Wednesday, July 7, 2010

kutu embun

Semenjak berkecimpung dalam profession kutu embun nih memang banyak dugaannya. Biasa la, mula-mula dulu orang pandang serong. Ada yang kata kitorang nie isap pit la, jelmaan hantu raya la, menganggu ketenteraman awam la, pecah rumah la dan memacam lagi la. Semuanya berunsur fitnah belaka.

Tapi semenjak golongan-golongan gua nie berjaya menahan 4,5 orang indon yang cuba untuk memecah masuk rumah pak cik Halim, kami sudah di beri imej yang posotif dari kawasan sekitar. Cerita kami menahan geng-geng pecah rumah nie dah tersebar sampai ke ceruk kampung mana ntah. Masa tue sumer orang sibuk panggil anak-anak muda yang merajuk membawa hati yang lara kembali ke kampung untuk jadi kutu embun. Mereka yang lepasan SPM tahun tue pun sudah mula di beri kelongggaran untuk menjadi anggota kutu embun.

Walaupun begitu masih ada juga kutu-kutu embun yang cuba untuk menyeleweng daripada tujuaan sebenar. Cubaan untuk stim di malam hari kadang kala boleh menjejaskan imej kutu embun yang positif dan berkaliber seperti apa yang telah kami-kami semua lakukan. Kalau aku jumpa stok kutu-kutu macam tue, dengan pantas aku bagi dia satu penendang untuk satu pengajaran pada dia. Semoga dia sedar bahawa dia telah mencemar imej kutu-ketu embun yang berpendidikan tinggi seperti kami semua.

Selalunya aktiviti kutu nie secara tidak di rancang. Jangan ada yang bukak mulut jer nak pergi sana atau sini, begitu begini, memang jadi. Itu pun sebenarnya bergantung pada tahap kewangan masing-masing.

Kalau time sengkek, boleh nampak kutu-kutu nie akan berkongsi kesedihan dan juga ketidak upayaan bersama ahli-ahlinya. Nak beli rokok berkongsi. Isap pun dah tak macam naga. Bertahan-tahan. Dah tak pergi munim dah, bawak air kosong dari rumah. Betapa jimatnya masa tue. Awal bulan, semua stok macam orang kaya balik. Kaki wayang tengok wayang tak berhenti, citer tamil pun dia sapu layan, janji main kat wayang. Kaki clubbing pun tak kurangnya jugak. Kaki menggigil nak menari mengikut irama ntah apa kebenda yang mengarut tue. Yang jenis suka melepak pun ada jugak. Itu biasanya group aku yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi tanpa memerlukan bahan untuk stim.

Selalunya kutu-kutu akan punch card jam 9.00-9.30. Lepas pekena sebatang dua rokok, baru keluar pergi minum sambil menonton apa-apa citer kat kedai. Kat kedai pun selalunya order air segelas ngan rokok surya sebatang. Tahan citer abis sampai pukul 12.00. Kalau ader bola plak, penambahan air boleh meningkat kepada 2 atau 3 gelas, mengikut kadaran makian yang boleh di keluarkan pada waktu tue. Lepas tue waktu untuk berbincang perihal masa depan, masalah politik, hal ehwal ekonomi, negara, gossip-gossip semasa di kawasan persekitaran dan banyak lagi. Selalunya ia akan berlanjutan sehingga pukul 3.00 ke 4.00 pagi.

Kutu-kutu punya aktiviti selalu malam jer, siang jarang kutu keluar rumah, pasal tak biasa ngan cahaya matahari. Bagi kutu-kutu yang hardcore, cahaya matahari boleh membutakan mata-mata mereka, kata kutu-kutu jenis nie la. Padahal takde menda nak buat. Malas nak bangun dari berlingkar atas katil tue ajer.

Skang nie, puak-puak kutu aku dah tak macam dulu. Masing-masing dah nampak masa depan. Yang berkeluarga, sibuk jaga anak bini. Yang bekerjaya shift malam, memang champion dia punya bosan, tapi pengalaman menjadi kutu menjadi mereka lebih tabah dan kuat semangat. Selalunya, kutu-kutu akan terus berkumpul di kedai. Minum-minum, gelak-gelak, kutuk-kutuk, pekena rokok kretek pung-pung. Dalam pukul 12 balik ke sangkar masing-masing. Kalau hujung minggu jer terlajak awal sket sampai pukul 1.00 pagi.

Makin lama makin susut geng-geng kutu aku. Kekadang tue sampai nak ajak sorang kutu jadi teman melepak pun seksa. Terpaksa la cari idea dengan berkawan-kawan sama geng-geng veteran. Orang veteran punya citer, sampai skang nih aku tak paham. Kekadang tue, itik haji Seman pun boleh di jadikan bahan emosi. Perghhhh, memang mencabar minda kalau melepak ngan orang-orang veteran nie.

Aku pun tak tau naper aku bleh citer pasal aktiviti kutu nie. Tapi ini la sedikit sebanyak pengalaman menjadi kutu embun yang berkaliber sehingga ke hari ini. Walaupun kami menjadi kutu embun tapi kami semua mempunyai tahap pelajaran yang tinggi dan mempunyai wawasan dan juga misi untuk berdaya saing pada diri masing-masing.

Dah macam luahan hati la plak. Tapi takpe. Dalam banyak-banyak aktiviti kutu nie la kan. Kutu-kutu nie tak pernah walau sedikit pun takut pada kak-kak Pontianak yang di katakan suka menyakat orang. Kalau pak cik polisi datang mintak IC pastu menyambung dengan memberi bebelan percuma pun, kutu-kutu nie takkan berganjak dari tempat duduk masing-masing. Tapi kalau group tabligh nie datang, nampak bayang je blum lagi bersuara dah boleh mengosongkan port tue tanpa meninggalkan sebarang bukti. Sampai skang gejala nie aku tak paham lagik. Aku rasa polis-polis dah bleh letak jawatan la pasnie. Serahkan aja pada geng-geng tabligh. Kompom settle punya.

2 comments:

mattsen said...

hahahahahahahah....cite ni dh buat gua tergelak sorg2...

mattsen said...

tringat masa lampau...cit..