Monday, August 30, 2010

melastik ke bintang [episod 5]

Acai mengambil tindakan yang drastik untuk memilih pilihan yang kedua. Acai terus menuju ke bilik. Di dalam bilik, Acai mundar mandir. Dia memikirkan cara bagaimana mahu mengelakkan cara untuk tidak tertidur. Dengan perut yang sudah kekenyangan, berdasarkan kipas dinding yang sudah di berikan speed yang memberikan kelajuan angin yang boleh menguyukan biji mata. Acai agak tertekan untuk mencari aktiviti yang boleh memberikannya keadaan yang tidak bosan untuk menunggu waktu petang. 

Acai mencari majalah lama yang tersimpan di dalam rak almarinya. Cara itu lebih baik daripada mengelamun tak tentu hala kerana ia boleh mengakibatkan Acai akan tertidur. Sudah tentunya, pertiduran itu akan mengakibatkan beliau tidak dapat melihat wajah ayu Atiqah pulang dari kilang.

Dalam tidak sedar Acai sebenarnya sudah terlena sambil membaca. Acai tersedar dari lenanya. Kucar kacir Acai melihat jam di dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Nasib menyebelahinya. Acai berpeluang untuk melihat Atiqah. Terus Acai masuk bilik air untuk membasuh muka dan mengambil wuduq. Lantas dengan segera Acai bersolat.

Selesai melakukan tugas yang di amanahkan itu. Acai memanjangkan langkah terus menuju ke pintu rumah. Tidak semena-mena kedengaran suara berdehem. Serta merta langkah Acai terhenti. Dadanya berdebar. Nafasnya tersekat-sekat. Acai sudah menunjukkan memek muka yang mencuka. Acai berpaling mengikut arah suara tersebut. Ya, kelihatan mak Acai sedang berdehem ke arahnya sambil mengunyah tebu.

“kamu nak kemana, kelam kabut nie” tanya mak Acai.

“nak jumpa Atiqah” jujur jawapan dari Acai.

“Aperrrr?” separa terperanjat mendengar jawapan balas dari Acai.

“ehhh takk, nak jumpa Aqam, tersasul plak” cover Acai kembali.

“awal-awal begini, asar pun belum masuk lagi, kamu nak kuar dah. Tunggu la Asar masuk dulu” bantah mak Acai dengan nada yang sederhana.

“ehhhhh, belum masuk lagi mak?” Acai terkejut.

“belum, pukul 4.45 nanti, kejap lagik masuklah Asar tue” jawab mak Acai.

“cessss…macam mana bleh tak perasan nie” getus hati Acai.

Dengan langkah yang sederhana pantas, Acai terus masuk ke dalam bilik. Kedengaran sura Haji Syukri telah melaungkan kata-kata pembukaan untuk memberitahu bahawa sebentar lagi waktu Asar akan masuk. Acai dah standby depan sejadah. Kepala otaknya tengah memainkan wajah ayu Atiqah. Setan memang merepek-repek caranya untuk melalaikan manusia.

Bersambung……………..

No comments: