menangis pasal tak dapat masuk semi final. Kah kah kah…

No comments: