Monday, October 4, 2010

antara niat, semangat dan nafsu

Talib berdiri di atas tembok penahan hakisan tebing Sungai Melaka sambil memegang perutnya yang sudah sama level dengan perut ibu-ibu mengandung. Rosli memandang sepi perangai Talib. Sesekali terdengar keluhan berat dari Talib.

“Ko nie kenapa Talib, tak habis-habis mengosok perut ko tu?” tanya Rosli

“Hmmm..aku raser nak diet la Lie, baru nampak macam macho sikit. Nak ngorat awek pun senang” jawab Talib.

“Engkau nak diet! Kah kah kah” gelak Rosli terbahak-bahak sampai bersujud kat tanah.

Talib memandang dengan penuh tension. Rasa mahu saja di pijak kawannya itu selaju-laju yang mungkin. Jika mampu, dia mahu menjadikan kawannya itu lumpuh separuh badan. Jika mampu!

“Ko tak percaya aku nak diet,wahai rakanku Rosli B. Samaun” ujar Talib dalam nada yang sedih.

“Bukan aku tak percaya. Tapi…..” Rosli tidak dapat menghabiskan ayatnya.
  
“Tapi apa?” tanya Talib

“Macam ni, aku akan percaya kalau berjaya melepasi ujian dari aku” Rosli berkata

“Apakah ujian itu wahai rakanku” Talib bertanya sekali lagi.

“mari kau ikut aku pergi Restoren Nasi Kandar, kita test ko punya diet” jelas Rosli dengan tenang.

* * * * *
“Kalau betul ko nak diet, aku belanja ko hari ni. Apa saja ko nak makan aku belanja” Kata Rosli dalam nada menyindir.

“Perghhh..tak pernah pun ko berniat nak belanja sebelum ni. Nak pinjam seringgit pun ko kemain susah lagi. Tak aci la macam ni” Talib berkata

Dengan pantas Rosli mengankat tangan memanggil mamak restoren untuk memesan makanan. Dalam hati, Rosli cuak jugak dengan diet Talib ni. Kot-kot pancing je lebih.

“mamak, apa menu special hari ni?” tanya Rosli dengan tenang.

“Macam-macam ada, Nasi kandar, nasi beriani, kari kepala ikan,mee goreng, roti canai, capati, bla bla bla” penerangan mamak begitu jelas tanpa melihat menu.

Muka Talib sudah berubah wajah. Peluh dingin membasahi muka dan tubuhnya. Sudah beberapa kali dia menelan air liurnya. Terketar-ketar tangannya ketika mamak itu menjelaskan menu special restorennya.

* * * * * *
“Brupppp…heh” Talib tersenyum tidak terkata

“hmmm..mamak kira” jerit Rosli dalam nada yang separa soprano

“Amacam, kan aku dah kata yang aku nak diet” Talib bersuara

“Diet kepala lutut kamu!, mamak nie kira berapa?” pinta Rosli.

“semua sekali RM78.40, kasi RM78 saja incik, 40 sen kasi diskaun” terang mamak itu tanpa di pinta.

“Macam nie punya banyak ko melantak, ko kata diet. Tuiiiih!!” Rosli bengang seketika.

“tadi aku belum abis cakap, kamu dah potong, aku nak cakap aku start diet minggu depan lerrr” balas Talib dengan muka kenyang

“boss, tara mau bungkus ka?” tanya mamak sambil memulangkan wang baki pada Rosli.

Rosli tidak menjawab walau sepatah perkataan. Tapi mulut mamak dah berbuih kena cedok dengan Rosli.

Baik sangat mamak tu nak tanya mau bungkus ke tidak.

No comments: