Friday, July 23, 2010

melastik ke bintang [episod 1]

Acai keluar rumah dengan muka bengang. Matanya merah kerana menahan marah. Telinganya bagai berdengung sejak dari pagi. Apa tidaknya. Bebelan demi bebelan oleh maknya pagi tadi begitu memuncakkan kemarahannya. Hendak melawan, Acai takut masuk neraka. Jadi Acai hanya diam dan mengambil tindakan untuk tidak melawan.

Sudah sebulan lebih bebelan maknya mengenai topik yang sama. Tapi pagi tadi betul-betul menyesakkan otak karatnya. Acai bingung. Acai segera keluar rumah untuk mengambil angin tengah hari sementara menunggu waktu makan tengah hari tiba.

Buaian sangkut yang terikat pada pohon rambutan itu menjadi tempat Acai merenung masa depan dan juga mengelamun masa depan yang sukar untuk di capai dengan akal dan juga realiti. Acai bergerak laju kearah buaian sangkutnya. Jalak, ayam jantan kepunyaan mak cik esah jirannya yang sudah 10 tahun menjanda lalu melintas di hadapan Acai. Dengan refleksi yang tinggi Acai segera menedang ayam jantan itu tepat mengenai punggung ayam jantan itu bersama kekebasan punggung yang teramat sangat dan mungkin juga boleh menakibatkan kemandulan yang drastik pada ayam jantan itu.

Acai tersenyum puas. Itu sahaja caranya yang selamat untuk melepaskan tekanan luar dan dalam yang di alami olehnya. Acai melebarkan punggungnya pada kayu pengalas buaian itu. Sebatan rokok kretek berjenama seludup di keluarkan dari poket seluarnya. Di keluarkan sebatang rokok. Di ketuk-ketuk rokoknya itu pada lighter dan dengan nyalaan yang sederhana, tembakau rokoknya terbakar dengan sempurna.

Acai menghisap rokoknya sambil menarik dalam-dalam. Asap berkepul-kepul keluar dari kedua lubang hidungnya dan bakinya di tinggalkan sedikit untuk membuat huruf “O” melalui mulut pula. Sedikit ketenangan jiwa di alami oleh acai di kala itu setelah puas mendengar bebelan emaknya sejak dari pagi tadi. Biarkanlah semua itu. Dia mahu bersendirian waktu ini.

Anisah anak gadis jiran sebelah rumahnya kelihatan baru pulang dari sekolah. Anisah baru darjah 4. Lagi dua tahun akan menduduki peperiksaan UPSR. Anisah berjalan dengan penuh bergaya seperti ilmu sudah penuh di dada. Aiskrim berperisa jagung di genggam kemas di tangan kanannya. Sementara tangan kirinya, menggelek bebanan buku teks sekolah.

Pihak kementerian sepatutnya sudah mengambil langkah bijak untuk menkaji masalah bebanan berat buku teks sekolah rendah. Gadis sunti seperti Anisah akan menerima kesan kecederaan jangka panjang. Kecederaan pinggang setelah dewasa nanti, akan menjejaskan kesulitan untuk menari tango bersama suami mahupun menari ballet jika berkeinginan.

Akal Acai ketika ini berfikiran tidak menentu. Anisah sendiri tidak merasa beban apa yang sibuk di fikirkan oleh orang dewasa, Mudahnya, kalau taknak pikul buku banyak-banyak, sekolah-sekolah boleh sediakan computer dan segala bentuk pengajaran telah di muatkan kedalam computer. Tapi risiko pelajar yang cerdik untuk menonton separa porno ataupun ben10 mungkin akan terjadi jika tiada pengawasan yang ketat melalui kamera litar tertutup serta di kawal oleh pengawal yang tidak akan memulau seperti tidur ketika sedang menjalankan tugas.

Bersambung………

No comments: