Thursday, September 2, 2010

melastik ke bintang [episod 6]

Selesai bersolat, Acai kucar kacir bangun melulu keluar rumah. Hampir-hampir jugak dia keluar melepak dengan pakai kain pelekat. Nasib baik dia cepat sedar. Bergegas dia menuju kearah port lepak dia yang biasa. Di situ tempat paling strategik untuk mengurat anak-anak dara seperti Atiqah yang baru pulang dari kerja.

Acai sampai tepat pada waktunya tatkala van kilang tempat Atiqah bekerja memasuki simpang ke kampungnya tidak jauh dari tempat dia melepak. Kutu-kutu seangkatan Acai nampaknya masih belum kelihatan lagi. Hanya Acai yang tersengih sorang-sorang menanti Atiqah pulang dari kerja. Dah ler takde kerja, cari kerja pulak nak mengacau anak dara orang baru balik kerja. Kerja giler betul Acai nie.

Van kilang akan berhenti di satu kawasan lapang. Dimana semua pekerja yang duduk di kawasan kampung itu akan turun di situ. Maka berduyun-duyunlah pekerja kilang tidak kira janda, bini orang ataupun mak dara akan berjalan menuju ke kediaman masing-masing.

Acai sudah tidak senang duduk. Di lihatnya satu-satu wajah penumpang van yang turun tadi sehingga van kembali semula ke jalan besar. Nampaknya Atiqah tidak menaiki van itu untuk pulang. Acai sudah kehilangan punca. Senyumnya sudah tawar kerana ketiadaan Atiqah. Acai memang pasti dia yang lihat Atiqah pergi kerja pagi tadi. Acai akan sentiasa bangun awal untuk pergi ke port dia melepak semata-mata untuk melihat Atoqah pergi dan pulang kerja. Sebab tu aku cakap dia nie wat kerja giler.

Tiba-tiba……

Bersambung………….

No comments: