Wednesday, September 22, 2010

nostalgia kanak-kanak

Zaman kanak-kanak,apabila melepasi tahap menaiki basikal beroda dua sudah di kira otai di kalangan mereka. Pada mereka yang sebaya yang masih beroda tiga di belakang, akan di pulaukan mengikut akal kanak-kanak. Mereka tiada tempat di dalam kumpulan yang di wujudkan secara haram jika mengikut kepada akta penubuhan kelab dan persatuan.

Mereka akan di pandang paling cool jika dapat menunggang basikal dengan melepaskan kedua belah tangan dan sambil memakan cekedis. Itu paling cool. Ketika itu mereka akan merasa paling handal dalam arena berbasikal jika gadis-gadis sunti menjeling dengan penuh senyuman.

Gua punya cool tidak sampai kemana. Ianya telah mencalarkan imej gua yang mempunyai skill penungangan yang paling cool zaman itu. Semuanya terjadi pada suatu petang dikala gua sedang menunggang secara solo dan sambil memakan cekedis.

Tengah dalam keadaan sedap gua melahap cekedis, gua tidak perasan yang tayar depan basikal gua telah terlanggar seketul batu yang agak besar. Mungkin ada unsur sabotaj kerana dengki dengan skill yang gua ada. Gua gagal mengimbangi badan.

Dalam pikiran gua hanyalah untuk menyelamatkan cekedis yang masih banyak lagi bakinya. Lalu dengan kelajuan yang amat sederhana, gua jatuh dengan daya tujahan yang amat menyakitkan serta mampu mengoyakkan kulit siku dan lutut gua.

Paliing tidak seronoknya, gua jatuh betul-betul depan rumah gua. Ketika itu bapak gua baru saja pulang dari kerja. Kepedihan itu paling maksimum selepas gua diarah masuk ke rumah dengan segera.

Sudahlah siku ngan lutut kemain perit. Talipinggang pulak hinggap kat badan. Selepas kejadian yang mencalar imej gua. Terus gua membawa basikal seperti brader-brader. Slow and steady. Sudah tentu ianya akan menjamin keselamat lutut dan siku gua.

No comments: