Monday, September 6, 2010

kronologi kehidupan 10 tahun sebelum bergelar kutu professional

Kronologi kehidupan gua sepanjang sepuluh tahun.

2000
Gua masih lagi seorang budak sekolah yang bakal mengambil exam SPM. Masa tu semangat Metal begitu menebal di jiwa. Kepala asyik fikir nak pergi gigs sana gigs sini. Nak jamming lagu itu lagu ini. Dia punya semangat masa form 5 tu lain macam. Bukan main menaik lagi. Scene makwe-makwe belum into sangat dalam diri gua. Paling bangsat pun main swet-swet pakai mulut je.

2001
Tahun yang lebih kepada menunggu keputusan SPM. Dia punya takut lain macam. Bukan main berharap jangan ada apa-apa paper yang fail. Nak-nak kalau paper bahasa melayu. Pasal belajar pun jenis main-main, tapi berharap nak dapat result macam study 24 jam.

Tahun tu jugak, gua mengenali apa erti bekerja dan juga bidang tugas operator kilang. Gua kerja kilang dekat ngan rumah gua masa tu. Dulu-dulu gua ingat operator kilang ni macam operator dalam telefon. Kalau operator telefon boleh duduk 12 jam. Ini operator kilang 12 jam kena diri, nak duduk pun time rehat pagi dengan tengah hari. Dia punya lenguh macam panjat bukit botak.

Pertengahan tahun tu gua dah dapat sambung belajar masuk Uitm. Otomatiknya gua dah menjawat jawatan pelajar university. Inilah jawatan paling lama yang gua jawat dalam hidup gua.

2002
Gua masih lagi menjawat jawatan seorang pelajar university tapi dalam keadaan yang terumbang ambing. Maksudnya dalam keadaan yang boleh di kategorikan sebagai pelajar yang bakal dapat title Gagah Berani.

Masa nie gua dah mula kenal apa makna makwe. Scene metal pun tak boleh lawan dia punya semangat bercinta ni.

2003
Gua masih lagi menjawat jawatan sebagai pelajar, cumanya sudah bertukar menjadi pelajar kolej. Ini tahun gua baru rasa semangat bermakwe. Semangat metal terus down sampai hampir-hampir nak berubah kepada level pop rock.

2004
Masih lagi menjawat jawatan pelajar kolej. Semangat makwe masih menebal. Semangat metal pun bleh tahan down. Cumanya semangat study tu lain macam dia punya pergi. Ada power la orang kata.

2005
Antara tahun-tahun akhir gua untuk menjawat jawatan pelajar kolej. Semangat benda-benda tu masih lagi sama. Cumanya kepala otak ada tekanan sket. Tekanan nak perabiskan belajar. Umur pun masa tu baru teringat dah semakin bertambah angkanya. Ingatkan masih muda lagi.

2006
Tahun akhir gua sebagai pelajar kategori diploma. Gua settle gua punya diploma tahun ni jugak. Paling cemerlang dalam hidup gua. tak pernah ada paper yang sangkut. Tak macam kat tempat lama dulu.

Tahun ni jugak gua menjawat jawatan baru sebagai kutu. Adalah dalam 6 bulan gua jawat jawatan ni. Untuk mendapatkan sedikit kewangan untuk membeli baju raya dan juga seluar raya. Gua bekerja keras dengan menjalankan tugas secara amatur sebagai pengumpul tin-tin aluminium. Scene cari tin ni, gua terpaksa bersaing dengan mat-mat indon dan bangla.

Kemudian gua kembali menjawat jawatan pelajar untuk level ijazah. Itupun setelah gua puas mencari kerja. Macam haram dia punya seksa.

Pengalaman gua interview ada satu kilang tu, dia nasihat kat gua suruh cari experience dulu baru datang apply kerja dekat kilang dia. Gua rasa diorang ni semua bodah piang. Pasal dah terang-terang dalam resume gua, gua tulis fresh graduate. Macam mana gua nak dapat experience kalau kilang semua nak amik yang ada experience. Ni yang gua cakap belajar tinggi-tinggi tapi bodohnya bertingkat-tingkat.

2007
Seperti biasa gua kembali menjalani aktiviti sebagai pelajar. Jawatan yang tidak asing lagi dalam hidup gua setelah kecewa dengan dugaan mencari kerja.

Semangat makwe masih lagi menebal dan juga tahun yang memberi kefahaman tentang kerenah makwe. Dia punya sakit kepala lain macam. Assignment punya sakit pun tak macam ni. Masalah makwe ni boleh membawa kepada penyakit migraine kalau tidak pandai kawal.

2008
Masih lagi menjawat jawatan sebagai pelajar. Cumanya dalam keadaan yang maha kelam kabut. Patut la orang kata masuk level ijazah ni jangan main-main. Boleh membawa kepada membunuh, kalau ada yang cuba untuk berjenaka di kala kerja bertimbun.

Tahun ni jugak gua menjawat jawatan sementara sebagai pengundi baru. Dia punya seronok dapat mengundi macam kerajaan bagi bonus 10 bulan. Bukan main seronok lagi. Gua rasa sebiji macam hari raya. Siap bangun awal pagi. Cuma Ketupat ngan rendang je yang mak gua tak hidangkan untuk bersarapan.

2009
Masih lagi menjawat jawatan yang sama. Cumanya semangat makwe dah hilang kemana. Tahun ni jugak gua faham apa maksud clash. Tapi takde la pulak gua menonggeng sampai sakit-sakit. Mungkin Mat rock macam gua nie takde perasaan sedih-sedih. Tapi prestasi study gua tetap maintain.

2010
Tahun akhir gua menjawat jawat pelajar university level ijazah. Dia punya tekanan memang champions. Inilah buat pertama kalinya dalam hidup gua, di mana gua mampu mengarang dalam bahasa inggeris sebanyak 73 mukasurat. Itu pun sebab gua struggle nak siapkan thesis gua, kalau tak macam mana gua nak graduate.

Jawatan terbaru gua sekarang ini adalah menjawat jawatan sebagai kutu. Memang terbaik jawatan ni. Gua punya time pagi pukul 1.00 tengah hari. Gua punya siang dari 1.00 tengah hari membawa ke 3.00 pagi. Tak produktif langsung!.

Entah sampai bila agaknya gua menjawat jawatan kutu ni. Tapi yang pasti gua berpuasa penuh dengan ahli keluarga dan juga beraya sakan walaupun kekangan kewangan yang meruncing. Janji gua boleh beraya sakan tanpa memikirkan masalah negara mahupun dunia.

“selamat hari raya pada mereka yang tersesat masuk dalam blog gua ni”

No comments: