Sunday, June 6, 2010

Ilmu Ghaib

“Kau tau tak, zaman remaja aku dulu, aku ader menuntut ilmu ghaib” ujar pak Jamal pada Pak Mail.

Pak Mail melopong, real punya melopong. Petang-petang mcm nie Jamal nie nak buat lawak bingai plak. Ilang akal ker apa.

“Kau tau tak Mail, kalau aku gunakan ilmu aku tuh, engkau mmg takkan Nampak aku punya, kalau aku nak masuk umah Janda Esah tuh pun, mmg sayur jer” kata Pak Jamal lagik.

Lagak percakapan beliau memang kerek nak mampos. Pak Mail pun dah naik menyampah. Udah ler nak berlagak-lagak ngan dier konon ader ilmu ghaib pastu nak masuk umah Janda Esah plak. Lagik la Pak Mail berbulu. Janda Esah tuh la bekas janda Pak Mail. Mereka bercerai pun sebab Pak mail tergila-gilakan Surti gadis Indon yang bekerja kat Kilang Beras ujung kampung beliau. Dah puas harta kena kikis. Cinta ntah ke mana, hidup dah kemana, bini pun mintak cerai. Pasrah jer Pak Mail melepaskan Janda Esah. Surti pun dah selamat sampai Pulau Jawa sambil membawa harta-harta pemberian Pak Mail yang sukarela memberi padanya.

“Toksah nak temberang la Jamal, takder maknanya ko ader ilmu ghaib, ilmu hisab masa sekolah dulu pun ko fail, inikan pulak ilmu ghaib. Toksah nak mengarut la Jamal oiii” bebel Pak Mail.

“Hoh, aku akan buktikan pada ko Mail, Kau jangan kagum sampai meleleh air liur melihat kehebatan aku nanti” Kata Pak Jamal Kembali.

“Skang nih, ko kena ikut apa yang aku suruh, baru ko leh lihat kehebatan aku nie dengan hari yang tenang” ujar Pak Jamal lagi.

“Apa yang ko nak aku buat nie?” Tanya Pak Mail.

“Ko tutup mata ko rapat-rapat dan jangan cuba langsung membuka mata walaupun sepicing” perintak Pak Jamal.

Pak Mail menurut arahan Pak Jamal tampa banyak soal. Dalam hati kalau Pak Jamal Tak hilang dari pandangannya, mahu dia terajang orang tua tuh sampai masuk alam barzakh. Kasi dia insap sikit. Dah tua nak mampos pun nak mengarut lagik.

“Skang nie ko nampak tak aku, kalau ko tak nampak aku maknanya aku dah ghaib la nie” kata Pak Jamal sambil tersengeh-sengeh.
 -@@@- 
“Nie haaaa ko punya ghaib” kata Pak Mail.

Dusssss…!! Satu tendangan maha power hinggap kat belakang Pak Jamal. Tulang tungking Pak Jamal patah dua mengakibatkan beliau sukar untuk membuang air besar selama 8 bulan. Kini Pak Jamal hanya bergantung pada pampers untuk melakukan aktiviti pembuangan.

Pak Mail tersenyum sambil gembira. Bekas jandanya tidak boleh di skodeng oleh member bingai nyer itu. Kalau betul-betul Pak Jamal ader ilmu ghaib mahu dier menuntut jadi orang minyak plak nanti. Serius jugak sayangnya Pak Mail pada Janda Esah tue lagik yerkk.

No comments: