Sunday, July 18, 2010

pengambil alihan yang rela tapi terpaksa

Gua adalah bruce dicksons. Gua sekarang nie berada di dalam sebuah pagar besi. Sebiji rupernya macan sangkar. Inilah mimpi ngeri gua yang jadi kenyataan. Gua sedang menulis sambil mengangis sekarang ni.

Gua sebenarnya dah kena culik oleh tuan tanah blog nie. Dia suh gua update blog dia nie. Giler betul main paksa-paksa orang. Dekat leher gua skang ni, dia dah letak parang panjang berukuran  14 inci tebal dan dekat 2 kaki panjang. Gua betul-betul takut sekarang nie.

Dah 2 minggu gua kena torture ngan dia. Walaupun begitu, gua tetap di beri makan selama di dalam kurungan dan sekarang nie pun memang gua kat dalam kurungan. Dia bagi gua makan mc Donald, KFC dan kadang kala bubur lambok.

Gua terpaksa ikut cakap dia. Kalau tak nanti awek gua dia nak kebas. Tapi gua mushkil, macam mana dia nak kebas awek gua, pasal gua tak pernah ader awek. Gua kompius dengan ugutan beliau.

Namun di sebabkan tuan tanah blog nie betul-betul ader kat depan gua sambil mengasah parang panjangnya. Gua terpaksa menamatkan entry ni. Sekarang nie sudah sampai waktu makan. Jadi gua kena makan. Kalau tak parang dia makan gua nanti.

Oh ya, dia suh gua update blog dia sampai bila ntah. Tapi gua tetap angguk dan akur dengan arahan tuan tanah blog. Tuan tanah blog ni nak bercuti dalam masa terdekat. Katanya la. Dia kata dua nak cari ilham untuk tulis buku. Buku apa gua tak tahu. Mungkin buku makrifat. Itu semua gua malas nak amik tahu. Apa yang penting gua kena jalankan kerja yang telah gua persetujui dengan rela tapi dalam keterpaksaan.

Gua kena tamatkan entry skang, pasal alis mata beliau sudah ternaik-naik dan matanya telah menyorot ganas kearah gua. Gua masih mahu hidup pasal gua belum kahwin lagik. Cilakak tuan tanah blog nie. Dia culik gua time gua tengah usha awek kat pantai tadi.

Nota kaki sebelum di rantai: tak perlu call polis, pasal polis pun memang tak bleh jumpa tempat kurungan gua nie. Dia betul-betul buat gua sebijik macam dalam citer SAW.

No comments: