Wednesday, September 15, 2010

melastik ke bintang [episod 8]

Langkah Acai yang penuh hasutan itu sudah tepat berdiri di depan pintu pagar rumah Atiqah. Kereta mewah itu juga turut kelihatan berada di perkarangan rumah Atiqah. Mahu saja Acai membakar kereta mewah itu untuk melunaskan dendam kesumat dan sakit hatinya.

Acai kini sudah tidak boleh berfikir dengan waras apatah lagi mahu berfikir dengan tenang. Acai melangkah masuk kedalam pekarangan rumah dan dengan suara garau yang bernada tinggi soprano di sertakan dengan sedikit garapan nada garang, dia memanggil Atiqah keluar. Tanpa sedikit pun mempunyai adab sopan santun kemelayuaan, Acai begitu kurang hajar memanggil Atiqah. Dia mahu bertemu dengan Atiqah untuk bersemuka dengannya segera.

Dalam keadaan Acai yang dah macam orang kurang siuman itu, hadir selipar jamban yang sebelah kiri datang terbang menjawab panggilan gila Acai tadi. Jawapan selipar itu tepat di kepala Acai. Air basahan dari jamban masih lagi terlekat di selipar. Mungkin bau-bauannya juga masih terlekat di situ.

Seorang pemuda yang tidak di kenali oleh Acai menjengahkan mukanya dengan wajah yang garang dan bengang di tingkap atas rumah. Mak Atiqah dah kucar-kacir kat bahagian dapur mungkin mencari penyapu untuk menghalau makhluk yang sedang menggangu kedamaian petang mereka.

Bapa Atiqah sudah muncul di luar rumah. Selipar jamban sebelah kanan sudah siap sedia untuk terbang menuju kearah kepala Acai. Acai sedikit pun tida gentar di atas serangan bapa Atiqah itu. Apa yang dia mahu hanyalah untuk berjumpa dengan Atiqah.

Acai masih lagi terjerit memanggil-manggil Atiqah. Pemuda yang kurang di kenalinya itu yakni merangkap pemilik kereta mewah sudah turun kebawah dengan tidak berbaju. Atiqah juga turut sama turun ke bawah sambil memaut lengan pemuda itu. Acai geram dengan tindakan Atiqah. Lantas bersuara untuk memberi nasihat pada Atiqah sekeluarga juga pada pemuda itu.

“Kurang sopan dan kurang hajar kau ini, tak malu ke ko datang umah orang pastu tidak berbaju pula. Atiqah! Mana kau punya sopan santun kau, hingga depan mak ayah kau dan juga aku nie kau melekat ngan pemda nie macam laki bini. Geram betul aku tau tak!. Kau tak pikir dosa ke hah!!’ nasihat Acai yang penuh garapan seperti imam muda lagaknya.

Pemuda berkereta mewah kelihatan tenang. Bapa Atiqah punya muka dah naik merah padam. Sikit masa lagi kompom bleh bertukar jadi ultraman. Kalau dalam wrestling kompom Acai dah ke hentam terlentang kat atas stage. Tapi mahu ke bapak Atiqah bergaduh ngan Acai pakai spender?.

Kesabaran Atiqah sudah sampai ke kemuncak. Dia benar-benar tidak dapat menaham geramnya. Orang yang menganggu kedamaian petangnya itu patut di ajar. Atiqah membongkokkan diri. Kebetulan bekas makanan kucing di rumahnya begitu hampir dengan tempat dia berdiri. Nah!, satu balingan tepat dan padu dari Atiqah khas untuk Acai yang menganggu ketenteraman orang. Tersembur air liur Acai. Hampir pitam dia. Tapi dia masih gagah dan boleh berdiri.

Kini giliran pemuda berkereta mewah itu pula memberikan satu side kick pada Acai. Berterabur pula gigi Acai. Kerjasama antara Atiqah dan pemuda berkereta mewah itu memang membuahkan hasil. Dengan sekali lompatan sahaja, Atiqah sudah boleh memberikan tendangan yang padu pada dada Acai. Dada Acai sudah berombak-ombak menahan sakit dan juga senak.

Acai kelihatan pelik. Dia kini benar-benar berada seperti di gelanggang wrestling. Ahh! Pikiran Acai begitu buntu sekali. Mengapa dia boleh pergi ke tempat ini?. Dari mana datangnya penontong seramai-ramai ini?. Bagaimana dia boleh memakai spender tanpa Atiqah berasa segan dan malu?. Acai tidak mempu menjawab persoalan demi persoalan yang terkeluar dari kepala otaknya. Dia perlu mempertahankan diri dari di serang bertubi-tubi oleh pemuda berkereta mewah itu yang turut di bantu oleh Atiqah.

Bersambung………

No comments: