Tuesday, September 28, 2010

siri melayan pe'el Bruce

Bruce sudah lama terpacak di kedai kopi itu. Gua hadir agak terlewat sedikit kerana singgah kedai 7-11 untuk membeli stok rokok. Imam minhat juga turut duduk semeja dengan bruce.

Ketika itu mereka semua sedang menonton tayangan drama dari astro. Entah sedap entahkan tidak ceritanya, tapi ralit semacam tengok porno.

Tatkala gua duduk di meja, iklan sedang mengambil slot tayangannya pula. Di kala itu gua menjerit dengan lantang memesan minuman. Sementara menunggu minuman gua sampai, gua membuka kotak rokok yang baru di beli. Api nyalaan sederhana yang terhasil dari pemetik api gua cucuhkan pada rokok. Bakaran yang sempurna untuk terus gua sedut dan di hembuskan dengan garang.

Puas dan tenang ketika itu. Air minuman gua juga sampai. Gua berborak kosong dengan imam minhat berkenaan isu semasa. Turut meliputi berkenaan masalah remaja yang sudah semakin membarah penyakitnya.

Bruce juga terpanggil untuk berbincang. Perlahan dia bersuara, tapi padu pertanyaannya.

“imam, kalau tengok porno nie best ke tidak ehhh?” soal bruce bersungguh-sungguh.

Tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut imam minhat. Apa yang ada hanyalah gerakan pantas tangannya menuju tepat pada kepala Bruce.

Bruce sudah terpersok di bawah meja. Mulutnya berbuih seperti buih Nescafe tarik yang gua order. Dengan pantas gua menukar tempat mencari meja lain.

Imam minhat dah start main karate-karate meja.