Saturday, October 9, 2010

esah lagenda [episod 2]

Pernah satu ketika dekat kedai makan di kampungnya, Esah secara tidak sengaja menunjukkan kelebihan ilmunya. Dia kelihatan telah membengkokkan garfu milik tuan punya kedai. Mengamuk sakan tuan kedai bila dapat tahu yang Esah telah bengkokkan garfunya. Itu pun setelah dapat laporan dari Che Kam yang terkenal dengan gelaran “radio bergeraknya”.

Meluru tuan kedai kearah Esah untuk meminta ganti rugi. Reaksi Esah tidak berkeadaan cemas. Malah lebih cool dari Che Kam yang tersengih-sengih kerana kejayaannya menjadi batu api.

Kemudian tuan kedai berubah wajah seperti kambing dapat rumput. Tersengih-sengih satu macam. Rupa-rupanya garfu miliknya tidak bengkok walau seinci pun. Malah garfunya kelihatan seperti dulu-dulu. Cuma ada calar-calar sikit di hujungnya.

Che Kam seperti tidak percaya kerana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri yang Esah telah membengkokkan garfu milik kedai makan itu. Maka terjadilah kekecohan dari mulut Che Kam sendiri kerana menuduh Esah yang bukan-bukan. Di paksanya Esah bangun dari tempat duduk kerana Che Kam ingin memeriksa Esah yang berkemungkinan besar Esah menyimpan garfu yang telah di bengkokkannya itu di dalam kain. Seperti seorang pesalah ataupun peragut Che Kam lakukan pada Esah.

Muka Esah merah merona ketika itu. Malunya berbakul-bakul. Kalau tidak di fikirkan Che Kam itu orang tua, sudah lama Esah dah bagi satu “back hand” yang padu pada muka Che Kam. Kompom Che Kam akan jatuh tersembam ke tanah dan tidak mampu untuk bangun dengan pantas kerana Che Kam seorang yang berbadan agak gempal. Ini akan memberikan masa untuk Esah melarikan diri. Itu jika Esah tidak cool. Situasi sebenarnya Esah masih seorang yang cool.

Sudah puas Che Kam menempik terlolong. Che Kam masih juga belum jumpa bukti untuk menuduh Esah membengkokkan garfu tuan punya kedai. Akhirnya Che Kam mem”blah”kan dirinya dengan menaiki Honda wave berkuasa rendah. Sungguh kurang sopan dan biadap Che Kam itu. Sapa la laki dia tu agaknya.

Esah masih kelihatan cool, walaupun di matanya sudah berkaca. Di dalam hatinya tidak siapa yang tahu begitu malu dia di perlakukan oleh Che Kam sebentar tadi. Hajat hati hendak menjamah lontong sudah tertutup. Walaupun telah di offer oleh tuan punyai kedai untuk membelanja set lontong special selama sebulan sebagai ganti rugi malu dan juga pujukan supaya Esah tidak memanjangkan perkara itu ke mahkamah. Namun Esah tetap menolaknya secara baik dan bertimbang rasa.

Esah melangkah pulang dengan longlai. Dia begitu malu dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Esah kecewa dengan sikap orang kampung yang memandang serong dengan kelebihan yang dia miliki.

Setelah kejadian itu Esah hanya berkurung sahaja di rumah peninggalan arwah ibunya. Kelebihan ilmunya tidak lagi di pertontonkan kepada umum sehingglah dia berkahwin dengan seorang jejaka dari negara seberang.

Bersambung………

1 comment:

SharulShah said...

che kam...hehehehe..mcm harem - shah