Friday, July 9, 2010

edisi khutbah jumaat

Jumaat minggu lepas khutbah jumaat kat masjid gua nie berkenaan dengan rokok. Biler dengar tajuk khutbah gua sudah pandang karpet dalam-dalam. Senyum sorang-sorang pikirkan berapa ramai makhluk ciptaan tuhan yang merokok macam gua duk tengung karpet.

Sesekali gua pusing-pusing kepala gua nak tengok mat-mat perokok tegar seperti gua. Semuanya merenung karpet. Imam satu tenung karpet. AJK masjid tenung karpet. Kutu-kutu gua majoritinya tenung karpet, mat perang semua tenung karpet, mat kilang tenung karpet, pak-pak sedara pun tenung karper.

Dalam khutbah boleh kata muka suma dah menunjukkan keinsafan. Muka imam satu plak macam dah berkobar-kobar nak membanteras amalan rokok di kariah beliau.

-@@@-

Abis semayang Jumaat berpusu-pusu umat turun dari masjid. Puak-puak kutu bersusun kat parking moto. Masing-masing bergelak ketawa dengan hembusan rokok pelbagai jenama dari mulut masing-masing.

Imam dua yang bagi khutbah tadi pandang daring macam mana pun langsung tak di hiraukan. Keinsafan kami hanya masa kat dalam masjid sahaja. Luar masjid, Jin berpusu-pusu mintak makanan pada kami. Kami kesian pada makhluk yg suka makan asap tue. Sebab tue kami takde hati nak berhenti merokok. Heh heh heh

No comments: