Thursday, July 29, 2010

melastik ke bintang [episod 2]

Pikiran Acai kacau bilau di kala ini. Serabut sekali di rasakannya. Sesekali di ayun-ayunkan buaiannya itu seperti ketika membuai bayi. Rokok di tangannya sudah sampai ke putung. Di tariknya senafas kemudian di hembusnya dengan kuat sekali. Di jentik putung rokok itu jauh-jauh. Berterbangan jauh lalu jatuh tepat kearah sarang semut api. Bertempiaran segerombolan semut api di kawasan itu kerana telah di serang oleh manusia bernama Acai. Lalu jeneral tertinggi semut api telah mengarahkan segala askar komando semut api untuk menyerang Acai.

Tetapi setelah sempat pegawai-pegawaia tentera bermesyuarat, mereka bersepakat untuk tidak meneruskan serangan itu kerana memikirkan jarak yang perlu di lalui dan juga keperluan tenaga semut untuk membaik pulih kawasan penempatan mereka. Jeneral tertinggi semut api menarik nafas dalam-dalam seakan menahan geram pada Acai tatkala melihat acai melangkah pergi meninggalkan pohon rambutan tersebut.

Mahu saja jeneral semut api itu menyerang Acai secara solo. Tetapi apabila memikirkan tentang mahligai yang baru saja di buat melalui wang KWSPnya serta di bayangi oleh isteri mudanya. Jeneral itu tidak mahu mengadai nyawanya. Di biarkan sahaja Acai berlalu. Hanya menumbuk ke arah tapak tangannya yang satu lagi untuk melepaskan geram yang membara.

Acai masuk kedalam rumah. Matanya liar memerhatikan sekeliling rumahnya untuk memastikan emaknya tiada menunggu dia untuk kembali meneruskan agenda membebel padanya berkenaan isu yang sama semenjak sebulan lebih yang lalu. Mata Acai melirik kearah dapur, kelihatan emaknya bertungkus lumus di dapur yang sedang menyediakan makanan tengah hari dan kalau boleh di bawa kepada waktu makan malam. Acai berbaring di hadapan tv. Di bukannya televesyen yang mempunyai hubungan terus dengan stesen tv berbayar. Di bukanya setiap rancangan yang di langgannya. Seperti tiada satu apa pun yang menarik minatnya.

Acai berhenti menekan remote apabila membuka rancangan di pakej Disney cartoon. Nampaknya rancangan itu mampu menarik minat Acai. Acai mengankang depan Tv sambil sesekali mengaru perutnya yang di daki oleh semut rumah. Penat mengankang, Acai mengiring pula. Lama kelamaan, Acai tewas di dalam pelukan cartoon walt Disney.

Emak Acai mengeleng-gelengkan kepala apabila melihat anak bujangnya itu berlikar sebiji macam anaconda. Emak Acai mengambil remote yang di genggam kemas oleh Acai walaupun ketika tidur. Di tutupnya tv itu dan ketika itulah Acai terjaga dari lenanya.

“Mak, Acai tengah tengok tv lah” dengus Acai sambil mengambil remote dari tangan emaknya.

“tengok hapernya, siap berdengkur lagi” Rungut emaknya pula.

“alahh, terlelap sekejap jer..”balas Acai.

“dah..dah..bangun, pergi naik atas sofa tu, aku nak vacuum kat sini” arah mak Acai.

“Rumah kita mana ada sofa” jawab Acai sambil buat muka pelik.

“Dah takde sofa, ko pergi la beli sofa” balas emaknya dalam nada selambe.

“Nak beli macam mana. Mana ada duit nak beli.”jawab Acai lagi.

“dah takde duit, pergi la cari duit. Tahu nak sedap jer!. Kerja macam mana yang kau nak cari nie? Hah!.” Soal mak Acai dalam nada menyindir.

Acai terkedu tidak berkata. Emaknya sudah mula membebel. Isunya tetap sama. Suruh mencari kerja. Sebelum emaknya membebel dengan level yang tinggi yang mana mampu untuk membuatkan taik telinganya cari seperti air. Baik dia melarikan diri dari medan bebelan itu. Acai bergerak laju masuk kedalam bilik. Sayup-sayup kedengaran suara mak Acai membebel. Adakalanya pitching suara mak Acai naik seperti suara soprano. Adakalanya bernada seperti mengalunkan irama nasyid. Acai memekakkan telinganya saja. Di bukanya mp3 dan di sumbatkan earphone itu sambil membuka volume yang seakan-akan boleh menengelamkan suara emaknya. Acai puas dengan tingkah laku protesnya itu. Hanya itu saja untuk dia melarikan diri daripada di bebel oleh emaknya.

Bersambung……..

No comments: