Thursday, September 9, 2010

melastik ke bintang [episod 7]

Kelihatan sebuah kereta mewah yang bersifat kedekut kerana mempunyai dua tempat duduk masuk ke simpang kampung. Acai sendiri tidak pasti model kereta tersebut. Kereta mewah tersebut melintasi Acai dan dengan tingkap kenderaan separa tertutup itu, kelihatan Atiqah ada di dalam kereta mewah tersebut. Bukan main mesra Atiqah dengan pemandu kereta mewah itu.

Wajah Acai merah merona kerana marah yang teramat sangat. Hatinya begitu sakit umpama di carik-carik oleh garfu karat yang kalau pakai “didi 7” pun belum tentu bleh hilang karatnya. Acai terasa seperti di permainkan perasaannya. Begitu kecewa dan sedih rasernya. Mahu sahaja dia berteriak dan melolong di situ. Tetapi oleh kerana memikirkan maruah dan harga diri yang akan tercalar nanti, maka Acai membatalkan niatnya itu.

Dengan perasaan yang sedih bercampur marah yang teramat sanagat kerana gadis pujaan hatinya di ambil orang, Acai nekad untuk melakukan sesuatu yang di luar dugaan manusia normal. Hasutan pari-pari kejahatan begitu menusuk sehinggakan kesemua battalion dan juga briged pari-pari jahat datang menghasut dan mencucuk pemikiran singkat Acai. Pari-pari kebaikan sudah pasti gagal menghalang kemaraan gerombolan pari-pari kejahatan. PAri-pari kebaikan sudah bertempiaran lari untuk mencari backup melawan balik geng jahat.

Sementara waktu, Acai sudah tersenyum-senyum untuk melaksanakan misi gilanya petang itu. Oleh kerana kutu-kutu seangkatannya masih juga belum hadir di situ. Acai tidak mampu lagi untuk terus keseorangan melepak. Dia harus pergi merampas kembali kekasih hatinya.

Dengan langkah gagah dan sumbang, Acai berjalan ke arah rumah Atiqah. Dia mahu buktikan pada Atiqah serta keluarga Atiqah sendiri bahawa cintanya pada Atiqah adalah ikhlas seikhlasnya. Dia bukan membeli cinta Atiqah dengan wang ringgit sebabnya dia memang tiada wang apatah lagi simpanan wang simpanan pekerja kerana sudah sedia maklum yang Acai adalah pemuda yang tidak bekerja dan oleh sebab itu jugalah mak ayahnya selalu membebal berkenaan dengan isu yang sama termasuk juga aku sebagai penulis cerita ini yang menaip tentang bebelan yang sama.

Bersambung…………..

No comments: