Thursday, July 22, 2010

brader joe cole masuk liverpool. Cool giler!

Tengah hari tadi dia punya bahang lain macam. Dia punya peluh keluar macam baru lepas main futsal 4, 5 game. Kemain banyak peluh. Nak kata hujan tapi tak nampak tanda-tanda nak hujan. Langit kemain cerah. Kipas siling dah bagi top speed pun tak mampu nak membantu menyejukkan sikit suhu badan. Nak pasang air-cond. Tunggu aku kaya duit berkoyan-koyan. Masa tu air cond cap apa pun aku bantai beli.

Aku bukan bagitau pasal cuaca. Pasal global warming atau pasal apa saja yang melibatkan isu alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam. Itu semua nanti green peace boleh bagi komen kat government. Tinggal orang-orang kerajaan nie nak dengar atau tidak jer.

Aku masih lagi berada dalam jangaan Mr. apis iaitu tuan tanah blog ini. Aku selalu tengok cerita culik-culik. Selalunya dalam filem macam tu, orang yang kena culik mesti tertekan, emosi mesti jadi tak stabil dan adakalanya boleh mengakibatkan mereng yang berterusan.

Ianya tidak berlaku pada aku. Tuan tanah ni jaga makan minum kau dengan baik. Bukan hendak membodek ataupun tengah dalam ugutan kerana parang panjang masih di leher menunggu masa untuk di tetak. Tetapi inilah kenyataan. Aku makan yang sedap-sedap. Isap rokok pun yang sedap-sedap. Lepak minum pun order yang sedap-sedap. Apa nak lagik, memang semuanya sedap. Jadi kalau nak culik orang, kena bagi dia happy-happy, bagi dia semua benda yang sedap-sedap. Baru senang nak jaga. Tapi kalau kantoi kena tangkap ngan polis, pandai-pandai tanggung. Jangan nak libatkan blog nie dan tuan punya blog ni.

---@@@---

“Errrr, cerita apa sebenarnya nak aku tulis nie boss?” tanya aku.

“buatlah cerita apa yang patut, janji ader update” balas mr.apis

“tapi subjeknya pun saya masih keliru lagi boss, bagilah yang specific sikit” kata aku kembali.

“aku cakap tulis – tulis ajer la, tak payah banyak songeh, ko nak benda nie melekat kat leher ko!” jawab mr.apis sambil menunjukkan parang panjang beliau.

“errr, takpe boss, saya kasi tulis apa-apa janji update ya boss” jawab aku supaya parang tue tak melayang mengenai tubuh aku yang kecil nie.

Cilakak!. Apa yang aku nak mengarut nie………

No comments: